Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim mahu sentimen bahawa komunisme mempunyai nilai-nilai nostalgia dan positif dilupuskan sama sekali dalam pemikiran seluruh rakyat Malaysia.
‘‘Pada masa ini jelas menampakkan seolah-olah ada rangkaian untuk membawa masuk (bekas pemimpin Parti Komunis Malaya) Chin Peng ke Malaysia dengan cuba membuat penilaian dan peranan baru terhadapnya.
‘‘Inilah yang kita anggap satu kedurjanaan, unsur-unsur ini langsung tidak peka dengan pembunuhan beribu-ribu rakyat negara ini di tangan gerila komunis antara tahun 1948 hingga 1960 dulu. Saya yakin rakyat Malaysia tidak mudah tertipu,” katanya. Sumber :Utusan Malaysia.
Blog komunis jawab Rais Yatim

Blog bekas gerila Parti Komunis Malaya (PKM) yang menjadi sasaran kecaman Datuk Seri Dr Rais Yatim semalam menjawab balas kenyataan keras menteri penerangan hari ini.
Penulis blog tersebut yang memperkenalkan dirinya Mat Amin menyifatkan usaha menghalang penyebaran sejarah perjuangan bersenjata mereka sebagai "tidak demokratik" dan "tidak profesional." Sumber : Malaysiakini
(Kata Waris Pahang :
-Mana dia suara Nik Aziz, Ahmad Awang, Nizar dan Anwar ketika kebangkitan semula fahaman komunis. Kemelut politik yang diciptakan oleh mereka lah yang menyebabkan Komunis berani bersuara semula.
-Mengapa mereka tidak bersuara, adakah mereka juga membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia dan menghalalkan komunis.
-Komunis dilihat semakin lemak meraih simpati daripada rakyat Malaysia yang akhirnya bertujuan mahu rakyat bangkit menentang kerajaan sedia ada.
-Kini sudah ada penyokong pembangkang yang simpati dengan komunis. Kalau anak buah sokong maka bapaknya lagilah menyokong komunis, bukankah begitu?
-Chin Peng beriya-iya mahu pulang ke Malaysia kerana dia ingin mati di sini sebagai wira.
Maka tidak mustahil kubur Chin Peng akan dijadikan tugu 'pejuang kemerdekaan'.
-Mereka tahu kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng pulang kerana beliau adalah pembunuh, pengkhianat dan pengganas. Maka pembangkang menjadikan nya sebagai satu helah dan strategi untuk raih simpati rakyat menolak kerajaan.
Maka tidak mustahil kubur Chin Peng akan dijadikan tugu 'pejuang kemerdekaan'.
-Mereka tahu kerajaan tidak akan membenarkan Chin Peng pulang kerana beliau adalah pembunuh, pengkhianat dan pengganas. Maka pembangkang menjadikan nya sebagai satu helah dan strategi untuk raih simpati rakyat menolak kerajaan.
-Sanggupkah Nik Aziz, Ahmad Awang, Nizar dan Anwar menghalalkan cara untuk berkuasa dengan bekerjasama dengan parti politik yang pro komunis?.
-Semoga bekas tentera dan polis kembali menyokong kerajaan BN kerana kerajaan tetap dengan pendirian tidak akan memaafkan komunis yang telah membunuh beribu-ribu rakyat dan lebih 50 ribu anggota tentera dan polis telah terkorban ketika menentang PKM semasa zaman darurat.
-Apa akan terjadi seandainya Chin Peng dibenarkan kembali ke Malaysia? Mungkin sejarah hitam akan berulang kembali dan darah-darah rakyat Malaysia akan mengalir semula seperti sungai.
-Kini wujud blog komunis yang mahu memadam dan mengubah sejarah. Kalau kita seorang yang menghayati sejarah untuk mencapai kemerdekaan di Tanah Melayu , kita tidak akan biarkan perkara ini berlaku.
-Sebaliknya sama-samalah kita lupuskan fahaman komunis dari meresapi dan menjiwai rakyat Malaysia. Kita mesti tolak pembangkang yang menyokong fahaman komunis secara nyata atau sembunyi).
Kata Dr. Rais :
-“Pemimpin-pemimpin yang melahirkan perasaan positif terhadap Chin Peng atau Komunis lebih baik mengisytiharkan pendirian mereka secara jelas dan tidak harus berselindung di sebalik tabir politik parti masing-masing.
-"Komunis tidak sekali-kali boleh diberi tempat di negara ini kerana mereka telah membunuh ribuan rakyat Malaya (Malaysia ketika itu). Tidak ada tempat untuk mereka bermuafakat atau melunakkan perasaan kita.”
- “Saya menyeru rakyat Malaysia supaya tidak harus terburu-buru mempercayai kumpulan yang membawa idea baru yang mengagungkan komunisme.”