
Orang terdahulu sanggup berjalan kaki berbatu-batu dan membaca dalam gelap menggunakan pelita semata-mata mahu menuntut ilmu.
Banyak keselesaan yang disediakan oleh kerajaan seperti kemudahan sekolah, makmal komputer, biasiswa, pinjaman dan sebagainya sehinggakan mereka alpa dan tidak berterima kasih kepada kerajaan.
Guru-guru pula diberi latihan secukupnya supaya dapat melahirkan modal insan yang berkualiti untuk masa depan negara bangsa.
Namun trend generasi muda kini amat mendukacitakan kerana sesetengahnya tidak menghormati guru dan bersikap kasar terhadap guru.
Walaupun guru mengajar setiap hari tetapi mereka lebih suka mengikut budaya negatif seperti suka melepak di cyber cafe dengan bermain game dan melepak di kedai makanan ringan. Waktu malamnya pula dihabiskan dengan merempit, berkaraoke dan bersembang-sembang kosong.
Pemikiran generasi muda pula terdedah pada ledakan maklumat di internet yang tanpa sempadan.
Agak malang golongan muda kini tidak membudayakan sikap suka berguru dan membaca. Mereka lebih suka membaca bahan-bahan bacaan yang ringan dan tidak memerlukan untuk berfikir panjang.
Budaya sukakan cerita-cerita hangat dan gossip artis-artis menjadikan golongan ini amat terdedah pada cerita-cerita khabar angin.
Malang sekali golongan mentah ini bergurukan apa sahaja yang negatif di internet tanpa mahu membuat kajian, memperhalusinya atau menilainya terlebih dahulu.
(Kata Waris Pahang :
-Budaya songsang yang menjadi amalan golongan ini menyebabkan mereka amat mudah diracuni pemikiran mereka. Kemelut politik yang melanda negara juga mempengaruhi dan merosakkan mereka.
-Sikap dan persepsi generasi muda yang rapuh berhadapan dengan isu semasa dan global menyebabkan mereka menjadi insan yang ektrem dan berpemikiran sempit.
-Lantas mereka menyokong parti pembangkang kerana sekadar suka-suka dan berseronok tanpa mengetahui apa perjuangan parti tersebut.
-Hanya pengembelengan ke arah kekuatan minda, spritual dan fizikal mampu mengembalikan keyakinan golongan muda terhadap kepimpinan negara dan kerajaan.
Siapalah Kita Tanpa Guru, Selamat Hari Guru).
No comments:
Post a Comment