
Nik Aziz cuba mengalih isu tersebut dengan mengajak Najib berdebat dan Najib menolak maka isu Kerajaan Perpaduan terapung semula.
Perbezaan pendapat dalam PAS sekarang semakin kritikal antara golongan yang seperti mahu berpisah dari Pakatan Rakyat (kumpulan Haji Hadi) dengan golongan yang mahu bersama Pakatan Rakyat (kumpulan Nik Aziz).
Paling mengecewakan pengundi Manik Urai ialah mereka berselisih faham bukan soal pembangunan untuk rakyat tetapi soal kepimpinan dalam PAS.
Kumpulan Haji Hadi khabarnya dilarang turun ke Manik Urai untuk berkempen. Gambar Haji Hadi yang sebelum ini dilarang sama sekali digantung di Manik Urai kini baru sahaja dipasang sebagai menyedapkan hati penyokong PAS sahaja.
Nasharudin pula walaupun di ampunkan oleh Nik Aziz tetapi kenyataan Nik Aziz yang pukul dulu maaf kemudian diterima oleh kebanyakan ahli PAS. ’Pukul dulu maaf kemudian’ ialah kata-kata Nik Aziz yang menganggap Nasharudin sebagai sampah, memintanya meletak jawatan dalam parti dan kerajaan PAS.
Mustafa Ali juga dianggap musuh bagi PAS. Kenyataan pedasnya yang memihak kepada Haji Hadi menunjukan sokongan yang tidak berbelah bahagi beliau kepada pucuk pimpinan PAS.
Mustafa Ali juga di anti oleh Pakatan rakyat di atas kurang keyakinannya terhadap usaha mengubah kerajaan dalam tempoh sehari pada 16 September, 2008. Kenyataan Mustafa itu dilihat sebagai menyalahi "semangat 16 September" yang diperjuangkan Pakatan Rakyat.
Nik Aziz juga satu hal, beliau sebagai Mursyidul Am bertaraf penasihat sahaja tetapi berlagak seperti Presiden PAS. Ramai orang melihat ada dua nakhoda dalam PAS. Presiden PAS tidak ubah seperti boneka sahaja.
Paling mengecewakan pengundi Manik Urai, PAS bersekongkol dengan DAP sebagai tindakan yang tidak bermoral kerana semata-mata mahu mencapai cita-cita politik untuk menubuhkan kerajaan baru di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sebilangan Ahli PAS pula mahu PAS yang jadi peneraju kerajaan pusat dan tidak mahu Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Pengundi Manik Urai yang dahulu sokong PAS kecewa kerana tidak mendengar apa-apa plan perancangan dan pembangunan untuk kawasan Manik Urai. Kawasan ini akan terus mundur jika terus di bawah pemerintahan PAS.
1 comment:
blog tuan telah di link kan. diharapkan pihak tuan juga dpt highlight kan blog hamba utk sama-sama kita kongsi perkembangan terkini PRK Manek Urai. terima kasih..
Post a Comment