
Mereka yang menyokong Nik Aziz ialah
i. Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai),
ii. Khalid Abd Samad (Shah Alam),
iii. Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor),
iv. Kamaruddin Jaafar (Tumpat),
v. Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
vi. Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
vii. Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa),
viii. Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
ix. Taib Azamudden Mohd Taib (Baling)
x. Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).
Barangkali mereka menyokong Nik Aziz kerana simpati kepada orang tua tu (Nik Aziz), bimbang diminta meletak jawatan jika tidak menyokong dan yang paling berat sekali dianggap sebagai ‘sampah’?.
Sebenarnya mereka yang menyokong ini adalah orang yang selalu berdampingan dengan Anwar. Dr Hatta (bendahari PAS Pusat) berkata “mereka berpegang teguh dengan keputusan muktamar parti itu untuk memperkukuhkan kerjasama dengan PR”.
Walaubagaimana pun ianya menggambarkan kepada kita bahawa ahli Parlimen PAS tidak menyokong presiden dan timbalan presiden meraka.
Ternyata kini PAS sudah berpecah dua iaitu pengikut Presiden, Haji Hadi dan pengikut Mursyidul Am, Nik Aziz.
Baru setahun jagung bersama PR sekarang pemimpin pas sudah berpecah dua kumpulan. Penyokong Hj Hadi dan pengikut Anwar Ibrahim yang lebih dikenali dengan panggilan Erdogan.
(Kata Waris Pahang :
- PAS sepatutnya pandang positif dulu gesaan membentuk kerajaan perpaduan bukan terus menghukumnya.
-Menyokong perpaduan beerti mengikut kehendak Islam manakala menyokong perpecahan beerti mengikut kehendak syaitan. Sebagai orang Islam mana satu yang kita pilih.
-PAS boleh bekerjasama dengan UMNO tetapi tidak semestinya perlu bergabung dengan UMNO.
-Pemimpin UMNO ikhlas mahukan perpaduan dan mengajak segera duduk semeja demi untuk memajukan bangsa dan negara.
-Siapa yang untung sekiranya proses perpaduan ini terbantut dan akhirnya perpecahan dikalangan rakyat semakin merebak dan bangsa Melayu juga yang rugi.
- PAS mampu menjadi parti contoh kepada UMNO dan dakwah PAS lebih berkesan jika bersama kerajaan perpaduan.
-UMNO tidak seburuk dan sezalim sebagaimana yang digambarkan. Kerajaan BN juga telah banyak mendapat pengiktirafan di peringkat dunia dalam pelbagai bidang. Malah menjadi contoh kepada negara lain kerana mampu mengekalkan perpaduan kaum dan keamanan negara).
5 comments:
Bro,
Bubar aje PAS tu maka akan amanlah muslimin dan muslimat dalam Malaysia ini.Setuju tak?
Terima Kasih RAM, kerja bubar PAS ini adalah terpulang kepada ahli PAS sendiri.
Ketahuilah, kalau kita tidak buat permuafakatan Kerajaan Perpaduan sekarang maka lambat laun ianya akan dibuat juga.
Alangkah manisnya jika kita dapat sendiri dapat melihat perpaduan ini berjaya setelah bersusah payah berusaha.
Kalau menolak perpaduan maknanya memang sah dirasuk bapak syaitan dan iblis.
Abu Darda' pernah ditanya berkenaan ciri-ciri manusia yang mulia. Beliau berkata " mereka adalah golongan yang sudi memaafkan disaat mereka berkemampuan untuk membalas dendam.Inilah golongan pengikut Nik Aziz yang masih begitu dendam dengan UMNO sehingga sanggup menentang perpaduan sesama Islam... fikir la
betul-betul-betul, bubar aje PAS, join BN, bersatu dibawah satu bumbung! yang dah lepas tuh, sudah-sudahla, kina bina hidup baru bersama-sama!
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.
Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.
“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…
Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.
Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???
Allah SWT berfirman :
" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)
Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!
BERSATULAH MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ISLAMIYAH !!!
Allahuakbar!!!
Ingatlah wahai saudaraku...
Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.
"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula."(Al-Zalzalah : 7-8)
MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???
Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
Post a Comment