Razali tuduh Nasruddin Hassan penipu
Timbalan ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mahu Nasruddin Hassan disiasat di bawah Akta Hasutan sekiranya ketua Dewan Pemuda PAS pusat itu, didapati telah menimbulkan huru-hara.
Dalam ucapan penggulungan di perhimpunan Pemuda Umno di PWTC hari ini, Razali mendakwa Nasruddin telah bertindak sedemikian dengan menghantar SMS kepada penyokong PAS, yang mendakwa kumpulan itu telah "diserang" oleh kumpulan Pemuda Umno sewaktu pilihan raya DUN Bagan Pinang.
Razali juga berkata PAS telah menerbitkan gambar yang didakwa sebagai seorang anggota PAS yang dikatakan cedera dalam kejadian tersebut.
"Dia keluarkan gambar kononnya muka pecah, baju koyak tapi badan tak luka pun," kata Razali.
"Kita cakap kepada dia, bawa orang ini ke depan. Kita nak minta maaf kalau kita salah. Sampai hari ini tak ada pun orang yang dikatakan dianiaya oleh penyokong BN.
"Penipu besar Nasruddin Hassan," katanya lagi.
Razali turut mendakwa bahawa anggota pergerakan itu juga telah "diserang."
"Satu malam sebelum buang undi, Pemuda kita diserang hanya kerana orang PAS kena tipu," katanya lagi.
"Kalau dia mati masa tu, memang mati katak sebab dia bukan jihad, dia menipu," katanya lagi.
Razali turut mendakwa bahawa terdapat juga anggota Muslimat PAS yang menipu pengundi dengan memberitahu tarikh membuang undi yang salah.
"Muslimat PAS kerana terdesak, dia pergi ke rumah orang tua beritahu tak jadi buang undi pada 11 Oktober, tapi ditunda kepada 13 Oktober," katanya sambil menambah perkara itu tidak seharusnya dilakukan oleh PAS.
"Umno tak akan sekali-kali menggadai agama Islam untuk kepentingan diri kita," tambahnya. (Sumber : Malaysiakini)
(Kata Waris Pahang :
-Sebagai pemerhati politik, Waris Pahang amat kesal dengan apa yang berlaku dalam politik negara kini. Berlaku tuduh menuduh antara orang Melayu yang satu agama, satu akidah dan satu kiblat ini.
-Apa susah-susah jika ada bukti bawalah kes pergaduhan hingga ke mahkamah dan biarkan mahkamah yang putuskan siapa yang salah dan siapa yang benar.
-Jika dulu adalah juga bunga-bunga ke arah perpaduan antara PAS dan UMNO tetapi kini bukan sahaja hubungan tersebut diracun tetapi dilenyek lumat dengan stremrol.
-Apa gunanya belajar tinggi-tinggi hingga ke seberang laut dan menghafaz banyak ayat-ayat Al Quran kalau kita menolak ayat Al Quran yang menyeru umat Islam bersatu.
-Adakah kita termasuk golongan yang emosional dan mabukkan kuasa sehingga kita lupa bahawa tanggungjawab kita adalah membantu ke arah kebaikan dan memberi tarbiyah.
-Semoga dalam hal ini kebajikan 'rakyat didahulukan' dan selebihnya kita doakan agar amalan kita diredhoi Allah dan mendapat balasan pahala di atas apa yang kita lakukan).
4 comments:
Macam mana nak sepakat dengan orang UMNO, dia pakat dengan orang kapir tubuh kerajaan.
Kalu kito pakat tak apo jugok. Kapir harbi pun tak apo. Janjinyo dapat kat kito.
laa ni..payah dah nk nengok org2 Melayu ni bersatu..depa g dengar cakap org yang hanya ingin menghancurkan orang Melayu itu sendiri..ishhh takut koi nengok zaman laa ni..
Hai Che Leh Jangok,
1Malaysia Adalah Wawasan Kita.
Kita saling perlu memerlukan antara kaum untuk memajukan negara.
Hai Srikandi, zaman sekarang ada org suka melayu berpecah belah demi kepentingan politik. Tak payah sebut, orang dah tahu siapa dia, berbanding dengan 1Malaysia.
Post a Comment