
PEKAN 29 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin terdesak apabila melakukan penipuan besar dengan menabur pelbagai janji palsu kepada rakyat dan parti pembangkang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat tidak seharusnya menerima bulat-bulat kata-kata Anwar yang boleh menabur janji yang berbeza-beza kepada kaum-kaum tertentu di negara ini.
"Rakyat harus berhati-hati kerana janjinya tidak semestinya dapat ditunaikan. Kadang-kadang dia cakap lain kepada orang Melayu dan cakap lain kepada orang Cina.
"Terpulang kepada rakyat, yang penting rakyat tidak boleh telan bulat-bulat kerana dia (Anwar) sendiri tahu dia tak boleh tunaikan,"katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
1. PKR memang sudah mahu hancur sebab itulah dia bikin janji DAP layak jadi TPM II. Memang bagus janji ini sebab boleh bikin makin ramai orang Melayu dalam PKR keluar beramai-ramai dari parti berhantu tu. Jangan mereka keluar ramai-ramai masuk DAP sudahlah.
2.Anwar memang arkitek terunggul macam Assahari kerana mampu membina satu organisasi yang unggul tetapi akhirnya dia sendiri yang runtuhkan. Kalau Arqam penuh dengan ajaran karut dan sesat tetapi PKR penuh dengan isu moral termasuk kes liwat kali kedua, pembohongan 16 September dan imej brother putar alam. Jawatan TPM II adalah satu janji putar alam Anwar.
3. Perang antara Ezam dan Azizah bukan sudah riuh sekampung tetapi segenap kampung di Malaysia. Kak Wan tetap pertahan dan menjaga kepentingan suaminya daripada menegakkan kebenaran. Barangkali Anwar timbulkan isu jawatan TPM II untuk menutup isu tersebut.
4. Isu TPM II ditimbul mungkin kerana Anwar sudah hilang pengaruhnya dan apabila sebut sahaja Anwar orang akan ingat liwat dan begitulah sebaliknya maka sebab itulah ahli dan pimpinan PKR naik meluat hingga mereka keluar beramai-ramai dari parti tanggang tersebut.
5.Anwar semakin jauh dari hati orang PAS, Anwar akan kenang PAS sewaktu susah sahaja. Ahli PAS bukan suka sangat dengan Anwar tetapi terlalu taasub dengan pimpinan PAS sehingga sanggup sokong Anwar. Mereka juga akan sokong jawatan TPM II diberi kepada DAP.
6.DAP lah parti yang kini bertungkus lumus menyelamatkan Anwar sebab itu Anwar menawarkan jawatan TPM II untuk DAP. Barangkali Anwar terhutang budi dengan Karpal Singh yang pernah menasihatnya supaya bertaubat.
7. Barangkali Anwar malu-malu kucing dengan Lim Kit Siang sebab beliaulah yang layak jadi Ketua Pembangkang di Parlimen, bukan Anwar lagi sebab jumlah AP DAP lebih ramai dari PAS dan PKR. Mungkin Lim Kit Siang juga layak jadi TPM tetapi TPM III agaknya.
8.Anwar sesuai dilabelkan BAPA TABUR JANJI kerana suka tabur janji tetapi tidak mampu mengotakannya. Sudah lupa ke janji Anwar mahu tubuh kerajaan pada 16 September 2008.
Anwar memang pandai reka janji apabila sesuatu janjinya tidak dapat ditunaikan maka akan timbullah janji-janji baru. Hanya satu Anwar takut berjanji iaitu "Bersumpah Tidak Meliwat").
3 comments:
mungkin anwar tawar jawatan pm pula?
Woit Warisan Pahang tagline ko bess tapi misi ko dengan tagline ko tak sama...wakakaka
Apa yang ko nak perjuangkan sebenarnya ni atau ko kaki merapu atau buat blog sebab dapat upah...wakakaka
Ko lupa ke Mahadey pun pernah kata satu hari nanti bangsa asing pun boleh jadi PM...wakakaka...kau ni melayu mudah lupaa...
Kau lupa jugak yer...LGE kena penjara kes orang lain dapat sedap orang lain kena tangkap kat Melaka.
Nape LGE yang kena tangkap? Boleh jawap ke...wakakaka
Slogan BN dari pemimpin ko yang jadi pemuka yahudi "Rakyat didahulukan...kenapa TG PAGAR dilepaskan tanpa memberitahu rakyat secara terperinci maksud perjanjian?
Kehilangan dua blok minyak diSabah. Kenapa tidak dibincangkan di Dewan Parlimen kerana Dewan Parlimen adalah Dewan suara rakyat?
Bebawak realistik skit bro...
Rakyat dah tahu tembelang BN atau UNITED MUNGKEE NAT ORGN ni.
Sebagai kawan juga lawan aku sarankan ko tukau tagline ko tu supaya tak nampak ko macam pemuka yahudi jugak.....wakakaka
Orang DAP/PAS pun berangan nak jadi PM/TPM. Masing-masing ada hati. Walau bagimana pun, tunggu dan lihat... pilihan raya ke 13.
Post a Comment