
Sebanyak RM50 juta dibelanjakan untuk seluruh Misi Menyelamat membawa pulang seramai11,000 orang rakyat Malaysia di Mesir. Mana ada kerajaan negara lain yang membuat operasi besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia.
Adalah sangat mendukacitakan ketika kerajaan sibuk bertungkus lumus memindahkan pelajar di Mesir yang berkemungkinan kebanyakannya adalah anak-anak orang PAS, mereka sibuk pula berpolitik dan memperlekehkan usaha murni kerajaan ini.
Pada mulanya mereka kata kerajaan lambat bertindak, tahukah mereka bukan senang kita mahu memindahkan 11,000 orang dalam masa yang singkat. Apatah lagi kita perlu kebenaran khas dari Kerajaan Mesir dan Arab Saudi untuk laksanakan misi menyelamat ini.
Kemudian mereka memperlekehkan kerajaan apabila bercadang memindahkan rakyat Malaysia dengan kapal laut TUDM, mereka kata kerajaan terlalu berkira sangat kos dan kenapa tidak pindah semuanya dengan kapal terbang sahaja?. Tahukah mereka bukan senang memindahkan pelajar seramai 11,000 orang, kita terpaksa melakukan apa sahaja usaha asalkan pelajar selamat meninggalkan bumi Mesir yang sedang bergolak dengan segera.
Kemudian mereka membuat cerita pula kononnya perjalanan pulang dari Jeddah ke Malaysia ditanggung sendiri oleh pelajar menyebabkan ada pelajar yang mempunyai masalah kewangan enggan pulang ke Malaysia. Kerajaan terpaksa memberi penjelasan bahawa semua kos perjalanan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
Barangkali masih ada lagi rakyat Malaysia di Airport Cairo Egypt yang menunggu bilakah kapal terbang akan sampai mendarat di Mesir. Tapi mereka bukan tunggu kapal terbang MAS atau Air Asia sebaliknya tunggu kapal terbang Pas Air Ways (PAW). Malangnya kapal terbang tersebut tak kunjung tiba.
Dalam masa kerajaan sibuk menjalankan misi menyelamat, mereka pula sibuk mengadakan demontrasi di Kedutaan Amerika, mahu mengalihkan tumpuan masyarakat lah kononnya tu tetapi mereka mendapat cemuhan pula dari masyarakat kerana 'melalak bodoh' mencampuri urusan negara orang minta Hosni Mubarak letak jawatan.
Bersyukurlah kepada Ilahi kerana Operasi Menyelamat ini berjaya dan Malaysia masih kekal aman damai. Janganlah pula kita mahu menghuru-harakan negara kita.
No comments:
Post a Comment