
(Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan rakyat di negeri Pahang supaya tidak menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Baginda bertitah, perhimpunan itu membawa banyak keburukan daripada kebaikan dan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat “Sebaliknya ia akan menyusahkan rakyat yang selama ini menjalani kehidupan aman dan tenteram. “Saya merayu kepada rakyat jelata supaya tidak campur tangan dalam hal Bersih ini. Bersih atau kotor ia demonstrasi yang sememangnya tidak bersih,” titah baginda)
Susulan daripada Titah Sultan Pahang yang menyeru "Perhimpunan Haram ditentang habis-habisan". Blogger pembangkang mula pertikai dan menghina KDYMM Tuanku Sultan Pahang.
Blogger pembangkang dengan angkuhnya telah menghina Tuanku Sultan Pahang kerana titah baginda yang menasihatkan agar rakyat Pahang tidak melibatkan diri di dalam demonstrasi jalanan haram.
Kita tengoklah nanti siapa pemimpin dan rakyat Pahang yang derhaka dengan Titah Tuanku Sultan. Mereka yang menghuru harakan negara elok dibuang negeri sahaja.
Paling kurang ajar dan biadap apabila ada beberapa komen melampau oleh anonymous terhadap Tuanku Sultan Pahang. Mereka sengaja nak provok supaya kita bertindak balas!!
Tuanku Sultan Pahang sudah berani mereka sentuh dan hina...Mungkin ini merupakan satu lagi kejayaan ambiga,anwar dan PR untuk mendaki tangga menjadikan negara kita sebagai negara republik bertuankan Presiden.
Kita cukup hairan kerana AMBIGA dan ANWAR mereka hilang hormat sesama agama dan bangsa malah mereka cabar undang-undang dan perlekeh Tuanku Sultan Pahang.
Mari kita rakyat Pahang buat laporan polis terhadap blogger yang biadap dan kurang ajar supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengikut undang-undang terhadap mereka yang menghina Tuanku Sultan Pahang.
YANG DIPERTUAN AGONG dan Tuanku Sultan Pahang telah mengeluar titah demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Kita harap pihak berkuasa tidak memberi muka dan tangkap sahaja mereka yang masih berdegil kerana pintu rundingan sudah berakhir.
No comments:
Post a Comment