Friday, March 27, 2009

Keputusan Pemilihan Agung UMNO 2009 - Berjaya

Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung memperlihatkan beberapa keputusan :

i. Hanya seorang ketua menteri yang berjaya :
Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.

ii. Tujuh menteri yang berjaya dipilih:
- Datuk Mustapa Mohamad.
- Datuk Noh Omar.
- Datuk Ismail Sabri.
- Datuk Mohamad Zin Mohamed.
- Datuk Shaziman Abu Mansor.
- Datuk Zulhasnan Rafique.
- Datuk Ahmad Shabery Cheek.

iii. Lima Timbalan Menteri yang berjaya dipilih:
- Datuk Saifudin Abdullah.
- Datuk SP Lajim Ukin.
- Datuk Hamzah Zainuddin.
- Datuk Ahmad Husni Hanadzlah.
- Datuk Idirs Haron.

iv. Dua bekas menteri besar turut terpilih :
- Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu)
- Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah).

v. Seorang calon wanita yang terpilih :
Datuk Dr Norraesah Mohamad.

vi. Turut menang di senarai terbawah :
Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, ketua Biro Putera Umno.

Keputusan Pemilihan Agung UMNO 2009 - Kecundang

Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung memperlihatkan beberapa kejutan :

i. Dua Menteri kecundang :
- Datuk Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
- Datuk Seri Azalina Othman Said, Menteri Pelancongan.

ii. Empat Menteri Besar kecundang :
- Datuk Abdul Ghani Othman,Menteri Besar Johor.
- Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang.
- Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.
- Datuk Dr Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis.

iii. Tiga Timbalan Menteri yang mencuba nasib tetapi gagal :
- Datuk Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
- Datuk Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Sumber Manusia
- Datuk Hassan Malek, Timbalan Menteri di JPM.

iv. 11 calon yang tidak mempunyai jawatan dalam pentadbiran
kerajaan terpilih menduduki kerusi pembuat dasar UMNO.

Thursday, March 19, 2009

Pahangdaily online bohong : Tuduh Ahli Parlimen dan Tiga Adun amal politik wang

A. Petikan daripada laman pahang daily online 19 Mac 2009 :

1. PAS Kawasan Paya Besar Pahang menyifatkan tindakan Lembaga Displin UMNO menggantung dan memberi amaran kepada empat pemimpin UMNO Bahagian Paya Besar semalam membuktikan UMNO Paya Besar adalah lubuk rasuah.

2. Yang Dipetua PAS Kawasan, Ustaz Yusuf Embong berkata, belum pernah berlaku di dalam sejarah Umno semua pemimpin utama bahagian disabitkan dengan amalan rasuah sebagaimana berlaku kepada kawasan ini. "Ini menunjukkan kepimpinan UMNO Paya Besar adalah lubuk rasuah tetapi kerana di dalam UMNO politik wang (rasuah) bukan kesalahan jenayah maka tiada tindakan sivil dikenakan terhadap pemimpin terbabit," kata beliau.

3. Tambah Yusuf, pemimpin UMNO Paya Besar yang digantung dan diberi amaran itu adalah wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang yang diberi kepercayaan oleh pengundi dalam pilihan raya 8 Mac 2008 lalu. "Kini sudah terbukti mereka adalah pengamal politik wang yang sepatutnya tidak layak dipilih sebagai wakil rakyat. Mereka perlu mengosongkan jawatan masing-masing untuk membersihkan kerusi mereka daripada terpalit dengan amalan rasuah," ujar beliau.

4. Sesungguhnya apa yang dinyatakan oleh pemimpin PAS itu bagai ada kebenarannya. Biarpun hanya Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Manan Ismail yang dikenakan tindakan displin berupa penggantungan selama satu tahun. Namun, ketiga-tiga pemimpin lain itu sebenarnya memang terlibat dengan rasuah "politik wang" sebenarnya. Imej mereka kini sudah tercalar dan tidak layak untuk mewakili rakyat di kawasan masing-masing.

B. Petikan daripada Utusan Malaysia 19 Mac 2009 :

Bukan kerana politik wang - Adnan

KUANTAN 18 Mac - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan, seorang Ahli Parlimen dan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari negeri ini yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO semalam bukan kerana politik wang.

Katanya, mereka dikenakan tindakan setelah didapati bersalah menganjur dan menyertai perjumpaan ketika melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat dalam tempoh pemilihan jawatankuasa UMNO Bahagian yang lalu.

''Lembaga Disiplin mendapati bahawa tindakan-tindakan itu juga adalah salah dan melanggari kod etika parti,'' katanya dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini, hari ini.

Semalam, Lembaga Disiplin menggantung keahlian selama setahun Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail, sementara tiga lagi iaitu Timbalan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah yang juga ADUN Sungai Lembing dikenakan amaran.

(Kata Waris Pahang :

- Pahangdaily Online telah menyiarkan 3 artikel pembohongan bertajuk :

1. Politik Wang UMNO, Amat Memalukan Kerana Negeri Pahang Pecah Rekod Rasuah Bila Seorang Ahli Parlimen Dan Tiga ADUN Terlibat !!.

2. Susulan Lima Pemimpin UMNO Negeri Terlibat Politik Wang, Bahagian Paya Besar Gesa Agar Menteri Besar Pahang Meletakkan Jawatan

3.
Susulan Kes Rasuah Pemimpin Politik Pahang, Pemimpin PAS Sifatkan UMNO Bahagian Paya Besar Adalah Lubuk Segala Rasuah Parti Itu

- Pihak yang dituduh melakukan politik wang sebagaimana yang dipaparkan dalam laman blog Pahangdaily Online wajar mengemukakan saman di atas tuduhan yang tidak berasas itu).
- Semoga tindakan menyaman Pahangdaily Online ini dapat memberi pengajaran kepada mereka supaya tidak melakukan sesuatu tanpa usul periksa.
- Ramai pihak yang tidak puas hati dengan Pahangdaily Online sejak kebelakangan ini dan mereka tidak percaya lagi dengan kenyataan yang dipaparkan dalam blog itu.

Surat Terbuka Untuk Nik Aziz

Kerajaan campuran: Nik Aziz bidas Hadi

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas tindakan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang mencadangkan pembentukan kerajaan campuran PAS-Barisan Nasional (BN) baru-baru ini.

Nik Aziz melihat tindakan Abdul Hadi itu sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan parti itu di Ipoh Ogos lalu yang menolak usaha pembentukan kerajaan campuran dengan BN.

Sambil menyifatkan kenyataan Abdul Hadi itu sebagai pandangan peribadi, Nik Aziz menegaskan satu mesyuarat khusus sepatutnya diadakan untuk membincangkan perkara itu.

"Itulah yang saya sebut, kalau nak bahas masalah kerajaan dengan Umno kena ada mesyuarat khusus. Jangan buat keputusan lain, cakap lain, itu saya tak setuju.

"Saya tetap dengan keputusan Muktamar (Tahunan PAS ke-54 yang lalu), barulah dikatakan kedudukan kita stabil dan kita dipanggil berdisiplin," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan pelabur dari Taiwan di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata beliau tetap berpegang kepada keputusan bersama dalam muktamar, iaitu PAS tidak mahu mengadakan kerjasama dengan BN, termasuk pembentukan kerajaan campuran.

Katanya, beliau hanya akan akur dengan cadangan Abdul Hadi itu sekiranya semua ahli jawatankuasa PAS Pusat bersetuju mewujudkan kerajaan campuran dan keputusan itu perlu ditetapkan dalam mesyuarat khas berkenaan.

"Apa kita nak bercanggah dengan keputusan muktamar, kalau buat mesyuarat dan semua menyokong, kita akan buat, tak ada masalah," katanya.

Nik Aziz berkata beliau menentang cadangan Abdul Hadi itu kerana ia bertentangan dengan dasar parti selain dikhuatiri ia tidak akan membawa kebaikan pada PAS.

Cadangan Abdul Hadi itu sebelum ini dipersetujui Dewan Pemuda PAS Pusat yang disifatkan bertepatan dengan masa.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menuntut Abdul Hadi memberi penjelasan berhubung cadangannya itu kepada pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan DAP, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat.

- BERNAMA


(Kata Waris Pahang :

- Nik Aziz tidak sesuai diajak bermain Futsal kerana beliau bersikap emosional, mementingkan diri sendiri dan bukan mengutamakan kerjasama berpasukan.

- Sebenarnya hanya orang waras sahaja yang layak bermain Futsal, mereka yang tidak mengutamakan perpaduan akan menghancurkan kekuatan pasukan.

- Nik Aziz tidak menghormati Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang sehingga menolak mentah-mentah cadangan tersebut malah dibidas pula kerana mengeluarkan kenyataan yang dilihat ke arah perpaduan dua parti politik Melayu, PAS dan UMNO.

- Nik Aziz lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada bekerjasama dengan UMNO yang sebangsa, seagama dan seakidah.

- Nik Aziz utamakan parti PAS dari kebaikan segalanya, barangkali PAS itu Islam dan Islam itu PAS masih sebati disanubarinya.

- Jika sayangkan PAS teruskan lah bersama PAS kemudian kita berjuang bersama di atas satu parti untuk agama, bangsa dan negara.

- Jika nama Barisan Nasional sudah tidak relevan maka kita berbincang bersama untuk menukar namanya.

- Kita hairan kenapa Nik Aziz dan Lim Guan Eng sangat takut dengan perpaduan Orang Melayu?.

- Nik Aziz telah membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa beliau tidak mendengar suara akar umbi yang mahukan perpaduan.

- Hanya yang ada di dalam lubuk hati beliau ialah DENDAM KESUMAT untuk menghancurkan UMNO dan perpaduan Melayu dalam UMNO.

- Sungguh hairan apa lagi yang didendami Nik Aziz. Kita lihat apa saja pembangunan Islam akan dan telah dilaksanakan oleh kerajaan.

- Jika PAS lihat masih ada kekurangan yang perlu diperbaiki, silalah bersama dalam kerajaan campuran dan kita baiki dan tambah kekurangan bersama.

- Kita tidak lihat kerajaan sekarang menidakkan syiar Islam berkembang di negara kita malahan masjid-masjid semakin banyak dibina.

- Kita tidak sangka seorang yang bergelar tuan guru sanggup menggunakan kuasa veto dan membuat keputusan menolak untuk bermusyawarah.

- Percayalah, Nik Aziz tidak akan berjaya jika terus bersekongkol dengan DAP. Mereka akan menggunakan pelbagai agenda secara nyata dan halus untuk melemahkan orang Melayu.

- Sepanjang hidup kita, belum pernah kita terjumpa perintah Allah yang menyeru umat Islam berpecah belah dan mendoakan umat Islam dihancurkan).

Wednesday, March 18, 2009

Plak Haram : Hi Hi Bye Bye

Kronologi Plak Haram

8 Mac - Nizar hadir ke Majlis Perasmian Tugu Peringatan di bawah pokok hujan dan menanam lima batang pokok yang bersimbolkan Adil, Amanah, Telus, Berwibawa dan Berkebajikan.

13 Mac - Plak haram dipecahkan sebanyak 30 peratus.

14 Mac - Plak haram dipecahkan sehingga tinggal 30 peratus kemudian disimbah dengan cat berwarna hitam.

17 Mac - Tugu haram dicabut dan dipindahkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

(Kata Waris Pahang :

- Waris Pahang hairan ada pihak yang sanggup menghabiskan ratusan ringgit untuk membuat plak tersebut kemudian diletakan di kawasan awam tanpa mendapat persetujuan Majlis Daerah Ipoh.

- Waris Pahang setuju plak haram ini dicabut kemudian dimusnahkan kerana ianya menggugat kestabilan politik dan ketenteraman awam. Tindakan pihak berkuasa memang tepat sekali kerana mampu mengekang perselisihan dan pergaduhan serta menjamin keselamatan awam).

Tuesday, March 17, 2009

Tahniah Datuk Tiger


Waris Pahang ucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Ibrahim Yahya dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia yang baru.

Rakan blogger pasti kenal dengan 'dunia tiger' atau laman www.duniatiger.blogspot.com.

(Kata Waris Pahang :

- Semoga Datuk Tiger membuat perubahan dalam RTM dan buktikan kerajaan memenuhi tuntutan semasa.

- Andai ada antara mereka yang masih terlena sumpahlah mereka menjadi Biskut Marrie, gurau aje.

- Semoga Datuk Tiger terus berjaya).

Tuduhan Menghasut : Anwar Sokong Karpal

Pada 17 Mac 2009, Karpal Singh (Pengerusi DAP) didakwa mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan berhubung ancamannya untuk menyaman Sultan Perak.

'The king' Karpal Singh yang pernah mengeluarkan perkataan 'celaka' akan berdepan dengan undang-undang negara. Beliau boleh diberi 'Malaysia Book Of Record' kerana 100 laporan polis dibuat terhadap beliau.

Namun mampukah peguambela untuk membela Karpal Singh di atas tuduhan menghina Sultan Perak dengan tindakan hendak menfailkan saman terhadap baginda?.

Apa yang menghairankan Anwar Ibrahim memberi sokongan kepada Karpal. Anwar Ibrahim turut hadir ke mahkamah tinggi ketika mahkamah bersidang untuk mendakwa Karpal pada jam 10.24 pagi tadi.

(Kata Waris Pahang :

- Kehadiran Anwar merupakan sokongan moral beliau kepada Karpal. Adakah Anwar Ibrahim juga menyokong kenyataan Karpal menghina Sultan Perak dengan tindakan hendak menfailkan saman terhadap baginda?.

- Barangkali inilah strategi 'gerak saraf' Anwar, beliau pernah berkata bahawa beliau akan bertemu karpal suatu hari nanti setelah Karpal berang dan menyalahkan Anwar bila kerajaan Perak bertukar dan meminta Anwar bertaubat. Maka beliau hadir ketika Karpal berada dalam kesedihan dan mengharapkan sokongan rakan-rakan pembangkang.

- Apa pun pendirian Anwar berhubung sokongan beliau kepada Karpal, kita tetap menolak orang yang bersekongkol dengan sesiapa sahaja yang menghina Kedaulatan Raja-Raja).

Dewan Rakyat Bukan Medan Kebal

Gempar sungguh dibuatnya apabila Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun selepas mengaitkan timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Sewaktu pengundian dijalankan, kesemua ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dewan sebagai tanda membantah.

Usul tersebut dibentangkan pada kira-kira jam 11.30 pagi di hadapan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Usul terhadap ahli parlimen Puchong kerana dianggap menghina dewan berhubung tuduhannya terhadap Datuk Seri Najib Razak terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.Minggu lepas, anak lelaki Pengerusi DAP Karpal Singh itu digantung tugas sehari kerana kenyataannya tersebut.

Teks lengkap usul seperti berikut:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan mencadangkan:
1. Bahawa pada 12 Mac 2009, Yang Berhormat Tuan Gobind Singh Deo, ahli parlimen kawasan Puchong semasa perbahasan peringkatJawatankuasa Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2009) 2009 telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mendakwa YAB timbalan perdana menteri, ahli parlimen kawasan Pekan terlibat dalam kes pembunuhan.

2. Bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong juga telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

Dan bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong adalah merupakan satu dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai ahli parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong hendaklah digantung tugas dari jawatannya sebagai ahli parlimen selama dua belas (12) bulan dari tarikh keputusan usul ini diluluskan.

Dalam masa penggantungan ini Yang Berhormat ahli parlimen kawasan Puchong tidak akan dibayar kesemua bayaran elaun dan kemudahan sebagai seorang Ahli Parlimen.

(Kata Waris Pahang :

- Rakyat di luar sana sudah bosan dengan Parlimen yang riuh rendah macam pasar. Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah berkali-kali menasihati ahli-ahli parlimen tetapi mereka kekal seperti pemimpin kelas ketiga. Malahan bukan itu sahaja Yang Dipertuan Agung baru sahaja menegur mereka semua.

- Dewan rakyat dijadikan medan untuk melemparkan tuduhan liar dan maki hamun. Mereka tidak rasa takut melakukannya kerana beranggapan 'kebal' bersuara dalam Dewan Rakyat.

- Pada 12 Mac 2009 Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun selepas menyalah gunakan kedudukan beliau sebagai ahli parlimen untuk membuat tuduhan liar dan menghina Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat setelah diperintah keluar Dewan.

- Jangan ingat kamu boleh lakukan apa sahaja, Malaysia dan Dewan Rakyat ada undang-undang. Dewan Rakyat bukan medan kebal).

Friday, March 13, 2009

Buli Kembali Di Pahang

Rotan bukan penyelesai masalah

KUANTAN - Masalah pelajar memeras ugut pelajar lain di tiga buah sekolah menengah di Temerloh tidak dapat diselesaikan sepenuhnya dengan hukuman rotan.

Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Cawangan Pahang, Kamarulzaman Abdul Razak berkata, pelajar terbabit dibimbangi menjadi semakin ganas dan agresif apabila dikenakan hukuman sedemikian.

"Hukuman rotan lebih banyak merosakkan daripada menyelesaikan masalah, pelajar terbabit sepatutnya diberi khidmat nasihat serta kaunseling," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! kelmarin bahawa kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar di tiga buah sekolah menengah di Temerloh supaya memeras ugut pelajar lain di sekolah masing-masing.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan sebilangan pelajar boleh menjadi serik apabila dirotan.
"Semuanya bergantung kepada penerimaan pelajar itu sendiri, ada yang bila kena rotan mereka jadi serik, tak mahu ulang kesalahan lagi tetapi ada juga yang sebaliknya," katanya.

Kamarulzaman menegaskan, gejala peras ugut tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dibanteras segera sebelum menular sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat seharusnya bermuafakat dan memberi perhatian sewajarnya kepada masalah seumpama itu dan tidak terlalu mengharap kepada pihak sekolah semata-mata untuk menyelesaikannya.

(Sumber : Kosmo)

(Kata Waris Pahang :

- Isu masalah disiplin pelajar jangan disembunyikan, jangan ada nyawa yang melayang baru kita mahu mengambil tindakan.

- Guru-guru dan pihak sekolah mestilah segera mengenalpasti masalah disiplin pelajar. Wujudkan pemantau disiplin di kalangan pelajar seperti "Kelab Rakan Anti Buli", kebanyakan mangsa buli takut mengadu kerana dibimbangi akan dibelasah oleh samseng sekolah.

- Ibubapa pula jangan hanya tahu menyalahkan guru semata-mata kerana tugas utama mendidik anak-anak terletak dibahu ibubapa.

- Pelajar-pelajar mesti melaporkan kepada rakan, pengawas, guru-guru dan pihak sekolah sekiranya mereka diugut kerana budaya ugut juga termasuk dalam kes buli.

- Ibubapa di luar sana diharap perhatikan sentiasa kelibat anak-anak anda dan luangkan masa bersama mereka semoga kejadian buli atau samseng sekolah tidak berlaku lagi).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP