
KUANTAN - Masalah pelajar memeras ugut pelajar lain di tiga buah sekolah menengah di Temerloh tidak dapat diselesaikan sepenuhnya dengan hukuman rotan.
Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Cawangan Pahang, Kamarulzaman Abdul Razak berkata, pelajar terbabit dibimbangi menjadi semakin ganas dan agresif apabila dikenakan hukuman sedemikian.
"Hukuman rotan lebih banyak merosakkan daripada menyelesaikan masalah, pelajar terbabit sepatutnya diberi khidmat nasihat serta kaunseling," katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! kelmarin bahawa kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar di tiga buah sekolah menengah di Temerloh supaya memeras ugut pelajar lain di sekolah masing-masing.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan sebilangan pelajar boleh menjadi serik apabila dirotan.
"Semuanya bergantung kepada penerimaan pelajar itu sendiri, ada yang bila kena rotan mereka jadi serik, tak mahu ulang kesalahan lagi tetapi ada juga yang sebaliknya," katanya.
Kamarulzaman menegaskan, gejala peras ugut tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dibanteras segera sebelum menular sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.
Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat seharusnya bermuafakat dan memberi perhatian sewajarnya kepada masalah seumpama itu dan tidak terlalu mengharap kepada pihak sekolah semata-mata untuk menyelesaikannya.
(Sumber : Kosmo)
(Kata Waris Pahang :
- Isu masalah disiplin pelajar jangan disembunyikan, jangan ada nyawa yang melayang baru kita mahu mengambil tindakan.
- Guru-guru dan pihak sekolah mestilah segera mengenalpasti masalah disiplin pelajar. Wujudkan pemantau disiplin di kalangan pelajar seperti "Kelab Rakan Anti Buli", kebanyakan mangsa buli takut mengadu kerana dibimbangi akan dibelasah oleh samseng sekolah.
- Ibubapa pula jangan hanya tahu menyalahkan guru semata-mata kerana tugas utama mendidik anak-anak terletak dibahu ibubapa.
- Pelajar-pelajar mesti melaporkan kepada rakan, pengawas, guru-guru dan pihak sekolah sekiranya mereka diugut kerana budaya ugut juga termasuk dalam kes buli.
- Ibubapa di luar sana diharap perhatikan sentiasa kelibat anak-anak anda dan luangkan masa bersama mereka semoga kejadian buli atau samseng sekolah tidak berlaku lagi).
5 comments:
Jika tidak dapat selesaikan dengan rotan, Najib Glokal boleh pikiorkan C4 sebagai opsyen.
Bulan Penuh 2012
Ramai ngat yang babir yek... cemat je.. tapi berambi sikit, budok sehari ni bile kite kabor, dia buat tak cakner je.. Kene kembali kepada asas... MOH KENALKAN MANUSIA KEPADA TUHAN. ILMU DAN PANDUAN DALAM BLOG DIBAWAH NI BAGUS JUGE UNTUK PANDUAN KITE SEMUA.
http://ikhwantoday.com/
Ya, sekarang, kena kembali pada asas.
pembuli itu sama dng sikap kurang ajar.
maknanya mereka tak cukuaap ajar. jadi kenalah ajar cukup2 oleh mak bapak atau sesiapa yg berkenaan.
perlu ada kerjasama pihak polis, jabatan agama, majlis peguam - beri ceramah di sekolah dgn isu yg berkaitan. biar ada kesedaran.
pihak2 tertentu jgn ada bayaran baru nak datang. buat kerja amallah sikit... jgn asyik fikir duit duit duit masuk poket...
ntoh nyer... dulu buli eh kat skoloh koi takde ler sampei bebunuh.. gamoknye diorg neh kuat ngat layan game gta kott.. tuh yg dior seselamber jer bunuh.. ishk2... dunie doh beruboh budok dah makin brani.. adehhh
Post a Comment