
Demi menyelamatkan parti keramat Melayu ini (UMNO), maka Waris Pahang dedahkan serba sedikit kandungan buku tersebut.
Sedutan ucapan Tun Dr. Mahathir ketika Perhimpunan Agung UMNO ke 35 pada 25-27 Mei 1984.
UMNO Dan Masa Depannya.
Punca-punca yang boleh menyebabkan hayat UMNO bakal berakhir.
1. Politik wang berleluasa
"Penggunaan wang dan rebutan jawatan akan menghancurkan UMNO dan melemahkan Melayu. Sekiranya ini berlaku, satu hari nanti, 'millionair' sahaja yang akan memimpin UMNO. Pada waktu itu, UMNO bukan lagi parti politik. Ia akan menjadi persatuan orang kaya. Dan sudah tentu rakyat umum tidak lagi akan menyokongnya" kata Tun Dr. Mahathir.
2. Ahli UMNO tiada semangat perjuangan
"Yang melahir dan mengukuhkan UMNO ialah semangat dan bukan wang ringgit. Di waktu UMNO dianggotai oleh orang-orang yang miskin belaka, UMNO telah berjaya menumpaskan British" kata Tun Dr. Mahathir.
3. Perpecahan peringkat akar umbi
"Hari ini peristiwa berkelahi di mesyuarat Cawangan sudah meresapi UMNO sehingga terpaksa memanggil polis. Yang sudah memimpin menggunakan kuasa untuk menyekat ahli-ahli baru atau penubuhan cawangan-cawangan baru" kata Tun Dr. Mahathir.
4. Fitnah
"Fitnah dilemparkan dengan sewenang-wenangnya" kata Tun Dr. Mahathir.
5. Kuasa kerajaan diperalatkan
"Taktik menggunakan kemudahan kerajaan untuk memancing undi juga tidak boleh digalakkan. Pilihlah mereka yang mengutamakan khidmat yang jujur dan tidak berhempas pulas untuk mendapat tempat" kata Tun Dr. Mahathir.
6. Tumpang pengaruh dan calon-calon ditaja
"Nama orang-orang tertentu digunakan untuk mendapat pengaruh. Hartawan Melayu dan bukan Melayu dipohon menderma kepada calon-calon tertentu" kata Tun Dr. Mahathir.
7. Tiada kerjasama dalam parti
"Ahli-ahli yang membenarkan diri mereka dipengaruhi dengan kempen jenis ini akan kecewa akhirnya. Apabila pemilihan dibuat, tidak kira siapa menang dan siapa yang kalah, kerjasama dalam parti tidak dapat diadakan lagi. Semakin lama semakin banyak perpecahan akan berlaku. Dan akhirnya akan hancurlah UMNO" kata Tun Dr. Mahathir.
8. Pemimpin UMNO menyeleweng
"Jika ada nama-nama pemimpin UMNO yang jelas menyeleweng atau sudah tidak mempunyai idea dan tenaga lagi, kita perlu mencari ganti. Tetapi kita tidak perlu mengganti pemimpin semata-mata kerana ini diizinkan, atau kerana ingin memberi kemenangan kepada calon kita" kata Tun Dr. Mahathir.
9. Budaya 'cah keting'
"Jangan sekali-kali begitu sayang kepada seseorang sehingga sanggup UMNO dipecah-pecahkan. Jangan ada 'personality cult' dan 'parochilaism' dalam UMNO" kata Tun Dr. Mahathir.
10. Kianati mandat yang diberikan
"Sekarang tugas UMNO ialah untuk menentukan bahawa orang-orang Melayu tidak lagi diancam kerana kelemahan mereka. Untuk ini, politik, ekonomi dan kedudukan sosial orang-orang Melayu mesti diperkemaskan; bukan semata-mata melalui bantuan tetapi melalui penghapusan sikap dan sifat-sifat yang melemahkan orang-orang Melayu" kata Tun Dr. Mahathir .
1 comment:
Ya, betul dan tepat.
Post a Comment