
1. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak 7 Januari 2004 hingga sekarang. Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.
2. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur seterusnya menyambung pelajaran di Kolej Lelaki Malvern, Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.
3. Beliau mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian bapanya, Tun Abdul Razak Hussein pada 14 Januari 1976 di London. Pada ketika itu, beliau baru berumur 23 tahun dan telah menang tanpa bertanding bagi menduduki kerusi Parlimen Pekan yang kosong.
4. Beliau menjadi Timbalan Menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978. Ketika itu beliau berumur 25 tahun. Pada tahun 1982 pula, beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Pahang dan merupakan Menteri Besar termuda dalam sejarah negara. Pada masa itu, beliau baru berumur 29 tahun.
5. Sepanjang beliau berkecimpung dalam arena politik negara, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet iaitu :
i. 1978 – 1980 : Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
ii. 1980 – 1981 : Timbalan Menteri Pendidikan
iii. 1981 – 1982 : Timbalan Menteri Kewangan
iv. 1982 – 1986 : Menteri Besar Pahang
v. 1986 – 1990 : Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
vi. 1990 – 1995 : Menteri Pertahanan
vii. 1995 – 1999 : Menteri Pendidikan
viii. 1999 – 2008 : Menteri Pertahanan
ix. 2004 – kini : Timbalan Perdana Menteri
x. 2008 – kini : Menteri Kewangan
1 comment:
tahniah orang pahang weh...
Post a Comment