Wednesday, April 1, 2009

Awas Malayan Union Baru!

Hari Ini Dalam Sejarah :
1 April 1946

Tanah Melayu diletakan di bawah Malayan Union sebagai negeri jajahan British sepenuhnya dengan diketuai oleh seorang Gabenor British.

Ini menyebabkan kuasa Sultan-Sultan Melayu terhad kepada soal agama Islam dan adat istiadat dalam negeri sahaja.

(Kata Waris Pahang :

- Jika menyokong Nizar beerti menyokong Karpal yang menghina Sultan Perak dengan tindakan mahu menyaman baginda.

-Jika menyokong Nizar beerti menyokong tindakan Nizar yang derhaka kepada Sultan Perak.

- Jika menyokong Ismail Safian beerti menyokong kepimpinan Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir yang diiktiraf oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar.

- Jika menyokong Ismail Safian beerti orang Bukit Gantang telah memilih calon yang tepat kerana beliau seorang yang mudah didampingi, mempunyai pengalaman yang luas dalam pentadbiran dan beliau merupakan anak tempatan.

- Sedarlah hari ini, PAS dan PKR yang bergabung dengan DAP membentuk Malayan Union baru yang mahu hapuskan kekuatan orang Melayu dan menjadikan orang Melayu berpecahbelah.

-Tun Dr Mahathir pernah menyifatkan tindakan Pakatan Rakyat ini lebih merbahaya dari Malayan Union).

Camry : Nizar Masih Larikan

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kes jenayah kereta curi VIP. Tapi kali ini kita lagi terkejut kerana orang yang bergelar VIP tidak memulangkan kereta. Beliau boleh dikenakan tindakan jika terus melarikan kereta kerajaan Negeri Perak berjenama Toyota Camry 2.4.

Nizar, jangan jadikan kereta tersebut sebagai harta seolah-olah bapa kamu yang punya. Kamu bukan lagi Menteri Besar dan dan gaji kamu sudah dihentikan bermula 5 Februari lepas
selepas Kerajaan Negeri Perak bertukar tangan.

Beliau juga mengistiharkan dirinya sebagai ADUN sahaja bukan MB semasa mengisi borang pencalonan.

Tetapi aset kerajaan negeri masih lagi dipegang beliau. Barangkali beliau terlalu sayang pada lambang Menteri Besar pada kereta tersebut.

Nampaknya Nizar mahu tanggung dosa atau ianya telah dihalalkan oleh Tuan Guru dalam PAS.

Barangkali Tuan Guru dalam PAS mahu bersubahat dan tanggung dosa agaknya?

Atau mereka belum sempat dan masih tidak puas lagi naik kereta Camry ?

Perbuatan ini sungguh tidak bertamadun, kebudak-budakan dan umpama orang gila yang kehilangan kuasa.

Pihak berkuasa wajar menahan kereta ini jika menemuinya berkeliaran di atas jalan raya kerana ianya seumpama 'mencuri' kerana Nizar bukan pemiliknya.

BN Jamin Kesejahteraan Rakyat

NILAI 31 Mac - Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM13.7 bilion tahun ini bagi menambah baik kemudahan penjagaan kesihatan bagi rakyat Malaysia termasuk membina lebih banyak hospital, klinik dan kuarters, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau berkata, peruntukan itu akan digunakan untuk membeli peralatan baru, meningkatkan bekalan ubat-ubatan, pembangunan sumber manusia, aktiviti penyelidikan dan penguatkuasaan.

Menurutnya, pada tahun lepas, kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM11 bilion dan angka itu meningkat setiap tahun sejak 1983.

"Masalah penyakit seperti kencing manis dan kanser semakin meningkat. Mengambil kira kedua-duanya, peningkatan ini menyebabkan pembiayaan penjagaan kesihatan sektor awam melonjak naik sejak dua dekad lepas," katanya semasa berucap pada majlis pecah tanah Bandar Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di Bandar Enstek hari ini.

Abdullah berkata, Malaysia telah berjaya melangkah keluar daripada kepompong kesihatan cara lama dengan memperkasakan sektor itu dalam kaedah lebih maju ke hadapan sejak dua dekad lalu.

"Kita telah berjaya meletakkan jenama kesihatan dikagumi dengan menyediakan perkhidmatan dan kemudahan bertaraf dunia, selain mempunyai satu tenaga kerja yang terlatih dan berkelayakan,'' katanya.

Beliau menambah, daripada segi operasi dan pengurusan hospital, negara ini mempunyai tenaga pakar yang semakin mendapat pengiktirafan dunia.

"Lebih membanggakan, pemilikan dan operasi hospital Malaysia kini diperluaskan ke negara seperti Indonesia, India, Vietnam dan negara lain," katanya.

Menurutnya, dengan segala kepakaran yang ada dan pelaburan yang bijak itu, kepercayaan negara lain terhadap perkhidmatan kesihatan di negara ini akan meletakkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan perubatan serantau.

Sumber : Utusan Malaysia

(Kata Waris Pahang :

- Langkah kerajaan menyediakan RM13.7 bilion membuktikan komitmen kerajaan untuk meningkatkan tahap penjagaan kesihatan rakyat.

- Langkah ini juga selaras dengan penekanan dan kesedaran ke arah mempertingkatkan kesejahteraan hidup rakyat dalam usaha kita muncul sebagai negara maju.

- Kita kagum dengan kemudahan dan prasarana kesihatan serta tenaga kerja yang terlatih yang disediakan oleh kerajaan dalam bidang tersebut.

- Waris Pahang harap kita sama-samalah menjaga kesihatan apatah lagi dalam musim yang tidak menentu ini kekadang panas dan kekadang sejuk / hujan lebat.

-Waris Pahang sempat meninjau di sebuah klinik dan mendapati ramai yang demam, selsema dan batuk. Bagi mereka yang berada di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai jangan sampai demam dan pening-pening mahu pangkah mana satu, pangkah aje BN yang menjamin kesejahteraan rakyat.

-Pakatan Pembangkang hanya pandai menabur janji manis dan mempermainkan isu sahaja dan rakyat tidak mendapat apa-apa).

PENGUNDI HANTU CERITA BASI

Hanya tinggal beberapa hari lagi Pilihan Raya Kecil akan
diadakan, nampaknya Pakatan Pembangkang semakin cemas kerana cuba membangkitkan semula isu pengundi hantu dalam kempen mereka.

Tindakan mereka ini tidak langsung menunjukkan semangat demokrasi kerana dakwaan ini tidak berasas.

Cerita pengundi hantu sengaja direka-reka dan sanggup mengulangi cerita yang tidak benar untuk meraih undi.

Ramai sedia maklum kisah pengundi hantu ini bukanlah perkara baru dan rakyat sudah meluat mendengarnya.

Kalau mereka menang tak ada pula pengundi hantu tetapi bila nampak sudah tiada harapan mahu menang atau sudah diisytiharkan kalah maka timbullah isu ini.


Sudah banyak pilihan raya di jalankan namun terbukti tiada pengundi hantu.

Bagaikan sudah diduga mereka akan menuduh BN membawa pengundi hantu dan kita akan saksikan drama selepas ini apa yang berlaku, mungkin drama ini juga sudah diduga jalan ceritanya.

Tuesday, March 31, 2009

Earth Hour mengajar erti kesyukuran, keinsafan

GENERASI baru pada hari ini tidak merasai keperitan orang terdahulu yang tidak memiliki bekalan elektrik. Mereka berhadapan dengan pelbagai kesukaran untuk menguruskan kehidupan sebaik sahaja senja menjelma.

Segala aktiviti harian beransur-ansur dikurangkan sedikit demi sedikit. Maka tidak hairanlah pukul 10.00 malam pada masa itu umpama seperti pukul 2.00 pagi pada waktu sekarang.

Kebanyakan mereka tidur lebih awal kerana sangat kurang aktiviti yang dapat dilaksanakan pada sebelah malam, apatah lagi waktu malam begitu sunyi sepi dan gelap gelita.

Namun budaya baik yang seharusnya dipuji ialah mereka bangun seawal pagi sekitar pukul 4.30 pagi untuk memulakan kehidupan di hari baru.

Waktu siang dimanfaatkan sepenuhnya untuk mencari rezeki kerana waktu malam aktiviti mereka sangat terbatas. Mereka yang berada pada zaman itu sudah pasti tidak dapat melupakannya.

Banyak pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berada dalam suasana gelap. Antaranya berjalan jauh dalam suasana yang gelap tanpa sebarang lampu, terjatuh dari tangga kayu bulat kerana tersalah pijak, rumah hampir terbakar kerana api daripada pelita yang dipegang menjilat langsir rumah, terlanggar pintu rumah gara-gara mencari jalan keluar untuk menuju ke tandas dan siling rumah menjadi hitam pekat berpunca daripada asap pelita.

Barangkali banyak lagi suka duka dan pahit maung yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata oleh orang yang pernah merasainya. Pengalaman suka duka ini wajar dikumpul dan dibukukan untuk tatapan generasi akan datang.

Pada 28 Mac lalu, 75 negara menjayakan Earth Hour 2009 termasuk negara kita. Ia bertujuan mengurangkan pelepasan gas karbon dioksida yang menjadi penyebab utama fenomena pemanasan global.

Warga dunia bersama-sama menjayakan kempen penjimatan sumber tenaga ini dengan memadamkan semua lampu atau perkakas elektrik yang tidak diperlukan pada hari tersebut selama satu jam bermula pukul 8.30 malam.

Sekiranya kita adalah salah seorang daripada jutaan warga dunia yang menjayakannya, bermakna kita adalah warga Malaysia yang perihatin terhadap perubahan iklim dan isu kepupusan sumber tenaga.

Kita bukan tidak biasa bergelap sejam. Kita sudah biasa dengan terputus sumber tenaga elektrik dan terpaksa bergelap seketika. Bagaimanapun terdapat segelintir daripada kita yang tidak puas hati dengan merungut dan melenting apabila bekalan elektrik terputus kerana pelbagai urusan dan aktiviti harian mereka tergendala.

Sudah menjadi lumrah, perkara ini pula cepat sekali diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menuding jari kepada kerajaan dan dipolitikkan.

Kita tidak boleh menyalahkan kerajaan dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) semata-mata kerana mungkin mereka sedang menghadapi masalah yang rumit untuk diselesaikan pada ketika itu.

Kita hairan kenapa ada pihak yang marah-marah. Mungkin kita sudah biasa hidup dalam keselesaan apabila didatangi sedikit ujian maka kita tidak dapat mengawal emosi.

Barangkali pemanasan global atau dunia kini semakin panas saban hari menyebabkan orang cepat naik darah.

Kita sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi keselesaan kepada kita dan keluarga kita selama ini.

Acara kesedaran alam sekitar ini wajar disokong dan dijayakan oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira peringkat usia, agama dan warna kulit.

Ia bukan sahaja dapat menjimatkan sumber tenaga, mengurangkan pemanasan global dan membuktikan keprihatinan rakyat Malaysia.

Tetapi ia juga dapat menginsafkan rakyat Malaysia betapa susahnya orang terdahulu untuk menguruskan kehidupan harian dalam kegelapan berbanding kita pada hari ini. Apabila mahu cahaya, petik sahaja suis, lampu terus menyala.

WARIS PAHANG
Kuantan Pahang

(Sumber : Utusan Malaysia - Forum - Selasa 31 Mac 2009)

Disebalik Topeng Nizar Kalah

Ramai orang cakap Nizar bakal tersungkur di Bukit Gantang kerana :

1) Nizar hanya boneka DAP dan diperkudakan oleh Ngeh dan Nga.
2) Nizar MB kepada DAP bukan rakyat Perak.
3) Meluluskan hak milik tanah kekal 999 tahun kepada penduduk kampung baru.
4) Penduduk Perak kecewa dan menuntut hak yang sama sebagaimana yang diberikan kepada penduduk Kampung Baru.
5) Pakatan Rakyat di Perak hanya sibuk berpolitik dan rakyat Perak tidak mendapat apa -apa.
6) Membeli kereta toyota Camry untuk dirinya dan Exco kerajaan negeri Perak.
7) Sebuah Camry masih dibawa lari dan enggan memulangnya.
8) Peristiwa Nizar enggan keluar dari kediaman Menteri Besar Perak selepas pemecatanya sangat memalukan rakyat Negeri Perak.
9) Nizar derhaka kepada Sultan Perak, katanya "Patik Mohon Derhaka Tuanku".
10) Nizar gila kuasa kerana beliau dilantik oleh raja tetapi berang bila dilucut jawatan oleh raja.
11) Nizar hasut rakyat supaya derhaka kepada Sultan Perak.
12) Nizar memang gila kuasa, sudah dapat kerusi DUN tapi mahu pula kerusi Parlimen.
13) Orang Perak sudah bosan dengan Nizar mereka mahu YB baru yang dapat bawa perubahan.
14) Pakatan Pembangkang menganjur perhimpunan haram membantah majlis angkat sumpah Datuk Dr. Zambry sebagai Menteri Besar baru.
15) Nizar turut serta dalam persidangan pokok dan meluluskan usul di bawah pokok hujan.
16) Membina plak haram sebagai simbol penderhakaan kepada Sultan Perak. Pembinaan ini
adalah lambang kebodohan Pakatan Pembangkang.
17) Nizar menipu rakyat Perak kerana semasa mengisi borang penamaan calon PRK Bukit Gantang beliau menulis jawatan ADUN bukan MB Perak. Memang sahlah beliau bukan MB Perak kerana dia sendiri mengakuinya.
18) Nizar menggunakan strategi topeng seperti Anwar semasa PRK Permatang Pauh, cara ini sudah basi dan tidak diterima.
19) Mengenakan bayaran cukai pintu yang 500% lagi tinggi dari tahun-tahun sebelum ini.
20) Perangai Nizar (bekas MB) macam budak-budak tidak setaraf dengan MB Negeri lain yang ketrampilan, bijak dan profesional.

(Kata Waris Pahang :

- Terjemahkan protes anda terhadap Nizar dan kuncunya dengan memberi kemenangan kepada Barisan Nasional.

- Jelas sekali Nizar boneka DAP, adakah kita mahu orang seperti beliau untuk membela maruah bangsa dan nasib anak cucu cicit kita di masa akan datang?.

- Nizar bukan Melayu tulen kerana beliau turut serta Pakatan Pembangkang mempertikai hak keistimewaan Orang Melayu. Malaysian Malaysia menjadi agenda utama mereka.

- Selamatkan Bukit Gantang beerti Selamatkan Malaysia daripada penjajah acuan dan bentuk baru).

Monday, March 30, 2009

Ramai Rindu Eli

Publisiti dan populariti yang diterima oleh Eli mengatasi artis popular. Jika Eli artis sudah tentu ramai artis yang jelaous kerana terlalu banyak ruangan diberi dalam dada akhbar malahan gambar tidur pun masuk tv dan surat khabar.

Kini suara Eli sudah tidak kedengaran dan rupa pun sudah tidak kelihatan? Ternyata kini rakyat Malaysia kini merindui Eli samada mereka suka atau tidak kat Eli.

Hai Eli sudah-sudah lah buat tahi mata atau tidur tu, pergi kerja pulak. Cuti pun dah habis, takkan nak makan gaji buta.
Pengundi di 2 Bukit dan 1 Batang pun sedang menanti kelibat YB Bukit Lenjan. Kalau nak pergi sana pergilah ceramah elok-elok jangan melepaskan perasaan sudahlah.

Apa yang Waris Pahang dengar bahawa rakyat Bukit Lenjan telah bagi signal mahu YB baru di kawasan mereka. Mereka tidak dapat terima YB 'telanjang' yang tidak bermoral.

Mana mungkin orang boleh mengambil gambar dengan sewenang-wenangnya kalau bukan kerana dia ada 'hubungan istimewa' dengan seseorang.

(Kata Waris Pahang :

- Kalau terkena pada BN dihentam dan dibelasah lumat-lumat serta disuruh letak jawatan tetapi jika kena pada batang hidung sendiri / pakatan pembangkang tidak dibenar pula meletak jawatan).

Kenali Bakal PM ke 6.

Biodata :

1. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak 7 Januari 2004 hingga sekarang. Beliau dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Beliau adalah anak lelaki kepada bekas Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato’ Hussein.

2. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Institusi St. John, Kuala Lumpur seterusnya menyambung pelajaran di Kolej Lelaki Malvern, Worchestershire, England. Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Ekonomi Industri daripada Universiti Nottingham, England pada tahun 1974.

3. Beliau mula menceburkan diri dalam arena politik setelah kematian bapanya, Tun Abdul Razak Hussein pada 14 Januari 1976 di London. Pada ketika itu, beliau baru berumur 23 tahun dan telah menang tanpa bertanding bagi menduduki kerusi Parlimen Pekan yang kosong.

4. Beliau menjadi Timbalan Menteri paling muda apabila dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos pada tahun 1978. Ketika itu beliau berumur 25 tahun. Pada tahun 1982 pula, beliau telah dilantik menjadi Menteri Besar Pahang dan merupakan Menteri Besar termuda dalam sejarah negara. Pada masa itu, beliau baru berumur 29 tahun.

5. Sepanjang beliau berkecimpung dalam arena politik negara, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet iaitu :

i. 1978 – 1980 : Timbalan Menteri Tenaga, Telekom dan Pos
ii. 1980 – 1981 : Timbalan Menteri Pendidikan
iii. 1981 – 1982 : Timbalan Menteri Kewangan
iv. 1982 – 1986 : Menteri Besar Pahang
v. 1986 – 1990 : Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
vi. 1990 – 1995 : Menteri Pertahanan
vii. 1995 – 1999 : Menteri Pendidikan
viii. 1999 – 2008 : Menteri Pertahanan
ix. 2004 – kini : Timbalan Perdana Menteri
x. 2008 – kini : Menteri Kewangan

Orang Pahang tidak sanggup pijak Najib.

Orang Pahang sayang kepada Dato' Seri Najib. Ini terbukti apabila tiada calon daripada anak Pahang yang sanggup bertanding menentang Dato' Seri bagi kerusi Parlimen Pekan dalam Pilihan Raya Umum Ke 12 yang lalu.

Walaupun bagaimanapun hanya Tuan Ibrahim Tuan Man dan kuncu-kuncunya sahaja yang bencikan Najib. Siapa Tuan Ibrahim?.

Orang Pahang sayang Najib kerana percaya beliau akan menjejaki ayahandanya Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri Malaysia suatu hari nanti.

Pengundi Permatang Pauh pernah memenangkan Anwar dengan harapan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6. Slogan "Dari Permatang Pauh Ke Putrajaya" dijajakan ke sana-sini. Bagi pemerhati politik ianya sebagai usaha yang sia-sia dan mengabiskan masa sahaja.

Siapa Anwar ? Siapa Abdullah Badawi? Bukankah kedua-duanya orang Penang. Anwar (orang Penang) mahu singkirkan Pak Lah (orang Penang). Tindakan ini seperti peribahasa Melayu "dengar guruh di langit air tempayan dicurahkan".

Akhirnya Pak Lah akan menyerahkan jawatanya kepada Dato' Seri Najib. Minta maaflah Anwar kerana anda pengkhianat agama, bangsa dan negara.

(Kata Waris Pahang :

- Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak adalah orang Pahang dan beliau adalah pemimpin untuk semua rakyat Malaysia. Tahniah Dato' Seri!.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP