Thursday, January 1, 2009

Isu Blog Hina Nabi Dipolitikkan

Kata PDO : "isu blog hina Nabi ini adalah satu "bom jangka" yang dicipta oleh kerajaan bagi menimbulkan isu baru disaat cerita tentang "Hudud" sedang hangat diperkatakan sekarang.
Semua ini dilakukan bagi meraih simpati dan sokongan rakyat supaya menolak PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sandiwara seperti ini sebenarnya sudah basi dan tidak boleh dipakai sama sekali".
Adibah Ahmad diekploitasi untuk menghina Nabi

Sudah menjadi budaya pembangkang, suka membangkang apa sahaja. Terbaru mereka menyalahkan kerajaan kononnya isu terbaru berhubung blog hina Nabi adalah satu konspirasi kerajaan.

Mereka langsung tidak ada rasa sensitive dengan perbuatan blogger yang tidak bermaruah menghina agama dan Nabi Muhammad SAW.

Isu ini tidak memberi keuntungan politik sebab itu PAS mengenepikan isu ini dan mereka menumpukan isu lain yang lebih glamour dan ‘gah’ di mata rakyat.

PAS telah membuat demonstrasi bantahan terhadap Israel ketika mana negara kita sedang mengalami ancaman akidah akibat perbuatan blogger tidak bertanggungjawab.

Apakah kerajaan BN yang berusaha menjalankan syariat islam ingin berkonspirasi dengan blog penghinaan agama islam?

Isu blog hina agama sengaja dipolitikkan oleh Pakatan Pembangkang. Mereka beranggapan Kerajaan sengaja mereka-reka isu ini demi kepentingan politik.

Sungguh keji perbuatan konco-konco PDO kerana mempolitikkan isu ini. Mereka yang beragama Islam dan mengasihi junjungan besar Nabi Muhammad SAW langsung tidak ada rasa sensitive.

Manakala isu HUDUD pula, PAS memang tidak komited terhadap apa yang ingin dilakukan termasuk sanggup membiarkan 20-30 tahun lagi. Takut dekat DAP lah tu!.

Wednesday, December 31, 2008

Liwat : Saiful tuntut keadilan

Bahagian 1

Kita sebenarnya enggan membesarkan-besarkan isu liwat kerana ia adalah isu 'dalam kain' yang sangat mengaibkan. Isu ini adalah isu peribadi yang perlu diselesaikan menerusi perbicaraan di mahkamah dan tidak sepatutnya membabitkan kerajaan.

Walau bagaimanapun, PDO membangkitkan semula isu liwat ini bertujuan membesarkan isu ini untuk menjadikannya isu rakyat dan berusaha mendapat simpati rakyat di seluruh Negeri Pahang.

Kenyataan Saiful dalam blog beliau bahawa tempoh enam bulan itu adalah "paling mencabar dalam hidupnya".

Bagi insan yang bernama Saiful sudah tentulah mengalami tekanan perasaan yang amat sangat. Berbanding dengan DSAI yang bebas ke sana sini menemui orang ramai dan media.

Kata PDO : "Sungguh memualkan benar bila melihat si Saiful ini berbicara soal penghijrahannya. Kononnya beliau kini sudah berhijrah dan hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka, tetapi katanya yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t. Beliau kononnya hanya mampu berdoa dan berserah kerana dalam tempoh enam bulan ini terpaksa menghadapi pelbagai pengalaman dan pelajaran untuk mengubah dirinya".

Kita sepatutnya besyukur kerana ada insan yang mahu berhijrah. Terlalu banyak hikmah disebalik hijrah. Tiap-tiap satu penghijrahan itu pasti ada kebaikkanya yang tersendiri, samaada keuntungan dalam hal rezeki, penambahan ilmu pengetahuan, penambahan pengalaman, dan yang paling bernilai sekali ialah penambahan iman dan taqwa dan kematangan pemikiran dan kebijaksanaan.

Barangkali PDO belum tanam azam untuk berhijrah kerana pemikiran telah dibekukan oleh DSAI.

Menurut Saiful lagi "Ia bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak. Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.," katanya lagi. Dalam konteks hijrah katanya beliau telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Baginya jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insya-Allah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba,".

PDO pula berkata : "Bukan main manis lagi kata-kata dan madah yang diunggapkan oleh beliau. Namun, sebenarnya kami yakin bahawa semuanya itu adalah bukannya dilakukan oleh beliau sendiri. Segala tulisan di blognya itu adalah datang daripada "insan" lain yang diupah oleh beliau. Saiful tidak perlu melatah akan perkara ini. Kononnya beliau berkorban untuk kebenaran?. Namun kebenaran apa yang mahu dicari dan dipertahankan"?

Bagi kita, tiada cacat cela daripada kenyataan Saiful. Perkara yang menghairankan kenapa PDO berasa takut sangat dengan kenyataan Saiful tersebut. Sepatutnya Saiful disokong kerana beliau menuntut 'keadilan'.

Pengakuan bekas pembantu DSAI bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI sesuatu yang amat memalukan dan menjatuhkan maruah, bukan sewenang-wenangnya untuk diakui secara umum jika bukan kerana menuntut keadilan.

Bersambung..............

Tuesday, December 30, 2008

Liwat : Rakyat Belum Lupa

"Pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim"

Bahawa kamu, pada 26 Jun 2008, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang di alamat Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, No 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dengan sengaja melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dengan Mohd Saiful Bukhari bin Azlan dengan memasukkan zakar kamu ke dalam duburnya; dan oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

"Hukuman"

Sekiranya disabitkan menurut seksyen 377B Kanun Keseksaan, kamu hendaklah dihukum dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun, dan bolehlah juga dikenakan sebatan.

Sunday, December 28, 2008

AL FATIHAH : Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan mangkat

SEREMBAN 27 Dis. – Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, 86, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini kira-kira pukul 11.45 pagi.
Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Norzam Mohd. Nor ketika membuat pengumuman itu di HTJ tengah hari ini memberitahu, Tuanku Ja'afar berada dalam keadaan tidak sihat pagi ini selepas mengadu sakit kepala dan tidak selesa.

``Saya ingin memaklumkan, Tuanku Ja'afar telah mangkat pada pukul 11.45 pagi di HTJ. Kebawah Duli Tuanku mengadu kurang sihat dan sakit kepala pada pukul 8.10 pagi.

``Pihak HTJ telah dihubungi dan dua Pakar Perunding Kanan HTJ, Datuk Dr. Tarmizi Thayaparan dan Datuk Dr. K. Sree Raman telah bergegas ke Istana Hinggap di Seremban untuk memberikan rawatan kepada Tuanku,'' kata beliau pada sidang media khas mengumumkan kemangkatan baginda di Bilik VIP HTJ hari ini.

Smber : Utusan Malaysia

Wednesday, December 24, 2008

Rujuk MTN : Jangan jadi bodoh

Keputusan kerajaan untuk menghalang keputusan kerajaan negeri Perak berhubung kes pemilikan tetap tanah diberi kepada penduduk Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) dan Kampung Baru."Urusan tanah perlu mendapat khidmat nasihat dan kelulusan dari Majlis Tanah Negara (MTN)."

Timbalan Perdana Menteri Dato' Sri Najib menegaskan bahawa :"Dasar Tanah Negara menetapkan pegangan tanah secara kekal hanya boleh diberi bagi maksud kegunaan Kerajaan Persekutuan, awam dan keadaan istimewa yang terhad.

"Berhubung kepada keputusan kerajaan persekutuan ini, jelas, bahawa Pakatan Rakyat di Perak lebih suka bersikap populis tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada warisan tanah terutamanya kepada kaum asal dan majoriti di Perak iaitu Melayu.

Biarpun MTN belum lagi membuat sebarang keputusan, tindakan kerajaan persekutuan menangguhkan cadangan ini dan membawa masalah ini kepada tanggungjawab MTN, ia adalah satu perjuangan membela hak Melayu.

Hakikatnya di Perak, pemimpin Melayu hanyalah boneka DAP dan selama 5 tahun memerintah Perak ini, sedikit demi sedikit tanah negeri Perak akan dikaut oleh DAP.

DAP akan mainkan isu tanah dan tanah dan tanah sehinggalah tamat mandat rakyat untuk memerintah Perak selama 5 tahun.. Kesudahannya Melayu merempat di tanah sendiri.

PAS gagal pertahan Hudud dalam Pakatan Rakyat

Nampaknya media pembangkang dan lidah utama mereka Harakah Daily senyap dan berdiam diri sahaja mengenai hukum Hudud yang pernah satu ketika dulu pernah menjadi senjata mereka berdepan dengan UMNO...

Nampaknya kali ini senjata makan tuan....Hudud yang dilaung-laungkan kini terbukti hanya penipuan semata-mata...

Hudud tiba-tiba senyap dan berhenti diukir di Media PAS... ada ramai yang mempertahankan Husam dan ramai juga yang menghentam Husam

Semuanya gara-gara Husam yang terlepas cakap mengenai Hudud semasa program wacana Perdana.... walaupun ada yang berpendapat bahawa soalan tersebut adalah soalan bodoh oleh Khairy Jamaludin... nampaknya yang jawap juga bodoh iaitu saudara Husam...

Penyokong PAS tidak patut salahkan UMNO kerana yang menyanggah kenyataan Hudud PAS adalah DAP... bukannya UMNO... peliknya penyokong PAS tetap salahkan UMNO.... sedangkan DAP yang menentang Hudud PAS... jadi patut PAS kenalah hentam DAP balik yang menentang PAS... teringat ceramah Datuk Ismail Kamus dahulu "ini bukan adil, ni bangang namanya"..

DAP pula secara automatik nampaknya terus bangkit dan menentang hasrat PAS itu sama ada Lim Kit Siang mahupun Lim Guan Eng sama sahaja anak-beranak ni... atas alasan Hudud tidak terdapat dalam manifesto Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang lalu.....

Pakatan Rakyat mahukan negara sekular...Tapi itulah.. nampaknya isu UMNO tolak hudud , UMNO tolak negara Islam, isu UMNO sekular kini tidak boleh diguna lagi...

Nampaknya Hudud PAS semakin kabur dan bakal berkubur... kerana bukan sahaja tidak dapat dilaksanakan bahkan hendak dimasukkan di dalam manifesto Pakatan Rakyat pun tidak boleh...

Bukan kerana UMNO hendak 'kuburkan' Hudud PAS, tetapi PAS sendiri yang 'kuburkan Hudud.Penyokong PAS tidak wajar menyalahkan UMNO kerana PAS gagal meletakkan Hudud dalam manifesto Pakatan Rakyat.

Jadi apakah manifesto PAS di Kuala Terengganu ini... adakah Hudud termasuk dalam manifesto ataupun tidak.....

Hudud: Husam sudah 'corner baring'

Oleh Mohd Sayuti Omar

BELUM sampai 36 jam atau kalau tanam kacang belum sempat kulit arinya pecah, Naib Presiden Pas, Husam Musa telah memperbaiki kenyataannya berhubung perlaksanaan hukum hudud yang dibuat ketika berwacana bersama Khairy Jamaluddin dan Abdul Aziz Bari di Balai Islam malam Sabtu lalu.

Semasa respon kepada provokasi Khairy Jamaluddin yang ingin tahu apakah Pas akan laksanakan hudud kalau Pakatan Rakyat menang, Husam menegaskan Pas akan melaksanakan hukum hudud sekiranya Pakatan Rakyat memerintah."Iya kita akan laksanakan," begitulah jaminan Husam apabila diasak lebih dua kali oleh Khairy.

Kurang diketahui pula MB Kelantan dalam penantian itu sedar atau tidak ketika beliau mengeluarkan kata-kata itu.Tetapi hari ini Husam telah membuat pembetulan ke atas persetujuannya semalam.

Katanya perlaksanaan itu akan ditangguhkan dan ia akan dimaklumkan kepada DAP dan Keadilan terlebih dulu.

Kononnya pemberitahuan itu kerana Pakatan Rakyat telah menandatangani dasar Pakatan itu Ogos lalu? Kata Husam pihaknya tidak akan membuat keputusan secara uniteral sebalik akan membuat secara multiultra.

Barang kali baik juga kalau isi kandungan perjanjian itu didedahkan kepada umum untuk ketahui apakah semangat dan roh perjanjian itu.

Kenapa Husam nampak gelabah dengan jaminannya malam kelmarin itu? Mungkin dia tahu ia bakal menjadi isu dan polimek dalam Pakatan Rakyat seperti mana yang saya jangkakan sebelum ini.

Dugaan ini ternyata benar apabila DAP sudah kelam kabut dengan kenyataan itu sehingga mahu rujuk kepada Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim.

Media kroni pula sudah tentu sedang menyusun untuk mengeksploitasikan isu itu di Kuala Terengganu nanti.

Justeru pada saya penegasan Husam malam itu kurang berhemah dan memakan diri!Sebenarnya Husam tidak payah membuat pembetulan atas kenyataan itu.

Kenyataan beliau malam tadi mendapat sambutan hangat dan itulah yang diharapkan. Langkah beliau membetulkan kenyataan itu menyebabkan ia akan mengelirukan penyokong Pas dan orang Islam sendiri serta mereka yang rindukan hudud.

Pembetulan itu juga menjadikan orang akan pertikaikan pengakuan Husam itu sebagai bersifat politik semata-mata.

Dengan kenyataan pembaikian itu Husam melakukan dua kali kesilapan dalam satu masa.Apa yang beliau tegaskan kelmarin (ketika menegasnya siap dengan mengangkat telunjuk ke langit), sudah tepat dan satu kebenaran yang dibanggakan.

Sebagai orang Islam, pemimpin parti Islam sewajarnya agenda melaksanakan hudud itu diletakkan di atas. Segala unsur dan usaha mengenepinya perlu ditentang habis-habisan.

Hukum hudud tidak boleh dikorbankan atas maslahat politik atau ia ditangguhkan atas dasar menghromati orang lain.

Saya rasa orang Pas lain juga cukup senang dengan jaminan Husam itu. Golongan ulama yang selama ini berjuang bermati-matian untuk melaksanakan hudud merasakan mereka mendapat semangat baru apabila ia disanggupi sendiri oleh seorang pemimpin bertaraf Naib Presiden yang profesionalis dan dianggap bijak.

Ketika dipersoalkan oleh Khairy, Husam ada menjelaskan Kelantan merayakan hari memperingati hudud setiap tahun.

Dengan penuh bangga beliau memaklumkan itu kepada audience. Tetapi sesudah sehari penegasan itu menerawang masuk ke rongga kepala rakan bukan Islam Husam semacam gelabah pula. Kenapa?

Sebagai pemimpin yang meletakkan taqwa sebagai syarat orang untuk menjadi Perdana Menteri, Husam tidak perlu takut sebenarnya.

Beliau juga tidak perlu merasa malu dan gerun kalau tidak popular dari kalangan bukan Islam kerana menjadi juara hudud.

Bila beliau mengubah dan meralatkan kenyataannya ini menyebabkan orang boleh mengatakan Husam tidak istiqamah dalam iltizamnya.

Sepatutnya ia tidak perlu dibimbangkan Husam, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah membela Husam mengenai kenyataannya tentang hudud itu.

Kata Nik Aziz hudud bukan hak Pas tetapi hak Islam. Katanya fungsi atau martabat hudud sama dengan sembahyang, kalau sembahyang wajib boleh buat kenapa hudud yang juga wajib tidak boleh dibuat?

Jadi apabila tuan guru sudah memberi isyarat dan beranalogi begitu nah, teruskan saja.Tidak patut dan wajar kalau Husam bermain sorong tarik dengan hukum hudud dan qisas ataupun aspirasi Islam lainnya.

Beliau juga sesungguhnya tidak perlu bimbang dengan penerimaan bukan Islam mengenai penegasannya itu.

Bukankah beliau sendiri mengatakan bahawa kefahaman Islam dari kalangan bukan Islam termasuk DAP dan orang seperti Pengerusi Kelab Penyokong Pas dari kalangan orang Cina itu lebih baik berbanding dengan Umno atau Khairy Jamaluddin.

Jadi apa yang nak dibimbangkan lagi laksanakan Islam yang menjadi cita-cita dan matlamat perjuangan Pas itu? / msomelayu.blogspot.com

Husam longlai digertak DAP isu hudud

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berdolak-dalik untuk melaksanakan undang-undang hudud apabila ditekan DAP walaupun beriya-iya berbuat demikian, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

"Dicabar ke kanan, digertak ke kiri. Inilah yang saya lihat tentang YB Datuk Husam. "... belum pun sempat hilang panasnya bara ketetapan dan jawapan beliau untuk melaksanakan hukum hudud di Malaysia, (beliau) terus tersungkur dan menyerah kalah pada gesaan DAP," kata naib ketua Pemuda Umno.

"Akibat pukulan dan desakan DAP ini, Datuk Husam yang tampak berani dan bersemangat tinggi semasa majlis wacana di Balai Islam tiba-tiba pula menjadi ikon transformasi politik layu, dengan longlai dan lesunya tunduk kepada gertakan DAP.

"Beliau mengulas pendirian terbaru ahli politik Kelantan itu selepas bertegas untuk melaksanakan hudud sewaktu berdebat dengannya dengan judul 'Wacana Transformasi Politik Malaysia' di Kota Bharu, Sabtu lepas.

Menulis dengan nada sinis dalam coretan 'Transformasi Politik Husam' di blognya hari ini, Khairy berkata pemimpin PAS itu beberapa kali menegaskan kesediaan parti itu untuk melaksanakan perundangan Islam jika berjaya menguasai Malaysia.

"Beliau menjawab dengan jelas 'kita akan buat.' "Saya selanjutnya meminta beliau jelaskan sekali lagi jawapannya dan beliau menegaskan sekali lagi bahawa 'kita akan buat' sambil mengangkat jari dan tangan menandakan kesungguhan jawapan beliau," coretnya lagi.

Semalam, Husam mengakui pelaksanaan hudud dan qisas yang menjadi asas perjuangan PAS selama ini terpaksa ditangguhkan kerana ia memerlukan persetujuan rasmi dua rakan Pakatan Rakyat, PKR dan DAP.

Beliau dilaporkan berkata tiga parti itu telah menandatangani perjanjian Ogos lalu bahawa sebarang perubahan dasar perlu dibuat dengan persetujuan ketiga-tiga parti tersebut.

"PAS tidak akan mengambil langkah unilateral. Semua perkara akan diambil secara multilateral," katanya seperti dilaporkan.

Terdahulu semalam, DAP membantah hasrat Husam."Hukum hudud bukan dasar Pakatan Rakyat dan tiba giliran Husam menjelaskan apa yang dimaksudkannya," kata tokoh popular parti Lim Kit Siang hari ini.

"Jika gagal dijelaskan, kenyataan Husam boleh menimbulkan rasa tidak senang, serba salah dan bantahan bukan sahaja di kalangan 11 peratus pengundi Cina di pilihanraya kecil Kuala Terengganu, tetapi juga kepada semua pengundi di seluruh Malaysia.

" DAP, tambah Lim, kekal dengan pendiriannya untuk mempertahankan wajah sekular bangsa dan negara Malaysia seperti dipersetujui dalam kontrak sosial oleh pengasas kemerdekaan negara 51 tahun lalu.

Khairy, calon ketua Pemuda Umno, juga dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan hudud dalam perdebatan tersebut tetapi cepat-cepat menafikan pernah berkata demikian semalam.

"Kenyataan 'U-turn' Datuk Husam dalam tempoh yang amat pendek sekali memberikan kita satu lagi contoh di mana PAS terpaksa tunduk kepada desakan parti DAP," kata menantu perdana menteri itu.

"Di manakah prinsip PAS yang dikatakan oleh Datuk Husam semasa beliau bentangkan mukadimahnya di wacana tersebut yang mana antara 'P' penting yang disebut adalah prinsip? "Takkan prinsip boleh dibuang begitu mudah sahaja?"

Tetap tidak setuju hudud, qisas

KUALA LUMPUR: DAP tetap dengan pendirian dulu bahawa parti itu tidak akan bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang hudud dan qisas di negara ini.

Pengerusinya, Karpal Singh, berkata DAP akan terus berpegang dengan pendirian itu dan akan membantah usaha melaksanakan undang-undang berkenaan di negara ini.

“Sukar untuk DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang ini. Pendirian kita, ia tidak harus dilaksanakan... ini pendirian dari dulu dan kita akan berpegang kepadanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata Pas akan tetap melaksanakan undang-undang hudud dan qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.

Beliau mengulangi janji parti itu selepas dicabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.

“Kita akan buat,” kata Husam pada wacana perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam di Kota Bharu, Kelantan.

Karpal berkata, DAP akan berbincang dengan Pas dan akan bertemu dengan Husam untuk mendapatkan penjelasan dan apa sebenarnya yang diperkatakan Naib Presiden Pas itu.

“Kita pun tak pasti apa sebenarnya yang dia cakap,” katanya.Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata PKR tidak mahu memberi reaksi terlalu awal mengenai apa yang dikatakan Husam itu sebelum mendapat penjelasan daripadanya.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP