
Pengerusinya, Karpal Singh, berkata DAP akan terus berpegang dengan pendirian itu dan akan membantah usaha melaksanakan undang-undang berkenaan di negara ini.
“Sukar untuk DAP bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang ini. Pendirian kita, ia tidak harus dilaksanakan... ini pendirian dari dulu dan kita akan berpegang kepadanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kelmarin, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa, berkata Pas akan tetap melaksanakan undang-undang hudud dan qisas sebaik saja Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih tampuk pimpinan negara melalui pilihan raya umum.
Beliau mengulangi janji parti itu selepas dicabar Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengenai pelaksanaan hudud berikutan isu itu dilihat tenggelam dan tidak lagi dilaungkan pemimpin PAS selepas pilihan raya umum Mac lalu.
“Kita akan buat,” kata Husam pada wacana perdana bertajuk “Transformasi Politik Malaysia” di Balai Islam di Kota Bharu, Kelantan.
Karpal berkata, DAP akan berbincang dengan Pas dan akan bertemu dengan Husam untuk mendapatkan penjelasan dan apa sebenarnya yang diperkatakan Naib Presiden Pas itu.
“Kita pun tak pasti apa sebenarnya yang dia cakap,” katanya.Sementara itu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua, berkata PKR tidak mahu memberi reaksi terlalu awal mengenai apa yang dikatakan Husam itu sebelum mendapat penjelasan daripadanya.
No comments:
Post a Comment