
Kerusi Parlimen Kuala Terengganu bakal menjadi rebutan dua parti utama BN dan PKR namun beberapa nama calon bebas dijangka mewarnai Pilihan Raya Kecil Kuala Terengganu. Antara yang berminat ialah Parti AKIM dan Maimun Yusof (Tok Mun).
BN dilihat mempunyai lebih banyak peluang yang cerah untuk mempertahankan kerusi tersebut kerana BN mempunyai ramai tokoh berwibawa, berpengalaman luas, berpendidikan tinggi dan berwawasan. Manakala PAS dilihat ketandusan pelapis baru kerana 'orang lama' sentiasa cuba monopoli kerusi Parlimen atau DUN.
Satu pengorbanan yang PAS terpaksa akur satu masa nanti dalam pilihanraya umum ke 13 ialah memberikan sebilangan kerusi kepada PKR. Namun sejauh mana PKR diterima oleh rakyat Terengganu. Hakikatnya PKR sudah 'berani' minta kerusi di Terengganu.
PAS selama ini mengasah rakyatnya agar mencintai PAS secara total. Namun selepas kelahiran pakatan pembangkang yang dinamai Pakatan Rakyat, sebilangan ahli PAS dan kepimpinannya masih merasa sangsi dengan pakatan pembangkang kerana ideologi parti PKR, DAP dan PAS adalah berbeza.
Mereka juga ragu-ragu dengan DSAI dan tidak mempercayainya seratus peratus. Ahli PAS juga masih kecewa dengan penubuhan PKR, bagi mereka PKR tidak perlu diwujudkan sebaliknya parti PAS sahaja dijadikan wadah perjuangan untuk menentang BN.
Adakah slogan "Menuju Putrajaya" akan dilagukan semula?. Gelombang Permatang Pauh sudah pasti menjadi pertaruhan pembangkang pada pilihanraya kecil ini bertujuan merampas satu lagi kerusi BN. Namun Kuala Terenganu tidak sama dengan Permatang Pauh kerana Kuala Terengganu di bawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.
Namun begitu gelombang dalam PAS sendiri sekarang ini masih belum reda. Satu demi satu kepimpinan PAS mendedahkan rasa tidak puashati terhadap pakatan pembangkang. Masalah dalaman PAS juga tidak kurang hebatnya sehingga ada pihak menafikan kemampuan Mohamad Sabu menawan P.36 Kuala Terengganu.

Barangkali ada pihak dalaman PAS yang anti Mohamad Sabu sehingga menganggap beliau bukanlah calon yang bersih. Apa-apa pun yang berlaku, PAS tetap akan meletakkan calonnya pada hari penamaan calon 6 Disember 2008.
(Waris Pahang Kata,
i. Waris Pahang baru sahaja pulang dari Kuala Terengganu yang aman damai dan indah. Negeri ini juga terkenal dengan insan yang mesra dan ramah tamah.
ii. Rakyat Kuala Terengganu bakal menerima tetamu dari seluruh Malaysia, pesan Waris Pahang kekalkan lah budaya ketimuran dan adab Islam sebagaimana yang diamalkan sekarang.
iii. Rakyat Kuala Terengganu jangan mudah terpengaruh 'orang luar' (pembangkang) yang bersikap agresif dan ganas untuk meraih sokongan pengundi sebagaimana yang berlaku di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh).
No comments:
Post a Comment