
Kita sebenarnya enggan membesarkan-besarkan isu liwat kerana ia adalah isu 'dalam kain' yang sangat mengaibkan. Isu ini adalah isu peribadi yang perlu diselesaikan menerusi perbicaraan di mahkamah dan tidak sepatutnya membabitkan kerajaan.
Walau bagaimanapun, PDO membangkitkan semula isu liwat ini bertujuan membesarkan isu ini untuk menjadikannya isu rakyat dan berusaha mendapat simpati rakyat di seluruh Negeri Pahang.
Kenyataan Saiful dalam blog beliau bahawa tempoh enam bulan itu adalah "paling mencabar dalam hidupnya".
Bagi insan yang bernama Saiful sudah tentulah mengalami tekanan perasaan yang amat sangat. Berbanding dengan DSAI yang bebas ke sana sini menemui orang ramai dan media.
Kata PDO : "Sungguh memualkan benar bila melihat si Saiful ini berbicara soal penghijrahannya. Kononnya beliau kini sudah berhijrah dan hanya mampu berusaha untuk meyakinkan mereka, tetapi katanya yang boleh mengubah hati seseorang itu hanya Allah s.w.t. Beliau kononnya hanya mampu berdoa dan berserah kerana dalam tempoh enam bulan ini terpaksa menghadapi pelbagai pengalaman dan pelajaran untuk mengubah dirinya".
Kita sepatutnya besyukur kerana ada insan yang mahu berhijrah. Terlalu banyak hikmah disebalik hijrah. Tiap-tiap satu penghijrahan itu pasti ada kebaikkanya yang tersendiri, samaada keuntungan dalam hal rezeki, penambahan ilmu pengetahuan, penambahan pengalaman, dan yang paling bernilai sekali ialah penambahan iman dan taqwa dan kematangan pemikiran dan kebijaksanaan.
Barangkali PDO belum tanam azam untuk berhijrah kerana pemikiran telah dibekukan oleh DSAI.
Menurut Saiful lagi "Ia bagaikan mutiara hidup yang dapat saya kumpul sebagai bekalan di masa hadapan dan di akhirat kelak. Antaranya, saya benar-benar dapat menghayati konsep pengorbanan dan konsep penyerahan diri kepada Allah s.w.t.," katanya lagi. Dalam konteks hijrah katanya beliau telah berhijrah daripada seorang yang takut untuk menegakkan kebenaran kepada seorang yang berani untuk menegakkan kebenaran. Hijrah selalunya dihubung kait dengan risiko dan pengorbanan. Baginya jika seseorang itu berhijrah kepada jalan yang lebih baik dan tidak lari dari ajaran Islam, Insya-Allah pertolongan dari Allah s.w.t akan tiba,".
PDO pula berkata : "Bukan main manis lagi kata-kata dan madah yang diunggapkan oleh beliau. Namun, sebenarnya kami yakin bahawa semuanya itu adalah bukannya dilakukan oleh beliau sendiri. Segala tulisan di blognya itu adalah datang daripada "insan" lain yang diupah oleh beliau. Saiful tidak perlu melatah akan perkara ini. Kononnya beliau berkorban untuk kebenaran?. Namun kebenaran apa yang mahu dicari dan dipertahankan"?
Bagi kita, tiada cacat cela daripada kenyataan Saiful. Perkara yang menghairankan kenapa PDO berasa takut sangat dengan kenyataan Saiful tersebut. Sepatutnya Saiful disokong kerana beliau menuntut 'keadilan'.
Pengakuan bekas pembantu DSAI bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI sesuatu yang amat memalukan dan menjatuhkan maruah, bukan sewenang-wenangnya untuk diakui secara umum jika bukan kerana menuntut keadilan.
Bersambung..............