
Adnan telah menjelaskan dasar-dasar kerajaan, menyampaikan nasihat dan menyentuh isu-isu semasa dalam ucapannya di hadapan pegawai-pegawai kerajaan.
Ucapan beliau bukan dikhususkan kepada pegawai-pegawai kerajaan sahaja malah kepada seluruh rakyat Negeri Pahang yang boleh didengari melalui siaran langsung daripada Radio Pahang FM.
YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memperkenalkan beberapa dasar kerajaan semenjak beliau dilantik menjadi Perdana Menteri ke 6.
Konsep 1Malaysia sering disalahertikan semenjak ia diperkenalkan dan pihak pembangkang pula mendakwa ia sama dengan Malaysian Malaysia.
Adnan berkata “1Malaysia tidak sentuh apa yang ada dalam perlembagaan dari segi institusi beraja, agama Islam sebagai agama rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan”.
“1Malaysia juga tidak sentuh hak bukan Melayu seperti kewarganegaraan dan kebebasan menganut agama masing-masing” ujar beliau.
Pendekatan 1Malaysia tidak berdasarkan kaum “kalau orang Melayu minta tolong kita tolong, kalau orang Cina minta tolong kita tolong begitulah juga kalau orang India minta tolong kita tolong begitulah seterusnya” kata beliau.
Kerajaan membantu siapa sahaja untuk keluar dari kemiskinan dan mendapatkan biasiswa tidak kira latar belakang bangsanya.
Yayasan Pahang contohnya telah memberi bantuan one/off sebanyak RM 500.00 kepada pelajar yang dapat memasuki pusat pengajian tinggi semenjak tahun 2000.
Pada tahun pertama sahaja Yayasan Pahang mengeluarkan RM 4 juta dan kini pada tahun 2009 Yayasan Pahang telah mengeluarkan bantuan RM 20 juta.
Bantuan kewangan ini diberi tidak mengira latar belakang politik seseorang samaada menyokong kerajaan atau sebaliknya. Bantuan ini juga tidak mengira latar belakang bangsanya.
Malahan bukan itu sahaja ’Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar’ diperkenalkan berdasarkan merit dan ramai pelajar bukan Melayu yang menerimanya.
Konsep 1Malaysia juga dapat mengeratkan perpaduan kaum dan kecekapan pentadbiran untuk kepentingan rakyat.
(Kata Waris Pahang :
Apa salahnya kita sokong Kerajaan Barisan Nasional kerana banyak membantu rakyat tanpa mengira bangsa melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan).
1 comment:
Setuju...tetapi ramai pihak dah salah faham konsep 1Malaysia dan mentafsirkan ikut kapla hotak masing2, mudahlah mcm tu teroka tanah haram pastu mintak atas dasar rakyat didahulukan...
Post a Comment