Friday, September 25, 2009

Kelantan : Banyaknya JEM Free

LPT (Kelantan) : Umpama Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba

Dendang Perantau bertukar 'dendang berantakan' apabila perantau Kelantan terpaksa berbaris panjang dalam kesesakan jalan raya menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Sudahlah jalan sempit, jalan tidak rata, jalan berlubang yang terpaksa ditempuhi, mereka juga terpaksa membawa kereta 50KM sejam malahan lebih rendah dari itu.

Maka bertaburlah sumpah seranah dengan menyalahkan kerajaan pusat. Hairan kenapa tidak marah kepada kerajaan negeri?.

Masalah ini sudah lama berlaku kenapa kerajaan negeri hanya pejam mata dan pekakkan telinga. Barangkali 'kuman di negeri orang nampak tetapi gajah di negeri sendiri tidak nampak'.

Inilah yang dikatakan pemerintahan yang jumud dan tidak berwawasan. Mereka hanya pentingkan pilihan raya dan politik semata-mata.

Tahniah kepada semua penguna Lebuhraya Pantai Timur kerana dapat memandu dengan selesa dan bahagia sekali. Merdeka rasanya kan.

Malahan dapat tol peruma pula bagi mereka yang menggunakan LPT pada pukul 12.00 malam hingga 5.00 pagi.

Khabarnya tidak lama lagi LPT ke Kuala Terengganu akan siap. Bagaimana pula LPT ke Kelantan?. Susah nak cakap dan sememangnya amat sukar kerana pembinaan LPT perlu mendapat persetujuan dari kerajaan negeri.

Terpulanglah kepada rakyat Kelantan memikirkannya dan menentukan masa depan negeri Kelantan.

Ramai rakyat Pahang yang membatalkan hasrat pergi beraya dan kenduri kahwin di Kelantan kerana mendapat berita banyak sangat JEM menuju ke Kelantan malahan bandar Kota Baharu juga JEM teruk.

Nik Aziz cepat-cepat menutup kemarahan rakyat Kelantan dengan membangkitkan pasal royalti di hari raya.
Rakyat Kelantan nak dengar apakah jaminan Kerajaan Kelantan bagi mengatasi kesesakan jalan raya menuju kelantan bukan nak dengar pasal royalti.
Kalau mahu pergi Kelantan jangan lupa bawa roti kerana di sana banyak JEM free.

22 comments:

adf55650 said...

pada rakyat Kelantan yang taksub pada PAS. Berapa ramai rakyat Kelantan terpaksa cari makan di luar kelantan sbb kelantan mundur takde peluang cari makan di negeri sendiri. Depe terpaksa cari rezeki di negeri2 tadbiran BN yang lebih maju. Tu pun tak sedar diri lagi? Bila tiba musim balik kampung baru lah nampak hakikatnya.

WARIS PAHANG said...

Bagaimana tahun depan? Adakah perantau Kelantan akan membicarakan perkara yang sama.

Jeepers Creepers said...

biasalah orang kelantan penyokong tegar pas..agaknya masa lahir bukannya diazankan telinga bayi tapi terus didengarkan ceramah nik aziz..tu pasal jadi macam ni..

Unknown said...

Ni baru balik dari Kota Bahru melalui Kuala Krai dan Gua Musang menghadiri perkahwinan anak buah dengan gadis Kelantan, bertolak dari Kota Bahru pukul 8.30 pagi sampai Kuala Krai pukul 11.30 pagi, sampai Gua Musang pukul 3.00 petang sampai Kuala Lipis 5.00 petang sampai Kuala Lumpur 7.30 malam. Jalan di Kota Bahru hingga ka Gua Musang hampeh..kerajaan negeri tak buat ape pun, bangsat betul, aku dah cakap dengan anak buah yang lain kalau nak cari bini atau laki elaklah dari Kelantan aku tak kan pergi lagi. Penat dan Seksa.........

hujan emas said...

Huan emas felda:
Saya juga terlibat dengan kesesakan yang berlaku di sekitar jalan Kota Bahru, yang paling nak marah apabila melihat gambar Nik Aziz tersenyum terpapar dipapan kenyataan, senyum tengok kita jem di atas jalan, rasanya macam nak cabut gambar tersebut.Inilah dok asyik sibuk hal politik hingga terlupa nak fikir hal rakyat.

AZAHAR BIN AHMAD said...

Aiiie... semua pro BN, komen pro PAS tak de ker...whatever...kutuk dan kutuk lah, mana tau kutukan anda itu berjaya mempegaruhi pengundi-pengundi tegar PAS tu...Hidup TGNA, hidup TGNA..Takbir bukan TAKE BEER la sayang.... kalimat yang ni pun demo main-main... masyaallah..

adf55650 said...

Sdra Azahar,
Tak betul ke yang saya cakap tu? Whatever, I also say long live Nik Aziz supaya die sempat bertaubat. Janganle berkawan dengan syaitan je.
Kalau semea negeri diprintah PAS dan mundur macam Kelantan, kita nak cari makan di mana pulak?
Di Perak selama 11 bulan MB PAS berkuasa, apa die buat untuk Islam? Ade ke?

WARIS PAHANG said...

salam YB Raz, baru ni aku nak ke rumah sedara untuk berayalah. Tiba sampai dirumahnya aku tengok banyak poster PAS dan pemimpin PAS kaki minta sedekah di luar dinding rumahnya.

Aduh! hilang selera sungguh aku nak singgah. Sampai begitu sekali PAS berjaya mentaksubkan ahlinya. Kalau macam tu berayalah engko dengan orang PAS aje.

WARIS PAHANG said...

Wah! kecewa sungguh Famin. Ini cerita pasal kawan aku yg sudah siap mahu pergi kenduri kahwin di Tanah Merah Kelantan tapi dapat panggilan telefon dari kelantan sebelum beliau bertolak.

Orang di sana minta jangan pergi sebab di sana jem giler dan jangan tempah penyakit.

Beliau batal hasratnya ke Kelantan tetapi beraya ke Kuantan yang aman dan damai.

WARIS PAHANG said...

Hai azahar, aku kategorikan engko ni org yang taksub kat Nik Aziz.

Mintalah Nik Aziz berundur, semakin melalut dah aku tengok org tua ni.

Kekuatan Nik Aziz hanyalah pada serban sahaja.

WARIS PAHANG said...

Salam adf55650, terima kasih kepada rakyat Kelantan yang berhijrah ke Pahang kerana membangunkan ekonomi pahang dan kahwin dengan orang Pahang seterusnya anaknya menjadi orang Pahang. Pahang Untuk Semua Rakyat Malaysia.

adf55650 said...

Salam.
Sy sebenarnye tak suke cemuh mencemuh ni. Kite semua sedar se Islam. Tapi sy kecewe sangat pd org2 yang memisah2kan Islam demi parti. Parti parti je la ni tidak, sampai kafir mengkafir plk. Dah la se Islam same Melayu pulak tu. Kdg2 sy naik marah sebab org2 Kelantan yang terlalu taksub sampai tak fikir pembangunan untuk anak cucu. Bile ditegur, maki hamun pulak tu. Nak je sy tubuh parti lain --Parti Islam Melayu (PIM) tapi bertambah pecahbelah pulak Melayu.
Nik Aziz ni pun nampak sangat berjuang untuk kedudukan dan bukan untuk Islam. Bile Hadi nak perpaduan, die bantah. Takut kedudukannya tergugat bila UMNO masuk pentadbiran Kelantan.
Hadi nak perpaduan. Maklumla skrg die takde kedudukan di Terenggabu. Kalu berpadu, dapatla tapak sikit dlm kerajaan.
Lebih kurang same je depe ni.
Alamak dah lari dari tajuk ke ni?
Sori....salam raya untuk semua

WARIS PAHANG said...

Salam adf55650, saya beberapa kali pergi Kelantan dan setiap kali pergi kelantan akan singgah di Pasar Siti Khadijah.

Dari dulu sampai sekarang aku tengok sama sahaja tiada sangat perubahan. Yang paling aku benci pasar tersebut kotor, banyak longgokan sampah.

Kalau pasar tu pun tak boleh jaga macamana nak jaga satu Kelantan.

Nampaknya slogan "membangun bersama Islam" hanya tinggal slogan.

adf55650 said...

Salam,
Sy mempunyai ramai kenalan dr Kelantan. Mane tak ramai. Orang Kelantan bertaburan merate-rate cari makan. Salah satu kebanggaan mereka ialah terdapat ramai pelancung asing datang ke Kelantan. Pd mereka, sebab Kelantan makmur, orang suke melawat.
Hakikatnya sedarlah wahai org Kelantan. Orang luar memang kagum melawat Kelantan sbb di Kelantanlah mereka dapat MENGALAMI sendiri sejarah orang Melayu. Di Kelantan kehidupan mereka samatahap dengan kehidupan nenek moyang kita 100 tahun dahulu. Jadi tak perlu baca buku sejarah. Dinegeri lain Melayu sudah maju. Sejarah hanya dalam buku shj.
Di lain perkataan, Kelantan adalah Muzium bernyawa. Tapi nak berbangga, tak pelah cume jangan la nak seret Melayu lain sama.
Saya ucapkan ribuan terima kasih tak terhingga pada Sdr Warisan Pahang krn memberikan saya peluang meluahkan nukilan.
Dah cuba masuk blog Kelantan. haram tak disiarkan he he

WARIS PAHANG said...

Salam adf55650, orang kelantan cakap pembangunan di kelantan sekarang adalah saki baki pembangunan semasa BN dahulu.

Jika ada pun adalah pembangunan yang dibuat oleh kerajaan pusat.

Kerajaan PAS hanya bangga dengan Tesco sahaja, tapi Tesco itu milik siapa?.

Waris Pahang sedang makan roti, teringat JEM Free.

Unknown said...

ewah2....kalo nk kutuk pn kutuk la berpada skit...jgn sampai menghina... mentang2 la kitorang kt klantan ni tkde mall besar2, kerajaan kitorang tkde duit kamu hina kitorang mundur 100 tahun ek... ak bkn org pas mahupun bn tp terasa hati tau kn hina...pas adalh kerajaan yg rakyat klantan pilih.. suke k tk suke korang kn respect tu.. biar la kitorang tkde mende yg korang ad..kitorang bahagia je..senang hati...tkde nk buat demonstrasi.. tkde nk mintak byk2 dr kerajaan negeri.. sume kitorang usaha sendri..bg ak rakyat klantan bkn penyokong tegar atau fanatik pas.. bg ak yg bkn org pas ni pn rasa suke dan bersyukur dgn ape yg kitorang ad...walaupun kerajaan negeri tk membantu byk..ak percaya kalo rakyat senang hati and suke keadaan pemerintahan sesuatu kerajaan.., kenapa kamu perlu hina...?? jgn tertipu dgn gaya sederhana org klantan sbb ramai jutawan senyap kt sini tau...

adf55650 said...

Sdra nyc,
Maaf jika sdra merasa terhina. Hina menghina ni bukan kerja kita sesama Islam. Tapi siape yang mulakan dulu?
Munkin tidak di blog ini, tetapi cube sdra lihat diblog-blog lain. Di blog ini sy cume menyambung nukilan sdra 'Waris Pahang' shj.
Jika rakyat Klntn selesa hidup dgn keadaan skrg, fine with me. Tetapi yang jadi masalahnya tak perlulah mereka (bkn sdra)terutama yg berada di luar Kelantan sendiri, mengutuk, menghina, dan yang paling teruk mengKAFIRkn orang luar Kelantan. Terima shj lah hakikat dan sama2 cari rezeki. Ini tidak, dahla mencari makan di tempat orang, bongkak pulak tu, bercakap besar dan menghina sesama Islam.
Berbezakah kiblat kita?
Lainkah Nabi kita?
Versi berlainankah Qur'an kita?

Saya percaya sdra pun memilih Islam sebagai pegangan hidup. Kalau sdra juga berbangsa dalam rumpun Melayu, mengapa harus kita asing-mengasing dalam bumi Malaysia ini?

Unknown said...

mungkin disbbkan su kurang bace blog sy hmpir tk penah dgr ad org klantan cube menkafirkan org luar... tp sy percaya bhw org klantan yg cuba mengkafirkan org luar klantan tu adlah dlm golongan minoriti and tk menggambarkan org klantan sbenar... kami org klantan tk suke hina org sesama islam... org yg sebegitu mungkin adalah golongan yg kuat dipengaruh fkiran politik... pas and klantan adalah 2 mende yg berlainan.. walaupun pas kuat d klantan tk semestinya sume org klantan fikir mcm org pas.. sy juga berpendapat tok guru kdng2 tersasul kata menghina org laen...dan sy rasa itu tk patut... berkenaan bekerja pula..mmg sy akui kt klantan kurang peluang pekerjaan... sbb persaingan pekrjaan lebih kpd persaingan keje sendiri... kilang walaupun kecil sendiri punya... jd kurang kilang/industri yg besar yg mengambil pekerja besar-besaran...skop pekerjaan di klantan lebih kpd individual atau kekeluargaan drpd organisasi besar tersusun... jd org yg hanya mahu makan gaji dan tk mahu bersaing dgn perniagaan kurang ad tmpt... skali lg sy tekankan disini bhw pas ngn klantan 2 mende berbeza.. jgn krn korang marahkan pas korang hina org klantan... pas pn perintah negeri laen jugak...

adf55650 said...

Terima kasih krn memberi respon, sila rujuk kpd ayat yang pertama saya tulis dlm komen sy yang pertama 23 sept 2009.
PADA RAKYAT KELANTAN YANG TAKSUB PADA PAS.
Maaf kalau sdra tersinggung sama. Tiada niat mengutuk semua.
Terdapat juga orang yg mengatakan sy bersifat Assabiyah krn banyak menulis tentang Melayu. Saya tidak menulis tentang Islam sbb Islam adalah hak kita semua. Kita tidak seharusnya mempertikaikan Islam seseorang sprti PAS mengatakan UMNO kafir.
Yang penting pada sy adalah MELAYU mesti bersatu dan sama-sama membangun tidak mengira dari puak atau suku atau negeri mana sekalipun.
Puak Red Indian di Amerika skrg tidak dpt mengatakan Amerika itu negeri mereka. Mereka terpaksa hidup di Reservations (rizab)yg ditetapkan. Padahal merekalah pribumi di situ. Kerana apa? Kerana mereka tidak menguasai ekonomi negara dan kuasa politik. Sebaliknya kaum kulit putih yg mendabik dada Amerika kepunyaan mereka.
Australia juga begitu.
New Zealand pun sama.
Adakah Melayu inginkan keadaan yang sama? Adakah anak cucu kita akan dihalau ke Malay Reservation(rizab Melayu)?
Lihat sahaja di Selangor skrg. Azan sudah mula dikatakan mengganggu ketenteraman awan. Di Pulau Pinang, takbir raya dihentikan kerana dikatakan mengganggu org nak tidur. Apa yang PAS buat untuk menangani perkara ini? Padahal PAS mempunyai wakil dlm pentadbiran kedua2 negeri ini.

Sekli lagi maaf jika menyinggung sdra.

Unknown said...

sy hargai permintaan maaf awk itu... sy tau awk tk berniat...

berkenan perkara yg awk sebut..., berkenaan kebimbangan awk tntang kedudukan org melayu dlm mlaysia..sy rase perkara mcm org bkn melayu org complaint psl pemerintahan islam di klantan hmpir tk penah sy dgr.. sy hanya dgr mereka gembira dan bebas bersaing berniaga di klantan and tk penah rasa terancam dgn pemerintahan islam di klantan..bkn sy cuba utk menegakkan ideologi politik pas..tp sy hanya ckp keharmonian melayu and bkn melayu..of course la tkde komplein azan bising k kt klantan ni.. jika anda dtg klantan anda akn lihat org melayu.., cina.., siam.., bangla pn ad kdng2 bebas buka perniagaan masing2... tkde sape pn nk halang...

maaf la sy kate bhw sy tgk kt tv ad kt satu tmpat d selangor yg penduduk setempatnya membantah org asing membuka perniagaan di tempat mereka.. sy and keluarga and pakcik2 sy yg tgk berita tu kutuk blk org tempatan itu..knp perlu halang kebebasan bersaing secara sihat..itu tk berlaku di klantan..di sini sape nk bukak bisnes selagi dpt permission pbt.., tkde sapa nk halang.. itula yg sy rase kunci kekuatan melayu sebenar..kite tkpayah guna saluran politik atau media utk membela nasib bangsa... kite sendiri la tunjuk contoh elok kpd kaum laen supaya diorang respek kite...kite kn tunjuk kite tk pyah tunggu kerajaan utk tolong kite... kalo kerajaan(BN@pas) boleh diamkan mereka supaya jgn komplein azan bising pn smpai bile..?? mereka ttp akn cari isu laen nk komplein..sbb ape..?? sbb mereka assume org melayu ni hanya bergantung pd tindakan kerajaan saje..mcmmane mereka nk respect kite...??

personally la..sy rase elok juga kerajaan pas tk buat ape2 utk pembangunan rakyat klantan... sbb dlm mentaliti kami.., kalo kami tk tolong diri kami.., tkde sape boleh tolong... kekurangan pertolongan kerajaan membuatkan kami lebih berdikari and tk bergantug pd org laen...sekali lg sy kate..sy bkn pro-pas..mungkin sy ni pro-klantan.. :)

adf55650 said...

Di Selangor tu, bukan isu tak bg orang asing buka perniagaan. Perniagaan adalah bebas kpd sesiapa sahaja. Yang menjadi isu ialah kerajaan Pakatan Rakyat membenarkan penjualan arak di kedai2 runcit dikawasan majoriti Islam. Benar kita boleh kata itu hak asasi sesiapa untuk berniaga. Tetapi hasutan syaitan berada dimana2. Apa akan terjadi jika anak2 mentah Melayu tergoda utk membeli arak? Mencegah lebih baik dari mengubati.
Satu lagi isu ialah kerajaan PR membenarkan pembinaan kuil besar Hindu di kawasan majoriti Islam. Betul juga itu hak asasi beragama. Tetapi mengapa di kawasan majoriti Islam? Banyak lagi kawasan boleh dipilih. Nik Aziz pun tak menyarankan Patung Buddha di Tumpat tu dibina di tengah2 bandar Kota Bharu.
Sdra boleh hubungi saya di fire_dragon2006@hotmail.com
Saya selalu melalui Kelantan. Saudaramara saya ramai di Besut. Kalau jarang datang ke negeri2 sebelah sini, boleh saya bawakan dan tengok keadaan sebenarnya.

Salam perkenalan

Unknown said...

maaf sy agk kurang arif tntng isu kuil and arak di selangor itu jd sy tk brani komen...

apapun sya ucapkan terima kasih atas jemputan awk itu tp sy tk dpt menerimanya krn sy tk berada dan tk akn berada di malaysia dlm jangka masa terdekat....

mungkin sy akn tgk sendri kt youtube...apapun trima kasih for your opinion...

salam

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP