Monday, September 28, 2009

Rahim Meninggal Pembangkang Insaf?

Bekas Menteri Besar Pahang meninggal dunia

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar meninggal dunia di kediamannya di Jalan U-Thant di sini pukul 7.10 petang dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham berusia 66 tahun.
Anak keduanya, Rosnita, 35, ketika ditemui Bernama di kediamannya berkata, bapanya sedang menunggu azan untuk berbuka puasa di meja makan apabila tiba-tiba didapati tidak lagi bernafas oleh ibunya, Datin Rosnah Kamaruddin.

Katanya, mereka segera menghubungi paramedik dari Pusat Perubatan Gleneagles Intan dan Abdul Rahim disahkan sudah meninggal dunia.

“Ayah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik sebelum meninggal, bahkan setahu saya Allahyarham tidak menghidap sebarang penyakit tetapi berkemungkinan kematiannya akibat serangan jantung,” katanya. – BERNAMA

(Kata Waris Pahang :

-Waris Pahang mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan rakan kenalan Allahyarham.

-Waris Pahang percaya ramai dikalangan rakyat Pahang terutamanya golongan muda tidak mengenali allahyarham.

-Maka Pahangdaily Online (PDO) mengambil kesempatan meracun golongan muda supaya membenci kepimpinan kerajaan termasuklah KDYMM Sultan Pahang.

-Salah satu contoh yang dikagumi ialah walaupun allahyarham meletak jawatan sebagai MB tetapi beliau tetap bersama UMNO sehingga akhir hayatnya.

-Bukan seperti sesetengah bekas wakil rakyat BN, apabila nama tidak dicalonkan semula maka mereka menyertai parti lain yang dimusuhinya dahulu. Ibarat kata pepatah Melayu "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". Mereka betul-betul mementingkan diri sendiri.

-Malah bukan itu sahaja ada yang bercita-cita mahu menjadi MB Pahang. Masalahnya rakyat Pahang tidak suka PKR dan PAS kerana mereka bersekongkol dan menjadi boneka kepada DAP laknat.

-Pemergian allahyarham Dato' beberapa minit sebelum berbuka puasa atau ketika beribadah sungguh murni sekali bagi insan yang mengabdikan diri kepada Allah.
-Kita bimbang ada penceramah dan tokoh politik pembangkang yang mati ketika sedang ceramah di pentas ceramah dengan menipu, menabur fitnah dan caci maki.
-Kita masih ingat lagi dengan seorang tokoh pembangkang yang menabur fitnah dengan mengatakan Tun Mahathir menonton video lucah dengan cucunya. Tidak lama kemudian beliau meninggal dunia.
-Bawa-bawalah bertaubat wahai pembangkang. Jika mahu berkuasa jangan sampai matlamat menghalalkan cara.
-Terlalu banyak jasa yang ditaburkan oleh Allahyarham Dato' Abdul Rahim kepada Negeri Pahang dan Negara. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh).

7 comments:

Arif Omar said...

sekampung dengan saya tu dibeserah kuantan . amat dihormati dan disegani. tiada cacat bagi kami semua tentang allahyarham. alfatihah. semuga beliau ditempatkan dikalangan orang beriman dan solehh. mulut dan hatinya tak le sperti pemimpin PAS jauh lagi kalau nak dibandingkan dgn pemimpin PKR. htinya begitu murni. begitulah dari mudanya.

Anonymous said...

pakatan, berhentilah menaburkan fitnah pada orang lain.. salam takziah utk allayarham...

yg lompat parti? chua jui meng ler... nak sangat pangkat. pergi la ke PKR yg sentiasa menipu rakyat..

WARIS PAHANG said...

Salam Arif Omar, tak sangka juga arif sekampung dengan allahyarham dato'. Asal org pahang ke?.

Tiada apa yg menarik dalam PAS Pahang kecuali mahu menang pilihan raya sahaja.
PKR di pahang pula tengah teraba-raba.

WARIS PAHANG said...

Salam Media Cyber, allahyarham dato' adalah bekas ADUN Beserah.

Tahun lepas seorang bekas ADUN Beserah telah lompat parti dari UMNO ke PKR.

Malang baginya kerana beliau semakin dibenci oleh semua parti melayu. UMNO benci kerana beliau lompat parti, PAS benci kerana beliau musuh ketatnya (pas pernah ditewaskan beliau) dan PKR benci kerana beliau menyingkir Zakaria Hamid Pengerusi Perhubungan PKR Pahang. Aduhai beliau bakal menjadi lebai malang.

Jeepers Creepers said...

saya generasi muda pahang. boleh ceritakan serba sedikit tentang Allahyarham diposting saudara nanti?

PUTERI said...

Saya mendengar cerita kebaikan Dato Rahim ini dari ayah saya. Beliau seorang yang tegas dengan prinsip dan beramanah. Al fatehah semuga rohnya dicucuri rahmat.

Mengapa dengan blog Pahangdaily itu? Siapa ownernya? Blog ini sangat memalukan kerana membawa banyak berita fitnah dan sebagainya. Saya malu apabila ia dikaitkan dengan nama negeri Pahang yang sama-sama kita cintai

WARIS PAHANG said...

Agaknya pemilik PDO sembunyi diri kerana mereka takut Saiful saman RM2 juta.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP