Thursday, December 31, 2009

'Celako Habih Kerano Mu'

Husam Mampu Terbang Jika Dibuang?

TAHNIAH KEPADA BLOGGER PENYOKONG KERAJAAN KERANA BERJAYA MEMBERI TEKANAN KEPADA NIK AJIS.

BELIAU AMAT BERANG DENGAN LAPORAN-LAPORAN BLOG BERKAITAN PERLETAKAN JAWATAN SETIAUSAHA POLITIK MENTERI BESAR ANUAL BAKHRI HARON DAN SETIAUSAHA AKHBAR MOHD SAIBA YAAKOB YANG TAMAT KONTRAK.

BULETIN UTAMA DI TV3 PADA 29HB DISEMBER 2009 MEMAPARKAN SEORANG ULAMAK CABUK TELAH MELEMPAR KATA-KATA KESAT KEPADA PENULIS-PENULIS BLOG.

CELAKO SEMUA SEKALI..!!BLOG CELAKO NI..!!BLOG CELAKO NI..!! KATANYA.

SAMA-SAMALAH KITA MENILAI SENDIRI AKHLAK SEORANG YANG DIANGKAT OLEH PEMBANGKANG SEBAGAI ULAMAK.

"KENAPA BEGITU RENDAH DAN BURUK MORAL DAN AKHLAK NIK AJIS SEHINGGA SANGGUP MENGELUARKAN PERKATAAN SEBURUK ITU. SEPATUTNYA SEBAGAI SEORANG YANG DIGELARKAN SEBAGAI ULAMA SEMESTINYA NIK AJIS MEMPUNYAI KESABARAN YANG TINGGI DALAM MENGHADAPI APA SAHAJA DUGAAN DAN CABARAN" KATA BLOGGER ABANG TUAH.

APA-APA PUN BAGI WARIS PAHANG, SEMAKIN NIK AJIS MARAH MAKIN MANIS DIPANDANG. MARAHLAH LAGI KAMI SUKA MENDENGARNYA.

"CELAKO..CELAKO..CELAKO!..BLOG CELAKO!", MACAM TIRU IKLAN POTONG!...POTONG!...POTONG!..

LEPAS INI BOLEHLAH NIK AJIS BERLAKON DALAM IKLAN BARU "CELAKO". BILA KOMPANG BERBUNYI MAKA NIK AJIS PUN BERNYANYI "CELAKO, CELAKO, CELAKO, CELAKO HABIH KERANA MU".

NYANYIAN TERSEBUT ELOK DISERTAI DENGAN PERTUNJUKAN TARIAN 'ALA AUW! AUW! AUW!' OLEH BANG WAR, LIM KIT MALAM PULA BOLEH MAIN TARIAN PAPET/PATUNG BERWAJAH BANG HAD.
NIK AMALIM DAN ARIF PULA TAK PAYAH MASUK CAMPURLAH, DUDUK AJE DIAM-DIAM KAT RUMAH.

SEMALAM AKU TENGOK ORANG KELATAN MARAH SEBAB NIK AJIS BENARKAN ORANG BUKAN MELAYU MENJADI MB KELANTAN. BARANGKALI JIKA DITERJEMAHKAN KEMARAHAN ITU BERBUNYI "CELAKO MU!".

Wednesday, December 30, 2009

Budaya 'Kedebe' Pejuang PAS

Dr Rosli kena tindakan jika langgar mufarakah

Pasangan umat Islam yang mengingkari perintah Mahkamah Syariah supaya bermufarakah (tinggal berasingan) susulan kesahihan perkahwinan mereka diragui boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

Ketua Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan, Abu Bakar Abdullah Kuty, berkata sepatutnya pasangan terbabit sedar bahawa perbuatan tinggal bersama selepas perintah dikeluarkan oleh mahkamah adalah salah daripada segi agama.

"Soal untuk bertindak terhadap mereka yang mengingkari sesuatu perintah mahkamah sepatutnya tidak berbangkit jika umat Islam mematuhi hukum agama," katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas mengenai insiden malam tadi apabila rumah bekas ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir, "dikepung" oleh keluarga isteri keduanya yang mengesyaki pasangan tersebut masih tinggal bersama walaupun diperintah Mahkamah Syariah supaya tinggal berasingan kerana kesahihan perkahwinan mereka diragui.

Bagaimanapun, pasangan berkenaan tidak dapat ditahan oleh pihak penguatkuasa penyelia agama Islam kerana gagal mendapat waran tangkap atau geledah daripada pihak berwajib. (Sumber: Malaysiakini)

(Kata Waris Pahang :

-Berita yang tidak sedap kita dengar hari ini :

i. Kes ini melibatkan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan.

ii. Apabila mahkamah telah perintah mufarakah (tinggal berasingan) tetapi pasangan terbabit masih tinggal bersama selepas perintah dikeluarkan.

ii. Dr. Rosli telah melarikan diri bersama isterinya ke destinasi yang tidak diketahui. TV3 hari ini memaparkan kekesalan yang digambarkan oleh bapa mertua Dr Rosli.

iii. Siapakah insan yang bersubahat yang memandu kereta berwarna biru membawa Dr Rosli dan isterinya lari?.

-"Saya akan terus mencari mereka hingga ke lubang cacing bagi mengembalikan hak saya sebagai seorang bapa dan ketua keluarga," kata Mohd Noor Che Man di Kota Bharu Selasa.

-Bagaimana sekiranya perkara yang sama berlaku kepada blogger Pas dan pimpinan Pas? Ayah mana yang tidak sayangkan anak?.

-Apa agaknya komen blogger Pas dan pucuk pimpinan Pas?).

Thursday, December 24, 2009

Fitnah Hangat Tun M Bersilat

"Bergantung kepada keputusan suruhanjaya (yang dicadangkan), saya berhak untuk saman (penulis) Barry Wain, Lim Kit Siang dam Malaysiakini.com kerana membuat fitnah bagi jumlah yang akan diumumkan kemudian," kata Tun M dalam blognya semalam.

Syabas Tun M kerana berani sahut cabaran Lim Kit Siang agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja menyiasat setelus mungkin dakwaan yang mengatakan Tun M bertanggungjawab menyebabkan wang negara berjumlah 100 billion hangus semasa pentadbirannya.

Namun Waris Pahang cadangkan beberapa perkara :

1. Siasat siapakah penulis Barry Wain (Bekas Wartawan Asian Wall Street Journal) dan kenapa beliau bangkitkan isu ini?. Adakah beliau adalah seorang Yahudi?

Sekiranya benar Barry Wain adalah seorang yahudi maka pembangkang PAS dan PKR secara automatiknya sokong Yahudi.

2. Penulis Barry Wain itu mestilah mengemukakan bahan bukti berbentuk dokumen segala wang yang beliau kata hangus semasa pentadbiran Tun M.

Sekiranya Barry Wain gagal mengemukakan bukti bermakna kata-kata beliau tidak boleh dipakai dan Tun M berhak menyaman Barry Wain.

3. Pembangkang jangan guna kemudahan projek mega yang dibangunkan oleh Tun M sepanjang pentadbirannya.

Sekiranya pembangkang guna juga kemudahan tersebut bermakna pembangkang bangga dan menyokong kemajuan yang dibangunkan oleh Tun M.

4. Pembangkang diberi tugas iaitu kerjanya menghitung berapa banyak pencapaian, pelaburan dan keuntungan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia semenjak 22 tahun pentadbiran Tun M sehingga zaman Najib sekarang.

Sekiranya pembangkang tidak mampu menghitungnya bermakna terlalu banyak sangat jasa Tun M yang dikecapi oleh rakyat Malaysia termasuklah pembangkang, maka tidak hairanlah kalau bapak pembangkang dan anak menantunya ramai yang pakai kereta buatan Malaysia.

Wednesday, December 23, 2009

Konvensyen : Syok Sendiri Buta Hati

PKR, PAS Dan DAP baru sahaja mengadakan 'Konvensyen Kartun' yang dihadiri pemimpin utama seperti 'sarkas politik'. Pandai sungguh mereka menyulam dasar pakatan rakyat untuk mengumpan rakyat sedangkan mereka sendiri (Pakatan Rakyat) tidak tahu hala tuju parti mereka.

Khabarnya mahu wujudkan 'pilihan raya kerajaan tempatan', sedarkah Melayu?. Dasar ini akan menyebabkan Yang Dipertua kawasan bandar akan dikuasai oleh bukan Melayu.

Bagaimana dengan Perlembagaan Islam yang diperjuangkan PAS?. Adakah DAP dan PKR akan menyokong perlembagaan ini. Barangkali perlembagaan Islam hanya dijadikan alat untuk dapatkan kuasa.

Jika Anwar PM maka siapa akan jadi TPM? PAS atau DAP. Jika DAP jadi TPM 1 dan PAS jadi TPM 2, sudah tentu orang Melayu akan kecewa dan protes besar-besaran.

Yang aku terbahak-bahak ketawa hingga sekarang ialah keputusan yang diambil dari Konvensyen PR antaranya : kukuhkan perlembagaan dan undang-undang.

Aik siapa yang lawan undang-undang dan buat kecoh selama ini?. Mereka yang buat demonstrasi, kacau tugas polis, baling batu kepada polis.?.

Inilah konvensyen kartun namanya dan amat memalukan kerana mereka menandatangani dokumen busuk hati yang penuh kepuraan dan merugikan rakyat.

Tuesday, December 22, 2009

Auta Anwar Hilang Aura


Anwar kata golongan muda ramai menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum yang lalu tetapi golongan dewasa jika dilihat dari keputusan pilihan raya ramai yang tidak menyokong pembangkang. (Sumber : Berita Utama TV3)

Kata Waris Pahang :

-Pakatan Rakyat baru sedar ke yang mereka kini sudah semakin lemas dengan golongan dewasa yang tidak berapa mahu sokong pembangkang.

-Nak tahu sebab apa? Salah satu sebabnya orang sangsi dengan 'bang nuar' yang cuba sedaya upaya menangguh-nangguhkan perbicaraan kes liwat.

-Jangan cakap banyak lah 'bang nuar', kita jumpa aje di mahkamah bulan Januari nanti. Kini bila kita sebut aje nama 'bang nuar' orang ramai hanya akan teringatkan 'mahkamah' dan 'kes liwat'.

-Tergelak hati aku bila Pakatan Rakyat kata dalam Konvensyennya mahu sasar ke Putrajaya, Tak sedar ke pembangkang di Ijok berbondong-bondong sudah keluar parti.

-Insyaallah akan menyusul di Negeri Pahang pula tidak lama lagi, cuma mereka ini malu-malu sikit nak kembali semula ke pangkuan BN.

-Apa nak dimalukan, sampai bila kita mahu terperangkap dengan semangat cakap kosong dan janji tipu pembangkang. Fikir-fikirkan lah,

Thursday, December 17, 2009

Misi Royalti : Lakonan PAS 'Naik Minyak'

'Mu Tok Beghi Royalti Minyok,
Maknnonyo Misi Hambo Gagal Loh,
Pastu Keno Letok Jawate Ko,
Hok Ni Ambo Tok Sir'

MENJAWAB SOALAN PARLIMEN (ROYALTI PETROLEUM)

Soalan mengenai tuntutan royalti petroleum di Kelantan yang diajukan oleh ahli-ahli Yang Berhormat Kubang Kerian, Tumpat, Rantau Panjang dan Kuala Krai.

Jawapan :Tuan yang Di Pertua,Dengan izin Yang Di Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian pada hari ini bersama dengan soalan-soalan berkaitan isu tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Tumpat pada 12 November, Ahli Yang Berhormat daripada Rantau Panjang pada 25 November dan Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Krai pada 26 November 2009, secara sekali gus memandangkan bahawa ia berkisar mengenai perkara yang sama.

Tuan Yang Di Pertua,Kerajaan telah meneliti isu tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan Kelantan dengan mendalam dan terperinci dari pelbagai sudut, termasuk sudut perundangan berkaitan kuasa-kuasa Kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.

Dari segi perundangan, Negeri seperti Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti bagi sumber petroleum yang dihasilkan daripada perairan Negeri tersebut.

Dalam hal ini, perairan Negeri masing-masing adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut (low water mark, dengan izin) atau pesisir pantai negeri tersebut.

Pada masa ini, tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Negeri Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, dari segi perundangan, Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum, seperti juga Negeri Terengganu.

Meskipun peruntukan perundangan ini adalah jelas, Kerajaan Persekutuan, sebelum ini, telah memperuntukkan wang ehsan untuk Negeri Terengganu, dengan mengambil kira pengeluaran petroleum yang terletak di luar perairan Negeri tersebut.

Peruntukan wang ehsan juga telah dipertimbangkan berasaskan keperluan pembangunan Negeri Terengganu serta tahap pendapatan rakyatnya.

Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan pertimbangan yang adil dan saksama diberikan kepada kesemua Negeri, agar tiada lapisan rakyat yang terpinggir dalam menikmati manfaat pembangunan Negara.

Oleh itu, Negeri Kelantan juga wajar diberi pertimbangan yang sama oleh Kerajaan Persekutuan sekiranya terdapat aktiviti pengeluaran petroleum di luar perairan Negeri tersebut, sungguhpun dari segi perundangan, Negeri Kelantan tidak berhak untuk menerima apa-apa bayaran.

Dengan ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan wang ehsan bagi Negeri Kelantan, sama seperti Negeri Terengganu.

Keputusan ini juga mengambil kira keperluan untuk terus membangunkan Negeri Kelantan dan juga meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, selaras dengan arus pembangunan perdana Negara.

PETRONAS telah memaklumkan Kerajaan bahawa pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil (producing field, dengan izin) dan ianya terletak di luar perairan Negeri Kelantan. Medan tersebut adalah medan Bumi Selatan yang terletak di dalam Blok PM301.

Pemberian wang ehsan kepada Negeri Kelantan akan mengambil kira pengeluaran dan penjualan petroleum daripada medan Bumi Selatan. Penyaluran wang ehsan tersebut akan dibuat setelah maklumat terperinci mengenai jumlah pengeluaran gas serta tatacara berkaitan dimuktamadkan. Peruntukan pertama wang ehsan bagi Negeri Kelantan dijangkakan pada tahun 2010.

Bagi memastikan pengagihan wang ehsan ini dapat dinikmati manfaatnya secara langsung oleh rakyat Negeri Kelantan, peruntukan wang tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan serta program pembasmian kemiskinan dalam Negeri Kelantan yang dilaksanakan secara telus oleh Kerajaan Persekutuan setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

Keputusan yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan pada hari ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat daripada pembangunan negara, selaras dengan pendekatan inklusif dan semangat Satu Malaysia yang diamalkan oleh Kerajaan.Sekian, terima kasih. (Sumber : blog 1Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

-Aduhai 'Pecah Perut' aku ketawa apabila Nik Ajis merepek-repek mahukan royalti minyak. Nik Ajis barangkali sudah 'mati akal' untuk cari sumber kewangan negeri.

-Inilah susahnya bila lantik Menteri Besar yang tak tahu ekonomi, geografi, matematik dan sains. Seolah-olahnya apa yang dia fikir hanya betul mengikut pandangan kepala otak dia sahaja.

-Khabarnya Husam pun tidak mahu bincang pasal royalti minyak lagi dan kononnya mahu serahkan kepada rakyat membuat penilaian.

-Aik! mahu serahkan kepada rakyat buat penilaian ataupun tidak mahu kes insiden melawat kawasan minyak bersama media diperbesar-besarkan.

-Disebabkan tidak dapat royalti minyak maka kita lihat ramai pemimpin PAS yang berlakon konon-kononnya 'naik minyak' tidak puashati, sebenarnya mereka bimbang rakyat berterima kasih di atas sumbangan wang ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan).

Wednesday, December 16, 2009

Penonton Dapat 'Bangang' FREE

Perjalanan Suram Politik Husam
Angkara Nik Ajis?

Dengar khabarnya Husam Musa ada turun ke Pahang baru-baru ini. Tapi sayang ramai yang tak tahu dengan kehadiran 'seleberiti' PAS ini.

Siapa yang mahu disalahkan, barangkali kuli-kuli PAS orang pertama yang dipersalahkan. Mungkin juga urusetia yang dipersalahkan kerana mengadakan program tergesa-gesa.
Barangkali agaknya kuli-kuli PAS yang menampal poster sudah naik benci dengan tugas ini kerana menjadi orang suruhan berpanjangan yang tidak dinaikkan pangkat.
Dulu Nizar semasa menjadi MB Perak ada datang ke Pahang tetapi ramai yang tidak tahu malah pemimpin PAS juga ada yang tidak tahu. Maka kuli-kuli PAS inilah yang dipersalahkan.

Barangkali juga ada kuli-kuli PAS ini yang irihati dan muak tengok VIP PAS yang tidak buat kerja di peringkat bawah dan hanya tahu mahu duduk di kerusi empuk di atas pentas.

Khabarnya juga program malam itu tidak dapat sambutan mana, hanya 200 orang sahaja yang hadir. Apasal jadi macam itu dan apa dah jadi?.

Khabarnya juga ada satu banner yang dipasang dan terpapar gambar Husam Musa dan Tuan Ibrahim Tuan Man. Punyalah nak tarik orang ramai maka diletaknya muka Tuan Ibrahim Tuan Man.

Kalau tidak ditaruk muka Tuan Ibrahim pada banner mungkin yang hadir hanya sekitar 50 orang sahaja. Khabarnya Tuan Ibrahim tidak hadir pada hari itu kerana masih berada di Tanah Suci.

Maka penonton yang tidak tahu menahu telah 'dibangangkan' oleh PAS kerana mereka sangka Tuan Ibrahim turut berceramah pada hari itu. Itulah sebabnya, sudah tahu PAS parti penipu tetapi pergi juga ke program ceramah mereka.

Tuesday, December 15, 2009

Benarkah Menantu Hantu?


(Kata Waris Pahang :
-Pelbagai persepsi timbul sejak kisah 'orang belakang' wujud dalam episod pemerintahan Kerajaan Negeri Kelantan.
-Kisahnya tentang 'menantu' yang dianggap 'hantu' oleh orang ramai?. Tapi dia masih disimpan sehinggalah ke satu tarikh yang beliau akan mengundurkan diri.
-Meletup sembang kedai kopi apabila Nik Ajis arah menantunya letak jawatan. Yang orang naik hairan kenapa tidak Nik Ajis sahaja yang meletak jawatan.
-Ada orang kata isu ini hanya kocakan dalam cawan aje tapi ada orang lain nampak isu ini dah jadi seperti tsunami yang bakal meranapkan PAS.
-Sok sek dibelakang khabarnya ada yang telah menamakan sipolan bin sipolan bakal diangkat menjadi MB Kelantan menggantikan Nik Ajis.
- Bagi Waris Pahang, biarlah Nik Ajis jadi MB Kelantan buat 100 tahun lagi dan lantiklah cucu, cicit dan piut dia berkhidmat dalam Kerajaan Negeri Kelantan).

Saturday, December 12, 2009

Kisah Haji 65 Ribu




(Kata Waris Pahang :


-Selamat pulang jemaah haji ke tanah air. Syukur alhamdulillah kerana dapat bertemu anak-anak dan sanak saudara.

-Rasanya baru semalam orang Melayu Islam kecoh-kecoh pasal cerita Haji 65 Ribu. Tawaran Haji VVIP lah katakan, orang lain seolah-olah diminta tutup mulut. Apa sahaja yang dilakukan Nik Ajis betul belaka.

-Dulu kata orang UMNO macam 'Pak Turut' atau 'Pak Angguk' kini sudah kembali ke batang hidung sendiri.

-Apa perasaan jemaah haji yang mengumpul duit berpuluh tahun semata-mata mahu menunaikan haji. Ada yang kumpul duit dari hasil titik peluh membanting tulang, menoreh getah, berjemur tengah panas dan bermandikan hujan.

-Sesungguhnya kita tidak dapat lupakan kisah Haji 65 Ribu dan kita sebenarnya umpama telah ditipu hidup-hidup disebalik watak tubuh insan yang berlabel tok guru).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP