Auta Anwar Hilang Aura
Anwar kata golongan muda ramai menyokong pembangkang dalam pilihan raya umum yang lalu tetapi golongan dewasa jika dilihat dari keputusan pilihan raya ramai yang tidak menyokong pembangkang. (Sumber : Berita Utama TV3)
Kata Waris Pahang :
-Pakatan Rakyat baru sedar ke yang mereka kini sudah semakin lemas dengan golongan dewasa yang tidak berapa mahu sokong pembangkang.
-Nak tahu sebab apa? Salah satu sebabnya orang sangsi dengan 'bang nuar' yang cuba sedaya upaya menangguh-nangguhkan perbicaraan kes liwat.
-Jangan cakap banyak lah 'bang nuar', kita jumpa aje di mahkamah bulan Januari nanti. Kini bila kita sebut aje nama 'bang nuar' orang ramai hanya akan teringatkan 'mahkamah' dan 'kes liwat'.
-Tergelak hati aku bila Pakatan Rakyat kata dalam Konvensyennya mahu sasar ke Putrajaya, Tak sedar ke pembangkang di Ijok berbondong-bondong sudah keluar parti.
-Insyaallah akan menyusul di Negeri Pahang pula tidak lama lagi, cuma mereka ini malu-malu sikit nak kembali semula ke pangkuan BN.
-Apa nak dimalukan, sampai bila kita mahu terperangkap dengan semangat cakap kosong dan janji tipu pembangkang. Fikir-fikirkan lah,
LAGU WARISAN
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini
Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
KATA HIKMAH
‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :
''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.
Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.
Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?
''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.
Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?
"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?
Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.
Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.
Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.
Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''
PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :
''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.
Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.
WASIAT RAJA-RAJA MELAYU
Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:
“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.
Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).
Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
4 comments:
Salam,
org dh mula sedar sapa tak sayangkan Islam, xkan nk biar adik kakak sendiri murtad kerana it is her rights yg dijuangkan anwar.
Semoga Allah bukak pintu hati Anwar Ibrahim supaya kembali kepada Islam...
dan jahanamkan tgn2 yahudi yg sedang membelit tubuh badan Anwar Ibrahim!!!
salam.
dah lama tak baca tulisan saudara..
mana pegi ?
dengar ramai yang sibuk ye dengan tugas masing2
Aku nak tanya para alim ulama kat Malaysia ni dan diharap boleh beri fatwa yang jelas jika seseorang tu mengamalkan Islam Liberal macam Anuar Berahi ni adakah dah jatuh murtad....sebeb aku setuju dengan saudara rayz tadi supaya nuar berahi kembali kepada Islam sebenar...
Murtad kah Anuar Berahi???????????
Post a Comment