Wednesday, December 23, 2009

Konvensyen : Syok Sendiri Buta Hati

PKR, PAS Dan DAP baru sahaja mengadakan 'Konvensyen Kartun' yang dihadiri pemimpin utama seperti 'sarkas politik'. Pandai sungguh mereka menyulam dasar pakatan rakyat untuk mengumpan rakyat sedangkan mereka sendiri (Pakatan Rakyat) tidak tahu hala tuju parti mereka.

Khabarnya mahu wujudkan 'pilihan raya kerajaan tempatan', sedarkah Melayu?. Dasar ini akan menyebabkan Yang Dipertua kawasan bandar akan dikuasai oleh bukan Melayu.

Bagaimana dengan Perlembagaan Islam yang diperjuangkan PAS?. Adakah DAP dan PKR akan menyokong perlembagaan ini. Barangkali perlembagaan Islam hanya dijadikan alat untuk dapatkan kuasa.

Jika Anwar PM maka siapa akan jadi TPM? PAS atau DAP. Jika DAP jadi TPM 1 dan PAS jadi TPM 2, sudah tentu orang Melayu akan kecewa dan protes besar-besaran.

Yang aku terbahak-bahak ketawa hingga sekarang ialah keputusan yang diambil dari Konvensyen PR antaranya : kukuhkan perlembagaan dan undang-undang.

Aik siapa yang lawan undang-undang dan buat kecoh selama ini?. Mereka yang buat demonstrasi, kacau tugas polis, baling batu kepada polis.?.

Inilah konvensyen kartun namanya dan amat memalukan kerana mereka menandatangani dokumen busuk hati yang penuh kepuraan dan merugikan rakyat.

3 comments:

Jeepers Creepers said...

DAP jadi tpm1 PAS jadi tpm2, orang melayu kecewa dan protes besar besaran?

jangan harap. jangan harap orang melayu nak berbunyi lagi dah. silap haribulan orang melayu pupus dari malaysia ni.

kalau nak kecewa, kalau nak protes, baik buat sekarang

buat sekarang sebelum mereka menang pru..

buat sekarang SEBELUM TERLAMBAT

Mohammad Roslan said...

Ha..ha..apabila melihat tiga orang di gambar ini; teringat pulak kisah patung berok Jepun yang

Berok no.1 tutup mata (Mizaru)yang bermakna tidak pandang kejahatan,

Berok no.2 tutup telingga (Kikazaru) bermakna tidak dengar kejahatan,

Berok no.3 (Iwazaru) tutup mulut yang bermaksud tidak bertutur kejahatan.

(see no evil, hear no evil, speak no evil orang putih kata).

Tapi tiga manusia ini

no.1, ingin melihat negara ini jahanam.

no.2 ingin melihat negara ini hancur.

no.3 pulak ingin negara ini digadai dengan Amerika.

WARIS PAHANG said...

MMG Patut Protes Sekarang Tetapi Sudah Jadi Budaya Kita Yang Suka Cari Penyakit, Rasa Sakit Dan Baru Cari Ubat.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP