Friday, February 12, 2010

Blogger Menyerah Tidak Mengalah!

Apa Yang Dilakukan Jeffry Adalah Kecil
Jika Nak Dibandingkan Dengan
Mempermainkan Dan Menghina Allah
Blogger hina MB Kelantan serah diri

JOHOR BAHRU 9 Feb. - Seorang lelaki yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, hari ini menyerah diri kepada pihak polis.

Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
ALLAH dipermainkan oleh PAS

Nik Aziz sanggup menghina Allah dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut, semata-mata kerana hendak membela seorang ahli seumur hidup PAS yang menulis buku berjudul ‘shit’.

“Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. Novel Shit, karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam”. Kata Nik Aziz di Kota Baharu, Kelantan.

Dia juga sanggup menghukum boleh berkawan dengan syaitan, sedangkan syaitan adalah seteru Allah dan seteru orang yang beriman.

Dia juga yang telah menyokong doa butakan mata rakyat yang hendak mengundi BN dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.

Pada 27 Mei 1999, Nik Aziz meminta ahli-ahli PAS mengamalkan satu doa bagi “membutakan mata” pengundi-pengundi hantu dalam pilihan raya nanti.
Doa itu berbunyi “ Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS". Doa tersebut dibaca sambil diikuti oleh kira-kira 3,000 penyokongnya pada satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
Syurga, Neraka dijadikan taruhan PAS bagi menguatkan kepercayaan orang ramai terhadap PAS, mengundi PAS masuk syurga dan mengundi UMNO masuk neraka. Seolah-olah Nik Aziz yang menentukan hal masuk syurga dan neraka.
Apa yang dilakukan blogger Jeffry dianggap “ menghina “ Nik Aziz dan repot polis dibuat terhadapnya. Tetapi Nik Aziz mempermainkan ALLAH, kenapa Ahli PAS tidak mengambil tindakan yang sama terhadap Nik Aziz?.
Keberanian dan semangat Blogger Jeffry wajar dicontohi, namun kadang-kadang jika terlalu semangat kita tersasul dari batas-batas peradaban. Harapan Waris Pahang, jangan kita patah semangat dan teruskan perjuangan di Medan Cyber, jika bukan kita siapa lagi yang mahu diharapkan. Menyerah diri tidak beerti menyerah kalah. Selamatkan agama, bangsa dan negara dari kerakusan Pakatan Rakyat untuk berkuasa).

9 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, betul sangat tu.... tapi puak-puak hamPAS ni rasa apa yang dia buat semua betul.... sebab itulah jadi macam tu...

Cheguman said...

Jika dibandingkan perbuatan Blogger Jeffry, blogger pembangkang jauh lebih dahsyat lagi.

hilbert said...

Salam WP,

perjuangan kita pasti diterus dan dtingkatkan...jangan patah semangat, BPN - Blogger Pembela Negara,..demi negara jiwa kita harus cekal dan tabahkan semangat...

benar sekali bro, menyerah bukan bermakna mengalah...

ntah laaa..... said...

1-gambar yg menyentuh kelucahan tidak melambangkn adap kemelayuan
2-gambar yg menyinggung aqidah org islam tidak melambang keislaman , keimanan & keehsanan

1 + 2 = ???

bg yg menyebar jwb la d sana (akhirat) nanti selagi mana ia tersebar oleh tukang sebar...

ooiii byk saham tu kene pulak ada yg menyalah tafsirknnya pulak setelah penyebarnya mati sape pulak nak betulkn keadaan masa tu nanti???

sekadar ingatan bersama PR & BN

bRAVEhEART said...

Salam Ziarah ~ bh

WARIS PAHANG said...

Blogger-blogger jangan lah takut untuk berjuang. Gertakan pembangkang bukan beerti pembangkang itu betul.

Jeepers Creepers said...

salam ziarah..kalau kes super impose, puak pembangkang dahulu yang buat.

Paling teruk gambar altantuya dan DS Najib. Gambar ciptaan tian chua.

Memang nampak jelas sangat penipuan tetapi itulah yang dipercayai oleh orang pas. Sehingga mereka sanggup sebarkannya.

WARIS PAHANG said...

Pemimpin PAS tak sempat nak tarbiah kot sebab terlalu sibuk berpolitik?.

Ahmad Putra said...

Baguslah, teruk sangat tu...Mukanya pun macam Setan

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP