(Kata Waris Pahang :
-Mengapa Nik Aziz tidak komen tentang gambar ilustrasi ciptaan blogger Pakatan ini. Mungkin kerana politik maka seorang bergelar Tok Guru tidak perlu memberi nasihat dan tarbiah agama di atas perbuatan ini.
- Adakah gambar ini direka letak kerana mahu menggambarkan UMNO bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam seperti MCA dan MIC?. Dulu PAS tuduh UMNO bekerjasama dengan orang kafir maka boleh jatuh kafir, kini buat gambar pula. Barangkali ini cara 'mengkafir' bentuk baru?.
-Baru-baru ini seorang penceramah PAS berkata dalam satu ceramahnya di Pahang, "sampaikan maklumat kepada isteri kerana ada sebahagian peluk/cium isteri yang pengikut UMNO/BN ........... eiiii! geli geleman aku nak peluk UMNO!.
-Adakah PAS masih mengkafirkan UMNO sebagaimana dulu sehingga tidak boleh sembahyang di belakang Imam dari Parti UMNO dan haram makan daging yang disembelih oleh orang UMNO?.
- Pemimpin PAS memeluk Lim Kit Siang yang bukan beragama Islam tidak apa pula. Adakah PAS sekarang sedang perhebatkan seruan agar perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO diputuskan kerana politik?.
-Kita mesti menentang perjuangan songsang pakatan rakyat yang keterlaluan yang menyebar fitnah dan meruntuhkan perpaduan ummah serta melakukan apa sahaja asalkan matlamat tercapai (matlamat menghalalkan cara).
-Tindakan blogger menyerah diri kerana dikatakan menghina Mursyidul Am wajar dicontohi oleh blogger Pakatan Pembangkang. Sehingga kini blogger Pakatan Pembangkang belum menyerah diri setelah Saiful membuat laporan polis dan menyaman RM 2 juta terhadap blogger yang memfitnahnya).
9 comments:
Itulah politik, bro. org politik boleh hadir dlm mcm2 rupa... berserban, bertali leher, berseluar pendek... kalau keadaan memerlukan, tak berpakaian pun boleh!
Salam WP,
Cheguman yang pakai title "Ir" pun ada....:).
Kan memang TGNA dah label Umno & penyokong Umno sesat...
Walaupun aku bukan ahli Umno tapi aku termasuk dalam golongan "penyokong"...
Sebagai orang yang bergelar ulama, Nik Aziz patut bersuara kerana ini bukan perkara politik sebaliknya berkaitan dengan agama.
Barangkali orang PAS sedang terlena tidur dengan bulan.
dah tak ade cara lain...cuma pandai memfitnah dan memburukan BN UMNO
Matlamat tak pernah menghalalkan cara..mungkin TGNA dan jadi anak murid Machiavelli kot?
Cukup2 laa...nampak sgt hipokritnya diorg nie..dulu kata wat kerjasama dgn kafir bole jatuh kafir...skrg mereka buat menda yg same...nie blum ade kuase lagi!
INILAH BUDAYA PEMBANGKANG, PERTARUH AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR KERANA MAHU DAPATKAN KUASA
salam kenal....
kami tunggu kunjungan balik anda
Foarte interesant subiectul postat de tine. M-am uitat pe blogul tau si imi place si am sa mai revin sa-l vizitez. O zi buna
Post a Comment