
Waris Pahang baru-baru ini dimaklumkan oleh seorang kenalan baru dari Temerloh. Beliau cukup kecewa dengan ahli PAS Temerloh yang menghina wakil rakyat BN ketika berlaku bencana.
Contohnya jika berlaku kebakaran maka mereka pun kata "tengok YB PAS dulu sampai di tempat kejadian, mana dia wakil rakyat BN" (Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Temerloh dan YB Sharkar Shamsudin, Ketua Bahagian UMNO Temerloh).
Jawapannya mudah sahaja Datuk Saifuddin Abdullah adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi jadi dia menjaga seluruh Malaysia jadi tidak boleh nak disamakan dengan YB Semantan (PAS). Begitu juga dengan YB Sharkar, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang menjaga satu negeri Pahang.
PAS Temerloh ini ingat rakyat Temerloh bodoh sangat dan mudah termakan hasutan. Orang di Temerloh sudah bosan dengan YB PAS ini yang mereka anggap sebagai YB tiada kerja.
Kenalan baru Waris juga cerita, pernah berlaku kejadian lemas maka pasukan penyelamat pun bergegas ke tempat kejadian. Dalam masa yang sama orang PAS juga pergi ke sana dan apabila sampai mereka kata "mana YB BN, YB PAS dulu yang sampai di tempat kejadian".
Lepas itu mereka mengedarkan air mineral kepada pasukan penyelamat, kata mereka "tengoklah PAS dulu yang beri bantuan".
"TAKKAN LAH YB BAGI AIR MINERAL SAHAJA" kata penduduk kampung. Walaupun YB BN lewat hadir ke tempat kejadian tetapi pasukan penyelamat disediakan makan minum yang diuruskan dulu oleh pejabat YB. Jika mereka guna taktik sebagaimana cerita di atas maka marilah kita pakat ketawa berdekah-dekah kerana taktik ini sudah lapok.
*Marilah kita sama-sama berdoa agar ada sinar dalam PAS selepas kesuciannya dicabul oleh pemimpin PAS. Hasan Ali mesti berani berubah untuk selamatkan umat Melayu yang berpecah parah sehingga kaum lain berani membuat pelbagai ugutan dan tuntutan yang tidak munasabah.