
Bayangkan, dengan hanya menggunakan jaring besi sebagai dinding, ruang bawah rumah yang pernah menempatkan ayam dan berhabuk serta bersawang, dijadikan tempat berteduh bagi membesarkan tiga anak berusia antara tiga hingga enam tahun oleh pasangan Fatimah Jalim, 36, dan suami, Yusuf Wahab, 35.
"Setiap hari kena merangkak, sudah tiga tahun macam ini. Terpaksalah terima walaupun sedih. "Kalau diberi peluang... siapa yang tidak mahu rumah lebih baik berbanding hanya tidur beralaskan tikar getah di bawah kolong yang dulunya merupakan reban ayam," ujar Fatimah dengan wajah sayu kepada pemberita yang mengunjunginya sekeluarga baru-baru ini.
Tidak hairanlah apabila Fatimah memberitahu anak-anaknya sering bergaduh kerana berebut kipas angin iaitu antara barangan 'mewah' yang ada di 'rumah' mereka. (Sumber : Harian Metro/Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
1.Apa yang dilalui oleh keluarga ini bolehlah disifatkan sebagai kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya sehingga ada yang terpaksa hidup melarat.
2.Peluang pekerjaan yang terhad di Kelantan juga menyaksikan ramai rakyat negeri Kelantan terutama golongan muda menjadi perantau untuk mencari peluang pekerjaan di negeri-negeri lain.
3.Baru-baru ini, kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz mempersoalkan berapa billion duit akan dihabiskan untuk berperang sesama Melayu. Husam Musa berhasrat mendapatkan dana RM 20 juta untuk memerangi UMNO supaya parti itu tumbang. Husam juga memerlukan RM 200 juta untuk bawa PAS ke Putrajaya.
4. Memang pemimpin PAS ini 'tahi politik terlampau' kerana sanggup habiskan duit berjuta-juta ringggit untuk politik dan menang pilihan raya tetapi gagal mengesan rakyat Kelantan yang masih memerlukan pertolongan dan bantuan. Inilah akibatnya kalau sudah terlalu berpolitik hingga terlupa nasib rakyatnya, mana perginya slogan Kerajaan Kebajikan?.
5.Jika PAS mahu adakan ceramah, eloklah kita pulaukan sahaja atau minta YB PAS dan penceramah PAS tersebut balik ke kawasan masing-masing dan pergilah bantu rakyat di kawasan mereka supaya tidak berlaku lagi ada rakyatnya yang tinggal di reban ayam).
6 comments:
Mari pulaukan ceramah PAS bermula sekarang kerana membohong kita dengan slogan Kerajaan Kebajikan
DiPahang pun masih ramai yang susah dan hidup melarat. Cuma tak ada orang yang nak masuk dalam akhbar.
Ada juga yang terpaksa tidur dikaki lima kedai.
Itulah syurga yang dijanjikan Nik Aziz...... apa nak kata weh...
Lompinlai, kalau di Pahang masih ada yg hidup merempat, cuba selidik dulu siapa orang itu..... di Pahang berlambak-lambak peluang kerja, tak tahulah kalau ramai yg jenis suka disuap....
SLM BRO..WALLY SLIPOR BANGGA BILE DIA KATA DIA CUMA ORG BIASA YG DUDOK KT RUMAH PAPAN. KLU BLH DIA NK RAKYAT PUN IKUT MCM DIA. KLU ADA DOK DLM REBAN PUN XPE. DIA X KISAH. ASALKAN ORG UNDI DIA! KEHKEHKEH
Yang Gambi, Tak payah pergi jauh. Cuba datang Rompin dan masuk dalam pendalaman kampong . Jangan main tengok dan lalu ditepi jalan besar saja.
Nanti kita melawat sama-sama. Saudara tahu tak, dah 53 tahun merdeka di Kg Kurnia, Rompin, Pahang masih belum pernah rasa air bersih (paip). Dah masuk dalam Sinar pun tak jadi apa.
Sampai sekarang pun masih belum dapat air.
kes hidup dlm reban, sepatutnya tak berlaku di negeri yang ditabdir oleh parti islam.
Post a Comment