
Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan, akan meneruskan cetakan tanpa permit penerbitan Kementerian Dalam Negeri. Permit akhbar PKR ini dilapor tidak akan diperbaharui selepas ia luput pada 30 Jun depan.
Pengarah Strategi PKR Tian Chua berkata Suara Keadilan akan beroperasi seperti biasa kerana pihak KDN belum memberi kata muktamad. "Kerajaan memberitahu permit tidak akan diperbaharui tetapi penerbitan tidak diharamkan," kata Tian Chua kepada pemberita di Parlimen hari ini.
Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat membahaskan isu ini."Kita harap usul ini diterima dan dibahas di Parlimen esok," kata Azmin.
(Kata Waris Pahang :
1. Azmin Ali dan Tian Chua pertikai tindakan KDN?. Ini bermakna mereka mencabar pihak berkuasa dan undang-undang yang sedia ada. Nampaknya Tian Chua ni tak serik-serik lagi.
2. Mana-mana penerbitan perlulah ada permit, kalau tiada permit macamana KDN mahu mengawalnya. Semua negara macam itu, kalau nak buat akhbar tanpa permit maka eloklah tinggal di pulau-pulau sahaja.
3. Inilah nasibnya kalau suka menabur fitnah di dalam kitab suci pembangkang "suara keadilan". Di manakah keadilannya jika akhbar tersebut boleh fitnah sesuka hati. Fitnah maksudnya menyebarkan sesuatu yang tidak benar. Orang yang difitnah adalah orang yang dizalimi.
4. Barangkali pembangkang sudah ada skrip baru bagi episod menentang/bantahan suara keadilan yang tidak diberi permit baru. Kita saksikan siapakah pelakonnya samaada pemimpin pembangkang, orang upahan atau pengundi totok?.
5. Jika itulah pilihan pembangkang maka tunggulah pilihan raya umum akan datang kerana rakyat akan kembali sokong BN atas faktor sudah muak dengan pembangkang yang suka mengadakan demontrasi daripada membela nasib rakyat. Demontrasi yang diadakan dan isu-isu yang dimainkan sebenarnya bertujuan menutup perhatian mata rakyat kepada kelemahan pembangkang, perselisihan dalaman pembangkang dan kes liwat Anwar).
5 comments:
Barangkali inilah lakonan baru dari pemimpin pembangkang yang tiada kerja.
Nampaknya suara keadilan sudah hilang taring.
Apalah KDN ni cakap macam orang baru telan pil batuk dan selesema je..
Cakap terang2: Permit Suara Keadilan tidak dibaharui . Susah2 sangat tarik balik permitnya. Habis kisah...
sape sabotaj niiiii
Pembangkang marah akhbarnya dibakar. Sebab dibakar kerana akhbar tu tak guna dan banyak fitnah
Post a Comment