Friday, March 13, 2009

Pensiangan : Menang Selamat Wang

BN kekal kerusi Parlimen Pensiangan

KOTA KINABALU 13 Mac – Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Pensiangan selepas Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menerima rayuan Timbalan Menteri Pembangunan Luar bandar dan Wilayah, Tan Sri Joseph Kurup mengenepikan keputusan Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini.

Mahkamah Pilihan Raya sebelum ini membatalkan kemenangan Kurup bagi kerusi Parlimen Pensiangan pada pilihan raya umum Mac lalu.

Keputusan dibacakan hakim, Nik Hashim Nik Abd. Rahman. - Utusan

(Kata Waris Pahang :

- Tahniah Tan Sri Joseph Kurup dan penduduk Parlimen Pensiangan.

- Syukur, kalau tidak banyaklah wang habis untuk menang dalam pilihan raya kecil).

Pelajar Sokong PPSMI

Ramai calon jawab Sains Matematik dalam BI

PUTRAJAYA: Lebih ramai calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 menjawab kertas soalan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris dan ini menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, kata Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Alimuddin Mohd Dom.Beliau berkata malah ramai calon SPM yang menjawab dalam Bahasa Inggeris bagi soalan-soalan subjektif dalam kedua-dua mata pelajaran itu.

"Misalnya mata pelajaran Matematik Tambahan kertas satu daripada 178,751 pelajar yang mengambil kertas itu seramai 89.1 peratus daripadanya menjawab dalam Bahasa Inggeris berbanding 4.7 peratus dalam Bahasa Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan peperiksaan SPM dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2008 di sini hari ini.

(Sumber : Harian Metro, Jumaat 13/03/2009)

(Kata Waris Pahang :

- Waris Pahang setuju dengan cadangan Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk mengadakan kajian semula berhubung PPSMI.

- Bagi Waris Pahang kementerian pelajaran perlu membuat kajian terperinci termasuk menerima maklum balas daripada pelajar-pelajar sekolah, orang awam, kakitangan kerajaan, pemimpin masyarakat.

- Waris Pahang secara peribadi menyokong pelajaran Sains dan Matematik diajar dalam dwi bahasa dan peperiksaan juga dalam dwi bahasa).

Thursday, March 12, 2009

Jangan Politik Masalah Air

Waris Pahang yang juga penghuni Bandar Kuantan turut merasai keperitan apabila menghadapi masalah gangguan bekalan air.

Maka tidak hairanlah kalau ada orang yang melenting dan merungut kerana pelbagai urusan dan aktiviti harian mereka tergendala.

Ibubapa dan masyarakat pelbagai lapisan pula berasa resah dan bosan apabila melihat paip air yang selama ini mengeluarkan terjunan air tetapi kini diam seribu bahasa.

Peniaga pula terpaksa menutup premis mereka dan kedapatan juga yang meminta pelanggan menunggu sejam dua sehingga air ada kembali.

Walaubagaimanapun Waris Pahang bernasib baik kerana dapat menumpang air perigi jiran. Bagi mereka yang berhampiran dengan sungai sudah pasti akan memanfaatkannya.

Namun semuanya telah berakhir apabila air yang terputus telah kembali keluar. Pelbagai urusan harian beroperasi seperti biasa dan warga Kuantan kembali ceria menjalani kehidupan mereka.

(Kata Waris Pahang :

- Kita seharusnya bersyukur kerana air yang terputus telah pulih kembali.

- Waris Pahang hairan kenapa ada yang marah-marah, mungkin kita sudah biasa hidup dalam keselesaan apabila didatangi sedikit ujian maka kita tidak dapat mengawal emosi.
- Kita sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi keselesaan kepada kita dan keluarga kita selama ini.

- Kita tidak boleh menyalahkan Jabatan Bekalan Air (JBA) semata-mata kerana mungkin mereka menghadapi masalah yang rumit untuk diselesaikan.
- Apa yang penting, jangan kita politikan masalah air).

Melayu Perlu Sedar Agenda Melemahkan Bangsa

UCAPAN Raja Dr. Nazrin Sultan Azlan Shah semasa melancarkan buku The Malays hasil kajian Profesor Anthony Milner dari Universiti Kebangsaan Australia kelmarin menghuraikan banyak perkara tentang bangsa Melayu.

Kata baginda, takrif bangsa Melayu telah diperkemas, diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa, disalut dengan agama. Itulah resipi kekuatan Melayu di bumi Malaysia.

Ucapan itu juga sarat dengan pelbagai nasihat yang sangat relevan dengan perkembangan terkini dan survival masa depan bangsa Melayu khususnya di negara ini.

Nasihat itu diberikan kerana baginda sangat menyedari bahawa ada usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk melemahkan orang Melayu dengan pelbagai muslihat yang halus.
Matlamat akhir pihak terbabit ialah menjadi bangsa Melayu lemah, tunduk kepada segala tekanan daripada mereka dan akhirnya membawa kepada terhapusnya ketuanan Melayu di negara ini.


Antara aspek yang disentuh oleh Raja Nazrin ialah institusi Raja-raja Melayu yang bukan sahaja merupakan satu warisan tetapi juga telah bertindak seumpama simen kepada kepada kekuatan bangsa Melayu selama ini.

Namun, adakah orang Melayu hari ini sedar tentang perkara itu atau mereka sengaja mahu melupakannya semata-mata untuk mencapai cita-cita politik mereka.

Atau apakah sesetengah orang Melayu masih tidak sedar bahawa ada pihak-pihak tertentu yang sanggup menggunakan apa sahaja cara untuk melemahkan orang Melayu termasuk menderhaka kepada raja mereka sendiri.

Dalam aspek ekonomi, orang Melayu perlu tegas mempertahankan hak mereka seperti yang digariskan oleh kerajaan sejak sekian lama.

Jangan ada mana-mana Melayu yang sanggup mempertikaikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) atau apa sahaja dasar ekonomi yang mengutamakan orang Melayu.

Kumpulan yang mempertikaikan dasar itu tidak akan menghentikan usaha mereka tetapi mereka tidak akan berjaya selagi orang Melayu sedar dan terus mempertahankan hak dan keistimewaan bangsanya.

Orang Melayu hari ini perlu berpegang kepada walaupun semoden mana sekalipun dunia hari ini, bangsa Melayu wajib dipertahankan dan terus diangkat supaya dihormati.

Jangan kita cetekkan ilmu dan minda dengan menganggap usaha mempertahankan hak orang Melayu sebagai tidak bertamadun dan bertentangan dengan arus pemodenan.

Kita sebagai generasi hari ini akan menanggung dosa jika kita gagal memastikan bangsa Melayu terus gah dalam segala aspek kehidupan dan dihormati oleh bangsa-bangsa lain.

Dalam mengharungi gelombang globalisasi dan dinamik politik di negara ini sekarang, orang Melayu pasti akan terus survive, berkembang dan kuat, dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung jika akar tradisinya terus kukuh.

Itulah satu-satunya kemungkinan untuk orang Melayu.

(Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

- Kita bersyukur kerana ada orang yang memperingati kita supaya orang Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Apatah lagi ketika ada anasir-anasir jahat secara halus dan nyata yang cuba melemahkan orang Melayu dengan pelbagai cara.

- Waris Pahang sangat dukacita dan malu kerana ada orang Melayu yang sanggup diperkudakan oleh Dap.

- Adakah mereka sudah lupa, agenda pertama yang mahu dilakukan oleh Dap semasa memerintah Pulau Pinang ialah menghapuskan DEB beerti melemahkan orang Melayu.

- Dap secara senyap mengatur langkah bersama Pakatan Pembangkang untuk memerintah Negeri Pahang.

- Siapa yang untung jika Pakatan Pembangkang memerintah Pahang?. Lihatlah apa yang berlaku di Perak.

- Orang Melayu Pahang seharusnya memulau Pas dan PKR yang kini sedang berusaha memenangi hati orang Melayu.


- Jika kita bantu Pas dan PKR beerti kita membantu Dap mencapai hasrat cita-citanya untuk menguasai 5-6 kerusi DUN Negeri Pahang).

PERINGATAN SEBELUM HAYAT UMNO BERAKHIR

Baru-baru ini Waris Pahang pergi ke pasar malam maka terlihat sebuah buku lama (Mastika Julai 84) yang dijual, tanpa membuang masa Waris Pahang terus membelinya walaupun harga yang dijual hampir sama dengan harga sebenar buku tersebut.

Demi menyelamatkan parti keramat Melayu ini (UMNO), maka Waris Pahang dedahkan serba sedikit kandungan buku tersebut.

Sedutan ucapan Tun Dr. Mahathir ketika Perhimpunan Agung UMNO ke 35 pada 25-27 Mei 1984.

UMNO Dan Masa Depannya.

Punca-punca yang boleh menyebabkan hayat UMNO bakal berakhir.

1. Politik wang berleluasa

"Penggunaan wang dan rebutan jawatan akan menghancurkan UMNO dan melemahkan Melayu. Sekiranya ini berlaku, satu hari nanti, 'millionair' sahaja yang akan memimpin UMNO. Pada waktu itu, UMNO bukan lagi parti politik. Ia akan menjadi persatuan orang kaya. Dan sudah tentu rakyat umum tidak lagi akan menyokongnya" kata Tun Dr. Mahathir.

2. Ahli UMNO tiada semangat perjuangan

"Yang melahir dan mengukuhkan UMNO ialah semangat dan bukan wang ringgit. Di waktu UMNO dianggotai oleh orang-orang yang miskin belaka, UMNO telah berjaya menumpaskan British" kata Tun Dr. Mahathir.

3. Perpecahan peringkat akar umbi

"Hari ini peristiwa berkelahi di mesyuarat Cawangan sudah meresapi UMNO sehingga terpaksa memanggil polis. Yang sudah memimpin menggunakan kuasa untuk menyekat ahli-ahli baru atau penubuhan cawangan-cawangan baru" kata Tun Dr. Mahathir.

4. Fitnah

"Fitnah dilemparkan dengan sewenang-wenangnya" kata Tun Dr. Mahathir.

5. Kuasa kerajaan diperalatkan

"Taktik menggunakan kemudahan kerajaan untuk memancing undi juga tidak boleh digalakkan. Pilihlah mereka yang mengutamakan khidmat yang jujur dan tidak berhempas pulas untuk mendapat tempat" kata Tun Dr. Mahathir.

6. Tumpang pengaruh dan calon-calon ditaja

"Nama orang-orang tertentu digunakan untuk mendapat pengaruh. Hartawan Melayu dan bukan Melayu dipohon menderma kepada calon-calon tertentu" kata Tun Dr. Mahathir.

7. Tiada kerjasama dalam parti

"Ahli-ahli yang membenarkan diri mereka dipengaruhi dengan kempen jenis ini akan kecewa akhirnya. Apabila pemilihan dibuat, tidak kira siapa menang dan siapa yang kalah, kerjasama dalam parti tidak dapat diadakan lagi. Semakin lama semakin banyak perpecahan akan berlaku. Dan akhirnya akan hancurlah UMNO" kata Tun Dr. Mahathir.

8. Pemimpin UMNO menyeleweng

"Jika ada nama-nama pemimpin UMNO yang jelas menyeleweng atau sudah tidak mempunyai idea dan tenaga lagi, kita perlu mencari ganti. Tetapi kita tidak perlu mengganti pemimpin semata-mata kerana ini diizinkan, atau kerana ingin memberi kemenangan kepada calon kita" kata Tun Dr. Mahathir.

9. Budaya 'cah keting'

"Jangan sekali-kali begitu sayang kepada seseorang sehingga sanggup UMNO dipecah-pecahkan. Jangan ada 'personality cult' dan 'parochilaism' dalam UMNO" kata Tun Dr. Mahathir.

10. Kianati mandat yang diberikan

"Sekarang tugas UMNO ialah untuk menentukan bahawa orang-orang Melayu tidak lagi diancam kerana kelemahan mereka. Untuk ini, politik, ekonomi dan kedudukan sosial orang-orang Melayu mesti diperkemaskan; bukan semata-mata melalui bantuan tetapi melalui penghapusan sikap dan sifat-sifat yang melemahkan orang-orang Melayu" kata Tun Dr. Mahathir .

Wednesday, March 11, 2009

Kementerian Beri Reaksi Positif Terhadap Bajet Mini

KUALA LUMPUR, 10 MAC - Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menggunakan sepenuhnya peruntukan RM20 juta yang diberikan kepadanya dalam pakej rangsangan ekonomi kedua untuk meningkatkan mutu industri hiburan tempatan, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

“Wang tersebut akan digunakan untuk membantu mewujudkan kandungan dalam industri muzik tempatan di mana RTM akan melancarkan satu saluran baru berbentuk hiburan 24 jam iaitu Muzik Aktif di saluran 180 Astro, yang akan diperkenalkan dua hari lagi (Khamis),” katanya.

Beliau berkata peruntukan itu juga membuktikan keperihatian serius kerajaan kepada karyawan tempatan bagi menghasilkan karya bermutu.Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat berkata pengumuman mengenai pembinaan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) yang baru membuktikan kerajaan komited dalam menambah baik daya persaingan negara dalam perkhidmatan penerbangan awam.

“Kerajaan mengenal pasti projek pelaburan bernilai RM5 bilion yang akan dilaksanakan secara ‘off-budget’ termasuk projek LCCT dan pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang yang masing-masing dianggarkan berjumlah RM2 bilion dan RM250 juta.

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersyukur pakej rangsangan masih memberi keutamaan kepada bidang pendidikan walaupun berlaku kegawatan ekonomi.
“Sekolah-sekolah daif mendapat satu suntikan. Mini bajet ini turut mengambil perhatian terhadap mereka termasuk sekolah bandar dan luar bandar, serta guru-guru,” katanya.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Liow Tiong Lai berkata pakej membolehkan 1,000 orang Pembantu Kesihatan Awam diambil secara kontrak untuk bekerja dengan Pihak Berkuasa Tempatan bagi kerja-kerja pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit seperti denggi.
“Kita memerlukan tenaga kerja yang lebih ramai dan cepat dalam memerangi demam denggi secara habis-habisan. Kita memerlukan dana yang lebih untuk membantu kita, jadi pakej ini telah benar-benar memberi kemampuan kepada kita,” katanya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata usaha pelbagai pihak termasuk pemberian biasiswa oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kepada pelajar institusi pengajian tinggi akan memberi peluang kepada graduan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi. “Pada masa ini kerajaan membiayai sebahagian kos biasiswa bagi mereka yang mengambil Sarjana seramai 10,000 orang dan doktor falsafah (PHD) seramai 500 orang,” katanya.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamad berkata pakej rangsangan kedua dapat meringankan beban yang ditanggung oleh semua pihak termasuk petani, penternak dan nelayan.

“Kita ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana telah menyediakan peruntukan mikro kredit dan juga peruntukan untuk nelayan. Ini sudah pasti akan meringankan beban mereka kerana krisis (ekonomi) memberi kesan kepada semua orang. Bajet ini adalah bajet yang komprehensif yang meliputi semua pihak termasuk petani, penternak dan nelayan,” katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib berkata selain peruntukan RM500 juta yang diumumkan pada awal tahun ini untuk membina rumah golongan miskin tegar, kementeriannya kini diberi kira-kira RM600 juta lagi untuk menyediakan kemudahan bekalan eletrik, air dan jalan di luar bandar.

“Ia secara keseluruhannya merupakan satu pengumuman yang sangat baik,” katanya.
Anggota Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub mengharapkan agar pengumuman bajet mengenai peluang pekerjaan dan latihan dapat dipenuhi.

“Saya mengharapkan peluang pekerjaan dan latihan yang dijanjikan dipenuhi. Ini dapat menjadi penyelesaian kepada isu pembuangan pekerja,” katanya yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula tidak menyangka jumlah pakej disediakan sehingga mencecah RM60 bilion.

“Jumlahnya bukan sekadar RM10 bilion (seperti yang dijangka pada peringkat awal). Telah saya sebut sebelum ini, jumlahnya perlu ditambah sekurang-kurangnya kepada RM30 bilion,” katanya yang juga Anggota Parlimen Bagan.

Anggota Parlimen Kepong, Tan Seng Giaw berharap peruntukan dalam pakej rangsangan sampai kepada golongan sasar.

– BERNAMA

Tandatangan YB Tak Laku!

Waris Pahang pernah berceramah di Chini ketika DUN Chini masih di bawah penguasaan parti pembangkang (PKR).

Sebaik sahaja selesai ceramah, Waris Pahang didatangi oleh dua orang mak cik yang kelibatnya seperti orang yang resah.

Dua orang mak cik ini membuka bicara dengan rasa kekecewaannya terhadap YB pembangkang. Jelasnya “Orang Chini sudah serik kerana memiliki YB pembangkang, kami telah tersilap langkah”.

Maka tidak hairanlah pada Pilihan Raya Umum ke 11, penduduk Chini mengundi Barisan Nasional.

Menurut kedua-dua mak cik itu, "orang Chini terpaksa mencari YB kawasan lain untuk mendapatkan tandatangan kerana mereka tahu tandatangan YB pembangkang tidak laku".

Penduduk Chini jelasnya melalui pengalaman yang susah ketika itu dan terbit rasa cemburu kepada kawasan lain yang memiliki YB Kerajaan Barisan Nasional.

(Kata Waris Pahang :

- Kini sejarah kembali berulang, cuma bezanya YB Ahli Parlimen Kuantan yang mendedahkan tandatangannya tidak laku.


- YB Fu Zi Ah siasatlah sendiri kenapa tandatangannya tidak laku. Pendedahan YB Fu Zi Ah sebenarnya meningkatkan lagi rasa hilang kepercayaan kepada beliau selaku wakil rakyat Parlimen Kuantan.

- Waris Pahang percaya penduduk dalam kawasan Parlimen Kuantan akan mengundi Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti kerana kecewa beliau terlibat dalam Misi Ke Taiwan memujuk Ahli Parlimen BN melompat ke PKR.

- Eloklah kita gelarkan YB Fu Zi Ah ini dengan gelaran 'YB Taiwan' aje.

Editor PDO Disoalsiasat Polis

Pengendali sebuah blog yang mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengalami penyakit kelamin, disoalsiasat oleh pihak polis selama lima jam hari ini.

Editor Pahang Daily Online yang mahu dikenali sebagai Cucu Mat Kilau sebelum itu telah dihubungi oleh seorang pegawai polis Bukit Aman petang ini sewaktu beliau berada di pekan Indera Mahkota.

Sepasukan lapan anggota polis dalam dua buah kereta menunggu beliau di rumahnya di Taman Indera Mahkota Atebara Perdana dekat Kuantan, kata pengendali blog itu kepada Malaysiakini.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang tadi, Cucu Mat Kilau ketika itu dalam perjalanan ke ibu pejabat polis daerah Kuantan setelah bertemu dengan pasukan polis tersebut.Beliau diiringi oleh isterinya ke balai polis yang terletak kira-kira lima kilometer dari rumahnya.

Ketika dihubungi malam ini, Cucu Mat Kilai berkata beliau dibebaskan tanpa syarat pada jam 11 malam ini selepas memberi kerjasama kepada anggota polis yang menyoalsiasatnya mulai kira-kira jam 6 petang tadi.

Menurutnya, beliau disoalsiasat oleh empat anggota polis, termasuk tiga pegawai dari Bukit Aman.

Menurutnya, beliau dipanggil datang semula jam 11 pagi esok untuk menunjukkan kepada mereka siber kafe tempat beliau bekerja.

Selepas itu, katanya, beliau akan membuat laporan polis terhadap Saiful petang esok.

(Sumber : Malaysiakini)

(Kata Waris Pahang :

- Nampaknya Mohd Saiful berdepan dengan cabaran, pertama : perbicaraan kes liwat DSAI dan kedua : Kes fitnah Pahang Daily Online. Aduan polis yang dibuat Mohd Saiful dapat membuktikan siapa yang benar.

- Adakah benar Mohd Saiful kini sedang tenat akibat sumpah laknatnya tahun lepas dan beliau terpaksa menggunakan tiub bagi membolehkannya membuang air besar serta alat sulitnya bernanah, sebagaimana yang difitnah oleh Pahang Daily Online?.

- Namun Waris Pahang hairan, selepas Mohd Saiful buat laporan polis, Pahang Daily Online tidak berasa takut malahan menganjing pula katanya ” Dia Menang Tidak Bererti Benar, Jika Kalah Tidak Semestinya Kami Salah”.

- Malahan berterima kasih pula katanya ” Laporan polis yang dibuat oleh "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan terhadap blog ini pada 3 Mac 2009 lalu telah menyebabkan PDO semakin dikenali seantero dunia. Kami amatlah berterima kasih atas publisiti percuma yang diberikan oleh Saiful terhadap blog ini”.

- Waris Pahang harap cucumatkilau bawalah bertenang, ingatlah kepada isteri yang tersayang dan sudah-sudahlah melakukan kerja seperti ini.

- Waris Pahang sayang anda sebagai umat bersaudara dan rakyat Pahang, janganlah terlalu mengikut rakan-rakan anda yang terlalu taasub dengan DSAI).

Tuesday, March 10, 2009

Simbol : Pembangkang Serlah Derhaka


Pokok demokrasi simbol penderhakaan

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan tindakan pembangkang membina tugu berbentuk plak di bawah pokok hujan di Medan Istana di sini serta menanam lima batang pokok ‘sebagai tanda dan kemuncak penderhakaan kepada institusi Raja’.

Beliau berkata, tanda penderhakaan mereka jelas apabila menentang pelantikan beliau sebagai menteri besar oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa perkenan baginda.

“Tindakan yang dibuat itu adalah simbolik dan secara terang-terangan menunjukkan tindakan penderhakaan kepada Tuanku Sultan dan institusi Raja di Perak.

Kita lihat mereka mengatakan itu adalah tempat dan pokok demokrasi, tetapi bagi saya ia adalah tempat ‘patik mohon sembah derhaka’ sebenarnya,” katanya selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul dan pelancaran Bulan Dakwah peringkat negeri oleh Sultan Azlan Shah di sini, semalam.

Mengenai penanaman lima pokok berkenaan, beliau berkata pihak pembangkang mengetahui bahawa kawasan tanaman itu adalah kawasan rizab jalan dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

“Soalnya mereka sudah dapat kelulusan MBI atau belum,” katanya. Menurutnya, Pakatan Rakyat (PR) mendakwa Barisan Nasional (BN) merompak hak rakyat serta mengkhianati demokrasi adalah sesuatu yang dangkal sebaliknya merekalah yang sebenarnya mengkhianati kesucian demokrasi institusi beraja.

“PR yang menyatakan apa yang mereka lakukan dengan mengadakan sidang DUN di bawah pokok adalah umpama Revolusi Perancis 1989. Dalam revolusi ini, Raja Louis telah digulingkan. “Ini merupakan satu pembawaan yang berbahaya dan boleh mengucar-kacirkan pemerintahan beraja, di samping menjatuhkan kedaulatan Raja-raja Melayu,” katanya.

Sumber : Sinarharian

(Kata Waris Pahang :

- Apa tujuan plak itu dibina? Tidak lain sebagai satu kenang-kenangan kononnya Pakatan Pembangkang telah dizalimi.

- Sultan Perak dituduh menzalimi Pakatan Pembangkang kerana melantik Dr. Zambri sebagai Menteri Besar baru. Maka sebab itulah Nizar mohon derhaka, demontrasi diadakan dan sidang DUN haram mahu diadakan.

- Sanggupkah kita derhaka kepada Kesultanan Melayu yang merupakan benteng terakhir menjaga hak istimewa orang Melayu dan Agama.

- Jangan kita mudah terikut dengan pemimpin pembangkang kerana mereka berceramah dan berjuang untuk mendapat kedudukan dalam politik sedangkan kita mendapat apa?. Sampai bila kita mahu menjadi kuli mereka?).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP