
Petikan ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dipetik dari Sinar Harian 09.02.2010.1. “Saya amat risau dengan fitnah yang mungkin dimasukkan oleh individu tertentu, saya amat berharap ia sebagai satu wadah untuk Pas berdakwah kepada UMNO".
2. “Ia lebih kepada perbincangan berbentuk wacana dan bukannya Pas-UMNO mahu bergabung, ianya perbincangan bersama untuk menyelesaikan masalah negara,”.
3.“Perbincangan ini sememangnya menjadi dasar perjuangan Pas selama ini, prinsip utama Pas adalah dakwah, jadi tidak salah jika semua parti lain sertainya,”.
Jumaat lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan hasrat duduk semeja dengan UMNO bagi membincangkan isu berkaitan agama Islam. Kelmarin, cadangan Nik Aziz itu disambut baik Abdul Hadi yang berkata, bahawa parti itu bersedia untuk berbincang dengan UMNO dalam perkara yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama, termasuk isu yang berkaitan dengan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik.
(Kata Waris Pahang :
- Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya terbuka juga hati pimpinan PAS mahu duduk semeja dengan UMNO. Semoga Umno dan PAS dapat bermuafakat demi kepentingan masa depan bangsa Melayu di negara ini. Muafakat itu membawa berkat.
-Biarlah apa yang PAS mahu perkatakan seperti sekadar mahu berdakwah kepada UMNO sahaja, bagi kita mahu duduk semeja sudah menunjukkan tanda positif untuk bersama-sama mendepani cabaran.
-Pasti ramai yang terkilan terhadap kenyataan PAS yang tidak berhasrat bergabung dengan UMNO sedangkan itulah yang diharapkan oleh umat Melayu Islam di negara ini. Buangkanlah sikap keegoaan dan jangan pula esok dilabelkan sebagai 'bodoh sombong' kerana menolak perpaduan yang digalakkan oleh Islam.
- Semoga bangsa Melayu Islam kembali bersatu dan menegakkan kekuatan di negara ini agar kedaulatan bangsa dan agama Islam tetap teguh dan tidak dipandang rendah oleh mana-mana pihak.
-Walaubagaimana pun khabarnya 'Gelombang PAS' kembali berkocak akibat cadangan dari pucuk pimpinan PAS ini. Yang hairannya, kenapa tiada suara yang menggesa Nik Aziz letak jawatan kerana mahu berbincang dengan UMNO?.
-Adakah masih perlu EGM untuk menyingkirkan golongan yang pro kerajaan perpaduan?. Barangkali mereka yang terselamat daripada penyingkiran ialah Ketua Pemuda PAS kerana menyokong kedua-dua sekali iaitu Nik Aziz dan Haji Hadi?.
-Idea untuk parti lain turut serta dalam perbincangan tersebut adalah tidak bijak kerana PAS selama ini lembik lutut bila berhadapan dengan DAP).







