Saturday, June 12, 2010

MUKTAMAR : LACURKAN PAS DEMI DAP?

KOTA BHARU 11 Jun – Sah, bukan Islam akan dibenarkan bertanding atas tiket Pas menggunakan logo parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas kemungkinan akan mengenakan syarat dengan bakal-bakal wakil rakyat itu sebagaimana ‘bai’ah’ agar tidak berlaku gejala melompat parti.

Katanya, kebenaran calon bukan Islam daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding itu diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas sebuah badan tertinggi dalam parti.(Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

1. Barangkali PAS telah nyanyuk kerana lupa dengan apa yang pernah diperkatakannnya:

i. Ogos 1963“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram." - Dewan Ulama PAS

ii. Haji Hadi pernah menyebut di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Waktu itu UMNO dituduh kafir kerana kerjasama dengan MIC, MCA dan Gerakan, hari ini orang yang menuduh itu menghalalkan perkara yang pernah diharamkannya.

2. Barangkali calon PAS bukan Islam yang dikatakan bermoral tinggi ialah :
i. Mereka yang ada tokoh mempermainkan ayat-ayat suci Al Quran semasa kempen politik.
ii. Melabelkan diri mereka seperti khalifah sebagaimana Lim Guan Eng.
iii.Mempersendakan 'kalimah Allah' semasa ceramah politik.
iv.Memberi ucapan mesra"Assalamualaikum" semasa ceramah politik bermula.
v. Tiada cita-cita mahu bersunat.

3. Lebai-lebai PAS lepas ini yang ada cita-cita menjadi YB boleh lupakan sahaja hasrat tersebut kerana sumbangan anda bagaikan tidak dihargai lagi.
4. Barangkali hasrat Haji Hadi ini mulia meletakkan calon PAS dari kalangan calon bukan Melayu untuk mengimbangi pengaruh DAP dan PKR. Walaupun Haji Hadi menafikannya tetapi cakap orang politik kadang-kadang tak boleh pakai.
Haji Hadi berkata: “Tidak timbul isu itu (membayangi). Pakatan pembangkang sudah ada persefahaman, kita akan cuba sedaya upaya untuk hanya memastikan pertandingan dua penjuru sahaja.
5.Nampaknya jarum DAP barangkali sudah dapat tembusi PAS. Lim Kit Siang berjaya menidurkan Nik Aziz dan membiarkan dibuai dengan mimpi-mimpi indah. Inilah yang dikatakan jahil politik kerana sanggup mengurangkan suara Melayu Islam).

Thursday, June 10, 2010

Lesen Judi : Bikin Haru Campur Malu

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sepatutnya antara orang yang pasti cemas jika ia betul. Manakan tidak apabila pembangkang sudah bising mendakwa kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin, bahawa kerajaan belum luluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sport bercanggah dengan notis laporan oleh Berjaya Corporation Bhd, kepada Bursa Malaysia.

Pagi Selasa, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Tony Pua telah mengedarkan di Parlimen salinan notis berkenaan bertarikh 12 Mei lalu, di mana Berjaya memaklumkan: 'Kementerian Kewangan telah meluluskan pengeluaran semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan mengikut syarat yang ditetapkan.' Beliau mempersoalkan bagaimana satu kata belum lulus dan satu lagi kata sudah lulus. Sepintas lalu bunyinya macam betul bagai didakwa.

Namun Dr Awang nampak relaks sahaja ketika ditemui Agendadaily di lobi Parlimen untuk bertanya apa cerita sebenar hal ini. Katanya, kerajaan memang belum meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sport seperti dinyatakan Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya kepada soalan daripada Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua. “Belum muktamad lagi. Macam Perdana Menteri kata semalam...belum muktamad,” katanya.

Katanya, Kementerian Kewangan memang setuju untuk memberi lesen tetapi ia PERSETUJUAN BERSYARAT. “ Mereka (syarikat Ascot) tak setuju beberapa syarat yang ditetapkan dan masih merayu. Sebab itu belum muktamad. Maka sehingga sekarang lesen untuk membolehkan mereka memulakan operasi belum dikeluarkan lagi,” ujarnya.

Dr. Awang Adek bagaimanapun enggan menghuraikan syarat-syarat yang syarikat itu tidak bersetuju. Beliau mengesahkan lesen tersebut pernah dikeluarkan sejak 1980-an tetapi tidak diaktifkan. Mengenai notis Berjaya kepada Bursa Malaysia, Dr Awang Adek berkata beliau perlu periksa dahulu untuk mengetahui kedudukan sebenar hal berkenaan.

Beliau menegaskan apa keadaan sekalipun hakikatnya syarikat berkenaan tidak boleh mulakan operasi judi pertaruhan kerana lesen kebenaran operasi belum diluluskan. Menurutnya ia adalah dua perkara yang berbeza.

Katanya, adalah tidak betul mana-mana pihak menuduh Najib menipu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Tian Chua di Parlimen semalam. Tony Pua berkata jika benar Perdana Menteri menipu Dewan Rakyat maka beliau perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Katanya, jika Berjaya beri maklumat salah kepada Bursa Malaysia maka ia harus berdepan dengan hukuman.

Dr Awang Adek berkata ,“macam mana nak kata Perdana Menteri menipu, sebab lesen memang belum lulus.” Baginya pembangkang akan meneruskan lakonannya macam semua orang tidak tahu judi pertaruhan haram melibatkan wang berjuta wujud selama ini dan sebaliknya akan berusaha cari peluang untuk menghentam kerajaan.

Beliau turut mengulangi kenyataan Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan sedang menerima dan mendengar pandangan semua pihak berhubung kelulusan lesen tersebut.

Sementara itu, satu sumber memberitahu Agendadaily, antara syarat ditetapkan kerajaan bagi meluluskan lesen judi sukan itu adalah tidak membenarkan orang Islam mengambil bahagian dan bekerja di premis ia beroperasi.

Syarat lain mestilah beroperasi di premis sedia ada selain bilangan terhad dan syarikat itu diwajibkan membayar sejumlah cukai yang tinggi kepada kerajaan. (Sumber : Agendadaily)

(Kata Waris Pahang :

1.Alamak betapa kantoinya pembangkang apabila lesen judi bola sebenarnya belum diluluskan lagi. Bagai nak rak pembangkang protes dan buat demontrasi rupa-rupanya mereka silap menyuluh, disangkanya ayam hutan tetapi babi hutan yang muncul, kah kah kah kah!.

2.Barangkali terduduk Pembangkang agaknya kerana sudah habis wang ringgit untuk belanja makan, minyak dan masa untuk hadir ke demontrasi membantah pemberian lesen judi.

3. Patutlah PAS dan PKR mudah termakan cakap DAP sebab mereka tidak siasat habis-habis apa yang diperkatakan. Lain kali siasatlah dulu samaada memang benar kerajaan telah beri lesen judi bola atau tidak. Kalau sudah jadi macam ni, siapa juga yang malu.

4.Budak DAP Tony Pua ni pulak nak hadapkan PM ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Maka budak PAS dan PKR pun sokong dan mereka pula yang pukul canangnya.

5. Nak hadap PM ke Jawatankuasa tu, hadapkanlah. Memang sah PM akan menang dan beliau tidak menipu. Hanya yang Waris Pahang kesian pembangkang tergaru-garu).

Bersatu : Hikmah Disebalik Menentang Israel

Inilah Barisan Perjuangan Baru
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar terhadap ancaman rejim Israel. Sama-samalah mengutuk dan bersatu padu menentang kekejaman Israel.
Israel memang "samseng dunia", dia boleh buat apa sahaja kerana ada kuasa besar dunia yang melindunginya iaitu Amerika. Rejim Israel mesti membebaskan bumi Palestin yang dirampas secara haram.
Kita menyokong penuh komitmen Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bangsa Palestin dari belenggu Israel.
(Kata Waris Pahang :
1. Sejuk hati kita bila melihat gambar ini, ianya menggambarkan semangat persaudaraan Islam yang murni jika direalisasikan. Alangkah gagahnya Melayu Islam jika sebilangan pemimpin PAS bekerjasama dengan UMNO. Mana-mana pemimpin PAS tegar dan jumud persaudaraan seagama biarkanlah mereka, jika sudah memang tidak boleh diubah nak buat macamana.
2. Waris Pahang cadangkan Hj Hadi dan Nasha keluar dari PAS kerana parti itu pun seperti mahu menendang mereka keluar dari parti tersebut. Suatu ketika dulu Nasha pernah diumpamakan seperti 'sampah' dan Hj Hadi pula 'dipanggil untuk memberi penjelasan Kerajaan Perpaduan' bersama pemimpin Pakatan Pembangkang.
3. Waris Pahang tidak pasti apakah nasib Hj Hadi dan Nasha nanti pada MUKTAMAR PAS KALI KE-56 dan Muktamar Dewan Dewan pada 9,10,11,12 dan 13 Jun 2010 bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC), Markaz dewan Ulama (MADU), Perdana Resort dan PUTIK, Pengkalan Chepa.
4.Jika suasana menekan atau ada agenda mahu menyingkirkan anda berdua, maka eloklah anda berundur diri sahaja dari PAS dan sertai UMNO. Tidak salahkan menyertai UMNO jika niat kita mahu berdakwah. PAS sekarang lagi dahsyat sanggup bekerjasama dengan DAP yang menolak Hudud dan Negara Islam.
5. Jauh di lubuk hati Waris Pahang yang sayangkan perpaduan Islam. Sebenarnya Hj Hadi dan Nasha adalah orang yang mempunyai ketokohan yang tinggi dan terbuka berbanding dengan pemimpin PAS yang TOTOK. BN wajar pertimbangkan jawatan menteri kepada Hj Hadi dan Nasha jika mereka menyertai UMNO, Nak tunggu Pakatan Pembangkang memerintah, belum tentu lagi).

Wednesday, June 9, 2010

Judi Bola : Pembangkang Gusar Belum Muktamad

Belum muktamad

KUALA LUMPUR 7 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini.

“Kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini,” katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

1. Pembangkang pakat gila sakan bila dapat 'bola tanggung' yang mengatakan Kerajaan BN akan meluluskan judi bola sempena Piala Dunia Bola Sepak.

2.Hari ini mereka menuduh Kerajaan UMNO BN dan Vincent Tan mengatur strategi lain untuk menafikan pemberian lesen judi tersebut. (Cakap tu bior betul-betul pembangkang, nanti saman di Vincent Tan jutaan ringgit baru terkangkang).

3. Sepatutnya pembangkang gembira kerana lesen judi yang dikatakan itu belum diberi kelulusan kepada syarikat Ascot Sport Sdn Bhd itu. Tapi yang hairannya seolah-olah pembangkang marah pula lesen judi tidak diluluskan lagi dan menganggap ianya mengelirukan rakyat.

4. Mungkin pembangkang buta politik atau pentadbiran kerana selama ini mana-mana cadangan kerajaan yang mahu dilaksanakan akan mendapat pandangan daripada rakyat dahulu. Maka tindakan Kementerian Kewangan menegaskan bahawa kerajaan belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan tersebut kerana ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai adalah satu keputusan yang bijak.

5. Inilah yang dikatakan pembangkang bangang, dulu dia yang hantar memorandum bantahan tetapi kini macam kecewa pula bila kerajaan BN belum luluskan lesen judi tu. Inilah yang dikatakan apa yang dilakukan pembangkang adalah segalanya kerana kepentingan politik. Tidak payah lah bersusah payah pula nak lagakan VT dan Kerajaan selepas kenyataan judi bola belum muktamad).

Tuesday, June 8, 2010

Setem Puja Tok Garu?.

PAS Pahang mengeluarkan setem kenang-kenangan yang bergambarkan Tok Garu Nik Aziz dan Haji Hadi bertujuan mengumpul dana parti PAS Pahang. Ianya akan dilancarkan oleh Nik Aziz di Muktamar di Kota Baharu pada 9 Jun ini.
(Kata Waris Pahang :
- Macam-macam cara PAS mengumpul dana untuk menguatkan partinya, mereka memang kreatif dalam mengumpul dana dan kreatif juga menipu rakyat.
-Pernah tak anda terfikir, ke mana wang derma yang anda berikan akan digunakan oleh PAS. Persoalannya setem ini laku ataupun tidak?).

Alahai YB Menyesal Mengundi

Ini kisah di ceritakan oleh rakan Waris Pahang. Katanya baru-baru ini dia hadir ke satu majlis kahwin. Tiba-tiba dia nampak kelibat seseorang, dalam hati dia "baru nampak YB ini"(YB yang dimaksudkan ialah YB ADUN Beserah) .

Rakan WP adalah seorang PAS yang duduk bersebelahan berkata "ini YB DUN Beserah ke". Kata dalam hati rakan Waris Pahang "macam mana lah engko boleh beri undi kepada orang yang engko tak kenal".


Inilah susahnya kalau mahu jadi YB tetapi lepas dapat jadi YB, pengundi sendiri pun tak kenal YB.

Thursday, June 3, 2010

Kekejaman Israel DAP Dimaafkan?.

1. Sungguh biadap dan kurang ajar DAP Penang dan Israel. Sungguh malang bagi anak Melayu Penang kerana tidak dapat pembelaan dari pemimpin Melayu pembangkang di pulau mutiara tersebut. Di manakah Pendekar Do Re Me dari PKR dan PAS yang kononnya perjuangkan Islam dan hak asasi manusia.

2. Kezaliman yang dilakukan Israel boleh dianggap sama kerana tindakan DAP Penang telah membunuh hati rakyat Penang yang masih menagih janji-janji manis PR di bumi Penang. Barangkali DAP Penang takut dengan perkataan Do Re Me kerana filem P.Ramlee banyak memberi motivasi kepada orang Melayu supaya berintegriti, berdaya maju saing dan penuh dengan nasihat untuk memelihara masa depan anak cucu cicit mereka.

3.Pembangkang seperti PAS dan PKR tidak boleh diharap kerana mereka menjulang bontot DAP. Kita hairan kenapa PAS dan PKR tidak buat demontrasi di depan pejabat Lim Guan Eng bagi membantah tindakan 'membabi buta' tersebut. Barangkali Lim Guan Eng terlalu mulia bagi mereka, almaklumlah umpama 'Khalifah Umar Bin Abdul Aziz' lah katakan.

4. Orang Penang masih tak sedar lagi ke dengan permainan DAP ini?. Barangkali DAP tak gentar kerana ada orang di belakang mereka yang MEMOLLOW iaitu PAS dan PKR. Samalah macam Israel yang tak takut dengan kuasa dan suara dunia kerana ada Amerika di belakang mereka.

5. Semoga Allah memberi perlindungan kepada pasukan bantuan ke Gaza yang dizalimi Israel dan keluarga kedai Do Re Me yang dizalimi DAP Penang. PAS dan PKR jangan nampak memperjuangkan nasib umat Islam di luar negara sahaja, yang di dalam negara kenapa tidak dibela, mungkin demontrasi PR hanya untuk tujuan kepentingan politik semata-mata. Blogger pembangkang yang tidak minat mengulas isu perobohan kedai Do Re Me umpama merelakan, menyokong dan memaafkan tindakan tersebut.

Monday, May 31, 2010

Jawatan TPM II : Janji Baru Tutup Liwat

Hati-hati janji Anwar - Najib

PEKAN 29 Mei - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini semakin terdesak apabila melakukan penipuan besar dengan menabur pelbagai janji palsu kepada rakyat dan parti pembangkang lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, rakyat tidak seharusnya menerima bulat-bulat kata-kata Anwar yang boleh menabur janji yang berbeza-beza kepada kaum-kaum tertentu di negara ini.

"Rakyat harus berhati-hati kerana janjinya tidak semestinya dapat ditunaikan. Kadang-kadang dia cakap lain kepada orang Melayu dan cakap lain kepada orang Cina.

"Terpulang kepada rakyat, yang penting rakyat tidak boleh telan bulat-bulat kerana dia (Anwar) sendiri tahu dia tak boleh tunaikan,"katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

1. PKR memang sudah mahu hancur sebab itulah dia bikin janji DAP layak jadi TPM II. Memang bagus janji ini sebab boleh bikin makin ramai orang Melayu dalam PKR keluar beramai-ramai dari parti berhantu tu. Jangan mereka keluar ramai-ramai masuk DAP sudahlah.

2.Anwar memang arkitek terunggul macam Assahari kerana mampu membina satu organisasi yang unggul tetapi akhirnya dia sendiri yang runtuhkan. Kalau Arqam penuh dengan ajaran karut dan sesat tetapi PKR penuh dengan isu moral termasuk kes liwat kali kedua, pembohongan 16 September dan imej brother putar alam. Jawatan TPM II adalah satu janji putar alam Anwar.

3. Perang antara Ezam dan Azizah bukan sudah riuh sekampung tetapi segenap kampung di Malaysia. Kak Wan tetap pertahan dan menjaga kepentingan suaminya daripada menegakkan kebenaran. Barangkali Anwar timbulkan isu jawatan TPM II untuk menutup isu tersebut.

4. Isu TPM II ditimbul mungkin kerana Anwar sudah hilang pengaruhnya dan apabila sebut sahaja Anwar orang akan ingat liwat dan begitulah sebaliknya maka sebab itulah ahli dan pimpinan PKR naik meluat hingga mereka keluar beramai-ramai dari parti tanggang tersebut.

5.Anwar semakin jauh dari hati orang PAS, Anwar akan kenang PAS sewaktu susah sahaja. Ahli PAS bukan suka sangat dengan Anwar tetapi terlalu taasub dengan pimpinan PAS sehingga sanggup sokong Anwar. Mereka juga akan sokong jawatan TPM II diberi kepada DAP.

6.DAP lah parti yang kini bertungkus lumus menyelamatkan Anwar sebab itu Anwar menawarkan jawatan TPM II untuk DAP. Barangkali Anwar terhutang budi dengan Karpal Singh yang pernah menasihatnya supaya bertaubat.

7. Barangkali Anwar malu-malu kucing dengan Lim Kit Siang sebab beliaulah yang layak jadi Ketua Pembangkang di Parlimen, bukan Anwar lagi sebab jumlah AP DAP lebih ramai dari PAS dan PKR. Mungkin Lim Kit Siang juga layak jadi TPM tetapi TPM III agaknya.

8.Anwar sesuai dilabelkan BAPA TABUR JANJI kerana suka tabur janji tetapi tidak mampu mengotakannya. Sudah lupa ke janji Anwar mahu tubuh kerajaan pada 16 September 2008.
Anwar memang pandai reka janji apabila sesuatu janjinya tidak dapat ditunaikan maka akan timbullah janji-janji baru. Hanya satu Anwar takut berjanji iaitu "Bersumpah Tidak Meliwat").

Thursday, May 27, 2010

ADUN Kerdau : Kami Hargai Doa Kalian

Keadaaan ADUN Kerdau semakin baik
Pada 22 Mei 2010, Datuk Zaharuddin Abu Kassim dimasukkan ke ICU di IJN kerana jantung dan paru-parunya berada dalam keadaan lemah.
Pada 23 Mei 2010, kesihatan ADUN Kerdau stabil dan dipindahkan ke wad CCU.
Pada 24 Mei 2010, Kesihatan ADUN Kerdau sangat stabil namun beliau masih tidak boleh bercakap dan tetapi mampu berkomunikasi melalui tindak balas mata.
Pada 25 Mei 2010, kesihatan ADUN Kerdau bertambah baik dan tindak balas bertambah baik dan keadaannya sangat positif.
Pada 26 Mei 2010, kesihatan ADUN Kerdau semakin pulih dan sudah mampu berkomunikasi. Beliau kini tidak menggunakan alat bantuan pernafasan dan boleh berinteraksi dengan anggota keluarga serta pelawat yang menziarahinya. - (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
1.Mari kita berdoa kepada Allah supaya ADUN Kerdau cepat sembuh dan bertambah baik agar dapat beliau meneruskan khidmat baktinya kepada penduduk di kawasan DUN Kerdau. AMIN.
2. Terima Kasih di atas doa kalian).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP