
Pagi Selasa, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Tony Pua telah mengedarkan di Parlimen salinan notis berkenaan bertarikh 12 Mei lalu, di mana Berjaya memaklumkan: 'Kementerian Kewangan telah meluluskan pengeluaran semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan mengikut syarat yang ditetapkan.' Beliau mempersoalkan bagaimana satu kata belum lulus dan satu lagi kata sudah lulus. Sepintas lalu bunyinya macam betul bagai didakwa.
Namun Dr Awang nampak relaks sahaja ketika ditemui Agendadaily di lobi Parlimen untuk bertanya apa cerita sebenar hal ini. Katanya, kerajaan memang belum meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sport seperti dinyatakan Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya kepada soalan daripada Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua. “Belum muktamad lagi. Macam Perdana Menteri kata semalam...belum muktamad,” katanya.
Katanya, Kementerian Kewangan memang setuju untuk memberi lesen tetapi ia PERSETUJUAN BERSYARAT. “ Mereka (syarikat Ascot) tak setuju beberapa syarat yang ditetapkan dan masih merayu. Sebab itu belum muktamad. Maka sehingga sekarang lesen untuk membolehkan mereka memulakan operasi belum dikeluarkan lagi,” ujarnya.
Dr. Awang Adek bagaimanapun enggan menghuraikan syarat-syarat yang syarikat itu tidak bersetuju. Beliau mengesahkan lesen tersebut pernah dikeluarkan sejak 1980-an tetapi tidak diaktifkan. Mengenai notis Berjaya kepada Bursa Malaysia, Dr Awang Adek berkata beliau perlu periksa dahulu untuk mengetahui kedudukan sebenar hal berkenaan.
Beliau menegaskan apa keadaan sekalipun hakikatnya syarikat berkenaan tidak boleh mulakan operasi judi pertaruhan kerana lesen kebenaran operasi belum diluluskan. Menurutnya ia adalah dua perkara yang berbeza.
Katanya, adalah tidak betul mana-mana pihak menuduh Najib menipu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Tian Chua di Parlimen semalam. Tony Pua berkata jika benar Perdana Menteri menipu Dewan Rakyat maka beliau perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Katanya, jika Berjaya beri maklumat salah kepada Bursa Malaysia maka ia harus berdepan dengan hukuman.
Dr Awang Adek berkata ,“macam mana nak kata Perdana Menteri menipu, sebab lesen memang belum lulus.” Baginya pembangkang akan meneruskan lakonannya macam semua orang tidak tahu judi pertaruhan haram melibatkan wang berjuta wujud selama ini dan sebaliknya akan berusaha cari peluang untuk menghentam kerajaan.
Beliau turut mengulangi kenyataan Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan sedang menerima dan mendengar pandangan semua pihak berhubung kelulusan lesen tersebut.
Sementara itu, satu sumber memberitahu Agendadaily, antara syarat ditetapkan kerajaan bagi meluluskan lesen judi sukan itu adalah tidak membenarkan orang Islam mengambil bahagian dan bekerja di premis ia beroperasi.
Syarat lain mestilah beroperasi di premis sedia ada selain bilangan terhad dan syarikat itu diwajibkan membayar sejumlah cukai yang tinggi kepada kerajaan. (Sumber : Agendadaily)
(Kata Waris Pahang :
1.Alamak betapa kantoinya pembangkang apabila lesen judi bola sebenarnya belum diluluskan lagi. Bagai nak rak pembangkang protes dan buat demontrasi rupa-rupanya mereka silap menyuluh, disangkanya ayam hutan tetapi babi hutan yang muncul, kah kah kah kah!.
2.Barangkali terduduk Pembangkang agaknya kerana sudah habis wang ringgit untuk belanja makan, minyak dan masa untuk hadir ke demontrasi membantah pemberian lesen judi.
3. Patutlah PAS dan PKR mudah termakan cakap DAP sebab mereka tidak siasat habis-habis apa yang diperkatakan. Lain kali siasatlah dulu samaada memang benar kerajaan telah beri lesen judi bola atau tidak. Kalau sudah jadi macam ni, siapa juga yang malu.
4.Budak DAP Tony Pua ni pulak nak hadapkan PM ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Maka budak PAS dan PKR pun sokong dan mereka pula yang pukul canangnya.
5. Nak hadap PM ke Jawatankuasa tu, hadapkanlah. Memang sah PM akan menang dan beliau tidak menipu. Hanya yang Waris Pahang kesian pembangkang tergaru-garu).
7 comments:
Syukurlah lesen judi belum diluluskan lagi. Pembangkang bikin kecoh apasal?????
Pembangkang memang suka kecoh biarpun fitnah yang disebarkan masih tiada bukti jelas.
The teachings of Mathematics & Science in English.
Cakaplah apapun, yang pastinya kedai-kedai judi memang telah sedia berselerak di seluruh negara hasil dari kelulusan yang diberikan oleh pemimpin-pemimpin kerajaan UMNO/BN. Paling terbaru iklan-iklan perjudian berasaskan sukan bolasepak telah mula dipamerkan di premis-premis tersebut. Entahlah kalau mereka pamerkan iklan-iklan tersebut tanpa kebenaran kerajaan UMNO/BN..... Kalau nak tipu rakyatpun janganlah nampakkan kebodohan diri sendiri ....... alahaiiiii UMNO
Kata Melayu : "Cakaplah apapun, yang pastinya kedai-kedai judi memang telah sedia berselerak di seluruh negara".
Premis judi tu untuk bukan Islam dan orang Islam dilarang memasuki dan membeli judi. Ianya sebagai kawalan supaya tidak banyak pusat judi tumbuh secara senyap-senyap sehingga sukar dipantau.
bukan Islam ada lebih 40% dan mereka tidak dilarang utk berjudi. Bahkan, PAS pun akan dan sedang buat benda yg sama ketika memerintah.
Di premis judi "HALAL UMNO ( bukan halal Islam)" pemerintah UMNO/BN sangatlah mengawal orang-orang islam dari berjudi sehinggakan di negeri pahang hanya ada 1 orang pegawai penguatkuasa agama (Non Graduate) di setiap daerah, dialah yang nak kawal semua benda dari maksiat anak-anak muda, pondan, konsert2 yang bercambah, remaja berpeleseran dan judi (sekadar menyenaraikan sebahagian kecil) yang undang -undang kerajaan UMNO/BN menghalalkan semua ini. Bertaubatlah rakan-rakan UMNO/BN harta dunia tak sampai ke mana, mati masuk dengan bawa penuh maksiat dan dosa......... Alahaiiiii UMNO
Post a Comment