
Ezam kini ‘diserang lumat’ oleh pembangkang, bukan lagi seperti 'menjolok sarang terbuan malah tebuannya dibakar hidup-hidup'. Semalam 24 Jun Pahangdaily Online melabelkan Ezam sebagai ‘raja Sesumpah’, ‘Petualang Rakyat’ ‘Senator Cap Ayam’, ‘Badut Sarkas’ dan ‘Seekor Sesumpah Laknat’. Namun mereka tidak sedikit pun mendedahkan apa yang dibongkar oleh Ezam.
Ezam dalam ceramahnya pada 16 Jun 2010 yang lalu, menceritakan tentang perangai Anwar yang sedaya upaya menutup kelemahan dan kes liwat dengan pegawai khasnya, Saiful. Anwar terdesak mahu menutup kesnya sehingga Najib dan Rosmah dipersalahkan kononnya apa yang berlaku kini adalah satu konspirasi politik, Peguam Negara pula dilabelkan sebagai manusia paling jahat dalam dunia, Ketua Polis dilabelkan paling korup dan Hakim dikatakannya bahalol. Macam-macam cara dan strategi yang dilakukan Anwar untuk mengalih perhatian orang terhadap kes liwatnya.
Pada asas persoalannya, samada Anwar buat (meliwat) atau tidak, itu sahaja. Itu yang Anwar kena jawab kerana rata-rata rakyat Malaysia ingin mengetahuinya. Jika tidak mahu bersumpah berilah jawapan. Anwar sengaja korner sana-sani bagi mengelak memberi jawapan, katanya laporan Pusrawi kata ‘tak masuk’ dan laporan HKL kata tak koyak.
Ezam pernah cabar Wan Azizah bersumpah bahawa Wan Azizah pernah beritahu Ezam yang Anwar memang seorang peliwat tetapi Wan Azizah tidak bersumpah malah menjawab pun tidak. Sebaliknya Wan Azizah minta anaknya yang jawab sedangkan anaknya tidak tahu apa-apa. Ezam meninggalkan Anwar selepas Anwar keluar penjara selepas tahu yang Anwar adalah seorang peliwat.
Pada 28 Mei 2008, Ezam masuk UMNO. Sebulan lepas itu 28 Jun 2008, Saiful membuat laporan Polis kerana diliwat Anwar. Memang benar kata orang ‘Doa Orang Yang Dizalimi Akan Dimakbulkan Allah’. Malam sebelum Saiful membuat laporan Polis Ezam dimaklumkan bahawa ada seorang budak mahu berjumpa dengannya tetapi beliau ada program ceramah di Perak. Saiful bertegas mahu jumpa pada malam itu juga. Ezam bimbang juga kalau-kalau ini adalah rancangan Anwar untuk menjeratnya.
Maka Ezam bertemu dengan Saiful yang diberi kekuatan oleh Allah di Tol Rawang, lokasi ini dipilih kerana berhampiran dengan rumah pak cik Saiful. Maka saiful pun memperkenalkan dirinya yang telah diliwat Anwar. Saiful bertanya, ‘Ezam masuk UMNO kerana politik atau liwat’. Ezam jawab kerana kes liwat. Saiful kata ‘saya mahu kuatkan hati saya’.
Saiful yang dalam keadaan tertekan meluahkan perasaan kecewanya kerana Najib (memegang jawatan TPM pada masa itu) enggan membantunya sebaliknya suruh Saiful buat laporan Polis. Begitu juga dengan seorang Polis yang ditemuinya, tidak mahu masuk campur dan minta saiful buat laporan Polis. Jadi Saiful merasakan Ezam sahaja seorang yang berani lawan Anwar dan tempat dia mencurahkan perasaannya.
Saiful yang dalam keadaan tertekan meluahkan perasaan kecewanya kerana Najib (memegang jawatan TPM pada masa itu) enggan membantunya sebaliknya suruh Saiful buat laporan Polis. Begitu juga dengan seorang Polis yang ditemuinya, tidak mahu masuk campur dan minta saiful buat laporan Polis. Jadi Saiful merasakan Ezam sahaja seorang yang berani lawan Anwar dan tempat dia mencurahkan perasaannya.
Najib tidak mahu masuk campur bukan tidak mahu membantu tetapi tidak mahu dikaitkan dengan isu ini kerana isu ini adalah isu peribadi antara Saiful dan Anwar walaupun Anwar adalah musuh politik Najib. Menurut Ezam, apa yang menjadi persoalan sekarang bagaimana pembangkang boleh katakan ini semua adalah satu konspirasi politik kerana pertemuan Ezam dan Saiful pada malam itu hanya seketika, jika ianya konspirasi politik maka memerlukan masa berbulan-bulan untuk merancang dan mengatur strategi.
5 comments:
Bila dah taksub, mana puak-puak ini percaya akan kebenaran si Nuar ini memang kaki liwat.........itulah kebijakan si Nuar memanipulsikan isu sehingga rakyat benar-benar yakin dia telah dikonspirasikan oleh UMNO... Allah maha adil, kebenaran akan terserlah juga.....InsyaAllah...
Nampak (dalam gambar )macam tak dapat sambutan orang ramai.
Mungkin orang meluat dengan gelagat Ezam yang lidah bercabang.
Kasihan Si Ezam ayam sabungan Najib dah kena cucuk hidung.
Lihat lah nanti si Ezam ini dalam UMNO....tunggu dan lihat apa akan jadi di episod seterusnya.
Tambahan: Saiful ingin berjumpa Ezam sebab Ezam berani berlawan dengan Anwar Ibrahim.. Ezam menyuruh Saiful membuat pemeriksaan di Hospital..
Bacalah dengan tenang dan berfikirlah secara terbuka. Fikir-fikirkanlah
Post a Comment