
Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta. Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.
Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri."Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.
Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.(Sumber : Malaysiakini)
(Kata Waris Pahang :
1.Barangkali anda masih terkejut kerana parti 3 A (Anwar, Azizah dan Azmin) tendang Khalid dalam terang. Inilah isyarat untuk menyingkir khalid yang memegang tahta dan kuasa MB Selangor. Adakah Khalid masih belum sedar lagi?.
2.Selepas pengumuman itu baru-baru ini, kelibat mata Azmin asyik menjeling Khalid, alangkah gembiranya Azmin kerana khalid si boneka turut ketawa berdekah-dekah. Hairan bin ajaib orang nak bersihkan jawatan yang dipegangnya tapi dia gembira?. Barangkali khalid masih syok dengan bayang-bayang sendiri. Renung-renunglah kerusi MB tu dan enjut-enjut atas kerusi empuk tu puas-puas nanti bakal diambil orang.
3.Wahai Khalid apalah ertinya menjadi MB tapi tidak memegang kerusi perhubungan negeri, maknanya khalid hilang kuasa politik dan lemahlah kuasa seorang MB. Dalam erti kata lain esok-esok you boleh go lah!.
4. Sebelum ini pembersihan dilakukan di Pahang, Zakaria Hamid ditendang digantikan dengan Dato' Fauzi, maka berlakulah pergolakan dalaman dalam parti PKR Pahang. Bunga perpecahan belum berakhir apabila Azan Ismail Ahli Parlimen Indera Mahkota pula meletak jawatan.
5. Khalid sedikit beruntung daripada Zakaria Hamid kerana Kahlid disingkirkan secara halus manakala Zakaria Hamid disingkir secara terang-terangan. PAS pula bina platform untuk mereka yang kecewa dengan mencipta PAS For All mirip PKR, maknanya mereka yang kecewa akan diterima oleh PAS sebagai ahlinya. Nampaknya PAS pun seperti ada agenda tersembunyi untuk lemahkan PKR dan menguatkan PAS.
12 comments:
khalid ditendang sebab gagal mentadbir selangor..kalau berjaya, susah juga azmin nak kacau..
anuar semakin dekat dengan penjara dan pkr pula semakin dekat dengan kubur.
Power juga ayat YB Raz!.
Elok Khalid keluar sahaja PKR macam YB Faizuz, YB Zaharin dan YB Dzulkifli Nordin
Sama -sama kita tengok PR 13 nanti siapa yang dikuburkan.
Tak lama lagi....harap bersabar.
Tak kan lari gunung dikejar.
SEMOGA LOMPINLAI BERSAMA KAMI
UMNO menunggu hari-hari terkhirnya yang bakal menjelang tiba di PRU 13 nanti.............alahaiiii UMNO
Barangkali MELAYU bukan Melayu jati, bahaya watak seperti ini. Jangan kita tertipu
Melayu jati adalah melayu yang mengambil islam sebagai jalan hidupnya, bukan prinsip kebangsaan (assobiyah) totok yang mana nabi tak mengaku ummat terhadap orang-orang yang seperti itu...... alahaiiii UMNO
salam..
dalam membina kekuatan tidak dinafikan untuk melihat kelemahan pihak lawan tetapi harus diingat persepsi rakyat terhadap UMNO masih rendah dan beranggapan UMNO itu parti perasuah.oleh itu wajar umno kerja keras dan membuktikan sebaliknya dengan didikasi dan kesungguhan bekerja mengikut acuan islam
baguslah jika mahu ikut acuan Islam tetapi PAS gagal sebagai parti Islam
UMNO lebih gagal sebagai parti Islam, gagal dalam memertabatkan orang melayu walaupun lebih 50 tahun memerintah bahkan semakin gagal dalam pentadbiran negara.
belum perintah PAS sudah gagal kerana membenarkan bukan islam menggunakan kalimah Allah
Umno cuba bangun dan Pas berusaha menjadi kuat. Umno bersendirian dalam membaiki prestasi BN manakala Pas kian memencilkan PKR yang bermasaalah.
Pastinya PRU13 hanya Umno dan Pas kuasai kws Melayu dan tidak mustahil mereka bergabung sekali lagi. Oleh itu cepat-cepatlah keluar MCA dan Gerakan dari BN dan DAP dari PR untuk tubuh pakatan baru.
Atau bersama Umno dan Pas bersatu membina negara maju.
Post a Comment