Thursday, December 17, 2009

Misi Royalti : Lakonan PAS 'Naik Minyak'

'Mu Tok Beghi Royalti Minyok,
Maknnonyo Misi Hambo Gagal Loh,
Pastu Keno Letok Jawate Ko,
Hok Ni Ambo Tok Sir'

MENJAWAB SOALAN PARLIMEN (ROYALTI PETROLEUM)

Soalan mengenai tuntutan royalti petroleum di Kelantan yang diajukan oleh ahli-ahli Yang Berhormat Kubang Kerian, Tumpat, Rantau Panjang dan Kuala Krai.

Jawapan :Tuan yang Di Pertua,Dengan izin Yang Di Pertua, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan Ahli Yang Berhormat Kubang Kerian pada hari ini bersama dengan soalan-soalan berkaitan isu tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan Negeri Kelantan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat daripada Tumpat pada 12 November, Ahli Yang Berhormat daripada Rantau Panjang pada 25 November dan Ahli Yang Berhormat daripada Kuala Krai pada 26 November 2009, secara sekali gus memandangkan bahawa ia berkisar mengenai perkara yang sama.

Tuan Yang Di Pertua,Kerajaan telah meneliti isu tuntutan royalti petroleum oleh Kerajaan Kelantan dengan mendalam dan terperinci dari pelbagai sudut, termasuk sudut perundangan berkaitan kuasa-kuasa Kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.

Dari segi perundangan, Negeri seperti Kelantan dan Terengganu hanya mempunyai hak untuk menuntut pembayaran royalti bagi sumber petroleum yang dihasilkan daripada perairan Negeri tersebut.

Dalam hal ini, perairan Negeri masing-masing adalah ditakrifkan sebagai kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut (low water mark, dengan izin) atau pesisir pantai negeri tersebut.

Pada masa ini, tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Negeri Kelantan dan Terengganu. Oleh itu, dari segi perundangan, Kerajaan Negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut pembayaran royalti petroleum, seperti juga Negeri Terengganu.

Meskipun peruntukan perundangan ini adalah jelas, Kerajaan Persekutuan, sebelum ini, telah memperuntukkan wang ehsan untuk Negeri Terengganu, dengan mengambil kira pengeluaran petroleum yang terletak di luar perairan Negeri tersebut.

Peruntukan wang ehsan juga telah dipertimbangkan berasaskan keperluan pembangunan Negeri Terengganu serta tahap pendapatan rakyatnya.

Kerajaan Persekutuan sentiasa komited dalam memastikan pertimbangan yang adil dan saksama diberikan kepada kesemua Negeri, agar tiada lapisan rakyat yang terpinggir dalam menikmati manfaat pembangunan Negara.

Oleh itu, Negeri Kelantan juga wajar diberi pertimbangan yang sama oleh Kerajaan Persekutuan sekiranya terdapat aktiviti pengeluaran petroleum di luar perairan Negeri tersebut, sungguhpun dari segi perundangan, Negeri Kelantan tidak berhak untuk menerima apa-apa bayaran.

Dengan ini, saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa Kerajaan Persekutuan telah mengambil keputusan untuk menyediakan peruntukan wang ehsan bagi Negeri Kelantan, sama seperti Negeri Terengganu.

Keputusan ini juga mengambil kira keperluan untuk terus membangunkan Negeri Kelantan dan juga meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, selaras dengan arus pembangunan perdana Negara.

PETRONAS telah memaklumkan Kerajaan bahawa pada masa ini hanya terdapat sebuah medan petroleum yang mengeluarkan hasil (producing field, dengan izin) dan ianya terletak di luar perairan Negeri Kelantan. Medan tersebut adalah medan Bumi Selatan yang terletak di dalam Blok PM301.

Pemberian wang ehsan kepada Negeri Kelantan akan mengambil kira pengeluaran dan penjualan petroleum daripada medan Bumi Selatan. Penyaluran wang ehsan tersebut akan dibuat setelah maklumat terperinci mengenai jumlah pengeluaran gas serta tatacara berkaitan dimuktamadkan. Peruntukan pertama wang ehsan bagi Negeri Kelantan dijangkakan pada tahun 2010.

Bagi memastikan pengagihan wang ehsan ini dapat dinikmati manfaatnya secara langsung oleh rakyat Negeri Kelantan, peruntukan wang tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan serta program pembasmian kemiskinan dalam Negeri Kelantan yang dilaksanakan secara telus oleh Kerajaan Persekutuan setelah berunding dengan Kerajaan Negeri Kelantan.

Keputusan yang diambil oleh Kerajaan Persekutuan pada hari ini mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memastikan setiap lapisan masyarakat dapat menikmati manfaat daripada pembangunan negara, selaras dengan pendekatan inklusif dan semangat Satu Malaysia yang diamalkan oleh Kerajaan.Sekian, terima kasih. (Sumber : blog 1Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

-Aduhai 'Pecah Perut' aku ketawa apabila Nik Ajis merepek-repek mahukan royalti minyak. Nik Ajis barangkali sudah 'mati akal' untuk cari sumber kewangan negeri.

-Inilah susahnya bila lantik Menteri Besar yang tak tahu ekonomi, geografi, matematik dan sains. Seolah-olahnya apa yang dia fikir hanya betul mengikut pandangan kepala otak dia sahaja.

-Khabarnya Husam pun tidak mahu bincang pasal royalti minyak lagi dan kononnya mahu serahkan kepada rakyat membuat penilaian.

-Aik! mahu serahkan kepada rakyat buat penilaian ataupun tidak mahu kes insiden melawat kawasan minyak bersama media diperbesar-besarkan.

-Disebabkan tidak dapat royalti minyak maka kita lihat ramai pemimpin PAS yang berlakon konon-kononnya 'naik minyak' tidak puashati, sebenarnya mereka bimbang rakyat berterima kasih di atas sumbangan wang ehsan yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan).

4 comments:

YANG GAMBI said...

Bro, betul sangat tu....... yang sebenarnya puak-puak PAS Kelantan takut rakyat cepat celik mata, cepat mendengar dari tuli, cepat cerdik dari jumud apabila UMNO-BN salurkan wang ehsan kepada rakyat..... itu nomor two..... nomor one : dia orang tak boleh nak kelepet dengan wang ehsan bila kerajaan UMNO-BN salurkan terus kepada rakyat Kelantan..... kalau royalty bolehlah deme kelepet macam duit balak yang dah habis di Kelantan......

adf55650 said...

Saudara pecah perut ketawa?

Berkay doa Nok Aziz ke ni?

Anonymous said...

SLM BRO..PAK AJIS MASIH TERGILA2KAN WANG ROYALTI PD HAL ISTILAH ROYALTI DAN WANG EHSAN ADALAH SAMA JE. DUIT JUGAK!. TP OLEH KERANA DH DI TIPU HIDUP2 OLEH SI HUSAM MASAM MAKA PAK AJIS X AKAN BERHENTI DR MEMOHON DOA AGAR PM DI TIMPA BALA. DIA X TAU ALLAH DH TURUNKAN BALA KAT DIA SKRG NI HEHEH

ISAC said...

Kawan X nak komen banyak2 takut pecah perut.... :)

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP