Zambry kekal Menteri Besar Perak
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi. Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi. Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.
Mahkamah Persekutuan antara lain menyatakan proses undi tidak percaya tidak semestinya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Zambry sudah mendapat kepercayaan 31 daripada 59 Adun seperti yang dinyatakan kepada Sultan Perak dalam satu pertemuan. (Sumber : Berita Harian Online)
(Kata Waris Pahang :
"Mungkin kita sudah terlupa kronologi kemelut politik di Perak, semoga kronologi di bawah ini dapat mengingatkan kita dan menambahkan sokongan kita kepada kepimpinan Dr. Zambry untuk membela rakyat Negeri Perak".
Pada 25 Januari 2009 - ADUN Bota, Dato’ Nasaruddin Hashim keluar UMNO dan menyertai PKR.
Pada 1 Februari 2009 - Dua orang ADUN PKR iaitu ADUN Behrang Jamaludin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu mengumumkan keluar PKR dan kekal sebagai ADUN Bebas kawasan masing-masing;
Pada 2 Februari 2009 - Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar menyerahkan surat mengenai kekosongan kerusi bagi kedua DUN tersebut kepada Pejabat Pilihanraya Negeri Perak.
Pada 3 Februari 2009 - SPR membuat keputusan menolak surat perletakan jawatan tersebut atas alasan meragui kesahihan surat perletakan jawatan tersebut.
Pada 3 Februari 2009 ADUN - Jelapang Hee Yit Foong merangkap Timbalan Speaker keluar dari parti DAP dan menjadi ADUN Bebas sambil memberi sokongan kepada BN untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak.
Pada 5 Februari 2009 - Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin selaku MB Kerajaan Pakatan Rakyat merayu kepada Sultan Azlan Shah supaya memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya Pilihanraya Negeri diadakan bagi membentuk kerajaan baru;
Pada 5 Februari 2009 - YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengadap Sultan Azlan Shah dan memaklumkan bahawa BN mempunyai sokongan majoriti ADUN untuk membentuk Kerajaan Perak.
Pada hari yang sama juga, Sultan Azlan Shah memanggil 28 ADUN BN dan 3 ADUN BEBAS untuk mempastikan sokongan mereka terhadap BN dalam membentuk Kerajaan Negeri;
Sultan Azlan Shah berpuas hati bahawa semua 31 ADUN memberi sokongan kepada BN. Ini bermakna BN mempunyai suara majoriti di DUN Perak.
Dengan itu, Sultan Azlan Shah tidak bersetuju untuk membubarkan DUN sebaliknya menitah YAB Dato’ Seri Nizar Jamaludin meletakkan jawatan sebagai MB;
Pada 6 Februari 2009 - Dato’ Dr. Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai MB Perak di Istana Iskandariah, Perak. Dalam masa yang sama, YAB Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya enggan meletakkan jawatan seperti yang dititahkan Sultan Perak;
Seterusnya Speaker DUN Perak V.Sivakumar memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh supaya mahkamah mengisytiharkan surat perletakan jawatan 3 ADUN tersebut sebagai sah dan kerusi DUN tersebut kosong menyebabkan Pakatan Rakyat masih menganggap kerajaan mereka masih sah sehingga keputusan mahkamah dibuat dan menganggap Kerajaan BN yang baru ditubuhkan tidak sah di sisi undang-undang
Pada Mei 2009 - Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.
Pada 5 November 2009 - Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.
Rayuan itu dibuat Mohammad Nizar dalam cubaan terakhirnya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 4 Februari 2009 menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu melepaskan jawatan selepas mendapati beliau tidak memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
Pada 9 Febuari 2010 - Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
(Inilah akibatnya kalau 'derhaka kepada raja' dan 'ego tidak bertempat' kerana tidak dapat terima kenyataan bahawa Dr. Zambry sudah mendapat kepercayaan 31 daripada 59 Adun ( seperti yang dinyatakan kepada Sultan Perak dalam satu pertemuan).
Nizar sebenarnya memang 'degil' kerana beliau mengetahui bahawa beliau hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa menghadap Sultan Perak.
Nizar sebenarnya memang 'degil' kerana beliau mengetahui bahawa beliau hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa menghadap Sultan Perak.
Bukan itu sahaja Nizar banyak menghabiskan masa penyokongnya yang terlalu taasub, eloklah kita lupakan sahaja Nizar yang menjadi boneka DAP).
6 comments:
golongan yang dicucuk hidung oleh DAP ni memang memalukan bangsa Melayu kerana mereka adalah orang melayu yang tidak mempunyai perasaan kemelayuan
yang peliknya kata sahaja pejuang Islam tapi bab menerima ketetapan Allah mereka tak ikut...
bila menang mereka kata Allah merestui mereka tapi bila kalah mereka kata mahkamah tak adil dan sebagainya
inilah golongan munafik yang jelas lagi nyata
Ramai yang pemimpin PAS yang tak dapat terima takdir dan degil.
Begitulah apa ynag berlaku di Kelantan apabila tak dapat royalti minyak.
Fakta dah nyata kelantan tak layak dapat royalti. kalau nak saman elok juga sebab boleh membuktikan kegoblokan pemimpin pembangkang.
Salam bro, Alhamdulillah......doa-doa rakyat Perak akhirnya termakbul. Allah memihak kepada yang benar.....
Jangan pulak ada dari kalangan penyokong-penyokong Nizar atau Nizar sendiri jadi meroyan pergi berguling-guling atas jalan raya.......DAP juga yang syok tengok perangai Melayu macam lembu atas jalan.....
ELOK JUGA KALU NIZAR NAK GULING-GULING ATAS JALAN RAYA, TAPI KALI INI KITA PAKAT TENGOK DIA GULING SEORANG-ORANG.
AKU MASIH TERINGAT BETAPA HODOHNYA NIZAR MASA MULA2 BERADA DALAM PARLIMEN, PEMIMPIN PEMBANGKANG PUN TERKEJUT DENGAN PERANGAI HODOH TERSEBUT.
LEBIH ELOK NIZAR DUDUK DIAM2 KAT RUMAH JAGA ANAK DAN ISTERI AJE.
POLITIK PR PUN DAH MENDUNG SEBAB KEKUATAN PARTI MEREKA BERGANTUNG KEPADA PEMIMPIN BUKAN KEPADA PERJUANGAN.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Salam hormat kepada Waris Pahang dan salam saya tumpang menyinggah.
Semoga Waris kepada Warisan Pahang beroleh kesejahteraan.
Salam hormat.
Salam sejahteraan untuk rakyat Perak. Mulakan hidup baru anda dengan aman.
Huru hara politik yang sengaja dilakukan tidak menjamin kemajuan dan mengaburi mata rakyat Perak kononnya kerajaan pakatan rakyat membela nasib rakyat. Sebaliknya mereka hanya sibuk berpolitik sahaja untuk kepentingan parti dan diri.
Elok sangat Nizar mahu buat semakan kputusan, jangan lupa bawa 'kanta besar sekali'.
Post a Comment