Selamat Tahun Baru bersama Kes BALAK.
KOTA BHARU 30 Dis. – Kerajaan negeri Kelantan diarah membayar ganti rugi RM800 juta kepada sebuah syarikat pembalakan kerana melanggar beberapa perjanjian di antara kedua belah pihak sejak 45 tahun lalu.
Keputusan Mahkamah Tinggi Kota Bharu itu dikatakan mencatatkan sejarah tersendiri kerana jumlah ganti rugi merupakan antara yang terbesar dalam kes sivil di negara ini.
Utusan Malaysia difahamkan menurut fakta kes, syarikat pembalakan itu memperoleh konsesi balak beratus ribu hektar di Hulu Kelantan. Bagaimanapun keluasan asal dikurangkan kepada separuh tetapi masih mengekalkan perkongsian di antara kedua-dua pihak.
Masalah dipercayai timbul apabila kerajaan negeri didakwa melanggar perjanjian konsesi dengan tidak membenarkan syarikat itu menjalankan pembalakan di kawasan yang dimilikinya. Ekoran daripada itu syarikat yang dikatakan milik bumiputera terbabit terpaksa menanggung kerugian besar selepas pelaburan bernilai jutaan ringgit termasuk pembinaan beberapa buah kilang kayu tidak dapat beroperasi. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
-Hari ini Waris Pahang baca berkali-kali muka depan Utusan Malaysia dan Berita Harian, macam tidak percaya apa yang dibaca, RM 800 juta atau RP 800 rupiah yang diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi kepada Kerajaan Kelantan membayar kepada syarikat balak.
-Nampaknya kata-kata orang PAS yang hentam habis-habisan Kerajaan Negeri Pahang akhirnya balik semula kepada batang hidung mereka.
-Waris Pahang tidak dapat bayangkan bagaimana keberantakan Kerajaan Kelantan sekarang, nampaknya Kerajaan Kelantan sudah mendung di awal tahun.
-Patutlah Nik Ajis beria-ria mahukan royalti minyak sebab ada udang di sebalik mee agaknya?.
Andainya wang royalti diterima, barangkali wang tersebut digunakan untuk menebus balik Negeri Kelantan yang muflis.
-Itulah Nik Ajis, orang suruh letak jawatan awal-awal tapi tidak mahu, itulah tamak namanya, sekarang apo nak dikato?.
-Namun Waris Pahang percaya Kerajaan Kelantan mampu membayar balik secara ansuran sebanyak RM 1 juta setahun dengan syarat Nik Ajis diberi peluang sehingga 800 tahun lagi, maka cukuplah RM 800 juta).