Tuesday, June 30, 2009

Debat Ditolak Muzakarah Bermuslihat

PM sifatkan debat tidak bawa faedah

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak nampak sebarang faedah diadakan debat antara Pas dan UMNO dalam menyelesaikan permasalahan umat Islam dan menentukan masa depan negara.

Perdana Menteri berkata, forum terbaik untuk menangani kedua-dua isu itu adalah menerusi musyawarah dan mengadakan perbincangan secara ikhlas.

‘‘Saya tak nampak apa faedahnya debat. Saya nampak ramai orang tidak bersetuju diadakan debat yang tidak mempunyai apa-apa faedah,’’ katanya kepada pemberita di kediamannya di Sri Satria di sini, hari ini. Sumber : Utusan Malaysia-30 Jun 2009

(Kata Waris Pahang :

-Debat lebih membawa kepada menegakkan hujah dan pertikaian yang tidak mendatangkan sebarang hasil dan mengeruhkan lagi keadaan.

-Musyawarah adalah relevan bagi mencapai kata sepakat berhubung kepentingan bangsa, agama dan negara.

-Pendekatan musyawarah juga adalah jalan bagi mewujudkan persefahaman dan mengelak berlaku perbalahan yang merugikan bangsa dan agama.

- Ketua Pemuda PAS dilihat lebih liberal daripada Nik Aziz yang emosional dan diktator. Ketua Pemuda PAS mencabar Pemuda UMNO untuk bermuzakarah dan beliau akan menghantar surat rasmi kelak.

-Namun penggunaan bahasa 'mencabar' itu amat kasar dan seolah-olah ajak berdebat bukan muzakarah. Mungkin nama sahaja ditukar tetapi matlamatnya adalah berdebat.

-"Pemuda UMNO boleh menggunakan kesempatan bagi menjelaskan betapa perjuangan mereka tidak menyalahi Islam sebagaimana yang didakwa . Lantaran itu saya mengharapkan pemuda UMNO tidak mengelak dari muzakarah ini jika mereka benar", kata Pemuda PAS.

-Waris Pahang berpendapat tiada faedahnya bermuzakarah ini jika kita menghukum terlebih dahulu. Muzakarah ini dikhianati oleh budaya buruk sangka, berniat mengaibkan seseorang, organisasi dan pertubuhan dan bukan mencari titik persefahaman).

Monday, June 29, 2009

Rakyat Menyampah Debat Sampah

Debat terbuka tidak dapat menyelesaikan masalah orang Melayu atau kemelut antara UMNO dan Pas. Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata, debat bukan pendekatan terbaik kerana boleh menimbulkan masalah lain jika diadakan secara terbuka.

Bagaimanapun, beliau mencadangkan agar UMNO dan Pas bertemu dan berbincang untuk meredakan ketegangan atau mengelak perpecahan yang lebih serius dalam kalangan orang Melayu di negara ini.

“UMNO dan Pas perlu bertemu dan berbincang mengenai apa-apa masalah yang timbul pada hari ini atau yang ada kaitan dengan bangsa dan agama. Tiada guna mereka terus berselisih faham.

“UMNO dan Pas boleh bercanggah pendapat dan pendirian tetapi apabila berkaitan isu orang Melayu dan Islam, mereka perlu duduk dan bincang bersama-sama,” katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung MCA bahagian Kepala Batas di Hotel Seri Malaysia di sini, semalam. Sumber : Sinar Harian.

(Kata Waris Pahang :

-Nik Aziz sebagai ulama PAS tidak sepatutnya mengajak Najib berdebat. Sepatut orang yang bergelar ulama ini mengajak Najib berunding dan berbincang mengenai agama Islam dan permasalahan umat.

-Namun ulama sampah ini yang sesat di dunia politik ini seperti buang tabiat untuk berdebat selepas dikecam hebat kerana mendakwa UMNO sama seperti ajaran sesat Ayah Pin dan pengganas komunis, Chin Peng.

-Mungkin bagi ulama sampah ini Lee Kuan Yew, Anwar dan Lim Kit Siang sahaja yang baik. Sudah lupakah Nik Aziz, DAP menolak Negara Islam dan Anwar menyokong kepulangan Chin Peng.

-Bersekongkol dengan mereka adalah seperti menyokong mereka. Berdebat bukanlah jalan terbaik menyelesaikan kemelut PAS-UMNO.

-Disebalik mengajak berdebat, Nik Aziz sempat lagi memukul UMNO dengan kata-katanya : "UMNO mesti berdepan dengan saya sebagai seorang pemimpin Islam, Presiden UMNO sebagai pemimpin sekular maka kita berdebat. Ini secara nabi-nabi, contohnya Nabi Ibrahim berdepan Namrud, Nabi Musa berdepan dengan Firaun dan Nabi Muhammad berdepan Abu Jahal," ujarnya.

-Berdebat dengan ulama sampah ini hanya membuang masa sahaja. Beliau hanya sekadar mahu membuktikan yang beliau ini jaguh di mata penyokong taksub mereka.

-Barangkali beliau mengajak Najib berdebat atas nasihat orang belakangnya iaitu PKR dan DAP. Apabila Najib menolak maka puak gedebe ini akan melagukannya di seluruh Malaysia. Inilah budaya samseng politik yang diajar oleh ulama sampah ini.

-Jangan buang masa berdebat dengan ulama sampah ini kerana banyak lagi perkara yang lebih penting daripada berdebat ini yang perlu diberi perhatian dan diambil tindakan segera. Melayan ajakan ulama sampah ini seperti mengiakan pepatah Melayu “menang sorak kampung tergadai”).

Sunday, June 28, 2009

Debat Terompah Ulama Sampah - Bhg 1

Hari Ini Ajak Najib Debat
Esok Mungkin Dia Kata Najib Yang Cabar Dia.
Itulah Nasib Kerajaan Perpaduan
DEBAT HANYA BUANG MASA SAHAJA.


Cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Mat mengadakan debat terbuka dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kekalutan politik antara UMNO dan PAS adalah sesuatu yang dianggap membuang masa.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata cadangan itu tidak membawa sebarang erti dalam menyelesaikan sebarang isu termasuk cadangan pembentukan kerajaan perpaduan oleh parti pembangkang itu.

“Sebaliknya adalah lebih baik untuk bermuafakat daripada berdebat kerana anggota PAS dan UMNO terdiri daripada kumpulan bangsa dan agama yang sama,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung UMNO cawangan Kampung Gagu dekat sini hari ini. Sumber : Utusan Malaysia.
(Kata Waris Pahang :

Debat ini tidak ubah seperti terompah kerana tidak menjanjikan apa-apa perubahan dan keputusan kerana tiada hala tuju dan matlamat yang jelas untuk berdebat.

Debat bukanlah sesuatu yang hanya suka-suka untuk diadakan. Debat kadang-kadang disalahgunakan oleh orang yang terdesak untuk menutup malu dan mengambil kesempatan untuk mendedahkan aib orang, organisasi dan institusi di khalayak ramai.

Barangkali sudah menjadi perangai dan budaya orang Melayu yang suka bertelingkah sama sendiri namun hanya menghasilkan natijahnya cakap kosong sahaja.

Adakah orang Melayu akan bersatu selepas menyaksikan debat ini? Sudah pasti tidak, maka sesuailahlah dinamakan 'debat terompah' sahaja kerana ia tetap begitu tanpa sebarang perubahan dan beku.

Debat ini jika diadakan pastilah hangat dan mendapat perhatian dan liputan meluas media. Bilangan penontonnya akan mengalahkan rancangan Akademi Fantasia.

Namun debat terompah akan kekal dengan sifat terompahnya, bila berjalan bunyinya kuat tetapi terompah yang telah menempuh pelbagai zaman sejak dahulu masih kekal dengan bentuknya.

Anwar Ibrahim dan Ahmad Shabery Chik pernah berdebat namun apa natijahnya?. Adakah orang Melayu bersatu selepas menyaksikan debat ini?.

Apa yang kita saksikan selepas perdebatan itu, penyokong masing masing mendabik dada kononya pemimpin mereka telah berjaya memberi serangan TKO mengalahkan hujah lawan).

Saturday, June 27, 2009

PKFZ : Pembangunan Untuk Negara

Adakah projek PKFZ suatu pembaziran?

PKFZ bukannya satu pembaziran. Ia mampu merangsang dan mempergiatkan perdagangan Negara serta memperkukuhkan industri logistic dan menjadikan Pelabuhan Klang hab transit perkapalan serantau.

Hingga kini PKFZ telah menarik pelaburan sebanyak RM 1 bilion daripada 56 syarikat. Pelabur yang terkini ialah daripada SIMS Copper Sdn Bhd dengan nilai pelaburan sebanyak RM 100 juta bagi fasa pertama pembinaan kilangnya.

Banyak pelabur asing menunjukkan minat hendak melabur di PKFZ dan sekarang Lembaga Pelabuhan Klang (Port Klang Authority, PKA) sedang mempergiatkan rundingan dengan pelabur yang berminat.

Adakah terdapat sebarang penyelewengan dalam proses pengambilan tanah untuk projek PKFZ?.

Proses pengambilan tanah telah melalui proses yang sepatutnya termasuk mendapat kelulusan daripada jemaah Menteri (pada 24 Mac 1999) dan Kementerian Kewangan untuk mengambil tanah secara pembelian.

Harga pembelian oleh PKA adalah berdasarkan nilaian dan cadangan daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Jawatan kuasa ditubuhkan terdiri daripada wakil-wakil Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi, Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) dan Kerajaan Selangor bagi mengkaji dan menilai isu-isu yang berbangkit mengenai PKFZ melalui laporan yang dikeluarkan oleh Pricewaterhouse Coopers Advisory Services Sdn Bhd (PWC).

Sebuah pasukan khas turut dibentuk yang diwakili oleh pihak luar yang berwibawa antaranya seperti peguam, akauntan, juru ukur bahan dan perunding kos pembinaaan yang diketuai oleh peguam terkenal Vinayak Pradhan (former Commissioner with the United Nations Compenstation Commission).

Kenapa harga tanah terlalu berbeza (terlalu tinggi) (RM25 berbanding RM 10.16 kaki persegi) dalam masa hanya 3 tahun?.

Pengambilan tanah oleh PKA adalah berdasarkan cadangan dan nilaian harga daripada JPHH yang mencadangkan bahawa Kuala Dimensi Sdn Bhd (tuan tanah) harus menyediakan infrastruktur asas (perparitan, jalan, elektrik dan air) dan ditembak sepenuhnya.

Dengan persetujuan Kementerian Kewangan dan Kabinet, pembelian dilakukan oleh PKA pada harga RM 1,088 juta iaitu RM 25 kaki persegi dilengkapi kemudahan infrastruktur dan ditambak penuh. Berbanding jika mendapatkan tanah secara wajib pada harga RM442 juta iaitu RM 10.16 kaki persegi tetapi tanpa kemudahan infrastuktur dan ditambak sebahagian.

Kabinet telah mengambil keputusan ini berdasarkan cadangan daripada Kerajaan Negeri Selangor yang menayatakan bahawa pengambilan tanah secara wajib tidak akan diluluskan oleh kerajaan negeri keana tanah yang diluluskan permohonan pembangunan merupakan projek berunsur ekonomik dan bukan untuk tujuan utility awam.

Tanah tersebut telah diluluskan melalui Arahan Pembangunan 1995.

Port Klang Free Zone (PKFZ)

PKFZ merupakan zon perdagangan bebas berintegrasi lengkap dengan kemudahan kilang, gudang, pejabat dan juga kelengkapan logistic.

Lokasinya bersebelahan Pelabuhan Barat merupakan nilai tambah untuk memantapkan lagi kedudukan Perlabuhan Klang sebagai hab transit perkapalan di rantau ini.

PKFZ dibangunkan mengikut model Jebel Ali Free Zone International (JAFZA) di Dubai yang terkenal sebagai sebuah zon bebas yang berjaya dan berkembang pesat di peringkat antarabangsa dan ia berjaya melonjakkan pelabuhan Dubai dalam liga pelabuhan dunia.

PKFZ yang dibangunkan atas tanah berpaya seluas 1,000 hektar menawarkan tanah seluas 298.4 hektar untuk sewaan jangka panjang, kilang untuk industri ringan sebanyak 512 unit, kompleks pejabat sebanyak 4 blok tapak pameran seluas 100,000 kaki persegi dan hotel bertaraf 4 bintang yang dijangka akan dibuka pada bulan Disember 2009.

Bagaimana projek PKFZ memberi faedah kepada rakyat?

PKFZ dibangunkan adalah untuk kepentingan rakyat dari segi perniagaan dan perdagangan.

Kemasukan pelabur asing juga mampu membuka pelbagai peluang pekerjaan baru dalam industri logistic, perindustrian, perkapalan dan sebagainya.

Perpaduan : PAS Tutup UMNO Buka

Pelopor Perpaduan Atau Pelengkap Perpecahan

Contohi parti Cina

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kecewa dengan gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik mereka.

Sambil menyuarakan rasa kecewa dengan kegagalan merealisasikan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 2008 itu berkata, parti yang mendakwa Islam ini bertindak tidak seperti mana DAP yang tidak bergaduh sesama parti Cina lain malah sanggup pula bersatu demi kejayaan kaum sendiri.

‘‘Saya sebenarnya amat berharap benda ini (kerajaan perpaduan) jadi (kenyataan) sebab saya sendiri memperjuangkan supaya masyarakat Melayu dan Islam ini bersatu.

‘‘Tapi saya kecewa. Mereka ini taksub kepada parti sehingga menganggap sesama mereka (dalam parti sendiri dan parti-parti Melayu lain) bukan bersaudara. Politik itu politiklah tapi persaudaraan Islam itu mestilah dijaga, maka haramlah memutuskan tali persaudaraan Islam itu,” katanya. Sumber : Utusan Malaysia.

(Kata Waris Pahang :

-"Apa sudah jadi" itulah kata-kata yang terpacul dari Umat Melayu Islam yang sedih apabila mengenangkan politik orang Melayu Islam yang kian mencelarukan dan terpisah kepada beberapa kelompok.

-Boleh dikatakan wujud empat kelompok orang Melayu Islam :
i. Satu kalangan yang menyokong parti UMNO.
ii. Satu kalangan kelompok parti PAS.
iii. Satu kelompok lagi menyokong PKR.
iv. Ada satu kelompok yang berada di luar kelompok politik kerana sudah bosan dengan situasi politik semasa kini.

-Perpecahan di kalangan umat Melayu ini menyebabkan suara mereka semakin mengecil, manakala suara kaum minoriti atau bukan Bumiputera pula semakin membesar.

-Kini khabarnya PAS sedang menghadapi perpecahan dalaman, pergeseran di dalam PAS sukar dipadamkan lagi dan budaya curiga mencurigai semakin menjadi-jadi.

-Soalnya siapa tangan-tangan yang mengerakkan perkara ini berlaku?. Gerakan bawah tanah ini gagal dikesan oleh PAS pada awalnya. Kewujudan musuh dalam selimut ini akhirnya berjaya dibongkarkan.

-Adakah Haji Hadi, Nasharudin dan Mustafa Ali yang memperjuangkan perpaduan umat Islam dianggap sebagai musuh. Jika mereka sebagai musuh maka PAS berada di pihak mana?.

-Tangan PAS lah yang memecahbelahkan umat Islam di Malaysia. Tindakan mereka umpama membantu Yahudi untuk merosakan perpaduan orang Islam.

-Di kala umat Islam terhimpit dengan tekanan bukan Islam, timbul pesoalan kenapa Nik Aziz begitu angkuh menolak perpaduan. Bukan itu sahaja UMNO dianggap seperti komunis.

-Timbul persoalan adakah konflik yang wujud di dalam PAS sebenarnya adalah permainan yang dicipta oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang atau berpunca dari segelintir kepimpinan PAS yang menolak pakatan bersama PKR dan DAP?.

-Walau apa pun yang berlaku UMNO masih membuka pintu perpaduan walaupun PAS telah mengunci mulut, hati, minda dan gerakan ahli PAS. Semoga Melayu Islam gagah di bumi sendiri).

Friday, June 26, 2009

Cyanide : Penduduk Dibuai Isu Dendam

‘Tiada ancaman sianida’
Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan tiada bahan kimia berbahaya jenis sianida dalam kawasan perlombongan emas di Bukit Koman, Raub yang boleh mengancam kesihatan penduduk sekitarnya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, JAS yang menjalankan kajian ke atas sampel air di Sungai Koman dan bawah tanah di kampung itu mendapati tiada kandungan bahan kimia sianida diperoleh.

Berikutan itu, kata Murugiah, lombong emas itu dibenar meneruskan operasinya sekali gus menyifatkan masalah yang dibangkitkan Jawatankuasa Bertindak Menentang Penggunaan Sianida Dalam Perlombongan Emas di Bukit Koman (BKACAC) baru-baru ini sebagai selesai.
“Kita memutuskan kilang itu boleh beroperasi dan tidak membawa kemudaratan kepada kesihatan manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat penyelesaian kes aduan di Pejabat Biro Pengaduan Awam (BPA) Pahang di sini hari ini.

Beliau mengulas memorandum yang diserahkan Setiausaha BKACAC, Mustapha Hussin di Parlimen kelmarin, yang mendakwa nyawa lebih 3,000 penduduk terancam akibat penggunaan bahan kimia berbahaya dalam perlombongan emas di kampung berkenaan.

Jawatankuasa itu turut mendakwa bunyi bising dan bau daripada aktiviti perlombongan itu mengganggu kehidupan penduduk kampung terbabit. Sumber : Utusan Malaysia

(Kata Waris Pahang :

-Isu penggunaan bahan kimia Cyanide bagi perlombongan emas di Bukit Koman, Raub nampaknya telah selesai apabila ia didapati tidak berbahaya dan mengancam kira-kira 3,000 penduduk kawasan itu.

-Laporan dari Jabatan Alam Sekitar mendapati :

i. Gangguan Bunyi :
Mendapati ia berada di bawah paras bunyi bising yang dibenarkan.

ii. Gangguan Bau :
Tidak ada sebarang pencemaran bau yang berlaku dan bau yang dikeluarkan kilang terbabit adalah dibenarkan dan selamat.

iii. Pencemaran Sungai :
Tidak ada sebarang unsur-unsur Cyanide dikesan dan selamat digunakan manusia.

-Isu ini telah diputarbelitkan oleh DAP untuk meraih undi dari penduduk kawasan Bukit Koman Raub.

-Kini pengundi telah sedar bahawa mereka selama ini dibuaikan dengan isu dan ditipu oleh pembangkang. Pengundi Bukit Koman wajar memilih BN dalam Pilihan Raya Umum Ke 13).

Thursday, June 25, 2009

Anwar : Kes Liwat Pulang Lewat?.

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari mempersoalkan layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar kerana masih bebas ke luar negara, walaupun sedang menghadapi pertuduhan dan perbicaraan mahkamah.

Saiful dalam blognya berkata, Anwar seolah-olah terlalu yakin mahkamah akan menggugurkan pertuduhan ke atas beliau kerana masih boleh bersenang hati ke luar negara. “Sampai bila beliau perlu diberi layanan istimewa?

Masih bebas ke serata dunia walaupun sedang menghadapi pertuduhan dan perbicaraan mahkamah yang amat berat.

Jika kes ini gugur sebelum ia dibicarakan bagaimana pula dengan hak saya sebagai pengadu dan mangsa?” katanya.

Sementara ura-ura mengatakan Anwar akan berlepas ke Washington bagi menghadiri satu persidangan dan disahkan Anwar dalam laman blognya dengan berkata beliau tidak bimbang jika pulang lewat kerana tarikh perbicaraannya ditunda 8 Julai depan.

Mahkamah akan mendengar permohonan Anwar membatalkan pertuduhan (gugur pertuduhan) pada 8 Julai ini dan jika mahkamah menolak permohonan beliau perbicaraan akan dimulakan pada hari sama. Sumber : Sinar Harian

(Kata Waris Pahang :

-Layanan istimewa sungguh yang Anwar kecapi sehingga sempat lagi pergi ke luar negara. Beliau sebelum ini berjaya menangguhkan perbicaraan kes liwat dan tidak takut pulang lewat.

-Apa pula strategi Anwar selepas ini dan kenapa beria-ia benar mahu pergi ke negara yang berisiko tinggi dilanda virus selesema babi.

-Adakah beliau sedang berusaha mendapat perlindungan dari rakan yahudi nya atau beliau mohon suaka politik?.

-Barangkali Anwar sedang atur strategi ála thaksin' atau Anwar memang bercadang cabut lari?. Wallahuallam.

-Apa-apa pun rakyat Malaysia memang tidak sabar-sabar mahu mendengar perbicaraan kes tersebut apatah lagi yang melibatkan orang no 1 pembangkang

-Blogger-blogger yang selama ini menyokong penuh Saiful juga tidak sabar-sabar mahu memberi sokongan moral kepada Saiful dan mereka akan hadir ke Mahkamah pada tarikh tersebut.

-Biar apa pun yang pembangkang katakan tentang kes ini, kita harap mahkamah beri peluang dibicarakan.

-Tidak sepatutnya kes ini dibuang begitu sahaja tanpa dibicara. Selamat Berjuang Saiful Bukhari Azlan).

Wednesday, June 24, 2009

Liwat : Konspirasi Atau Realiti?.


Kes kali kedua ini penuh dengan persoalan, tanda tanya dan perbicaraan di blog-blog dan di pentas-pentas politik.

Bermula tindakan berlindung di Kedutaan Turki dengan dakwaan keselamatannya terancam diikuti dengan keengganan hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk memberi keterangan sehinggalah ditangkap pihak polis.

Anwar seterusnya menimbulkan persoalan enggan memberi DNA yang penting bagi siasatan kes ini.

Pelbagai isu dibangkitkan dan menarik perhatian rakyat seperti laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara.

Anwar menuduh Tan Sri Musa Hasan dan Tan Sri Ghani Patail terlibat secara aktif sebagai saksi yang palsu.

Persoalan terus berlegar, mengapa selepas sepuluh tahun baru perkara ini dibangkitkan. Lebih menimbulkan persoalan, mengapa ia timbul ketika laporan polis dibuat oleh Saiful ?.

Mengapa Anwar tidak lebih awal memberi bukti dan membuat laporan polis terhadap kedua-dua pegawai tinggi terbabit supaya badan kehakiman bebas daripada penguasaan eksekutif atau sebagainya. Semua ini hanya beliau sendiri yang boleh memberi jawapan.

Anwar juga memohon Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, JAWI untuk menyiasat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 (Akta yang dinamakan Qazaf) sebagai serang balas kepada laporan polis Saiful.

Anwar meminta Saiful disiasat kerana tidak mengemukakan empat saksi dan sekaligus didakwa membuat laporan palsu terhadap beliau.

Anwar juga mendakwa dibogelkan semasa pemeriksaan dan perkara ini kemudian padam apabila HKL menafikan Anwar dibogelkan ketika pemeriksaan.

Dan ketika negara menyambut kemerdekaan ke 51 tahun, kes ini telah menarik perhatian kuasa dunia. Tanpa berselindung seperti mana yang berlaku pada 1998, selepas Al Gore, kini giliran Setiausaha Negara AS, Condoleezza Rice untuk memperjuangkan nasib Anwar.

Secara kronologi, jika dilihat kepada hujah-hujah Anwar, bermula dengan konspirasi, isu keselamatan, tuduhan bahawa Saiful berbohong, tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri, campur tangan Washington, peletakan jawatan Datin Seri Wan Azizah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, sumpah laknat oleh Saiful di Masjid Wilayah Persekutuan, pengakuan Ramlang Porigi bahawa dia dipaksa menjadi saksi sumpah laknat, kes ini penuh dengan peristiwa yang lebih kepada perbicaraan dipentas politik.

Persoalan demi persoalan yang timbul telah menyebabkan pemikiran masyarakat menjadi tersimpul dan perbicaraan ini merupakan satu kaedah yang mungkin dapat merungkai segala persoalan yang tersimpul itu.

Undang-undang menjadi elemen terakhir perlindungan kita sebagai warganegara. Sekiranya, tuduhan Saiful itu palsu, maka inilah masanya Anwar membersihkan namanya, menghenyak mereka yang telah memfitnahnya. Maka karpet merah akan terhampar indah dan Putrajaya megah menanti beliau.

Menggunakan pentas politik untuk mengalihkan perhatian daripada isu pokok bagi membuktikan diri tidak bersalah, akan menyebabkan semakin menimbulkan persoalan.

Prinsip berani kerana benar, takut kerana salah tetap relevan dalam budaya Melayu dan Malaysia.

Jom Sokong Saiful


Pada 8 Julai 2009 akan datang penghujahan akan bermula berhubung perbicaraan kes liwat kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semua pihak menunggu untuk mengetahui sejauh mana kebenaran dakwaan kali kedua ini yang begitu hebat di perdebatkan di pentas-pentas politik dari Permatang Pauh hingga ke White House.

Badan Perundangan dan Kehakiman Malaysia sekali lagi menjadi tumpuan dunia dan kesempatan ini perlu digunakan untuk memperlihatkan kewibawaannya yang sering kali dituduh dikuasai oleh kerajaan.

Sebelum hakim sebenar membuat keputusan, masyarakat umum akan menjadi hakim untuk menilai adakah ia satu konspisrasi sebagai mana yang didakwa atau realiti yang tersembunyi.

Fakta - Penghakiman Kes Lalu

Mengimbau perbicaraan yang berlangsung pada tahun 1998 dan 1999 yang mana Anwar bersama adik angkatnya Sukma Dermawan dituduh meliwat Azizan Abu Bakar dan dijatuhi hukuman 9 tahun penjara pada 2 Ogos 2000.

Dalam rayuan terhadap keputusan mahkamah tersebut Anwar telah menang namun hujah-hujah Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Hamid Mohamad, Hakim Mahkamah Rayuan, Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datin Paduka Rahmah Hussain begitu mengejutkan dengan membuat rumusan:

"Walaupun sudah membaca rekod rayuan tersebut, kami menjumpai bukti menunjukkan bahawa pihak perayu (Datuk Seri Anwar dan SUKMA) terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung ke arah mempercayai bahawa tuduhan insiden di Tivoli Villa itu benar-benar berlaku, kadang-kadang, mahkamah ini, sebagai mahkamah perundangan, hanya dapat menyabitkan mereka sekiranya pihak pendakwa berjaya membuktikan insiden tersebut seperti tercatat dalam pertuduhan, tanpa sebarang keraguan, bukti yang boleh diterima dan bersandarkan asas prinsip undang-undang. "

"Azizan menyatakan yang dia terpaksa menyerah dirinya untuk diliwat 1 atau 2 kali kerana ketakutan tetapi bukannya sebanyak 10 hingga 15 kali selama beberapa tahun. Azizan bukan kanak-kanak atau tidak berupaya. Waktu dalam keadaan begitu pun, apabila bertemu dengan perayu pertama di sana, dia patut tahu yang perayu pertama ingin meliwatnya. Kenapa dia tidak pergi sahaja. Sebaliknya, dengan sedikit isyarat, dia pergi ke bilik tidur, seolah-olah tahu apa yang dilakukan terhadapnya. Dia tidak melakukan sesuatu untuk mempertahankan dirinya. Berdasarkan penghakiman kami, Azizan juga bersubahat, walaupun bukan sepenuh hati".

Penularan Infuenza A (H1N1): Jangan Pentingkan Diri

Dua lagi sekolah diarahkan tutup semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sekolah ditutup sebanyak empat dengan jumlah kes meningkat kepada 69 berikutan penularan tempatan Influenza A (H1N1).

(Kata Waris Pahang :
-Kita amat kesal dengan sebilangan masyarakat yang mementingkan diri sendiri dan enggan patuh dengan arahan kerajaan supaya tidak keluar negara yang berisiko tinggi diserangi wabak ini.

-Rakyat Malaysia kini bimbang kes ini merebak ke negeri, daerah dan kampung mereka. Apa yang paling membimbangkan rakyat ialah kes ini tidak dapat dikawal lagi.

-Walaubagaimanapun kita berasa sedikit lega di atas kesungguhan, komitmen dan tindakan segera yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menghalang penularan penyakit ini.

-Kita harap pihak kerajaan mendesak rakyat supaya menangguh dahulu hasrat bercuti, menyambung pelajaran dan menjalankan tugas ke mana-mana destinasi di luar negara.

-Kerajaan juga mesti mengharamkan sama sekali lawatan rakyat negara ini ke negara yang amat berisiko tinggi wabak ini seperti Amerika, Australia dan Mexico).

Tuesday, June 23, 2009

Nik Aziz : Gila Tahta Galak Sengketa

Seratah mendedahkan pengalamannya ketika bertemu Allahyaraham Datuk Asri semasa hayatnya. Beliau sendiri yang dengar dari Datuk Asri dan bukan cerita yang disampaikan oleh orang tentang Nik Aziz.

Kata Datuk Asri : "kita tak terlepas dari tiga TA.1. Harta 2. Wanita. 3. Tahta. Nik Aziz terlepas dari harta dan wanita tetapi dia tak terlepas dengan TAHTA, sebab itu Nik Aziz pernah bercakap pada ambo nak jadi MB sampai mati".

Datuk Asri menyifatkan Nik Aziz sebagai seorang yang ego tapi orang tidak nampak.

Kata Datuk Asri lagi " dulu ambo yang bawa masuk dalam Pas, masa tu Pas tak cukup calun, ambo suruh tanya Nik Aziz nak jadi calun atau tak?".

Nik Aziz kata "ambo tak ada pitih". Datuk Asri kata "nak atau tak, bukan tanya pasal pitih".

Nik Aziz pun setuju, maka pada malam itulah juga Nik Aziz isi borang calun dan sekali dengan borang jadi ahli Pas.

Namun apa yang mendukacitakan Datuk Asri sehingga hayatnya ialah sikap Nik Aziz yang lupa diri dan menghargai jasanya yang membawa Nik Aziz sehingga ke kedudukanya memegang teraju Kerajaan Negeri Kelantan.

"Setelah jadi MB tak talipon pon beritau atau terima kasih" kata Datuk Asri dengan penuh kesal.

(Kata Waris Pahang :

-Datuk Asri sudah dedah siapa Nik Aziz sebenarnya kini terbukti sebagaimana yang digambarkan oleh Datuk Asri.

-Sungguh sombong dan angkuh seorang ulama apabila enggan memaafkan orang UMNO dan membentuk kerajaan perpaduan.

-Sedangkan nabi memaafkan umatnya inikan pula kita. Nik Aziz ini ulama jenis apa?. Ramai orang hairan dengan sikap Nik Aziz.

-Walaupun mereka menggagalkan usaha murni ini namun moral PAS di kalangan umat Islam telah jatuh kerana menolak perpaduan dan bermaaf-maafan).

Pakatan Pembangkang : PAS Tunggang Terbalik

Lupakah Haji Hadi Dengan Siapa Dia Bersalam Tu,
Orang Yang Jelas Tolak Negara Islam.
Kerjasama Dengan PR Beerti Tolak Negara Islam
Dan Sokong Chin Peng Pulang Ke Malaysia
Lihat Siapa Yang Paling Gembira Dengan Agenda Ini.

Masa Depan Politik Haji Hadi Bakal Ditamatkan
Dalam Pemilihan PAS Akan Datang.
Nasha Yang Dianggap Sampah PAS
Bakal Ditendang Keluar Dari Kelantan.

Haji Hadi sebelum ini dilambung cukup tinggi oleh orang UMNO dan menganggap beliau ‘bapa perpaduan Islam' seperti Datuk Asri.

Namun idea penubuhan kerajaan perpaduan yang pernah terpacul daripada mulut Presiden PAS itu dibunuh oleh parti yang mendakwa parti Islam (PAS) tetapi menolak perpaduan Islam, dibantu oleh parti yang sokong Chin Peng (PKR) dan parti yang jelas menolak negara Islam (DAP).

Haji Hadi bagaikan diheret ke mahkamah PR. Nik Aziz tidak bersendirian sebaliknya didatangi bersama ‘puak gedebe’ dari DAP dan PKR.

Akhirnya satu kenyataan ditandatangani oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Lim Kit Siang mewakili DAP selepas mesyuarat hampir satu jam setengah itu.

Kenyataan tersebut bagaikan ‘nyawa’ bagi Anwar untuk mencapai cita-cita peribadinya menjadi Perdana Menteri dan ‘nyawa’ bagi DAP untuk menjayakan cita-cita jahatnya.

Barangkali Haji Hadi yang tertekan menyatakan keputusan berkenaan dibuat kerana mendakwa idea kerajaan perpaduan adalah fitnah dan tohmahan jahat UMNO yang terdesak.

Najib Tun Razak terima keputusan berkenaan dan BN hanya menyahut satu cadangan yang mungkin baik untuk negara yang asalnya dibawa oleh PAS.

Monday, June 22, 2009

Terkini : Influenza A (H1N1) Serang Pahang

Untuk makluman sehingga kini hampir 10 buah sekolah di Negeri Pahang di arah tutup seminggu.

Di antara sekolah yang terlibat ialah SMK Tanjung Lumpur Kuantan, SMK Abdul Rahman Talib (SMART), Kolej Profesional Mara Kuantan, SMK Seri Jengka Maran, SMK Clifford Kuala Lipis, SM Sains Abdullah Raub,

Walau bagaimanapun semua rakyat Negeri Pahang diharap tidak panik sebaliknya perlu mengutamakan kebersihan.

Bagi umat Islam, marilah kita sama-sama berdoa dan solat hajat supaya kita dijauhkan dari bala bencana.



(Kata Waris Pahang :

-Tindakan menutup sekolah itu selama seminggu adalah wajar supaya kes ini tidak merebak dan dijangkiti oleh orang lain.

-Penutupan ini membuktikan kerajaan sangat prihatin dengan kesihatan pelajar dan soal keselamatan dari segi kesihatan lebih diberi keutamaan.

- Pepatah ada mengatakan "Cegah Sebelum Parah". Jangan ramai yang terlibat baru mahu mencegah.

-Dakwaan Kerajaan Malaysia gagal mengawal pintu masuk negara adalah tidak benar kerana kes ini menyerang pesakit setelah beberapa hari pulang dari luar negara).

Info Kementerian Kesihatan Malaysia :

Negara Malaysia adalah selamat untuk dilawati. Dua kes tempatan yang telah dikenalpasti merupakan kontak terdekat kepada kes-kes daripada luar negara.

Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengaktifkan Bilik Gerakan CPRC Kebangsaan bagi memantau situasi wabak Selesema A(H1N1).


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8881 0200 atau 03-8881 0300 atau email kepada cprc@moh.gov.my

Sunday, June 21, 2009

Syaitan Kuasai Pemimpin PAS

ALOR SETAR 17 Jun - Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, masih terlalu awal untuk meminta Nasharudin Mat Isa melepaskan jawatan Timbalan Presiden Pas dan juga Ahli Parlimen Bachok hanya disebabkan isu kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, ia juga bertujuan memberi keadilan kepada Nasharudin dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mencetuskan idea tersebut kerana kerajaan perpaduan belum lagi dilaksanakan.

"Kita perlu adil kerana bukan kuasa Nasharudin atau Hadi menentukan pembentukan kerajaan perpaduan, sebaliknya terpulang kepada ahli untuk membuat keputusan.

"Terlalu awal untuk suruh letak jawatan, saya dengar apa dikatakan (Nasharudin) apabila orang pandang baik kepada kita (Pas) baguslah, apakah Nasharudin dah buat kerajaan perpaduan?'' katanya.

Mengenai Nik Aziz, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Negeri Kedah memberitahu, ia merupakan hak Mursyidul Am Pas itu tetapi beliau seharusnya meminta penjelasan daripada Nasharudin dan Hadi berhubung isu tersebut.

"Tunggu dulu apa dikatakan oleh Hadi, kemudian bawa ke Jawatankuasa Pas Pusat, barulah kepimpinan buat keputusan. Terlalu awal buat keputusan, Nik Aziz kena minta penjelasan dahulu (Nasharudin dan Hadi) tentang apa yang dimaksudkan.

"Kita tidak boleh (buat keputusan) hanya berdasarkan kepada kenyataan akhbar kerana kesimpulan yang diambil tidak boleh berlaku adil kepada semua pihak," tambah beliau.

(Kata Waris Pahang :
-Nik Aziz nampaknya diserang depan, belakang, kanan dan kiri. Orang dalam PAS juga serang Nik Aziz dan mengajar Nik Aziz supaya lurus dan tidak berjalan erot seperti ketam.
-Nik Aziz terus menghukum 'pedih' Nasharudin malahan menganggap seperti sampah. Mat Sabu mungkin salah seorang yang terasa dengan panahan Nik Aziz itu walaupun ianya ditujukan kepada Nasharudin.
-'Gunalah otak sikit', itulah kata-kata ringkas yang dapat diringkaskan daripada kata-kata Azizan. Haji Hadi baru mencetuskan idea belum melaksanakannya.
-Pemimpin yang selalu melatah adalah tidak layak diangkat menjadi pemimpin. Elok Azizan sahaja yang jadi Mursyidul Am.
-Bagaimana pula pendirian dua pemimpin PAS dari Pahang iaitu Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man (anak saudara Nik Aziz) dan Ketua Pemuda PAS (Nasharudin Tantawi)?.
-Mereka dijangka sanggup 'derhaka' kepada Presiden PAS kerana takut hilang jawatan dalam parti apatah lagi fikiran mereka telah dikuasai nafsu dan syaitan.
-Pelbagai alasan akan diberikan oleh mereka untuk menolak Kerajaan Perpaduan dan menyokong Nik Aziz).

Tsunami PAS : Kerana Allah atau Syaitan

Seramai 10 orang sahaja daripada 23 ahli parlimen PAS telah membuat pegistiharan bersama Nik Aziz bagi menentang "Kerajaan Perpaduan".

Mereka yang menyokong Nik Aziz ialah
i. Dr. Hatta Ramli (Kuala Krai),
ii. Khalid Abd Samad (Shah Alam),
iii. Dr Dzulkifli Ahmad (Kuala Selangor),
iv. Kamaruddin Jaafar (Tumpat),
v. Siti Zailah Mohd Yusoff (Rantau Panjang),
vi. Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja),
vii. Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa),
viii. Dr Mohd Hayati Othman (Pendang),
ix. Taib Azamudden Mohd Taib (Baling)
x. Dr Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar).

Barangkali mereka menyokong Nik Aziz kerana simpati kepada orang tua tu (Nik Aziz), bimbang diminta meletak jawatan jika tidak menyokong dan yang paling berat sekali dianggap sebagai ‘sampah’?.

Sebenarnya mereka yang menyokong ini adalah orang yang selalu berdampingan dengan Anwar. Dr Hatta (bendahari PAS Pusat) berkata “mereka berpegang teguh dengan keputusan muktamar parti itu untuk memperkukuhkan kerjasama dengan PR”.

Walaubagaimana pun ianya menggambarkan kepada kita bahawa ahli Parlimen PAS tidak menyokong presiden dan timbalan presiden meraka.

Ternyata kini PAS sudah berpecah dua iaitu pengikut Presiden, Haji Hadi dan pengikut Mursyidul Am, Nik Aziz.

Baru setahun jagung bersama PR sekarang pemimpin pas sudah berpecah dua kumpulan. Penyokong Hj Hadi dan pengikut Anwar Ibrahim yang lebih dikenali dengan panggilan Erdogan.

(Kata Waris Pahang :

- PAS sepatutnya pandang positif dulu gesaan membentuk kerajaan perpaduan bukan terus menghukumnya.

-Menyokong perpaduan beerti mengikut kehendak Islam manakala menyokong perpecahan beerti mengikut kehendak syaitan. Sebagai orang Islam mana satu yang kita pilih.

-PAS boleh bekerjasama dengan UMNO tetapi tidak semestinya perlu bergabung dengan UMNO.


-Pemimpin UMNO ikhlas mahukan perpaduan dan mengajak segera duduk semeja demi untuk memajukan bangsa dan negara.

-Siapa yang untung sekiranya proses perpaduan ini terbantut dan akhirnya perpecahan dikalangan rakyat semakin merebak dan bangsa Melayu juga yang rugi.


- PAS mampu menjadi parti contoh kepada UMNO dan dakwah PAS lebih berkesan jika bersama kerajaan perpaduan.

-UMNO tidak seburuk dan sezalim sebagaimana yang digambarkan. Kerajaan BN juga telah banyak mendapat pengiktirafan di peringkat dunia dalam pelbagai bidang. Malah menjadi contoh kepada negara lain kerana mampu mengekalkan perpaduan kaum dan keamanan negara).

Friday, June 19, 2009

Perosak Perpaduan Mesti Ditentang

Baru-baru ini orang Pahang tertanya-tanya dan kebingungan dengan tujuan sebenar lawatan Lee Kuan Yew ke Negeri Pahang. Apakah keistimewaan Pahang bagi Lee Kuan Yew?.

Adakah Pahang menyimpan nostalgia Lee Kuan Yew atau adakah sesuatu maksud tersirat disebalik lawatan tersebut yang sedang diperkirakan oleh tokoh politik ini?.

Kenapa Lee Kuan Yew melawat Malaysia ketika negara sedang berdepan dengan isu Chin Peng mahu pulang ke Malaysia dan isu Kerajaan Perpaduan?.

Adakah Lee Kuan Yew menjadi juru cakap Chin Peng untuk memujuk kerajaan Malaysia supaya membenarkan Chin Peng pulang atau Lee Kuan Yew bimbang dengan orang Melayu akan bersatu di bawah Kerajaan Perpaduan?.

PAS lebih rela bekerjasama dengan DAP daripada bekerjasama dengan UMNO kerana menganggap UMNO zalim.

Adakah orang PAS tahu bahawa DAP ditubuhkan atas saranan mantan perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew?.

Malah DAP penyambung kepada perjuangan PAP di semenanjung. Diperingkat awalnya DAP mendapat bimbingan dan sokongan kewangan dari PAP.

Ikatan ’darah perjuangan’ PAP dengan DAP tetap kekal walaupun Singapura telah keluar dari Malaysia.

DAP meneruskan dasar PAP yang anti Islam, menentang status Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan menolak kepimpinan Islam, berhasrat menukar institusi raja kepada kerajaan rebuplik dan mempertikai hak keistimewaan orang Melayu.

Tokoh-tokoh politik DAP seperti Lim Guan Eng dan Nga Khor Ming telah berjaya mengaburi orang Melayu Islam terutama PAS kerana mereka menggunakan pendekatan ‘mesra Islam’.

Lim Guan Eng berkata beliau menjadikan Omar Bin Abdul Aziz sebagai ikutan dan idolanya untuk memperdayakan orang-orang Melayu Islam.

Manakala Nga Khor Ming lebih berani kerana berceramah menggunakan ayat Al Quran. Walaupun sebutan ayat tidak betul tetapi orang PAS yang telah gelap mata menyambutnya dengan takbir ‘allahuakhbar’.

Taktik Lim Guan Eng dan Nga Khor Ming ini sebenarnya adalah sama dengan apa yang pernah dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Orang Melayu Singapura jadi serba salah apabila Lee Kuan Yew memperlekehkan Islam dan mereka tidak membantah kerana adalah sesuatu yang mustahil Lee Kuan Yew yang boleh baca Al Quran itu berniat jahat terhadap agama Islam.

Samalah dengan sesetengah orang Melayu yang sudah termakan bulat-bulat tipu daya Lim Guan Eng dan Nga Khor Ming. Sehingga ada orang Melayu yang memberi gelaran ‘ustaz’ kepada mereka!.

Semoga kita berhati-hati dengan DAP. Jangan kita memberi ruang dan peluang kepada orang kafir terus menghina dan memperlekehkan Islam.

Pakatan DAP, PKR dan PAS tidak baik kepada orang Melayu dan agama Islam untuk mempertahankan hak Melayu dan agama Islam di negara kita.

Jangan tutup mulut orang PAS untuk bersuara tentang Kerajaan Perpaduan. Tindakan Nik Aziz yang menolak mentah-mentah cadangan pembentukan kerajaan perpaduan umpama diktator.

Di manakah demokrasi dalam PAS, apabila Nasharudin Isa bersuara dimintanya letak jawatan Ahli Parlimen Bachok dan dianggap pula sebagai sampah?.

Ramai umat Islam kini mempertikai Nik Aziz yang bergelar ulama tetapi menolak perpaduan sebagaimana yang dituntut oleh Islam.

UMNO dan Pas hanyalah parti politik, bukannya agama! Agama kita ialah Islam. Adakah slogan PAS itu Islam dan Islam itu PAS masih menebal dalam sanubari orang PAS sehingga mengunci pintu rundingan ke arah perpaduan.

Adakah orang Islam di luar Negara tidak Islam kerana tidak menyertai PAS. Belum kita terjumpa Nas Al Quran dan Hadis yang mewajibkan orang Islam menyertai PAS kerana PAS itu Islam.

Apa istimewanya Lee Kuan Yew bagi Nik Aziz sehingga mengangkat jari tanda bagus. Yang istimewa kita lihat ialah Lee Kuan Yew pandai beradab ketika kunjung mengadap Sultan Pahang. DAP mesti mencontohi Lee Kuan Yew.

Apa yang penting, jangan kita terpedaya dengan Lee Kuan Yew, DAP, Anwar dan Nik Aziz yang berbeza watak tetapi matlamat mereka sama iaitu merosakan perpaduan orang Melayu di negara kita.

Manik Urai : Harapan Terburai Atau Belenggu Terlerai?.

Pengundi Kelantan suatu ketika dulu sangat unik kerana mereka memilih calon berdasarkan reality politik atau mana yang terbaik bagi mereka.

Namun tradisi ini semakin berkurangan kerana mereka ditanamkan dengan sikap taasub kepada parti dan pemimpin PAS.

Kini Pilihan Raya Kecil Manik Urai bakal menjengah Kelantan. Maka bagaikan pesta akan disambut oleh kedua-dua parti Melayu iaitu UMNO dan PAS untuk mendapatkan kuasa.

Persoalanya apa yang pengundi akan dapat selepas semua jentera pilihan raya kecil Manik Urai pulang ke destinasi masing-masing. Adakah nasib pengundi akan dibela atau pembangunan ‘macam tu le’ (tidak berubah).

Senario kini yang diperolehi, pengundi Manik Urai yang terpaksa berdepan dengan belenggu masalah mahukan perubahan dan pembangunan di kawasan mereka.

Baru-baru ini sebuah media mendedahkan tentang rakan persekolahan Nik Aziz sendiri yang kecewa dengan pembangunan yang ada sekarang di Manik Urai.

Tidak mustahil pengundi Manik Urai akan menyesal sekali lagi dalam tempoh satu penggal lagi apabila tersalah memilih calon semasa membuang undi kelak.

Seperti mana biasa, janji-janji pilihan raya akan dijadikan kayu pengukur pengundi Manik Urai untuk memilih calon. Mampukah parti-parti yang bertanding memenuhi segala tuntutan pengundi?.

Kita sedia maklum bahawa PAS mengamalkan tradisi ceramah menabur air liur sahaja daripada menjanjikan keselesaan kepada rakyat.

Sepatutnya ia bukan lagi menjadi ukuran pengundi untuk memilih calon. Adakah lawak jenaka pembangkang dalam ceramahnya mampu menyelesaikan masalah rakyat.

Masalah tempatan yang dihadapi oleh penduduk memerlukan pembelaan seperti kemiskinan tegar, jalan rosak, jambatan runtuh, bekalan air dan elektrik dan sebagainya.

Mungkin agaknya YB sekarang tidak rasa ianya sebagai satu tanggungjawab kerana segala masalah tempatan diselesaikan oleh badan kerajaan dan Majlis Bandaran.

Wahai YB Pembangkang, jangan sekadar mahu berkuasa selepas itu goyang kaki sahaja. Tahukah YB banyak masalah tempatan telah menyebabkan bergaduh laki bini (suami isteri), kesulitan kanak-kanak ke sekolah, hasil perniagaan gagal dibawa keluar, banyak masa terbuang begitu sahaja dan rakyat terpaksa mengeluarkan kos hidup yang tinggi.

DUN Manik Urai akan menyaksikan dua buah parti politik popular ini akan mempertaruhkan calon masing-masing. Mungkin calon bebas akan turut bertanding sekaligus mewarnai perjalanan demokrasi yang subur di negara kita.

Bukan sahaja calon anak tempatan yang akan menjadi pilihan tetapi yang mempunyai sentuhan mesra yang dikagumi.

Latar belakang pendidikan, pengalaman juga diambil kira supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati pengundi.

Apa yang penting, sikap pengundi perlu lebih terbuka,berfikiran panjang tidak sempit, melihat ke hadapan untuk kemajuan Manik Urai dan berani berubah demi agama,bangsa dan Negara.

Berikan Manik Urai satu peluang untuk membangun seperti kawasan-kawasan lain di negara kita dan rakyat Manik Urai terlerai dari belenggu dan mengurai senyuman tanda kepuasan yang tidak memburaikan harapan.

Wednesday, June 17, 2009

Hujah : Adnan Dedah Realiti Politik Pembangkang

Pada 9 Jun jam 9.30 malam, Moderator Hujah TV9, Prof Agus telah menemukan dua tokoh politik luar Negeri Kelantan iaitu YAB Dato’ Seri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang dan YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam untuk membincangkan hala tuju politik Negeri Kelantan.

Dalam program Hujah yang disiarkan secara langsung itu, Dato’ Nan telah mendedahkan kelemahan dan kepincangan pentadbiran kerajaan pembangkang dan PAS. Antaranya :

i. Calon PAS yang tidak membuat apa-apa perubahan dari segi meningkatkan sosio ekonomi dan pembangunan tetapi boleh juga menang pilihan raya.

ii. Pembukaan Tesco dianggap satu kemajuan Negeri Kelantan tetapi siapa penguasaha besar Tesco?.

iii. PAS menjanjikan kesenangan selepas mati tetapi bukan semasa hidup.

(Kata Waris Pahang :

- Sudah ramai orang memperkatakan tentang Wakil rakyat pembangkang di Negeri Pahang kini tidak mampu memberi keselesaan kepada rakyat.

- Rakyat Negeri Pahang rasa tertipu kononya ramai pembangkang dalam sidang Dewan Undangan Negeri boleh menyuarakan masalah dan membela rakyat. Sebenarnya wakil rakyat BN telah memanfaatkan sepenuhnya sidang tersebut untuk membangkitkan permasalahan rakyat.

-Wakil rakyat pembangkang selepas menang pilihan raya dilihat bersenang lenang, kerja ronda-ronda sahaja, kerjanya berceramah, meletakan muka di banner-bannner dan muncul kalau ada bencana dan isu sahaja. Penduduk persoal di manakah wakil rakyat pembangkang menghilangkan diri sehingga tidak nampak 'batang hidung'.

-Rakyat semakin hari semakin tidak yakin dan hilang kepercayaan terhadap pembangkang di Negeri Pahang kerana tiada pembangunan yang dibawa oleh mereka.

-Pembangkang hanya suka memutarkan isu-isu yang berlegar dalam negara dan negeri sehingga mengaburi mata rakyat dan menutup kelemahan pembangkang.

-Wakil rakyat pembangkang hanya pandai menabur janji ’Negara Kebajikan’ di mulut sahaja tetapi tidak dapat menunaikannya.

-Pembangkang yang memenangi kerusi dalam PRU 12 yang lalu tidak akan dapat membuat apa-apa kerana banyak keputusan kerajaan masih dipegang oleh kerajaan BN.

-Rakyat Negeri Pahang perlu mengambil iktibar dengan kekalahan kerusi BN tahun 1999, tiada pembangunan yang dibawa oleh pembangkang.

-Rakyat Negeri Kelantan minta rakyat Negeri Pahang sedar bahawa semenjak PAS memerintah Kelantan, negeri tersebut terus mundur dan tiada peluang pekerjaan kerana pemimpin mereka sibuk berpolitik. Peniaga kelantan lah yang menyelamatkan ekonomi negeri kelantan kerana mereka suka berniaga.

-Pakatan Pembangkang yang menang kerusi DUN dan Parlimen di Pahang sangat lemah kerana mereka baru nak bermula dari ’A’ berbanding kerajaan BN yang telah mempunyai banyak pengalaman dan telah lama memerintah.

- Penyokong pembangkang di Negeri Pahang kini berasa kurang selesa bersama pembangkang kerana kecewa dengan perebutan jawatan dalam kepimpinan PAS dan PKR.

-Perjuangan parti mereka juga tersasar daripada memperjuangkan Islam akibat daripada menghalalkan cara untuk berkuasa dan cuba menawan hati pengundi bukan Melayu.
-Rakyat kini mahukan perpaduan kerana ianya dituntut oleh Islam. PAS adalah parti yang angkuh, tidak ikhlas dan rakus politik jika menolak Kerajaan Perpaduan.

-"Jangan tutup pintu rundingan untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan" kata Dato' Nan. Walaupun PAS pernah dikeluarkan dari BN pada tahun 1978 tetapi Dato' Nan mahu ianya dirunding semula. "Apa cara boleh runding semula untuk agama, bangsa dan negara" katanya).

Monday, June 15, 2009

Bila YB Rimba Masuk Parlimen

Memalukan Orang Perak Aje!
Tak Puas Derhaka Dengan Sultan
Kini Derhaka Di Dewan Rakyat Pula
Ini Bukan Pakaian Rasmi Dewan
Tak Reti Bahasa Ke! Degil Betul!
Hodoh Betul Aku Tengok Mamat Ni.

Nizar Dan Rakannya Pilih Bersidang Di Luar Dewan?.
Kenapa Tidak Bersidang Dibawah Pokok Aje?.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".

Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.

Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai). Sumber : Malaysiakini

Anwar Sokong Chin Peng

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mencari publisiti murahan apabila meminta kerajaan membenarkan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dibawa pulang ke negara ini.

Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani menegaskan, kenyataan itu juga mengguris hati lebih 200,000 keluarga bekas tentera yang selama ini berjuang demi membebaskan negara daripada ancaman komunis.

“Anwar sudah melampau dan perasaannya kini terang-terang sudah tidak cintakan lagi negara dan sengaja mencari publisiti murahan dengan kenyataan sedemikian.

“Bayangkan apa perasaan bekas anggota pertahanan negara yang mengetahui perkara ini, bukankah isu ini sudah selesai dan kita sudah mencapai kata sepakat tidak mahu membawa Chin Peng pulang,” katanya ketika dihubungi. Sumber : Mingguan Malaysia
(Kata Waris Pahang :
-Anwar secara terbuka menyokong pemimpin komunis, apakah kita hanya berdiam sahaja atau adakah kita tidak ada rasa sensitif di atas kenyataan Anwar ini.
-Di manakah semangat cintakan negara yang ada di dalam sanubari kita kalau kita terus berdiam diri.
-Bekas Polis dan Tentera yang menyokong pembangkang fikirlah berkali-kali, adalah menjadi sia-sia jika anda menyokong Anwar kerana beliau menyokong pemimpin komunis.
-Jika anda menyokong Anwar bererti kita menyokong komunis. Apa buktinya?. Buktinya Chin Peng pernah berkata bahawa beliau hanya meletakan senjata tetapi tidak meninggalkan fahaman/ediologi komunisnya.
-Sebab itu kerajaan tidak benarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Namun ada pihak yang anggap tindakan kerajaan ini tidak berperikemanusiaan apatah lagi Chin Peng telah tua (85 Tahun).
-Semasa Chin Peng cuba menjajah Malaysia suatu ketika dulu beliau melakukan kekejaman yang amat dahsyat tanpa rasa simpati, belas kasihan dan perikemanusiaan.
-Kerajaan Malaysia tidak dapat memenuhi tuntutanya kerana beliau masih berpengaruh dan mampu mengembangkan ediologi komunisnya.
-Anwar cuba mempengaruhi simpati masyarakat Cina terhadap Chin Peng. Tahukah anda orang Cina juga bencikan komunis suatu ketika dulu kerana mereka merampas barangan kedai seperti makanan dan peralatan untuk dijadikan bekalan di dalam hutan.
-Bukan itu sahaja mereka dipaksa mengangotai komunis, sekiranya tidak mengikut kehendaknya akan diseksa.
-Anwar melakukan apa sahaja untuk mendapat pengaruh dan memenuhi tuntutan hawa nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri. Komunis pun dia sanggup sokong, itulah Anwar.
-Janganlah kita menyokong beliau secara membuta tuli dan taasub. Fikir-fikir dan timbang-timbang lah dengan otak fikiran yang dikurniakan Allah).

Sunday, June 14, 2009

Anwar : Bakal Ahli Parlimen Penjara?

KUALA LUMPUR 12 Jun - Permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes liwat bekas pembantunya sebelum perbicaraan bermula, akan didengar oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 22 Jun ini.

Menurut peguam Sankaran Nair yang mewakili Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, permohonan tersebut akan didengar di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Pada Rabu lalu, Anwar memfailkan permohonan bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya pendakwa raya membekalkan semua dokumen dan barangan berkaitan kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 24, yang dihadapinya.

Perbicaraan kes liwat tersebut akan didengar oleh Hakim Mohamad Zabidin mulai 1 hingga 24 Julai ini.

Dalam permohonan itu, Anwar memohon pendakwa raya membekalkan keseluruhan kandungan pita rakaman litar tertutup (CCTV) di Kondominium Desa Damansara dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) yang diambil daripada mangsa serta beberapa barang di kondominium tersebut sebelum perbicaraan berlangsung.

Beliau juga memohon dibekalkan nota-nota ahli kimia, kenyataan-kenyataan saksi, senarai saksi yang akan dipanggil dan nota semua doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) serta Hospital Pusrawi yang memeriksa mangsa.

(Kata Waris Pahang :

-Rasanya belum pernah berlaku mahkamah bersidang sebelum perbicaraan dijalankan. Sungguh istimewa layanan yang diperolehi Anwar, kalau orang lain agaknya boleh blah lah!.

-Senjata yang dimiliki oleh Saiful untuk berperang dalam mahkamah turut diminta oleh Anwar. Carilah bahan-bahan sendiri untuk berdepan dengan Saiful.

-Nampaknya Anwar semakin gementar manakala Saiful sudah tidak sabar lagi. Daripada situasi ini pun kita sudah dapat agak siapa yang benar dan siapa yang bersalah.

-Yang paling lucu, Anwar mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi Anwar untuk menyediakan pembelaannya dengan secukupnya dan secara bernas.
-Kalau mahu carilah sendiri, selama ini buat apa?. Selama ini Anwar sibuk dengan Permatang Pauh, 16 September dan pilihan raya kecil. Sehingga rakyat terlupa dengan kes liwatnya.

-Ada ke patut Anwar minta kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan itu selesai. Anwar juga minta mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan beliau serta merta daripada tuduhan liwat atau prosiding kes liwatnya itu digantung selama lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah supaya membekalkan dokumen dokumen tersebut.
-Hakim dan mahkamah tidak sebodoh itu, tidak semudah itu untuk melepaskan orang yang disabitkan dengan kesalahan. Jika dibebaskan, persoalanya dimanakah 'keadilanya'.

-Barangkali ini adalah rancangan Anwar untuk melarikan diri sekiranya apa yang dihajati tidak dapat. Ada sumber mengatakan Anwar bercadang melarikan diri ke Amerika pada 25 Jun 2009 sebelum perbicaraan berlangsung pada 1 Julai 2009
-Saiful juga sepatutnya minta mahkamah tahan pasport antarabangsa Anwar sebelum dan sepanjang perbicaraan berlangsung supaya Anwar tidak melarikan diri seperti 'Raja Fitnah' : Raja Petra).

Friday, June 12, 2009

Hidupkan Semula DARA, LKWJ

Perasmian LKWJ oleh Sultan Pahang

Penduduk Negeri Pahang amat kecewa dengan pembubaran Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (Dara) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) sejak tahun 1990.

Apakah dosa LKWJ dan Dara dibubarkan sedangkan agensi-agensi seumpama itu di negeri lain seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) di Kelantan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) dikekalkan.

Pembubaran Dara dan LKWJ menyebabkan :
i. Pembangunan kawasan tersebut terabai.
ii. Pelbagai projek pembangunan sosial dan ekonomi setempat kurang diberi perhatian.
iii. Perancangan kemajuan bandar yang dirancang sekitar tahun 1980-an terbantut.
iv. Bandar yang sediada kelihatan tidak terurus dan ceria berbanding semasa LKWJ masih wujud.

(Kata Waris Pahang :

- Diharap Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang meneruskan legasi Tun Abdul Razak mewujudkan semula DARA dan LKWJ supaya pembangunan terurus dan rakyat mendapat pembelaan.

- 1Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan).

Thursday, June 11, 2009

Ismail Sabri Umum Nama Baru KPDNHEP

YB. Dato’ Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna telah mengumumkan nama baru KPDN&HEP kepada nama baru iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Koperasi Bela Rakyat (KOBERA) Negeri Pahang di Audotorium Jabatan Penyiaran Negeri Pahang.

Beliau turut mengumumkan sebuah Universiti Koperasi akan ditubuhkan di Negeri Pahang.

Menurut beliau, ”KOBERA ditubuhkan untuk membantu golongan miskin tegar, masyarakat yang memerlukan seperti OKU dan ibu tunggal.

Penubuhan KOBERA juga dapat membuka peluang pekerjaan dan perkhidmatan secara struktur dan terancang. Pemantauan akan mudah dijalankan dan memastikan matlamatnya tercapai” katanya.

Beliau berharap bantuan kerajaan dapat sampai ke golongan sasaran iaitu golongan miskin dengan penubuhan KOBERA ini.

Beliau turut mengutarakan beberapa strategi supaya sesebuah koperasi berjaya seperti :
i. Mewujudkan ’Contract Farming’ iaitu pelanggan yang bersetuju untuk membeli hasil jualan supaya koperasi tidak rugi.
ii. Koperasi perlu diurus oleh orang yang benar-benar mahir dalam perniagaan.
iii. Suruhanjaya Koperasi Malaysia akan melantik pengurus yang dibayar gaji sepenuhnya oleh SKM dan akan berkhidmat selama enam bulan kepada sesebuah koperasi.
iv. Melantik koperasi yang akan menguruskan dalam sektor pemborongan.
v. Mewujudkan koperasi besar yang akan menjadi pemborong atau orang tengah kepada koperasi kecil.

Menurut beliau lagi kerajaan mensasarkan pada tahun 2012, pendapatan KNK meningkat 5% dan pendapatan koperasi 10 billion.

Kerajaan juga mensasarkan pada tahun 2012, jumlah ahli koperasi meningkat kepada 8 juta orang berbanding sekarang 6.5 juta orang.

Beliau turut berkata jumlah besar ahli koperasi boleh membantu kerajaan mengawal kenaikan harga barangan contoh kenaikan harga ayam, apabila semua ahli koperasi boikot kenaikan harga ayam sehari maka ayam tidak laku menyebabkan harga ayam diturunkan ke harga yang asal.

Harapan beliau sebelum mengakhiri ucapannya, beliau berharap koperasi dapat bersama meningkatkan pasaran negara dan golongan miskin mendapat pembelaan yang sewajarnya.

(Kata Waris Pahang :

- Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS berkata dalam satu kuliah maghrib di Surau Taman Desa Jaya yang bertajuk Tanda-Tanda hari Kiamat pada 09/06/2009 bahawa ” selagi ada orang miskin dalam negara selagi itu kerajaan berdosa kerana tidak bela rakyat”.

- Persoalannya sejauh mana kerajaan/ ADUN PAS membela nasib rakyat, ramai yang berkata PAS hanya banyak berceramah sahaja.

- Adakah dengan berceramah dapat menyelesaikan masalah rakyat. Rakyat sudah bijak dan tidak mudah tertipu lagi dengan kata-kata yang menyemburkan air liur sahaja tanpa berusaha menyelesaikan dan membela nasib rakyat yang memerlukan bantuan.

- Terima kasih kepada Kerajaan yang sentiasa membantu dan berusaha sedaya upaya untuk membela nasib rakyat. Penubuhan koperasi ini diharap dapat membela nasib rakyat.

- Slogan ’Negara Kebajikan’ yang dilaungkan semasa PRU 12 yang lalu hanya tinggal slogan sahaja sebaliknya rakyat yang mengeluarkan wang saku untuk membantu PAS.

- Apa kata semasa ceramah PAS yang mengutarakan isu nasional atau isu negeri yang tiada kaitan dengan isu permasalahan tempatan, kita bangun boikot dan beredar kerana esok lusa mereka akan berceramah lagi. Persoalanya selepas penceramah beredar adakah masalah kita akan selesai).

Karpal : PAS Mesti Bertaubat!

Karpal gesa Pas nilai semula kedudukannya

Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh (gambar) hari ini meminta Pas menilai semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang berikutan hasrat parti itu untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO.

Menyatakan kesabaran parti itu ada hadnya, Karpal berkata, Pas tidak sepatutnya meneruskan agendanya itu yang akan menjejaskan lagi pakatan pembangkang.

Hasrat Pas untuk mengadakan perbincangan perpaduan dengan UMNO merupakan penentangan serius terhadap keikhlasan yang diharapkan daripada Pas sebagai komponen pakatan pembangkang, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Karpal berkata, Pas sepatutnya sedar bahawa ia bukan parti dominan dalam pakatan pembangkang kerana hanya mempunyai 24 kerusi di Parlimen berbanding dengan 28 kerusi yang dipegang DAP dan 31 kerusi oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sumber : Utusan Malaysia
(Kata Waris Pahang :
-Umpama orang meminang, sudah ditolak tetapi mahu juga. Itulah ungkapan yang sesuai diberikan kepada PAS.
-PAS setia dengan DAP tetapi ditolak kerana berhasrat mewujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO dan mendirikan Negara Islam.
-UMNO pula sedia berunding dengan PAS untuk membentuk Kerajaan Perpaduan demi Perpaduan Ummah dan Negara.
-Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mengulangi pendirian peribadinya untuk terus menolak cadangan mengadakan sebarang rundingan atau menubuhkan kerajaan perpaduan bersama UMNO.
-Barangkali baginya bekerja dengan orang kafir lebih baik daripada bekerja dengan UMNO. Ini menunjukan PAS bergantung harap kepada DAP daripada bekerjasama dengan UMNO.
-Umat Islam sekarang keliru apabila seorang ulama menolak perpaduan yang digalakan oleh Islam sehingga ada yang mengatakan "Nik Aziz Islam Jenis Ape".
-Semoga Allah merahmati kamu, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang).

Saturday, June 6, 2009

Benarkah LPT (Lebuh Raya Pantai Timur) Berhantu?.

Peristiwa 1

Seorang pegawai imegresen mati rentung apabila kenderaan pacuan empat roda, Pajero merempuh sebuah treler sebelum terbakar di Kilometer 183.6, Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Manakala rakanya berjaya diselamatkan.

Peristiwa 2

Tiga rakyat Indonesia maut manakala 11 lagi cedera termasuk lapan parah apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) yang mereka naiki terbabas dan terbalik sebelum dirempuh sebuah kereta lain di km128.1 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT).

(Kata Waris Pahang :

- Sehingga kini tiada orang dapat mengesahkan ada hantu di LPT. Banyak cerita-cerita yang disampaikan tetapi tidak menggambarkan wujudnya hantu yang menjadi punca kemalangan di lebuhraya itu.


- Seorang pengguna LPT menceritakan pandangan mata beliau tiba-tiba gelap gelita apabila sampai di KM 200 menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas.

- Seorang pengguna LPT pula menceritakan kemalangan maut kerap kali berlaku berhampiran dengan Maran di KM yang sama.

- Namun kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca dari kecuaian manusia seperti tertidur semasa memandu, kenderaan dipandu laju, kenderaan tidak diservis atau diselenggara dengan baik.

- Secara ringkasnya pengguna LPT tidak merancang perjalanan dengan baik sebelum bertolak ke destinasi yang dituju.

- Ada juga orang yang tidak puashati dengan kualiti LPT kerana jalannya tidak rata, jalannya sering dibaiki dan binatang ternakan didapati berkeliaran.

- Manakala pengguna R&R pula tidak puashati kerana tiada kemudahan mesin ATM, tiada taman permainan kanak-kanak dan taman rekreasi.

- Pengguna sebenarnya boleh beristirehat di taman rekreasi, air terjun, taman haiwan dan pekan sehari di kawasan yang berhampiran dengan lebuhraya.

- Pengguna juga boleh merasai ikan patin, ayam kampong dan kuih tradisional.

- Namun pengguna tidak mengetahuinya kerana tidak ada promosi perlancungan di persimpangan keluar LPT.

- Promosi perlancongan di kawasan yang strategik berhampiran dengan LPT sebenarnya boleh meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan.

- Papan iklan promosi kawasan perlancongan dan makanan yang menarik juga dapat mengurangkan kebosanan pengguna LPT.

- Pengguna LPT sering terleka dan terlena kerana jalanya didapati sama sahaja dari Lebuhraya Karak hingga Kuantan.

- Kebosanan pengguna di LPT perlu diberi perhatian supaya dapat mengurangkan kemalangan di LPT.

- Selamat Cuti-Cuti Malaysia. Selamat Pandu Dengan Cermat Dan Ingatlah Orang Yang Tersayang).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP