Sunday, July 31, 2011

PMRAM telah diharamkan di Mesir?

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir adalah satu persatuan yang telah lama sejak sebelum merdeka lagi... perjuangan dan pengorbanan Ahli PMRAM ini sangat dihargai dan jasanya sudah semesti dikenang sampai bila2.. TAPI !!! itu dulu...

Perjuangan PMRAM hari ini semakin lama semakin hanyut dibuai mimpi indah gara-gara sebilangan besar ahlinya terlalu ekstrem menceburi POLITIK MALAYSIA... Penentangan kepada kerajaan sudah menjadi perkara yang sinonim dengan perbuatan dikalangan ahli-ahli mereka ini... sepatutnya mereka di sini belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dengan lebih cemerlang... dan sepatutnya mereka lebih berasa bangga kerana mereka kebanyakannya merupakan mahasiswa pengajian islam di univesiti al ahzar...

Sejak perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan di dataran hayyur assir(penempatan rumah negeri terengganu) pelbagai peristiwa yang berlaku dikalangan mahasiswa dan juga kepada pegawai kedutaan besar malaysia dan Pegawai HEP negeri-negeri yang ada disini...

Pembuangan Firdauz(presiden SUARA) yang merupakan pelajar darul ifta menjadi isu pertama paling hangat sejak BERSIH 2.0 dilakukan oleh mereka... firdauz merupakan pelajar tahun akhir di darul ifta. semasa "meeting" di kedutaan besar malaysia bersama dato duta, beliau telah menceritakan beberapa perkara yang sebenarnya telah berlaku... DARUL IFTA adalah satu univesiti yang melahirkan MUFTI2 agama... Univesiti darul ifta ini tidak sewenangnya untuk membuang pelajar dari pengajian kerana iainya dibawah mufti MESIR... pihak kedutaan hanya memberikan penjelasan kepada pihak DARUL IFTA di atas penglibatan pelajar berkenaan di dalam perhimpunan BERSIH 2.0 yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan negera mesir...

Perkara ini telah dibesar-besarkan oleh HARAKAH di malaysia dengan memainkan isu "bakal mufti di buang atas arahan Kedutaan malaysia di kaherah" ... perkara ini adalah satu fitnah jahat yang dilakukan oleh HARAKAH... kerana pembuangan pelajar berkenaan bukanlah arahan daripada KEDUTAAN tetapi adalah arahan dari MUFTI MESIR sendiri... kerana mufti mesir juga melarang sama sekali perhimpunan atau demontrasi dilakukan oleh pelajar bagi menentang kerajaan..

Sejak kejadian tersebut, ahli2 PMRAM dan beberapa persatuan negeri telah membuat sholat dan doa laknat kepada kesemua pegawai kedutaan di kaherah bertempat di hayyur assir... semasa kedatangan menteri di pejabat perdana menteri dato jamil khir melakukan kerja di kaherah, pelajar2 ini sekali lagi membuat demontrasi untuk menyerahkan memorendum kepada beliau.( masa ini dilakukan di rumah Wilayah Persekutuan) perkara ini sungguh menjelikkan kerana mereka tidak menghormati kedatangan MENTERI di bumi kaherah...

perkara ini telah dipanjangkan ke pihak univesiti kaherah untuk diberikan maklumat...Syeikh Al-Azhar telah membuat satu perjumpaan dengan semua ketua2 pertubuhan dan persatuan negeri dipejabatnya di al azhar... amat menduka citakan bahawa, Syeikh Al Azhar telah menerima satu surat rasmi daripada wakil mahasiswa yang ditandatangani oleh PRESIDEN PMRAM menyatakan mereka tidak perlu hadir dengan 3 perkara...( surat berkenaan ada dalam simpanan saya. dan saya akan mengeluarkan sekiranya saya dituduh memfitnah atas perkara ini) ... inilah perkara yang paling membuatkan orang no 1 al azhar berang dan terus berkata " saya mahu ketua persatuan yg tidak menghadiri pertemuan ini di buang dari pengajian termasuk yang mentandatangani surat ini(Pres PMRAM). -klip video juga ada pada simpanan pegawai EME-

Syeikh Al Azhar telah mengarahkan sendiri pihak kedutaan besar malaysia untuk menyerahkan nama-nama yang terlibat di dalam perhimpunan BERSIH 2.0 bagi diambil tindakkan untuk dibuang dari pengajian... perkara ini di minta sendiri oleh Syeikh Al Azhar dan bukannya dari pihak kedutaan.. disaksikan sendiri oleh 9 wakil pelajar yang hadir dipejabatnya termasuk wakil KELAB UMNO KAHERAH, IMAM (melaka) , N9 dan juga persatuan anak Sabah dan Kelantan. dan beberapa ayat lagi keluar daripada Syeikh Al Azhar iaitu " PMRAM harus diharamkan" dan " Sesiapa yang terlibat dengan persatuan PMRAM juga akan dibuang dari pengajian" ...

saya tidak pandai membuat ayat untuk di baca... tetapi saya hanya mengeluarkan ayat setelah saya lalui dan apa yang lahir dari hati... bukan mahu memburukkan keadaan tetapi inilah kebenaran yang sebenarnya...

(Sumber : Wan Motor)

Tuesday, July 19, 2011

Blogger diperintah bayar ganti rugi RM300,000 kepada Rais Yatim


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini memerintahkan blogger Amizudin Ahmat membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana menerbitkan perkataan fitnah terhadap menteri terbabit.

Pada 31 Januari lalu, Rais memfailkan saman terhadap Amizudin, 42, yang juga anggota jawatankuasa sayap Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), berhubung artikel yang diterbitkan dalam blog Amizudin, sharpshooterblogger.blogspot.com berserta gambar Rais, pada atau sekitar 28 Disember tahun lalu.Rais, 69, dalam pernyataan tuntutannya berkata seluruh artikel dalam bahasa Melayu itu berniat jahat memfitnahnya dan perkataan dalam artikel bermaksud dan/atau difahamkan membawa maksud yang beliau bersalah melakukan kesalahan serius iaitu merogol dan mampu membunuh pembantu rumahnya dari Indonesia.

Rais yang juga Ahli Parlimen Jelebu menafikan tuduhan itu selepas penulis blog menamakannya.

Susulan itu, seorang wanita yang pernah bekerja sebagai pembantu rumah selama lapan tahun dengan Rais dilaporkan oleh portal berita Indonesia menafikan yang dirinya diberi layanan buruk atau dirogol majikannya.

Sumber : Berita Harian

Monday, July 4, 2011

Blogger Hina Tuanku Sultan Pahang


(Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan rakyat di negeri Pahang supaya tidak menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Baginda bertitah, perhimpunan itu membawa banyak keburukan daripada kebaikan dan tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat “Sebaliknya ia akan menyusahkan rakyat yang selama ini menjalani kehidupan aman dan tenteram. “Saya merayu kepada rakyat jelata supaya tidak campur tangan dalam hal Bersih ini. Bersih atau kotor ia demonstrasi yang sememangnya tidak bersih,” titah baginda)

Susulan daripada Titah Sultan Pahang yang menyeru "Perhimpunan Haram ditentang habis-habisan". Blogger pembangkang mula pertikai dan menghina KDYMM Tuanku Sultan Pahang.

Blogger pembangkang dengan angkuhnya telah menghina Tuanku Sultan Pahang kerana titah baginda yang menasihatkan agar rakyat Pahang tidak melibatkan diri di dalam demonstrasi jalanan haram.

Kita tengoklah nanti siapa pemimpin dan rakyat Pahang yang derhaka dengan Titah Tuanku Sultan. Mereka yang menghuru harakan negara elok dibuang negeri sahaja.

Paling kurang ajar dan biadap apabila ada beberapa komen melampau oleh anonymous terhadap Tuanku Sultan Pahang. Mereka sengaja nak provok supaya kita bertindak balas!!

Tuanku Sultan Pahang sudah berani mereka sentuh dan hina...Mungkin ini merupakan satu lagi kejayaan ambiga,anwar dan PR untuk mendaki tangga menjadikan negara kita sebagai negara republik bertuankan Presiden.

Kita cukup hairan kerana AMBIGA dan ANWAR mereka hilang hormat sesama agama dan bangsa malah mereka cabar undang-undang dan perlekeh Tuanku Sultan Pahang.

Mari kita rakyat Pahang buat laporan polis terhadap blogger yang biadap dan kurang ajar supaya pihak berkuasa dapat mengambil tindakan mengikut undang-undang terhadap mereka yang menghina Tuanku Sultan Pahang.

YANG DIPERTUAN AGONG dan Tuanku Sultan Pahang telah mengeluar titah demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan. Kita harap pihak berkuasa tidak memberi muka dan tangkap sahaja mereka yang masih berdegil kerana pintu rundingan sudah berakhir.

Tuesday, June 21, 2011

Perhimpunan Kotor (1) : Gerakan Kotor Pemimpin Kotor


Kumpulan ber-SHIT telah menolak cadangan SPR untuk mengadakan sesi rundingan.Ini bermakna mereka akan terus mengadakan himpunan haram walaupun telah mendapat amaran keras dari pihak berkuasa.

SPR pula telah membuka pintu rundingan seluas-luasnya namun mereka kata pintu rundingan telah ditutup. Ini bermakna mereka mempunyai niat jahat tersembunyi disebalik perhimpunan haram tersebut bertujuan memuaskan nafsu politik pihak tertentu.

Kalaulah pegundian dibuat tidak telus dan adil, mana mungkin Pihak Pembangkang boleh memenangi beberapa buah negeri. Tuduhan pilihanraya yang tidak bersih ini hanya tuduhan konspirasi parti pembangkang semata-mata yang tidak ada asas langusng.

Kita cabar pemimpin Pembangkang untuk meletakkan jawatan sekiranya pilihanraya diadakan sebelum ini tidak bersih. Ada berani ke?. Tahukah ANUwar selagi mana beliau mahu menutup kesnya selagi itulah rakyat mahu tahu kisah benar kesnya. Lakukanlah apa cara sekalipun maka beliau tidak mampu mengalih perhatian rakyat terhadap isu diri beliau yang melakukan perbuatan kotor dan keji.

Setakat ini ANUwar berjaya 'memperkudakan' AMBIGA dalam mengatur gerakan KOTOR untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kes liwat dan video seksnya. Inilah taktik pemimpin kotor yang menggelar diri mereka bersih. Jangan kita menjadi bodoh dan bangang menjadi 'hamba' yang diremote controlkan oleh ANUwar untuk hadir ke perhimpunan KOTOR tersebut.

Thursday, April 21, 2011

Rozita VS MRSM


Artis jelita yang meletup-letup di persada hiburan, Ms. Rozita Che Wan kita ni nampaknya marah sungguh dengan MRSM Kuantan. Tiba-tiba aja nama MRSM Kuantan melonjak ke nombor 1 carta Sekolah Paling Ganas di Malaysia. Bermula dengan luahan perasaan kat dalam Pancaindera sehinggalah merebak-rebak ke blog-blog serata ruang maya, cerita anak Cik Rozita yang manis lemak berkrim ni, meletup-letup diperkatakan. Radio Era dan Hot FM pun tolong jugak quote cerita ini untuk mengisi slot pagi masing-masing. Maklumlah lebih hangat dari biasa katakan.... Tak ramai anak artis masuk MRSM kannn.... Habis tu kalau time ni tak diwar-warkan nanti orang tak tau lah plak anak kita pun pandai gak macam anak org.


Berikut ialah cerita versi Cik Rozita yang telah diquote oleh sebuah portal hiburan di internet:

Kita baca dulu apa Cik Rozita nak kata yer...

Gejala buli di asrama atau di sekolah sekarang dilihat pada tahap yang sangat membimbangkan. Baru2 ini anak kepada Rozita Che Wan telah menjadi mangsa buli di asrama tempatnya belajar.

Ammar Effendy, 15 tahun,yang merupakan anak sulung kepada Rozita, telah dilaporkan menjadi mangsa buli kepada pelajar Tingkatan Lima,Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Kuantan,Pahang,
“Saya tak faham kenapa budak-budak sekarang semakin jahat. Nasib baik saya ‘shooting’ ketika itu dan bekas suami yang pergi ambil anak-anak saya. Jika saya yang pergi, memang dengan mak bapa mereka saya marah,” jelas Rozita dengan nada kesal.

“Anak saya telefon saya sambil menangis beritahu dia kena buli di asrama. Dia beritahu saya, dia kena tumbuk di telinga dan dada oleh pelajar Tingkatan 5 di situ. Difahamkan, puncanya gara-gara buku yang dipinjamkan.

“Mujur apabila buat pemeriksaan X-Ray, tidak ada apa-apa yang teruk berlaku. Sejak Tingkatan 1 dia masuk, ini kali pertama dia kena macam ni. Pening saya dengan perangai budak-budak sekolah sekarang,”ujarnya dengan sedikit keluhan.

“Kita sudah buat laporan polis. Apa yang saya tahu, budak tu sekarang kena gantung persekolahan selama dua bulan.”
Ekoran dari insiden yang berlaku ,Rozita Che Wan telah mengambil keputusan untuk memindahkan anaknya kesekolah yang lain.

“Saya agak terkilan sebab dari Tingkatan 1 lagi saya nak anak-anak saya masuk MRSM. Tapi bila dah dapat masuk, ini jadinya. Bukan setakat Ammar saja, adiknya Aniq Ezzra yang belajar di sekolah sama juga kami terpaksa pindahkan ke sekolah lain.

“Bekas suami cakap, takut jadi apa-apa pada mereka, baik pindahkan mereka saja. Kiranya sudah sebulan jugalah mereka dah tak belajar di MRSM. Sekarang ini, mereka belajar di sebuah sekolah di Subang,” ujar Rozita yang agak terkilan tetapi bersyukur anaknya ada di depan mata.

FAKTA TERPESONG

Beberapa fakta nampaknya telah tidak dilaporkan secara tepat. Samada secara sengaja atau tidak, wallahuallam. Tuan punya cerita jer yang tahu. So, since Cik Rozita berbulu mata lentik ni dah menghebahkan cerita yang tak benar, tak patut lah pulak jika fakta sebenar tidak dijelaskan.

Pertama: Apa yang berlaku pada si Ammar ni bukanlah kes "buli" sebagaimana yang diistilahkan oleh Cik Rozita. Perkataan "buli", mengikut takrifan yang digunapakai dan diterima oleh masyarakat membawa maksud :- perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain

Pelajar yang dikatakan "membuli" Ammar Effendi putera sulung kesayangan CIk Rozita ini, jika diukur dari apa segi sekalipun tidak superior ataupun lebih gagah perkasa dari Ammar. Bapanya hanyalah seorang anggota polis berpangkat biasa dengan pendapatan mungkin tidak sampai 1/20 dari pendapatan ibubapa Ammar iaitu seorang pilot dan seorang bintang bergemerlapan di persada hiburan tanahair. Dari segi populariti pun, pelajar ini (yang terpaksa dirahsiakan namanya di sini), langsung tidak dikenali dan hanya seorang pelajar biasa berprofil rendah. Tidak tertanding dengan si Ammar Effendi. Dari segi fizikalpun, dia lebih kecil dan lebih rendah body-built dan heightnya. Perbauatan yang dikatakan membuli itupun bukanlah perbuatan yang dilakukan berterusan dan berulang kali. Ianya hanyalah satu insiden "touch-and-go" yang disebabkan oleh perasaan marah tidak terkawal. Jadi, secara takrifannya, ianya bukanlah merupakan insiden "buli" sebagaimana yang difahami oleh umum.

Kedua - pelajar ini bukanlah pelajar Tingkatan 5 sebagaimana yang didakwa. Pelajar tersebut merupakan pelajar Tingkatan 3 yang sebaya dengan Ammar Effendi. Tidak timbul soal peajar lebih senior "membuli" pelajar junior. Ianya merupakan pergaduhan biasa antara rakan sebaya yang tidak berjaya mengawal emosi.

Ketiga: - Apa yang berlaku sebenarnya memang ada kaitan dengan buku yang dipinjam daripada pelajar Tingkatan 5. Tetapi tiada campurtangan pelajar Tingkatan 5 dalam insiden pergaduhan itu. Apa yang berlaku ialah Ammar Effendi telah membuat provokasi lisan kepada pelajar yang memukulnya itu di Bangunan Akademik di hadapan pelajar-pelajar lain. Provokasi biasa sebenarnya, di mana dia telah mengejek pelajar tersebut dengan ayat seperti "Ha.. nak nangis lah tu... nak nangis lah tu..." Mungkin kerana ejekan itu dilakukan di hadapan pelajar-pelajar perempuan yang join mentertawakannya, pelajar tersebut berasa tercabar dan mengajak Ammar ke biliknya untuk settle kan hal itu. Ammar ni pun dengan lurusnya pergilah ke bilik pelajar tersebut. Di situlah berlaku insiden dia ditumbuk di bahagian dada/perut dan telinga. Ammar tidak membalas langsung,

Keempat: Pelajar yang memukul Ammar telah dihadapkan ke Jemaah Disiplin mengikut prosedur biasa kesalahan disiplin di MRSM. Dia telah mengaku melakukan perbuatan tersebut dan dihukum gantung persekolahan selama dua minggu, dan bukannya dua bulan.

Kelima: - Rozita mendakwa mereka juga telah mengeluarkan seorang lagi anak mereka dari MRSM yang sama. Samada Rozita tidak tahu di mana anaknya bersekolah atau memang dia sengaja nak mensensasikan cerita, wallahuallam. Tapi anaknya yang bernama Aniq Ezzra itu tidak bersekolah di MRSM Kuantan. Cuma pada awal-awal tahun dulu, ada juga terdengar yang dia nak merayu supaya anaknya dapat diterima masuk ke MRSM Kuantan jugak. Tak pastilah pulak samada anak keduanya itu berjaya mendapat tawaran MRSM atau tidak.

So, eloklah anakanda tercinta Cik Rozita ni bersekolah di sekolah di Subang tu. Lebih elok kalau dapat masukkan ke sekolah elit swasta di mana-mana. Leave MRSM to those kids from underprivileged families jer lah... MRSM diwujudkan untuk membantu anak-anak bumiputera dari golongan berpendapatan rendah luar bandar dan orang-orang biasa rakyat marhaen jer yang boleh menerima adat hidup sebagaimana orang-orang biasa....

Saturday, February 12, 2011

ADUN Kerdau Meninggal Dunia....Alfatihah...


Adun BN Kerdau, Datuk Zaharudin Abu Kassim telah pulang ke rahmatullah setelah terjatuh dalam bilik air di rumahnya di Temerloh pada jam 6.30 petang. Jenazah akan dikebumikan pagi esok. Al Fatihah....

Wednesday, February 9, 2011

PAS Ternganga Saksi Misi Menyelamat



Sebanyak RM50 juta dibelanjakan untuk seluruh Misi Menyelamat membawa pulang seramai11,000 orang rakyat Malaysia di Mesir. Mana ada kerajaan negara lain yang membuat operasi besar-besaran seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia.

Adalah sangat mendukacitakan ketika kerajaan sibuk bertungkus lumus memindahkan pelajar di Mesir yang berkemungkinan kebanyakannya adalah anak-anak orang PAS, mereka sibuk pula berpolitik dan memperlekehkan usaha murni kerajaan ini.

Pada mulanya mereka kata kerajaan lambat bertindak, tahukah mereka bukan senang kita mahu memindahkan 11,000 orang dalam masa yang singkat. Apatah lagi kita perlu kebenaran khas dari Kerajaan Mesir dan Arab Saudi untuk laksanakan misi menyelamat ini.

Kemudian mereka memperlekehkan kerajaan apabila bercadang memindahkan rakyat Malaysia dengan kapal laut TUDM, mereka kata kerajaan terlalu berkira sangat kos dan kenapa tidak pindah semuanya dengan kapal terbang sahaja?. Tahukah mereka bukan senang memindahkan pelajar seramai 11,000 orang, kita terpaksa melakukan apa sahaja usaha asalkan pelajar selamat meninggalkan bumi Mesir yang sedang bergolak dengan segera.

Kemudian mereka membuat cerita pula kononnya perjalanan pulang dari Jeddah ke Malaysia ditanggung sendiri oleh pelajar menyebabkan ada pelajar yang mempunyai masalah kewangan enggan pulang ke Malaysia. Kerajaan terpaksa memberi penjelasan bahawa semua kos perjalanan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.

Barangkali masih ada lagi rakyat Malaysia di Airport Cairo Egypt yang menunggu bilakah kapal terbang akan sampai mendarat di Mesir. Tapi mereka bukan tunggu kapal terbang MAS atau Air Asia sebaliknya tunggu kapal terbang Pas Air Ways (PAW). Malangnya kapal terbang tersebut tak kunjung tiba.

Dalam masa kerajaan sibuk menjalankan misi menyelamat, mereka pula sibuk mengadakan demontrasi di Kedutaan Amerika, mahu mengalihkan tumpuan masyarakat lah kononnya tu tetapi mereka mendapat cemuhan pula dari masyarakat kerana 'melalak bodoh' mencampuri urusan negara orang minta Hosni Mubarak letak jawatan.

Bersyukurlah kepada Ilahi kerana Operasi Menyelamat ini berjaya dan Malaysia masih kekal aman damai. Janganlah pula kita mahu menghuru-harakan negara kita.

Tuesday, February 8, 2011

10 Sebab PAS Tidak Layak Ganti UMNO


PAS sedang ghairah menjalankan kempen Pas Ganti UMNO di serata tempat di Pahang dan negeri-negeri lain. Sila copy dan sebarkan.

10 Sebab PAS Tidak Layak Ganti UMNO
1. PAS bukan sebuah parti yang kuat dalam pakatan pembangkang. Kelemahan PAS bertambah apabila tertubuhnya PKR yang tidak dapat menerima perjuangan ‘ala PAS’.

2. PAS tidak kuat kerana tidak menjadi ‘tulang belakang’ kepada pakatan pembangkang . Kadang-kadang PAS umpama ‘melukut di tepi gantang’, itulah yang dialami oleh Dr. Hasan Ali.

3. PAS hanya parti ‘pak turut’ dan ‘kuda tunggangan’ yang tunduk kepada desakan DAP dan PKR. Sampai bila PAS mahu menjadi ‘parti lampin pakai buang’ atau bila diperlukan sahaja.

4. PAS tidak mampu bergerak sendiri dan bergantung kepada ‘bantuan talian hayat’ PKR dan DAP. Sebab itu PAS bergerak bersama-sama PKR dan DAP dalam apa program Pakatan Pembangkang.

5. Peranan PAS tidak sehebat DAP dan PKR yang pandai mengambil kesempatan di atas gelap mata (kealpaan) PAS yang sedang 'beseronok digula-gulakan' oleh DAP dan PKR.

6. PAS gagal menonjolkan dirinya sebagai sebuah parti yang mendukung prinsip Islam. PAS lebih gemar merujuk dan meminta perlindungan daripada DAP sekiranya menghadapi masalah.

7. Karpal (DAP) walaupun pernah berkata akan pertimbangkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam namun kenyataan ini meragukan kerana beliau pernah berkata langkah mayatnya terlebih dahulu jika mahu menubuhkan Negara Islam. PAS ditipu hidup-hidup oleh Karpal (DAP) semata-mata mahu mencapai cita-cita parti DAP.

8. PAS gagal menjadi sebuah parti yang melindungi orang Melayu. PAS hanya banyak memperjuangkan parti dari nasib orang Melayu. Kadang-kadang PAS bersuara setelah tersepit dengan isu yang mencengkam partinya tetapi PAS masih gagal memenangi hati orang Melayu.

9. Islam di kalangan pemimpin PAS hanya ‘comel’ luaran sahaja tetapi dari segi akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan sedemikian. Pemimpin PAS dikenali dengan kuat emosi, tidak berhemah dan suka maki hamun. Lebih teruk lagi PAS suka mengutuk dan menghina rakan seagama yang tidak sefahaman dengannya.

10. PAS ibarat 'melacur kedaulatan Islam' dan musuh Negara Islam kerana sedaya upaya merompak kuasa politik Islam di Malaysia. Malahan PAS menjalin 'kerjasama haram' dengan DAP secara terang-terangan bertentangan hukum Islam.

Tuesday, February 1, 2011

PRK Tenang : Siapa Ketawa Dia Yang Lucah!!!


Hmmmm.....Baca boleh ketawa jangan, siapa yang ketawa dia lah yang lucah...

Monday, January 31, 2011

Pahang Daily Online Pohon Maaf Secara Terbuka Kepada Saiful Bukhari


Cucu Mat Kilau : Dulu cium muka Anwar, sekarang mahu ludah…???

AIDCNews – 31/01/11 – Pahang Daily Online (PDO) memohon maaf secara terbuka kepada Mohd Saiful Bukhari Azlan, kerana pernah menyiarkan enam artikel fitnah ke atas saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dua tahun lalu.

Permohonan maaf itu dibuat dalam posting terbaru PDO hari ini bertajuk “Pahang Daily Online (PDO) Memohon Maaf Secara Terbuka Serta Tarik Balik Penyiaran Enam Artikel Kontroversi Mohd Saiful Bukhari Dua Tahun Lalu”,klik di sini

Enam artikel berkenaan yang disiarkan selepas Saiful membuat akuan sumpah laknatnya di Masjid Wilayah Persekutuan berhubung dakwaan diliwat telah menyebabkan beliau membuat laporan polis pada 3 Mac 2009 dan kemudiannya tindakan saman terhadap blog ini pada 23 April 2009 terhadap laman tersebut.

Saiful berkata, dia mengambil langkah itu memandangkan penulis laman blog terbabit terus memfitnahnya dengan menyiarkan artikel-artikel yang menuduh dirinya terlantar sakit tenat ekoran sumpah laknat yang dibuatnya tahun lalu, walhal tulisan-tulisan itu hanya fitnah semata-mata. Klik di sini

Ekoran laporan tersebut, blogger Cucumatkilau (CMK) atau nama sebenarnya Mohd. Shukri Mohd Ramli yang merupakan Eksklusif Editor PDO telah ditahan dan disoal siasat oleh pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

“Selepas lebih dua tahun artikel itu disiarkan, maka pada hari ini 31 Jan 2011 Pahang Daily Online (PDO) secara rasminya ingin mengumumkan penarikan balik enam artikel berkenaan.

“Selepas lebih dua tahun menghantar krew kami untuk menyiasat kesahihan artikel tentang penyakit misteri Saiful berkenaan, ternyata laporan tersebut adalah tidak benar sama sekali.

“Malah, melalui beberapa orang saudara mara dan sahabat terdekat Saiful yang ditemui ternyata laporan tentang penyakit misteri beliau yang disiarkan di laman blog ini dua tahun lepas adalah tidak benar sama sekali“, kata editor blog PDO.

Blog itu juga memohon maaf secara terbuka kepada individu yang pernah difitnah sebelum ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan mengambil sikap berkecuali dalam kes perbicaraan liwat Anwar, sedangkan sebelum ini, blog ini mengambil sikap berpihak kepada Anwar.

“Justeru itu, kami memohon maaf kepada individu terbabit iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan serta keluarganya dan seluruh rakyat Malaysia atas kesilapan yang berlaku itu.

“Biarpun kami tahu atas penarikan balik artikel tersebut mungkin boleh menjejaskan kredibiliti blog ini, namun demi kebenaran maka kami terpaksa melakukannya.

“Masalah yang berlaku antara Saiful dan Anwar Ibrahim itu adalah hal peribadi mereka berdua“, katanya lagi.

Menurut blog itu penarikan balik enam artikel fitnah dan permohonan maaf secara terbuka kepada Saiful dibuat tanpa tekanan daripada mana-mana pihak tetapi di atas prinsip ‘yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah’

“Pihak kami juga ingin memohon maaf kepada mana-mana pihak yang telah memetik berita tersebut dan disiarkan dalam laman blog masing-masing.

“Harapan kami agar artikel berkenaan dapat dikeluarkan dan tidak dijadikan sebagai bahan untuk memburuk-burukkan sesiapa selepas ini.

“Sekali lagi kami bukanlah mahu memberi “millage” kepada mana-mana pihak atas penarikan balik artikel berkenaan, cuma kami lakukan atas kepercayaan Allah melihat segala apa yang dilakukan oleh HambaNya. Mana yang benar tetap benar dan mana yang salah tetap salah”, katanya lagi

(Sumber : Blog AIDC / Panglima Perang Cyber)

Sunday, January 30, 2011

PRK Tenang : Keputusan Tenang BN Menang



KESELURUHAN
BN: 6679 (69.1%)
PAS: 2994 (30.6%)
MAJORITI: 3685 (BN)

Kampung Redong - BN MENANG!
BN: 462
PAS: 105

Pekan Ayer Panas - BN MENANG!
BN: 451
PAS: 83

Ladang Labis Utara - BN MENANG!
BN: 152
PAS: 40

Bandar Labis Timor - BN MENANG!
BN: 669
PAS: 532

Bandar Labis Tengah - PAS MENANG
BN: 365
PAS: 851

Labis - BN MENANG!
BN: 380
PAS: 337

Felda Tenang - BN MENANG!
BN: 955
PAS: 160

Sawah Bahru - BN MENANG!
BN: 212
PAS: 55

Tenang Station - BN MENANG!
BN: 7464
PAS: 352

Ladang Bukit Dato - BN MENANG!
BN: 351
PAS: 99

Chemplak Barat - BN MENANG!
BN: 838
PAS: 142

Chemplak - BN MENANG!
BN: 985
PAS: 135

Undi POS: BN MENANG!
BN: 115
PAS: 3
Undi Rosak: 86
Keluar mengundi: 71.17%

(Keputusan Di Atas Adalah Keputusan Belum Rasmi, Sila Rujuk SPR)

PRK Tenang : Perjuangan Songsang Parti Keparat



Memberi undi kepada PAS samalah seperti mengundi DAP kerana mereka dalam satu pakatan pengkhianat negara.

Selamat Mengundi Barisan Nasional.

PRK Tenang : Cikgu Makrof Berjaya Dikesan???

Saturday, January 29, 2011

PRK Tenang : Sekeping Sijil Bikin Tersungkur



Pasti ramai yang terkejut bila melihat Sijil SPM milik Cikgu Mala. Rupa-rupanya beliau bukanlah pandai mana.

Terpulang kepada pengundi DUN Tenang mahu undi siapa? Kalau lihat kepada sijil Cikgu Mala ini mungkin Pak Cik, Mak Cik, Anak-Anak, Abang, Kakak dan Adik-Adik lebih cerdik dari Cikgu Mala.

Macam inikah wakil rakyat yang mahu kita pilih. Calon BN jauh lebih baik dari segi akademik dan pengalaman bekerja. Fikir fikirkanlah dan selamat mengundi BN.

Monday, January 24, 2011

PRK Tenang : Normala Malang Disabotaj PAS



Normala Malang baru-baru ini disabotaj penyokong PAS yang menyebarkan ajaran sesat, minta mendoakan keburukkan sesama Islam. Kini penyokong PAS yang tidak dapat menerima kenyataan akan menghadapi kekalahan main taktik kotor. Mereka membakar bendera BN di depan rumah orang .

Kejadian ini telah menakutkan penghuni rumah teres di kawasan tersebut dan membangkitkan kemarahan penduduk di Taman Mewah yang bimbang kejadian bakar bendera ini boleh mengakibatkan kebakaran rumah mereka pulak !

Inikah cara yang gentleman dan prosefional bagi sebuah parti yang menggelarkan parti mereka sebagai sebuah parti Islam. Tok Guru PAS tak pernah ajar ke bab menjaga adab? Barangkali kata-kata Tok Guru tidak dipakai oleh penyokong PAS umpama mencurah air di daun keladi.

Kalau nak datang tempat orang jagalah adab sikit, hormatlah sikit dengan penduduk Tenang. Kalau macam inilah perangai puak-puak ini, mari kita pakat-pakat menolak terus parti PAS ini pada 30hb ini nanti .

PRK Tenang : Anwar Kena Boo...



Kisah Anwar kena boo di Felda Tenang…

Ini kisah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk Felda Tenang Sabtu malam.

Ceramah perdana beliau hanya dihadiri paling ramai 250 orang dengan separuh daripadanya orang luar.

Nak jadi cerita, semasa beliau tiba, beliau telah disambut dengan boo oleh sekumpulan budak muda FELDA.

Ikut cerita seorang wartawan yang jadi saksi semasa kejadian tersebut muka Anwar berubah serta merta lepas kena boo itu.

“Mana tidaknya, beliau bukan setakat diboo, ada juga juga sorakan dari budak-budak itu yang panggil beliau 'Peliwat', 'Kaki Bontot' dan macam-macam lagi…”cerita beliau.

Menurutnya, lebih malang lagi, mungkin kerana emosi beliau sedikit terganggu dengan 'usikan' budak-budak FELDA itu sehingga beliau tersasul menyebut "orang FELDA miskin"

“Apa lagi, bertempik lah perkataan boo di situ sekali lagi,”katanya.

Mungkin jumlah itu boleh jadi petunjuk memang ketua pembangkang itu tak ada ‘bisa’ di kawasan FELDA.

Sumber : Agendadaily

Saturday, January 15, 2011

Debat : UMMI (P) Cabar ANU WAR (L)

Tahniah Ummi Hafilda Ali di atas keberaniannya mahu berdebat dengan ANU WAR. Barangkali selama ini ANU WAR rasa dia hebat sangat, kita nak tengok dia berani tak berdebat dengan seorang perempuan.

Bila ANU WAR ajak berdebat dengan PM ramai pula yang nak berdebat termasuklah Khairy, Nazri dan Ummi Hafilda. Dalam ramai-ramai ini Aku Waris Pahang hendak sangat tengok perdebatan antara Ummi Hafilda dan ANU WAR sebab ianya melibatkan masalah peribadi berhubung kes salah laku seks ANU WAR.

Kalau ANU WAR tak mahu debat, Ummi berdebat sahaja dengan Azmin Ali. Kalau tak mahu berdebat, Ummi ajak ANU WAR membuat sumpah laknat untuk menafikan segalanya, ada berani ke?.

“Semua ini saya lakukan atas dasar perjuangan terhadap anak bangsa saya sendiri. Kerajaan tidak pernah membayar satu sen pun atau apa-apa pampasan kepada saya. Niat saya jelas mahu menyelamatkan agama dan bangsa saya daripada orang yang bernama Anwar Ibrahim,” kata Ummi.

Aku Waris Pahang sokong hasrat Ummi mahu menyaman RM 700 juta terhadap ANU WAR, Azmin, Wan Azizah dan Karpal Singh dan parti PAS kerana salah laku mereka terhadap Ummi.

Sungguh zalim orang bernama ANU WAR kerana menyalah guna kuasa selaku Timbalan Perdana Menteri pada 1997 yang mengarahkan Ummi ditangkap dan didera bagi mendapatkan pengakuan palsu berhubung skandal seks.

Inikah yang dikatakan keadilan dan membela rakyat?. Di manakah ANU WAR mahu sembunyi selepas ini?. Beranikah ANU WAR berdebat atau bersumpah?. Buat apa susah-susah UMMI, jumpa sahaja di Mahkamah….

Tuesday, January 11, 2011

Pelan Penjajahan Bentuk Baru

Anwar Ibrahim boleh digelar 'Gila Janji' kerana dulu pernah terhegeh-hegeh berjanji mahu tawan 16 Sept kini janji 100 hari pula. Pelan 100 hari hanya untuk menggadaikan negara dan penjajahan bentuk baru.

Pelan 100 hari tu tidak bincang pasal kewangan. Maknanya tidak berpijak di bumi nyata dan omongan kosong sahaja. Tidak mustahil IMF akan dijadikan bantuan penafasan untuk tampung di sana sini. Akhirnya anak cucu kita juga yang merana.

Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali
sehingga anak dan cucu kita merana nanti.

"Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara,"


Pembangkang hanya pandai jual janji, memang seronok tabur janji baru sedangkan janji lama dalam manifesto mereka menjelang pilihanraya umum Mac 2008 belum tertunai sampai hari ini. Mungkin mereka rasa orang ramai kini senang kena ditemberang. Awas jangan anda menjadi mangsa janji pembangkang yang seterusnya.....

Monday, January 10, 2011

SANGGUP DIPERKUDA MENUJU PUTRAJAYA?.

Aku Waris Pahang terpanggil untuk menulis tentang Nik Ajis yang menyambut hari lahirnya yang ke 80 tahun. Jangan pula Nik Ajis tak maafkan pulak dunia akhirat bagi mereka yang ucapkan Selamat Hari Lahir.

AWP rasa tidak baik kita persendakan orang tua seperti Nik Ajis sebab beliau belum nyanyuk lagi (tapi kadang-kadang beliau keluar kenyataan mengelirukan), beliau juga seorang ulama (tapi kadang-kadang Tok Guru Pondok pun keliru kenyataannya), beliau seorang MB (tapi kadang-kadang beliau berlagak macam Perdana Menteri), beliau seorang pejuang Islam (tapi kadang-kadang ditunggang dan diperkudakan oleh Anu War dan DAP) dan beliau seorang warak (tapi kadang-kadang kata-katanya pedas macam tertelan sebakul cili).

Kata orang tidak baik tamak kuasa, bagi can lah kepada orang lain pulak. Barangkali dia bagi alasan orang masih memerlukan beliau sebagai MB. Bukan susah sangat jadi MB sebab bekerja dgn mental bukan dgn fizikal, sampai bila2 pun boleh... patutlah PAS pandai berceramah sahaja. Selepas cermah...dia ceramah lagi...masalah rakyat akhirnya tidak selesai juga....

Apalah salahnya Nik Ajis belah kek untuk sambut ulang tahun kelahiran, 80 tahun jika diterbalikkan menjadi 8 tahun sahaja. Kalau belah kek pun tak boleh, Nik Ajis buatlah apa yang patut, nak belah kelapa pun boleh...


Walau apa pun kita sesama Islam mesti mendoakan sesuatu yang baik seperti memohon agar Allah memberkatinya dan memberi hidayah supaya beliau kembali ke pangkal jalan serta mendelete perangai suka bermusuh sesama Islam. Apalah ertinya menjadi pemimpin tetapi rakyat di bawah sana berpecah belah.

Bagus juga pertemuan Nik Ajis dengan YDP Agong baru-baru ini, tetapi malangnya kita tidak tahu apa perbincangannya...tak pe lah, yang penting sekurang-kuranya tidaklah Nik Ajis asyik dengor nasihat Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Lim Guan Eng sahaja.

Kalau ahli PAS ada gambar Nik Ajis potong kek, tolong masukkan dalam Facebook, sekali sekala nak tengok Nik Ajis buang tabiat..he he he...Masalahnya Kek PAS tidak sama dengan Kek PKR dan Kek DAP.

Kata orang, berhenti makan sebelum kenyang dan berhenti jadi pemimpin sebelum senja macam DR M, tapi Nik Ajis ni bukan senja lagi tapi makin galak nampaknya....Barangkali nak merasa kerusi empuk Putrajaya baru nak berhenti, busuk hati punya orang....

Kita sebagai umat Islam sama-samalah berdoa agar rakyat Malaysia terbuka hati untuk mempertahankan Putrajaya dari tangan-tangan jahat yang mahu meruntuhkan Kota Putrajaya itu. "Kalau roboh kota Melaka kita bina Putrajaya, Kalau roboh Kota Putrajaya anak cucu cicit kita ternganga-nganga".

Saturday, January 8, 2011

Rais Bersilat Pembangkang Pucat

Punggung Pakatan Pembangkang tidak senang duduk sekarang kerana cubaan memfitnah dan memburukkan nama Menteri sekaligus boleh mengundang tercetusnya permusuhan antara Malaysia dan Indonesia gagal.
Cerita Fitnah kononnya Amah yg bernama Rubingah telah diperkosa oleh Dato' Seri Dr. Rais Yatim, Menteri Penerangan umpama 'bom Atom' bagi pembangkang akhirnya 'masuk air' apabila Rubingah sendiri menafikan beliau telah diperkosa dan mengakui Dr. Rais adalah orang baik.
Tidak kita sangka Rais Yatim yang dikenali dengan kelunakan, keunikan dan lemah gemalai pantunnya tiba-tiba menyergah pembawa fitnah menyebabkan mereka terkengkang-kengkang lari bersembunyi. Bak kata orang jangan hanya pandai baling batu kemudian sembunyi tangan, tampil lah ke hadapan kalau berani.

Pembangkang sedaya upaya cuba merogol pemikiran rakyat seolah-olah isu ini benar. Jika mereka berpegang kepada Al Quran dan Al Hadis maka tidak akan berlaku kes seumpama ini. Jika datang sesuatu berita siasatlah dulu dan jangan main tangkap muat sahaja asalkan dapat beri kepentingan politik. "Islam Benci Fitnah".
Punyalah mahu 'back up' cerita Adun Selising... akhirnya memakan diri sendiri...tak senonoh betul parti yang mengaku parti Islam ini. Dah sampai tahap meroyan mahu membalas dendam.
Agak-agaknya lepas ini apa pulak tindakan mereka yang kaki putar belit dan putar alam ini. Barangkali mereka akan kata Rubingah telah dibeli untuk membuat kenyataan-kenyataan dan bayarannya lumayan RM......
Mungkin boleh dikatakan, siapa-siapa yang nak belajar fitnah bolehlah belajar dengan Pakatan Pembangkang terutama dengan Ulama PAS berkopiah putih. Adakah Tok Guru mereka satu masa dulu menghalalkan fitnah? Atau mereka yang sesat dan cuba menyesatkan orang lain?.

Thursday, January 6, 2011

ADUN Selising sedia mengaku seperti Rais?.

Rais sudah mengaku tidak terlibat merogol AMAH. Barangkali menyebabkan pembangkang tak sedap nak mamah, kes rogol ini sengaja dimainkan bagi menutup kes Adun Selising yang dikatakan berkhalwat dengan bini orang tu!.

Persoalannya kenapa YB SELINSING USTAZ SAIFUL TIDAK MENYAMAN USTAZ SAIDI YANG DIKATAKAN TELAH MEMFITHNYA BERKHALWAT??? Aku Waris Pahang cadangkan YB Saiful buat saman malu segera terhadap Us. Saidi berhubung kes tangkap atau 'PERISTIWA KERETAPI'.

YB Saiful boleh kata nanti bukan dia yang berada dalam bilik VIP 1 dan orang yang pakai seluar dalam sahaja bukan YB Saiful dan orang betina (perempuan) yang pakai kain tuala itu sebenarnya hanya rekaan.

Tapi ada berani ke YB Saiful ni nak buat pendedahan macam itu, "berani kerana benar takut kerana salah". Asas tindakan saman itu adalah bahawa 'tutur kata Us. Saidi' adalah FITNAH atau suatu peristiwa yang palsu.

YB Saiful memang perlu segerakan 'tindakan saman' ini untuk membersih namanya kalau tidak mahu maka eloklah YB Saiful letak jawatan sahaja. Tidak perlulah YB Saiful tiru macam Bang Nuar yang terpekik-pekik atas pentas ceramah. Kami nak tahu ya atau tidak sahaja?.

Tirulah macam Rais Yatim yang gentleman dan berani buat pengakuan. Astaqfirullah, demi politik, PAS yang mengaku parti Islam sanggup menabur fitnah. Inilah akibatnya kalau berkawan dengan PKR dan menjadi boneka kepada DAP.

Wednesday, January 5, 2011

Pembangkang Terkangkang Fitnah Gagal

Rais Yatim nafi dakwaan rogol pembantu rumah

Cara isu ini dimainkan oleh sesetengah laman blog dan parti pembangkang macam macam ia KISAH BENAR. Dakwaannya memang amat serius.Ini kerana seorang menteri dalam kerajaan didakwa konon telah merogol pembantu rumahnya pada bulan Februari 2007 tetap kes itu dipengap oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Abdullah Badawi.

Malah nama menteri itu telah disebut sebagai Datuk Seri Rais Yatim. Sejak isu ini berbangkit Rais hanya mendiamkan diri. Malah kerajaan tidak membuat sebarang kenyataan.

Pagi ini Rais hadir mesyuarat kabinet pertama di pengerusikan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tahun 2011 di Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya. Awal petang ini Bernama melaporkan rais menafikan dakwaan laporan blog dan parti pembangkang terhadapnya, termasuk dakwaan memperkosa.

(Kata Aku Waris Pahang :

Sudah jelas bahawa bukan Rais yang merogol kerana beliau telah menafikannya di mesyuarat kabinet tadi. Pembangkang telah merogol pemikiran rakyat seolah-olah isu ini benar.

Laporan Polis wajar dibuat terhadap pihak yang menabur fitnah termasuk blogger dan pemilik FB pembangkang.

Kita mudah sangat percaya dengan berita yang belum tentu sahih. Siasat lah dulu samaada betul atau tidak. "Orang Islam Benci Fitnah".
Berhati-hatilah dengan pembangkang kerana mereka yang kelaparan hanya tahu membaham sahaja).

Nasihat Buat Khalid Kantoi

Nampaknya drama Khalid dan gengnya bakal terhenti setelah 'kantoi' apabila Istana Selangor keluar kenyataan tegur pimpinan Pakatan Rakyat negeri.

Apa pula strategi Khalid kantoi nak buat apabila sudah tersalah strategi, mungkin mereka sedang fikirkan sesuatu apa nak buat sebelum khamis ini. Adakah drama baring atas jalan raya menghalang kenderaan ke istana akan berulang sebagaimana berlaku di Perak semasa zaman Nizar degil?.

Barangkali mereka sedang fikirkan untuk membawa perkara ini ke mahkamah, macam kes Nizar dulu tu dan akhirnya Nizar degil kantoi. Nak buat apa lagi agaknya wahai khalid kantoi yang umpama sama spesis Nizar?.

Aku Waris Pahang rasa elok Khalid kantoi patuh sahaja titah Sultan Selangor, tidak manis rasanya seorang Menteri Besar membelakangkan titah Sultan, malulah sikit dekat rakyat Selangor yang taat setia kepada raja. Bagi rakyat Selangor "Raja dan rakyat berpisah tiada".

Janganlah ikut sangat nasihat DAP (jika ada), mereka ini buat apa sahaja asalkan berkuasa, bagi mereka "matlamat menghalalkan cara asalkan dapat Putrajaya". Sampai bilalah mahu jadi boneka kepada DAP?

Barangkali Khalid kantoi mahu buat kenyataan media pula untuk membalas kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani atau Khalid kantoi berdiam diri sahaja, kita tengoklah nanti episod seterusnya dalam masa yang sudah tinggal kurang dari 48 jam.

Aku Waris Pahang cadangkan ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie buat kenyataan media untuk menjelaskan kata-kata sindiran menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" . Katanya ini adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Menurut Munir kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.

Semoga Khalid kantoi redholah dengan ketentuan ilahi, terimalah Datuk Khusrin sebagai rakan dan sahabat. Apa yang penting "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan". Tindakan Khalid kantoi mahu pilih calon-calon lain bagi jawatan SUK Negeri setelah calon dilantik hanya tinggal sejarah yang bakal disemadikan dalam Muzium Pakatan Pembangkang.

Tuesday, January 4, 2011

Tumpang Tanya : Ini Rasuah ?


Antara surat-surat yg keluar daripada Mr. Pee Ching Chuan kepada Wan Mohd Jamil Bin Wan Mahmood, Pengarah PASTI Negeri Kelantan.

Pasti ialah Pusat Asuhan Tunas Islam, sebuah institusi dotrinasi anak-anak kecil oleh PAS.
Beratus-ratus pucuk surat dengan format yang sama juga dikeluarkan oleh pelbagai pihak yang menjadi pemohon tanah balak kepada Pengarah Agensi Kerajaan Negeri, Pengarah Urusan NGO yang mesra kerajaan, Wakil-Wakil Rakyat, Exco bahkan Menteri Besar dan Timbalannya sepanjang 20 tahun pentadbiran ulamak bernama Nik Abdul Aziz di Kelantan.

Dalam bahasa pasar, ‘lu bagi gua itu balak, gua ‘derma’ lu duit untuk lu punya kocek…”

Lihat modus operandi ini:

* Pemohon akan punya penaung.
* Penaung akan bantu pemohon untuk dapat kelulusan.
* Sebagai imbuhan kerana menolong, pemohon akan beri sejumlah wang kpd penaung.
* Penaung ada hubungan rapat dengan pihak yang meluluskan permohonan.
* Penaung dan pihak yang memberi kelulusan adalah entiti yang sama.

Bukankah itu rasuah namanya? (Sumber : FB Taufik Yusoff)

Monday, January 3, 2011

Khalid Boneka Biadap Bengap

Dakwa penderhaka sultan di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR 2 Jan. – Ahli Parlimen Kulim- Bandar Baharu, Zulkifli Noordin hari ini mencadangkan beberapa tindakan tegas diambil ke atas pihak yang menghina serta menderhaka kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Datuk Muhammed Khusrin Munawi.

Beliau yang juga seorang peguam berkata, semua pihak yang mengugut dan menentang perkenan Sultan Sharafuddin dalam isu tersebut perlu didakwa di bawah Seksyen 121 Kanun Keseksaan kerana ‘Perbuatan memerangi Raja-Raja Melayu’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya gantung sampai mati.

Selain itu katanya, pertuduhan alternatif juga boleh dibuat di bawah Seksyen 121 (1B) kerana ‘merancang, mengada-ada, mereka-reka atau berusaha akan pemecatan atau perlucutan raja pemerintah sebuah negeri’ yang jika sabit kesalahan, hukumannya pula adalah penjara seumur hidup. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Aku Waris Pahang :

-Baru sebentar tadi Berita Utama TV3 menayangkan hasrat MB Selangor mahu Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan satu sidang tergempar bagi meminda perlembagaan negeri. Ini bertujuan mengembalikan kuasa lantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Pegawai Undang-undang Negeri kepada kerajaan negeri

-Khalid boneka seperti membantah tindakan KSN melantik Datuk Khusrin sebagai SUK Negeri dan diperkenankan oleh Sultan Selangor Sultan.
- Datuk Khusrin anggap dirinya masih SUK yang sah dan akan angkat sumpah depan Sultan Selangor seperti dijadual pada Khamis 6 Januari ini.

-Sungguh biadap Khalid boneka ini dan jenis manusia tidak tahu undang-undang maka meroyanlah dia menyatakan perlantikan tersebut belum muktamad.

-"Persoalannya kenapa Khalid boneka takut sangat dengan Datuk Khusrin, adakah kerana mereka takut tidak dapat menyeleweng dan membolot harta ketika memerintah Selangor sekarang ini atau mereka takut tembelang mereka pecah?".

- Jangan biarkan kebiadapan ini menjadi parah sehingga sampai peringkat raja-raja Melayu di maki hamun dan kedudukannya dipertikaikan. Tahan sahaja di bawah ISA bagi mereka yang menentang Sultan dan kalau payah sangat sumbat mereka dalam penjara seumur hidup).

Senamrobik Nie Ching Di Setiap Masjid Negeri?


Mursyidul Am PAS, Tok Guru Nik Aziz berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan seperti senamrobik di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching dipekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat.

Menurut Nik Abdul Aziz lagi, soal Nie Ching berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan………..

(Kata Aku Waris Pahang :

-Apa perasaan anda sekiranya senamrobik bercampur lelaki perempuan termasuk bukan Islam dengan pakaian menjolok mata mengadakan senamrobik di masjid kampung atau taman anda???.

-Tergamakkah kita mengizinkan kepimpinan PAS mengadakan senamrobik (jika ada) seperti dilakukan Nie Ching di Masjid Taman Cheras???.

-Barangkali ada orang PAS yang tidak tergamak melakukannya kerana tidak mahu menghina tempat suci ibadat orang Islam. Barangkali juga ada yang mahu melakukannya kerana seolah-olah 'dihalalkan' oleh Abang Ajis.

-Patutlah buku Mujahid Yusof Rawa bertajuk "Menuju PAS Baru" di tolak oleh Dewan Ulama PAS, mungkin kandungan buku tu mendedahkan perangai buruk PAS yang lain cakap tetapi lain yang dibuat termasuklah mahu tawan ke Putrajaya tetapi PAS terhakis asas perjuangannya.

-Barangkali tidak mustahil Nie Ching akan diundang ke Masjid Negeri untuk mengadakan senamrobik bersama kepimpinan dan penyokong PAS + PKR + DAP (lelaki + perempuan).

-Mungkin kita berpeluang melihat betapa hodohnya pak lebai PAS menjamu mata di tempat yang suci menyaksikan kaum bukan sejenis berlenggang-lengguk dan bergoyang-goyang anggota tubuh badan. Andai timbul isu selepas itu....mungkin Abang Ajis maafkan....itulah PAS yang mengaku sebagai Parti Islam....

Sunday, January 2, 2011

Ekslusif ... WARKAH UMMI HAFILDA kepada Dr.M (mengenai Salah Laku Anwar)

Warkah Keramat Kepada Tun Mahathir Tahun 1997 Oleh Ummi Hafilda

Kata Aku Waris Pahang :
-Suatu ketika dulu Aku Waris Pahang tidak hirau sangat kes Anwar Ibrahim tetapi setelah Anwar beria-ia sangat menafikannya kononnya ianya adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya membuatkan aku berminat untuk mengikuti segala perkembangan kes seorang VVIP yang pernah menjadi idola ramai rakyat Malaysia.
-Bacalah sendiri isi kandungan Warkah Keramat pendedahan terbaru Ummi Hafilda Binti Ali. Kalau tak sedar lagi tak tahulah....KLIK SINI

Saturday, January 1, 2011

YB Kuantan Semakin Dilupakan

Perkara yang menjadi pertanyaan penduduk Kuantan ialah ke mana menghilangnya wakil rakyat Ahli Parlimen mereka sedangkan banyak janji pilihan raya dahulu masih banyak belum ditunaikan.

Ramai tahu YB Ahli Parlimen Kuantan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dipilih oleh penduduk Kuantan dalam PRU 12 sebenarnya menang bukan kerana PKR kuat.....akhirnya PKR yang bangang tu boleh menang.

Kini kita di bangangkan oleh Ahli Parlimen Kuantan kerana hanya pandai berjanji sahaja. Janganlah kita menjadi orang bangang lagi tongong memilih orang yang tidak tentu pasal. Mereka ini sebenarnya hanya mahu memecah belahkan perpaduan yang selama ini kita bina di bawah payung Barisan Nasional.

Wakil rakyat Ahli Parlimen Kuantan itu bukan 'Orang Pahang', dia sebenarnya orang Johor, eloklah YB ini bertanding di Johor sahaja kerana dia berasal dari Negeri Johor.

Wakil rakyat ini juga semakin dibenci orang Kuantan sebab beliau mempunyai rumah di Selangor, kalau suka sangat duduk Selangor...eloklah bertanding di Selangor sahaja.

Ingatlah pesan Waris Pahang, jangan jadi bangang dan tongong memilih wakil rakyat ini lagi dalam PRU 13 setelah dia menipu kita hidup-hidup.

Orang Kuantan kalau rasa susah sangat nak jumpa Wakil Rakyat Kuantan pergilah ke Pilihan Raya Kecil Tenang, mungkin dia ada di sana sebab dia ni biasanya 'orang penting' semasa Plihan Raya Kecil. Orang Kuantan akan lebih tenang jika tidak memilih Fuziah Saleh sebagai wakil rakyat dalam PRU 13.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP