Wednesday, September 30, 2009

Kes Lembu Lembut Lambat

Gambar Agendadaily
Lembu macam sudi jadi badi kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor oleh parti PKR,DAP dan PAS yang membentuk kerajaan campuran di negeri itu.

Pertama kali, isu lembu dikaitkan dengan dakwaan beliau menggunakan wang anak syarikat kerajaan negeri Selangor membekal lembu korban ke kawasan parlimen Bandar Tun Razak, akhir tahun lalu.

Ogos lalu, sekali lagi lembu menghantui pentadbiran Khalid ekoran demonstrasi kira-kira 200 penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang dicemari dengan insiden mengarak kepala lembu di hadapan Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) gara-gara membantah cadangan pembinaan kuil di kawasan majoriti Melayu itu.

Terbaru, seramai 75 ahli Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor berarak dan berkumpul mengadakan demonstrasi di depan pintu masuk utama SUK membawa lebih 25 kenderaan termasuk lori dan trak pikap yang memuatkan hampir 80 ekor lembu, kambing. Malah, mereka juga membawa tong susu haiwan itu.

Cuma kali ini demonstrasi itu nampak lebih aman kerana membabitkan penternak Melayu, India dan Cina.

Mujurlah, tiada ‘lembu naik minyak’kecuali pertengkaran kecil antara wakil persatuan itu yang mahu berjumpa dan menyerahkan memorandum kepada wakil Exco Pertanian, Yaakob Sapari ataupun wakil pejabat Menteri Besar. (Sumber : Agendadaily)

(Kata Waris Pahang :

-Teka teki : bagaimana mahu lembutkan daging lembu. Jawapannya ejaan lembu + huruf t maka jadilah lembut.

-Teka teki : bagaimana lembut boleh jadi lambat. Jawapannya ejaan lembut disebut perlahan-lahan maka jadilah lambat.

-Apa yang Waris Pahang mahu kaitkan ialah Kerajaan Negeri Selangor yang terlalu lembut lagi lambat untuk menyelesaikan masalah lembu ini.

-Akibat terlalu lembutlah maka Khalid didakwa telah guna wang syarikat Kerajaan Negeri membekalkan lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak.
-Isu ini menimbulkan kemarahan orang ramai kerana Khalid lambat menjawabnya.

-Akibat terlalu lembut maka kuil dicadangkan dibina di kawasan majoriti Melayu.
-Maka berlaku kes mengarak kepala lembu di hadapan Pejabat SUK kerana Khalid lambat bertindak.

-Akibat terlalu lembut menyebabkan penternak kecewa kerana tidak ada wakil rakyat atau Exco Pertanian turun ke tempat kejadian bagi melihat tempat tragedi itu dan menghulurkan bantuan kepada penternak yang ditimpa ‘tsunami sampah’.

-Akibat terlalu lambat medapatkan respon menyebabkan ada antara mereka melaung dan menjerit meminta Yaakob berhenti atau berundur daripada jawatannya. “Kalau jaga lembu pun tak boleh, macam mana nak jaga manusia,” jerit seorang daripada penternak terbabit.

-Paling malang bagi penternak lembu tersebut kerana kerajaan negeri boleh menyediakan tanah untuk ladang babi tetapi tidak kepada penternak haiwan lain. Barangkali inilah akibatnya kalau sudah menjadi boneka DAP).

Tuesday, September 29, 2009

Universiti Ke 2 : Buka Mata Rakyat Pahang

Sekarang UMP (Universiti Malaysia Pahang)
Dulu Kuktem (Kolej Universiti Teknologi Malaysia)
UPNM: Pahang tawar kawasan di Penor

KUANTAN 28 Sept. – Kerajaan Pahang sedia menawarkan kawasan di Penor dekat sini jika Kementerian Pengajian Tinggi berhasrat membina kampus tetap Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di negeri ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kawasan yang kini menjadi lapangan sasar itu dianggap sesuai berikutan kedudukannya berhadapan dengan laut. - Utusan Malaysia.
(Kata Waris Pahang :
-Tahniah kepada rakyat Negeri Pahang kerana bakal mendapat sebuah Universiti yang bakal dibina di Kuantan.

-Rakyat Pahang sangat mengalu-alukan dan menyokong pembinaan universiti ini.

-Universiti ini merupakan universiti kedua selepas Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang dulunya Kolej Universiti Teknologi Malaysia (KUKTEM).

-Pembinaan UPNM sudah pasti akan meningkatkan ekonomi rakyat tempatan. Khabarnya universiti ini bakal menempatkan 5,000 penuntut.
-Sebelum ini kampus sementara UPNM di kem Sungai Besi hanya mampu menempatkan 1,500 orang.
-Harap pembinaan UNPM ini dibina segera bagi memenuhi tuntutan semasa.
-Sesungguhnya pembangkang sangat ketinggalan zaman dan eloklah kita lupakan sahaja janji palsu pembangkang).

Memujuk MB Gear Satu

Ambo nok jadi MB sampa mati?

10 Sebab Nik Aziz Perlu Letak Jawatan : Ibrahim

1. Nik Abdul Aziz terlalu lama memegang jawatan dalam Kerajaan Negeri dan menjadi pemimpin parti sehingga timbul dalam nalurinya mahukan semua benda adalah serba baru.

2. Faktor usia juga antara sebab mengapa pemimpin PAS itu seperti seorang nyanyuk apabila melihat orang lain selalu berbuat kesalahan tanpa usul periksa dan mudah menerima pakai laporan tanpa usul periksa.

3. Nik Abdul Aziz uzur dan sakit serta kerap keluar masuk hospital hingga tidak dapat menumpukan pada tugasnya sebagai Menteri Besar.

4. Nik Abdul Aziz asyik berceramah sehingga gagal menjadi pentadbir yang baik.

5. Pemimpin itu secara tidak sedar telah merosakkan imej Islam dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan mengelirukan termasuk cuba mengambil alih tugas malaikat dan tugas Allah untuk menentukan siapa yang akan masuk syurga dan neraka.

“Dia (Nik Abdul Aziz) juga menentukan solat saya diterima Tuhan atau tidak. Sebagai pendakwah dia harus buat kebaikan, bukan menentukan hukum dan balasan yang tak terjangkau oleh manusia”.
6. Dia menjadi alat dan perkakas kepada parti DAP yang bertentangan dengan pelaksanaan hukum Allah.

7. Menjadi alat kepada Pakatan Rakyat yang memecahbelahkan umat Islam Melayu dan Islam.
8. Ramai pemimpin PAS Kelantan dan Pusat mahukan beliau berundur daripada menjadi
pentadbir dan pemimpin politik, tetapi tidak berani untuk bersuara.

9. Nik Abdul Aziz juga pemimpin mempunyai sikap riak dan takbur sehingga menganggap dirinya saja yang betul.

10. Dia gagal mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan walaupun hampir 20 tahun memerintah sehingga menyebabkan lebih 100,000 rakyat negeri itu berhijrah ke negeri lain mencari rezeki.

”Kita dapat lihat Kelantan sebuah negara yang kaya dengan sumber alam, budaya dan sebagainya. Malangnya, kerana tidak ada inovasi, idea, kreativiti dan tidak cekap menjadikan Kelantan antara negeri paling mundur dan tidak maju”. Katanya. (Sumber : Sinar Harian)

Monday, September 28, 2009

Rahim Meninggal Pembangkang Insaf?

Bekas Menteri Besar Pahang meninggal dunia

KUALA LUMPUR 24 Sept. – Bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Abdul Rahim Abu Bakar meninggal dunia di kediamannya di Jalan U-Thant di sini pukul 7.10 petang dipercayai akibat serangan jantung.

Allahyarham berusia 66 tahun.
Anak keduanya, Rosnita, 35, ketika ditemui Bernama di kediamannya berkata, bapanya sedang menunggu azan untuk berbuka puasa di meja makan apabila tiba-tiba didapati tidak lagi bernafas oleh ibunya, Datin Rosnah Kamaruddin.

Katanya, mereka segera menghubungi paramedik dari Pusat Perubatan Gleneagles Intan dan Abdul Rahim disahkan sudah meninggal dunia.

“Ayah tidak menunjukkan tanda-tanda pelik sebelum meninggal, bahkan setahu saya Allahyarham tidak menghidap sebarang penyakit tetapi berkemungkinan kematiannya akibat serangan jantung,” katanya. – BERNAMA

(Kata Waris Pahang :

-Waris Pahang mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga dan rakan kenalan Allahyarham.

-Waris Pahang percaya ramai dikalangan rakyat Pahang terutamanya golongan muda tidak mengenali allahyarham.

-Maka Pahangdaily Online (PDO) mengambil kesempatan meracun golongan muda supaya membenci kepimpinan kerajaan termasuklah KDYMM Sultan Pahang.

-Salah satu contoh yang dikagumi ialah walaupun allahyarham meletak jawatan sebagai MB tetapi beliau tetap bersama UMNO sehingga akhir hayatnya.

-Bukan seperti sesetengah bekas wakil rakyat BN, apabila nama tidak dicalonkan semula maka mereka menyertai parti lain yang dimusuhinya dahulu. Ibarat kata pepatah Melayu "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". Mereka betul-betul mementingkan diri sendiri.

-Malah bukan itu sahaja ada yang bercita-cita mahu menjadi MB Pahang. Masalahnya rakyat Pahang tidak suka PKR dan PAS kerana mereka bersekongkol dan menjadi boneka kepada DAP laknat.

-Pemergian allahyarham Dato' beberapa minit sebelum berbuka puasa atau ketika beribadah sungguh murni sekali bagi insan yang mengabdikan diri kepada Allah.
-Kita bimbang ada penceramah dan tokoh politik pembangkang yang mati ketika sedang ceramah di pentas ceramah dengan menipu, menabur fitnah dan caci maki.
-Kita masih ingat lagi dengan seorang tokoh pembangkang yang menabur fitnah dengan mengatakan Tun Mahathir menonton video lucah dengan cucunya. Tidak lama kemudian beliau meninggal dunia.
-Bawa-bawalah bertaubat wahai pembangkang. Jika mahu berkuasa jangan sampai matlamat menghalalkan cara.
-Terlalu banyak jasa yang ditaburkan oleh Allahyarham Dato' Abdul Rahim kepada Negeri Pahang dan Negara. Marilah kita sama-sama menyedekahkan Al-Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh).

Friday, September 25, 2009

Kelantan : Banyaknya JEM Free

LPT (Kelantan) : Umpama Menunggu Bulan Jatuh Ke Riba

Dendang Perantau bertukar 'dendang berantakan' apabila perantau Kelantan terpaksa berbaris panjang dalam kesesakan jalan raya menuju ke negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Sudahlah jalan sempit, jalan tidak rata, jalan berlubang yang terpaksa ditempuhi, mereka juga terpaksa membawa kereta 50KM sejam malahan lebih rendah dari itu.

Maka bertaburlah sumpah seranah dengan menyalahkan kerajaan pusat. Hairan kenapa tidak marah kepada kerajaan negeri?.

Masalah ini sudah lama berlaku kenapa kerajaan negeri hanya pejam mata dan pekakkan telinga. Barangkali 'kuman di negeri orang nampak tetapi gajah di negeri sendiri tidak nampak'.

Inilah yang dikatakan pemerintahan yang jumud dan tidak berwawasan. Mereka hanya pentingkan pilihan raya dan politik semata-mata.

Tahniah kepada semua penguna Lebuhraya Pantai Timur kerana dapat memandu dengan selesa dan bahagia sekali. Merdeka rasanya kan.

Malahan dapat tol peruma pula bagi mereka yang menggunakan LPT pada pukul 12.00 malam hingga 5.00 pagi.

Khabarnya tidak lama lagi LPT ke Kuala Terengganu akan siap. Bagaimana pula LPT ke Kelantan?. Susah nak cakap dan sememangnya amat sukar kerana pembinaan LPT perlu mendapat persetujuan dari kerajaan negeri.

Terpulanglah kepada rakyat Kelantan memikirkannya dan menentukan masa depan negeri Kelantan.

Ramai rakyat Pahang yang membatalkan hasrat pergi beraya dan kenduri kahwin di Kelantan kerana mendapat berita banyak sangat JEM menuju ke Kelantan malahan bandar Kota Baharu juga JEM teruk.

Nik Aziz cepat-cepat menutup kemarahan rakyat Kelantan dengan membangkitkan pasal royalti di hari raya.
Rakyat Kelantan nak dengar apakah jaminan Kerajaan Kelantan bagi mengatasi kesesakan jalan raya menuju kelantan bukan nak dengar pasal royalti.
Kalau mahu pergi Kelantan jangan lupa bawa roti kerana di sana banyak JEM free.

Saturday, September 19, 2009

Lebuhraya Pantai Timur : Terima Kasih Tol Percuma

Gambar LPT Di Waktu Malam
Contohi Kumpulan MTD bagi tol percuma - Muhyiddin

KUALA LUMPUR 17 Sept. — Syarikat konsesi lebuh raya perlu mengikuti langkah Kumpulan MTD untuk memberi tol percuma kepada pengguna lebuh raya kerana ini akan membantu mengurangkan beban pengguna dan melancarkan perjalanan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Terserah kepada syarikat konsesi, mereka boleh ikut langkah MTD...belum terlewat lagi. Saya tidak tahu mungkin mereka sedang bincang agaknya.
“Kalau lain-lain syarikat konsesi yang ada di negara kita mengambil langkah yang sama, tentu bukan sahaja dapat kurangkan belanja tetapi kita semua akan dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan tidak terperangkap dalam kesesakan yang biasanya mengambil masa yang lama,” katanya. - Bernama

(Kata Waris Pahang :

-Terima kasih kepada MTD Prime yang mengendalikan Lebuh Raya Pantai Timur dari Kuala Lumpur ke Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 ke Jabor, Terengganu kerana menawarkan laluan tol percuma dari pukul 12 tengah malam ini hingga 5 pagi esok dan 24 September ini.

-Namun begitu janganlah kita terlalu ghairah pulang berhari raya sehingga kita tidak mementingkan keselamatan diri dan keluarga.

-Carta kemalangan jalan raya tidak pernah mencapai tahap sifar kemalangan atau mengurangkannya sebaliknya sentiasa mengecewakan orang ramai. Adakah wajar carta kemalangan jalan raya tidak perlu dihebahkan pada tahun ini?.

-Apa yang penting setiap pengguna jalan raya perlulah mengubah sikap dengan sentiasa mengamalkan pemanduan yang berhemah.

-Bacalah doa menaiki kenderaan sebelum kita memandu kenderaan. Insyaallah perjalanan kita dan orang lain selamat sampai ke destinasi yang dituju. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin).

Friday, September 18, 2009

16 September : Anwar Takut Bayang Sendiri?.

16 September tak menjadi lagi bagi Anwar…namun panjang cerita lagi…

Tarikh 16 September sekali lagi menghampakan Datuk Seri Anwar Ibrahim bila hasratnya untuk melucutkan keseluruhan pasukan pendakwaan yang terdiri dari tujuh orang dalam kes liwat bekas pembantu peribadinya Saoful Bukhari Azlan ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam keputusannya berkata permohonan itu terhadap Peguam Cara 1 Datuk Idrus Harun, Peguam Cara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, para Timbalan Pendakwa Raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin itu dibuat di mahkamah yang salah.

Katanya ia sepatutnya dibuat di mahkamah jenayah. Menurut hakim itu Anwar tidak dicabar mana-mana penyalahgunaan kuasa oleh tujuh orang responden berkenaan yang memerlukan mahkamah menghalang mereka.

Anwar buat permohonan berkenaan yang dianggap oleh para pemerhati sengaja untuk melengahkan perbicaraan kes liwatnya pada 11 Ogos lalu. (Sumber : Agendadaily)

(Kata Waris Pahang :
-Teringat lagu SM Salim, ape dah jadiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!. Alahai ingatkan 16 September membawa berita yang menggembirakan bagi Pakatan Pembangkang rupa-rupanya jatuh di timpa tangga.
-Kami rakyat Malaysia bukan nak dengar kisah-kisah pelbagai permohonan Anwar tetapi mahu dengar apakah hujah-hujah Anwar untuk mempertahankan diri daripada tuduhan meliwat.
-Kita hairan ada juga orang yang masih percayakan Anwar walaupun Anwar sedaya upaya mahu membuangkan kes ini.
-Kes liwat ini bukan konspirasi politik sebaliknya kes peribadi antara Anwar dan Saiful. Kalau betul-betul anak jantan pertahankan lah diri di mahkamah jika merasakan ianya satu fitnah.
-Barangkali musuh Anwar bukan sahaja Saiful tetapi bayang-bayangnya sendiri turut menjadi musuhnya).

Wednesday, September 16, 2009

Kalungan Kesejahteraan Dibalas Selipar?.

Hina Mahathir: Samy Vellu dakwa beliau minta perwakilan henti berucap

MIC akan mengambil tindakan disiplin terhadap seorang perwakilan parti yang mencadangkan supaya kalungan selipar diletakkan pada gambar mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada perhimpunan agung parti itu di Kuala Lumpur Ahad.

Presidennya, Datuk Seri S.Samy Vellu berkata, beliau amat kesal dengan kenyataan perwakilan itu dan dia akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti.

Dalam kenyataan Isnin, Samy Vellu berkata, beliau telah meminta perwakilan itu menghentikan ucapannya sebaik sahaja mengeluarkan kenyataan tersebut berikutan pandangan bekas Presiden UMNO itu yang didakwa mencampuri urusan dalaman MIC.

Bagaimanapun, katanya, arahannya supaya perwakilan itu menghentikan tindakannya itu tidak dilaporkan oleh media. (Sumber : Agendadaily)

(Kata Waris Pahang :

- Harap semua pihak bersabar dan jangan terlalu emosional sehingga mengeruhkan lagi keadaan.

-Waris Pahang percaya bahawa isu ini akan reda tidak lama lagi dan tidak perlulah kita kecoh-kecoh.

-Tun Dr. Mahathir telah banyak berjasa kepada negara dan banyak memberi pandangan untuk kemajuan agama, bangsa dan negara mahupun parti.

- Terima kasih buat Presiden MIC yang mengeluarkan kenyataan ini, “Saya sedar bahawa kenyataan Tun Dr Mahathir mengenai MIC telah menyinggung perasaan ramai perwakilan tetapi adalah tidak perlu untuk mencerca beliau sebegitu".)

Saturday, September 12, 2009

Sumbangan Ikhlas Atau 'Busuk'?.

Gambar Hiasan

Ahli Parlimen Kuantan (PKR) telah menjalankan satu program yang diberi nama JEJAK FAKIR di sekitar Parlimen Kuantan baru-baru ini.

Beliau telah masuk ke kampung-kampung dengan memberi sumbangan berupa barang makanan dan wang kepada anak yatim, warga emas dan ibu tunggal.

Namun yang melucukan mereka ini bergerak secara berkonvoi dari satu kampung ke kampung dengan kenderaan yang mengibarkan bendera PKR.

Persoalannya perlukah kita menyampaikan sumbangan dengan kita mempromosikan parti politik?. Sumbangan ini kerana Allah atau parti?.

Masyarakat kampung di sekitar Kuantan pertikai tindakan dan keikhlasan beliau ini.

Apatah lagi beliau telah mengeluarkan kata-kata seperti berikut : ”Mohon maaf pak cik/ mak cik, sumbangan hanya sedikit, itupun hasil dari sumbangan orang ramai, cuma saya tolong menyampaikan sahaja, saya tiada peruntukan , lainlah dengan wakil rakyat kerajaan UMNO/BN mereka ada peruntukan besar, duit rakyat juga.....”

Kalau mahu beri sumbangan berilah dengan ikhlas, kenapa dikaitkan dengan politik?. Rupa-rupanya mereka ambil kesempatan untuk berkempen disebalik menyampaikan sumbangan.

Itulah namanya pembangkang sentiasa mahu 'busuk' hati dengan BN.

Saturday, September 5, 2009

Persidangan : Di Studio Atau Wad Gila?

Gambar Agendadaily

Pembangkang bikin drama lagi dengan tambahan babak baru sambungan daripada drama bersiri kisah lawak bodoh dengan sengaja membuat kecoh.

Kali ini mereka ada skrip yang kemas dan lakonan mereka tersusun, kononnya mereka mahu mengadakan persidangan Dewan Negeri. Namun sedarkah mereka dengan kebodohan mereka bahawa Nizar bukan lagi Menteri Besar yang sah dan Sivakumar bukan lagi Speaker yang sah.

Tahniah kepada pasukan keselamatan yang menjalankan tugas secara profesional walaupun dicaci maki oleh pembangkang yang ala komunis. Kebijaksanaan polis berjaya menghalang pembangkang merempuh masuk ke bangunan tersebut.

Yang paling melucukan setelah mereka gagal memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan, mereka tidak pergi ke bawah pokok untuk bersidang sebagaimana dulu. Mungkin mereka sudah naik fobia dengan pokok itu atau takut lagi digelar bersidang di rimba.

Sebaliknya mereka ke sebuah hotel dan bersidang di situ. Wah! sudah disiapkan tempat bersidang rupanya seperti masuk studio?. Rupanya mereka mahu bersidang di bangunan Perak itu hanya sebagai gimik sahaja agaknya?.

Apa mahu jadi dengan kamu ini, rakyat Malaysia tertawa melihat ‘persidangan’ syok sendiri itu macam orang sakit jiwa aje. Rakyat lihat bilik persidangan tersebut sudah jadi macam wad gila!.

Tiga usul diluluskan tetapi kesemuanya berkaitan dengan kuasa mereka yang telah hilang. Sepatutnya mereka membangkitkan perkara-perkara semasa seperti pembangunan dan permasalahan rakyat. Rakyat Perak tidak serik ke ditipu oleh pembangkang?.

Bukan itu sahaja satu usul tergempar diluluskan iaitu pembangkang mempertikaikan peranan polis. Malaysia ini ada undang-undanglah dan peranan Polis berdasarkan undang-undang.

Usul yang diluluskan ini mahu dibawa ke mana?. Mahu disembahkan kepada Tuanku Sultan ke?. Kita percaya Tuanku Sultan tidak akan menerimanya kerana persidangan ini adalah persidangan haram, bekas speaker tidak sah dan Nizar bukan MB yang sah.

Kita cadangkan kalau susah-susah masukkan usul tersebut dalam tong sampah atau buat tugu di dalam hotel tersebut!.

Wednesday, September 2, 2009

PAS Jadi Parti Kebangsaan?

Sanggupkah PAS Curang?. (Gambar Hiasan)

Bukan Islam mahu tahu hak mereka bila sertai PAS

Pemimpin PAS diminta terlebih dahulu meyakinkan masyarakat bukan Islam mengenai kesungguhan parti itu mempelawa mereka menyertai PAS, termasuk kesediaan mengubah dasar dan perlembagaan parti.

Pengerusi Kelab Penyokong Pas Kebangsaan, Hu Pang Chaw (kanan), berkata masyarakat bukan Islam juga ingin mengetahui hak-hak yang akan mereka peroleh termasuk sama ada suara dan pandangan mereka diterima oleh parti itu.

"Kami takut suara kami tidak diambil kira manakala hak lain pula dipinggirkan," katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam bahawa sudah sampai masanya parti itu membuka keahliannya kepada bukan Islam selaras dengan dasar PAS yang tidak berteraskan perkauman.

Hu berkata kenyataan Nik Aziz itu sebenarnya sudah lama ditunggu masyarakat bukan Islam yang menyokong parti itu memandangkan cadangan membuka keahlian parti sudah lama dibincangkan namun seolah-olah tidak diendahkan parti itu.

"Jika serius segerakanlah perkara ini dan ubahlah perlembagaan bagi membolehkan kami menyertai PAS," katanya. Hu berkata kelab itu mempunyai 20,000 orang anggota di seluruh negara. (Sumber : BERNAMA)

(Kata Waris Pahang :

-PAS dijangka tidak lagi menjadi parti politik Islam selepas Nik Aziz 'bapa perosak agama' mengistiharkan PAS akan membuka keahlian kepada bukan Islam.

-Malah bukan itu sahaja, berkemungkinan PAS juga akan meminda dasar dan perlembagaan parti semata-mata mahu menambah keahlian parti.

-Mungkin PAS terpaksa melakukannya kerana parti pembangkang masing-masing berlumba-lumba menambah keahlian dan PAS bimbang menjadi parti yang lemah dan corot.

-PAS juga mahu menunjukkan yang partinya tidak bersifat perkauman tetapi kebangsaan seperti PKR (musuh dalam selimutnya).

-Ahli PAS yang bukan beragama Islam jika menyertai PAS akan berjaya memperbodohkan pemimpin PAS kerana disebalik mereka menjadi ahli PAS, mereka juga adalah ahli DAP dan PKR. Maka merekalah yang untung dan Melayu PAS ditipu hidup-hidup.

-Tidak mustahil satu hari nanti Pengerusi Kelab Penyokong PAS minta pula PAS buang nama Islam pada parti kerana PAS sudah berubah dasar, perlembagaan dan perjuangan.

-Malah bolehlah dikatakan bahawa PAS secara automatiknya menolak hudud kerana bersekongkol dengan DAP).

Kes Liwat : Melewat Bicara Bikin Gamat

DSAI akan menghadiri sesi mahkamah tinggi di Kompleks Mahkamah Jalan Duta esok 2hb September 2009(Wednesday),bermula jam 9 pagi.
Mahkamah antara lain akan mendengar permohonan DSAI untuk mengenepikan pertuduhan fitnah terhadap beliau. (Sumber : BlogAnwar)
(Kata Waris Pahang :
-Menurut laman blog Anwar bahawa beliau akan hadir ke Mahkamah Tinggi pada 2 September untuk minta digugurkan kes liwat.
-Sungguh mudah si Anwar mahu melepaskan diri tanpa dibicara sedangkan si Saiful sudah tunggu lama.
-Pepatah Melayu ada mengatakan "Berani Kerana Benar Takut Kerana Salah". Kenapa Anwar beria-ia sangat mahu menggugurkan kes ini?.
-Seandainya sememangnya fitnah maka berjuanglah habis-habisan dengan bukti-bukti kamu di mahkamah dan bukannya mahu mengelak dengan pelbagai alasan.
-Bagaimana kalau mahkamah menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan kes?. Apa pula drama yang akan dibuat oleh Anwar dan siapa pula pelakon-pelakon setia Anwar?.
-Harap mahkamah dengar luahan rakyat yang sudah tidak sabar mahu mendengar perbicaraan kes liwat tersebut.
-Harap mahkamah mendengar suara Saiful mangsa yang dizalimi yang mahukan kes ini dibicarakan. "Allah memakbulkan doa orang yang dizalimi".
-Di bulan Ramadhan yang mulia ini, sama-samalah kita berdoa kepada Allah supaya kes liwat ini dibicarakan).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP