Wednesday, July 28, 2010

YB Semantan No 1?.


Waris Pahang baru-baru ini dimaklumkan oleh seorang kenalan baru dari Temerloh. Beliau cukup kecewa dengan ahli PAS Temerloh yang menghina wakil rakyat BN ketika berlaku bencana.

Contohnya jika berlaku kebakaran maka mereka pun kata "tengok YB PAS dulu sampai di tempat kejadian, mana dia wakil rakyat BN" (Datuk Saifuddin Abdullah, Ahli Parlimen Temerloh dan YB Sharkar Shamsudin, Ketua Bahagian UMNO Temerloh).

Jawapannya mudah sahaja Datuk Saifuddin Abdullah adalah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi jadi dia menjaga seluruh Malaysia jadi tidak boleh nak disamakan dengan YB Semantan (PAS). Begitu juga dengan YB Sharkar, Exco Kerajaan Negeri Pahang yang menjaga satu negeri Pahang.

PAS Temerloh ini ingat rakyat Temerloh bodoh sangat dan mudah termakan hasutan. Orang di Temerloh sudah bosan dengan YB PAS ini yang mereka anggap sebagai YB tiada kerja.

Kenalan baru Waris juga cerita, pernah berlaku kejadian lemas maka pasukan penyelamat pun bergegas ke tempat kejadian. Dalam masa yang sama orang PAS juga pergi ke sana dan apabila sampai mereka kata "mana YB BN, YB PAS dulu yang sampai di tempat kejadian".

Lepas itu mereka mengedarkan air mineral kepada pasukan penyelamat, kata mereka "tengoklah PAS dulu yang beri bantuan".

"TAKKAN LAH YB BAGI AIR MINERAL SAHAJA" kata penduduk kampung. Walaupun YB BN lewat hadir ke tempat kejadian tetapi pasukan penyelamat disediakan makan minum yang diuruskan dulu oleh pejabat YB. Jika mereka guna taktik sebagaimana cerita di atas maka marilah kita pakat ketawa berdekah-dekah kerana taktik ini sudah lapok.

*Marilah kita sama-sama berdoa agar ada sinar dalam PAS selepas kesuciannya dicabul oleh pemimpin PAS. Hasan Ali mesti berani berubah untuk selamatkan umat Melayu yang berpecah parah sehingga kaum lain berani membuat pelbagai ugutan dan tuntutan yang tidak munasabah.

Wednesday, July 14, 2010

Felcra Diserang Selepas Felda?.

Iklan Ditemui dalam Blog Pembangkang

(Kata Waris Pahang :

1. Selepas pembangkang serang Felda dengan mengatakan Felda Bankrap kini ramalan kita tepat sekali bahawa Felcra pula mungkin akan diserang tidak lama lagi).

Tuesday, July 13, 2010

Pengajaran Sepanyol Juara Dunia


JOHANNESBURG – Sepanyol muncul Juara Piala Dunia pertama di bumi Afrika apabila menewaskan Belanda 1-0 menerusi jaringan Andres Iniesta pada minit ke-166 masa tambahan.
Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada separuh masa pertama.

Tindakan pengadil England, Howard Webb melayangkan kad merah kepada pertahanan Belanda, John Heitinga pada minit ke-109 menjadi detik kejatuhan ‘The Flying Dutchman’.

Pemain tengah Sepanyol, Andrés Iniesta (kiri) menyepak bola untuk menjaringkan gol pada waktu tambahan yang membawa kemenangan pasukannya pada Piala Dunia 2010 di Johannesburg, Afrika Selatan. (Sumber : Utusan Malaysia).

(Kata Waris Pahang :

1. Jika Piala Dunia diadakan tiap-tiap hari pun tiada gunanya kerana UMNO tidak ambil pengajaran dari perlawanan bola sepak tersebut. Kerja berpasukan sangat penting untuk capai kejayaan tetapi adakah ianya berlaku dalam UMNO sekarang?. Tepuk dada, lu fikirlah sendiri.........
2.Adakah UMNO mahu jadi seperti LDP (Parti Demokratik Liberal) di Jepun yang kalah kerana sikap pemimpin mereka yang berpuak-puak dan syok sendiri. UMNO mesti sentiasa bersatu padu dan tidak bergaduh sesama sendiri.

3. Moto perjuangan parti iaitu Bersatu, Bersetia dan Berkhidmat perlu disematkan di dalam hati dan jangan dibuang ke mana-mana. Najib sudah buat sepak mula tetapi UMNO belum tampak bergerak segera, mungkin bila bola sudah hampir masuk gawang gol baru mahu kejar bola agaknya.
4. Mana lagi parti yang seeloknya bagi kita kerana PKR memperjuangkan kepentingan peribadi Anwar yang mahu jadi Perdana Menteri dan DAP menolak Islam.
5.Waris Pahang setuju PAS dan UMNO bergabung semula supaya kita menjadi pasukan yang kuat dan sukar digugat, antara kita ada titik sehaluan untuk menyebarkan syiar Islam. Tolak perpaduan beerti menolak perintah Allah).

Monday, July 12, 2010

Bayar CNN : Anwar Tunduk Amerika Dan Yahudi?.

Penulis blog AS dedah Anwar 'alat' CIA

KUALA LUMPUR 10 Julai - Selepas dilaporkan tunduk kepada pelobi Yahudi dalam isu Palestin, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa pula sebagai 'alat' kepada agensi perisik Amerika Syarikat iaitu Agensi Perisikan Pusat (CIA).

Lebih menarik dakwaan itu bukannya dilemparkan oleh tokoh tempatan tetapi didedahkan sendiri oleh penulis blog terkenal di New York, Elaine Meinel Supkis melalui artikelnya, CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated.

Penulis tersebut yang mengaku sering berbalas e-mel dengan Anwar mendakwa, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara kuasa itu di Malaysia.

"Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segalanya dan mereka merupakan ejen CIA yang menyamar (Anwar is a CIA creature. That is, he is not an 'agent' but rather, a 'tool'. His list of buddies proves this: they are all undercover CIA)," katanya seperti yang dipetik dalam blog, Culture of Life News.

Pendedahan oleh Meinel Supkis itu dibuat selang sehari selepas Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino mendakwa, Anwar membiayai program temu bualnya dengan Cable News Network (CNN) baru-baru ini.

Temu bual tersebut dakwa Trevino, terpaksa dilakukan dalam usaha Anwar - yang diketahui mempunyai hubungan rapat dengan ramai kelompok Yahudi - meyakinkan kembali para pelobi Yahudi tersebut bahawa beliau bukannya anti-Yahudi.

Dalam pada itu, tambah Meinel Supkis dakwaan bahawa ketua pembangkang itu merupakan alat kepada CIA, turut disokong oleh kenyataan rakan rapat Anwar sendiri iaitu Paul Wolfowitz.
Menurutnya, Wolfowitz yang juga bekas Presiden Bank Dunia dilaporkan sebagai berkata: "Apa yang dilakukan oleh Anwar (kenyataan anti-Yahudi) salah tetapi memikirkan bahawa beliau sedang berjuang untuk dirinya serta karier politik selepas dilabelkan sebagai boneka Yahudi, kecuaian itu perlu diperbetulkan."

Meinel Supkis yang merupakan penentang kepada penguasaan Yahudi di Amerika Syarikat dalam tulisannya itu menyatakan, tiada yang lucu dan membanggakan menjadi seorang alat kepada CIA yang juga dakwanya turut dikuasai oleh pelobi Yahudi.

"Saya harap dia tidak menjadi mangsa kepada operasi ini. Anwar merupakan seorang pemimpin yang karier politiknya sudah tertutup tetapi terus dipaksa oleh Yahudi yang mempunyai kepentingan," katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

1. Apa pendirian kita bila ada orang yang rapat dengan Anwar sendiri yang mengatakan Anwar adalah alat CIA dan Yahudi?. Mungkin kita tidak berasa apa-apa kerana sudah lali dengan ketukan suara manja Anwar dan belum merasa dijajah oleh kuasa Yahudi.

2. Persoalannya kenapa Anwar reda diperalatkan oleh CIA dan Yahudi?. Ini semua dilakukan adalah kerana untuk mencapai cita-cita peribadinya menjadi Perdana Menteri. Disebalik itu apakah pula muslihat CIA dan Yahudi, mungkin mereka mempunyai agendanya yang tersendiri ke atas negara kita?. Almaklumlah, Malaysia terletak di tempat yang strategik di tengah-tengah negara Asean dan Asia serta mempunyai emas hitam (minyak). Mungkin juga CIA dan Yahudi ada matlamat lain yang masih kabur bagi kita.

3. Kisah Anwar keluar dalam CNN bukan sesuatu yang boleh dibanggakan sebaliknya rakyat Malaysia berkata "jika benar Anwar membayar kepada CNN, ia menunjukkan beliau tunduk kepada Amerika Syarikat dan Yahudi untuk menyakinkan pelobi Yahudi bahawa beliau bukan anti-Yahudi".

4. Presiden Trevino Strategies and Media Inc., Joshua Trevino yang mendakwa Anwar membiayai program temu bualnya dengan CNN bagi menarik keyakinan para pelobi Yahudi terhadapnya.

5. Kita tidak perlu pemimpin seperti Anwar lagi, biarkan dia bergerak dalam politik seorang diri. Kita mesti bersatu dan elakkan perpecahan terus berlaku. Sebelum kita menyokong mana-mana parti lihatlah dan kajilah dulu landasan perjuangan parti tersebut. Apa gunanya kita menyokong parti yang belum kukuh, tidak tentu hala perjuangannya malah pemimpnnya sendiri tidak tahu mahu bawa partinya ke arah perjuangan mana. Buat apa kita sokong parti 3 beradik songsang (PAS + PKR + DAP) sedangkan parti politik ini masih gagal kerana berbeza perjuangan, ideologi dan tiada keserasian).

Sunday, July 11, 2010

Reban : Mana Slogan Kerajaan Kebajikan?

Berita mengenai sepasang suami isteri bersama tiga anak mereka yang terpaksa tinggal di bawah rumah yang juga bekas reban ayam di Kampung Pauh Dalam, Kota Bharu amat meruntun perasaan kita.
Bayangkan, dengan hanya menggunakan jaring besi sebagai dinding, ruang bawah rumah yang pernah menempatkan ayam dan berhabuk serta bersawang, dijadikan tempat berteduh bagi membesarkan tiga anak berusia antara tiga hingga enam tahun oleh pasangan Fatimah Jalim, 36, dan suami, Yusuf Wahab, 35.

"Setiap hari kena merangkak, sudah tiga tahun macam ini. Terpaksalah terima walaupun sedih. "Kalau diberi peluang... siapa yang tidak mahu rumah lebih baik berbanding hanya tidur beralaskan tikar getah di bawah kolong yang dulunya merupakan reban ayam," ujar Fatimah dengan wajah sayu kepada pemberita yang mengunjunginya sekeluarga baru-baru ini.

Tidak hairanlah apabila Fatimah memberitahu anak-anaknya sering bergaduh kerana berebut kipas angin iaitu antara barangan 'mewah' yang ada di 'rumah' mereka. (Sumber : Harian Metro/Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :
1.Apa yang dilalui oleh keluarga ini bolehlah disifatkan sebagai kegagalan kerajaan Pas Kelantan dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya sehingga ada yang terpaksa hidup melarat.

2.Peluang pekerjaan yang terhad di Kelantan juga menyaksikan ramai rakyat negeri Kelantan terutama golongan muda menjadi perantau untuk mencari peluang pekerjaan di negeri-negeri lain.
3.Baru-baru ini, kickdefella atau Syed Azidi Syed Abdul Aziz mempersoalkan berapa billion duit akan dihabiskan untuk berperang sesama Melayu. Husam Musa berhasrat mendapatkan dana RM 20 juta untuk memerangi UMNO supaya parti itu tumbang. Husam juga memerlukan RM 200 juta untuk bawa PAS ke Putrajaya.
4. Memang pemimpin PAS ini 'tahi politik terlampau' kerana sanggup habiskan duit berjuta-juta ringggit untuk politik dan menang pilihan raya tetapi gagal mengesan rakyat Kelantan yang masih memerlukan pertolongan dan bantuan. Inilah akibatnya kalau sudah terlalu berpolitik hingga terlupa nasib rakyatnya, mana perginya slogan Kerajaan Kebajikan?.
5.Jika PAS mahu adakan ceramah, eloklah kita pulaukan sahaja atau minta YB PAS dan penceramah PAS tersebut balik ke kawasan masing-masing dan pergilah bantu rakyat di kawasan mereka supaya tidak berlaku lagi ada rakyatnya yang tinggal di reban ayam).

Saturday, July 10, 2010

Isu Felda Bankrap : Dialog - Debat = Mahkamah

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Mentei, Datuk Ahmad Maslan menganggap sesi dialog sudah mencukupi untuk mencari penyelesaian bagi isu itu, tetapi Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkeras mencabarnya berdebat.

Ahmad Maslan berpendapat, menerusi berdialog mereka mempunyai masa lebih lama untuk mendengar dan menyelesaikan masalah. Dia juga menafikan takut untuk berdebat. “Saya bukan takut nak berdebat. Dengan Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat pun saya sudah berdepan. Tak jadi masalah sebenarnya. Tapi kalau debat hanya sejam atau dua jam, susah nak selesaikan masalah.

“Dialog pula seharian pun boleh. Kalau tak puas hati dengan sesuatu perkara, kita boleh bawa pegawai jelaskan. Tak cukup satu hari boleh jadikan dua hari. Tapi debat, tak kan pula nak buat dua hari,” kata Ahmad Maslan. (Sumber : Agendadaily)


(Kata Waris Pahang :

1. Syukur Ahmad Maslan tidak terpengaruh dengan ajakan Mazlan Aliman yang mahu berdebat. Sebenarnya dia bukan mahu berdebat tetapi mahu jatuhkan air muka kamu (Ahmad Maslan ) di khalayak umum.

2. Perangainya yang mahu menjadikan rakyat sebagai hakim umpama strategi Anwar. Adakah ini bermakna kamu tidak percaya dengan sistem kehakiman negara?. Jumpa sahaja di mahkamah, bila kalah nanti dan tiada duit nak bayar RM 200 juta cubalah minta dengan Bang Nuar.

3.Bila masa pula kerajaan kata semua masyakarat Felda tidak tahu bersyukur dan tak tahu berterima kasih. Memang tidak dinafikan ada 'segelintir' daripadanya yang tidak tahu bersyukur kerana termakan hasutan pembangkang (petualang).

4.Baguslah Mazlan Aliman mengaku dan sedar yang dia datang ke Felda sejak berusia dua tahun dibawa masuk oleh ibubapa ke tanah rancangan Felda. Tahukah Mazlan Aliman, Felda dibuka untuk membasmi kemiskinan tegar suatu masa dulu, kini bagaimana dengan kehidupan Mazlan?. Adakah Mazlan pejam mata sahaja dengan kemajuan di Felda?.

5. Berdialog adalah lebih baik kerana berdebat sebenarnya nak cari publisiti murahan sahaja, bukan mahu menyelesaikan masalah. Jangan layan sangat budak meroyan ini, kita tengoklah sahaja nanti dia meroyan di mahkamah).

Friday, July 9, 2010

Isu Felda Bankrap : Tiada Maaf Jumpa Di Mahkamah

"Suara Keadilan: Jumpa di mahkamah"…kata PM disambut tepukan gemuruh peneroka. Felda akan teruskan saman terhadap akhbar PKR Suara Keadilan setelah tamat tempoh seminggu notis tuntut maaf dan gantirugi RM200 juta hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak umum demikian dalam ucapannya di Hari Felda di Trolak pagi Rabu. Beliau telah mengulas dengan panjang lebar mengenai isu dakwaan berkenaan di depan lebih 10,000 peneroka yang hadir di majlis itu.

Perdana Menteri berkata pihak yang mendakwa Felda bankrap telah membuat tuduhan liar yang tidak berasas serta melakukan satu dusta.

"Tak bankrap...bukan Suara Keadilan yang tentukan," katanya sambil disambut dengan teriakan peneroka yang melaung supaya Felda meneruskan saman.

"Hari ini suara perhimpunan hendak kita teruskan...kita jumpa di mahkamah," katanya sekali lagi disusuli tepukan gemuruh.

----------------------------------------------------------------

Jawapan kepada mereka yang menuduh Felda Bankrap sedangkan Felda telah membuat pelaburan bijak untuk kesejahteraan rakyat dan merupakan sebuah institusi yang berjaya.

1. Felda kini mempunyai wang tunai sebanyak RM1.3 bilion dan ini tidak termasuk wang yang terdapat dalam beberapa anak syarikatnya.

2.Felda ada RM1.3 bilion tunai. Felda labur dalam saham dan membelinya pada harga RM844 juta, hari ini dah naik lima kali ganda.

3. Saham-saham yang dibeli Felda adalah daripada syarikat besar seperti MISC dan Maybank yang tersenarai di Bursa Malaysia dan jika dijual sekarang boleh memperoleh RM4.6 bilion.

4.Ladang-ladang yang dimiliki Felda jika dijual dengan nilai konservatif ladang komersial adalah berharga RM10 bilion.

5.Felda merancang pembangunan untuk jangka panjang dan telah membuat pelaburan di Amerika Syarikat dan Kanada bagi menembusi pasaran global dalam usaha meningkatkan pemasaran produk di peringkat antarabangsa yang akan membantu meningkatkan lagi harga sawit.

6.Felda juga telah membelanjakan RM2.4 bilion untuk tanaman semula. "Kalau pokok dah tua mana nak keluar buah (sawit) atau susu (getah)," katanya.

7.Projek pembinaan Menara Felda yang baru, beliau berkata tanah yang dibeli bagi projek itu kini kalau dijual pun sudah mendapat untung yang banyak. "Kita kalau nak buat bangunan tak kan nak buat di Kampung Keramat atau Kampung Baru (di Kuala Lumpur)...kita buat di sebelah Menara Berkembar Petronas," katanya.

8. Najib sekali lagi menarik perhatian hadirin apabila bertanya sama ada seseorang yang bankrap boleh membayar zakat. "Kalau bankrap boleh tak bayar zakat tak wajib bayar zakat...Felda membayar zakat RM26 juta tahun lepas kepada kerajaan-kerajaan negeri," ujarnya.

9. Felda Kledang Johor dianugerahkan Rancangan Felda terbaik dan meraih wang tunai RM 1 juta ringgit. Sekiranya Felda bankrap mana mungkin dapat memberi hadiah tersebut.

10. Perdana Menteri juga beri jaminan bahawa Felda akan mengeluarkan “duit raya” bagi para penerokanya dan pengumuman mengenainya akan dibuat pada minggu pertama bulan Ramadan nanti. INIKAH YANG DIKATAKAN BANKRAP.

(Kata Waris Pahang :

1. Ramalan menunjukkan Pakatan Rakyat yang digagaskan dahulu oleh pemimpin pembangkang akan berkubur hujung tahun ini, jika tidak berkubur pun hidupnya adalah seperti nyawa-nyawa ikan.

2.Kita sendiri lihat bagaimana orang kuat pembangkang seorang demi seorang keluar dari pakatan haram itu. Mereka yang keluar bukannya kecik punya orang seperti wakil rakyat dan setiausaha agung.

3. Pembangkang sebenarnya bankrap ideal dan moral. Maka hilanglah prinsip perjuangan parti yang sebenarnya.

4. Itulah yang berlaku dalam PKR apabila menolak asas perjuangan parti sehingga parti itu menjadi parti rojak. Begitu juga dengan PAS yang tersasar dari perjuangan Islam dan kini bersekongkol pula dengan parti DAP yang jelas menolak perjuangan parti PAS. Mungkin Karpal pun hairan kenapalah pemimpin PAS ini degil sangat.

5.Apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang (PAS+PKR+DAP) hanyalah politik semata-mata. Buat apa kita sertai parti ini sedangkan parti ini RETAK MENANTI BELAH).

Thursday, July 8, 2010

Politik Menghalalkan Kezaliman Anwar

Kerana politik Nik Aziz sanggup pertahan Anwar dalam pelbagai isu. Bukan itu sahaja Nik Aziz sebelum ini menghadiri perbicaraan tuduhan liwat yang dikenakan ke atas Anwar.

Adakah Nik Aziz sudah lupa atau sengaja buat-buat lupa, Nik Aziz suatu ketika dulu pernah minta RM 600 juta daripada kerajaan pusat supaya Negeri Kelantan dapat menerima air bersih yang dirawat.

Dengan tindakan yang zalim, Anwar tidak meluluskannya. Kemudian YB Leo Moggie pula merayu, Anwar tidak beri respon yang baik. Kemudian KSU pula merayu tetapi Anwar tidak beri satu sen pun atas permohonan mereka.

Tetapi insan bernama Mahathir Mohamad segera meluluskannya selepas dua bulan Anwar dipecat dari jawatan TPM.

Orang-orang Kelantan sebenarnya terhutang budi kepada Tun Dr. Mahathir dan bukan terhutang budi kepada Anwar yang zalim itu.

(Isu ini diperolehi dari Ceramah Bongkar Rahsia di Balok Kuantan).

Wednesday, July 7, 2010

Suara Keadilan Tempah Penjara?.

Suara Keadilan Terus Di Terbitkan Walaupun Tanpa Permit

Lidah rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan, akan meneruskan cetakan tanpa permit penerbitan Kementerian Dalam Negeri. Permit akhbar PKR ini dilapor tidak akan diperbaharui selepas ia luput pada 30 Jun depan.

Pengarah Strategi PKR Tian Chua berkata Suara Keadilan akan beroperasi seperti biasa kerana pihak KDN belum memberi kata muktamad. "Kerajaan memberitahu permit tidak akan diperbaharui tetapi penerbitan tidak diharamkan," kata Tian Chua kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Naib Presiden PKR Azmin Ali hari ini memfailkan usul tergempar di Dewan Rakyat membahaskan isu ini."Kita harap usul ini diterima dan dibahas di Parlimen esok," kata Azmin.

(Kata Waris Pahang :

1. Azmin Ali dan Tian Chua pertikai tindakan KDN?. Ini bermakna mereka mencabar pihak berkuasa dan undang-undang yang sedia ada. Nampaknya Tian Chua ni tak serik-serik lagi.

2. Mana-mana penerbitan perlulah ada permit, kalau tiada permit macamana KDN mahu mengawalnya. Semua negara macam itu, kalau nak buat akhbar tanpa permit maka eloklah tinggal di pulau-pulau sahaja.

3. Inilah nasibnya kalau suka menabur fitnah di dalam kitab suci pembangkang "suara keadilan". Di manakah keadilannya jika akhbar tersebut boleh fitnah sesuka hati. Fitnah maksudnya menyebarkan sesuatu yang tidak benar. Orang yang difitnah adalah orang yang dizalimi.

4. Barangkali pembangkang sudah ada skrip baru bagi episod menentang/bantahan suara keadilan yang tidak diberi permit baru. Kita saksikan siapakah pelakonnya samaada pemimpin pembangkang, orang upahan atau pengundi totok?.

5. Jika itulah pilihan pembangkang maka tunggulah pilihan raya umum akan datang kerana rakyat akan kembali sokong BN atas faktor sudah muak dengan pembangkang yang suka mengadakan demontrasi daripada membela nasib rakyat. Demontrasi yang diadakan dan isu-isu yang dimainkan sebenarnya bertujuan menutup perhatian mata rakyat kepada kelemahan pembangkang, perselisihan dalaman pembangkang dan kes liwat Anwar).

Tuesday, July 6, 2010

Kenali Pengacau Pahang : Mazlan Aliman

Mazlan Aliman dilahirkan pada 17 Julai 1966 di Batu Pahat Johor dan dibesarkan di Felda Bukit Ramun, Kulai Johor. Mendapat pendidikan awal di Sek.Men. Alauddin Felda Bukit Besar, Kulai dan melanjutkan pengajian ke Institut Perdagangan Kota Baharu Kelantan. Kelulusan tidak diketahui tetapi pernah mendapat pendidikan di UTM dan Universiti Terbuka Malaysia.

Penglibatan beliau dalam masyarakat dan politik : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Timb. Pengerusi Hal Ehwal Pertanian PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor.

Penglibatan beliau dalam NGO :

Presiden Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK)
Ahli Persatuan Cina Muslim Kebangsaan (Macma)

(Kata Waris Pahang :
1. Gambar di atas adalah Mazlan Aliman Presiden ANAK yang mulanya buat kacau di Pahang tetapi kini gerakannya sudah buat buat kacau seluruh negara.
2. Beliau bukan anak pahang jati tetapi ada hati mahu jadi YB di negeri Pahang. Mungkin dia anggap orang Pahang bodoh sangat sehingga boleh ditipu dan dikelentong hidup-hidup. Pada PRU ke 12 beliau bertanding bagi merebut kerusi Parlimen Bera.
3. Barangkali Presiden ANAK ini tidak nampak jalan untuk jadi YB di negeri sendiri maka melompatlah dia ke negeri Pahang.
4. Suatu ketika dulu, akibat Mazlan Aliman (diri sendiri) punya angkara, maka beliau mendapat "hadiah istimewa" bermalam di lokap polis IPD Raub. Kini akhbar suara keadilan pula disiasat kerana memaparkan berita fitnah "Felda Bangkrap".
5. Kini peneroka Felda dan Gen 2 di Negeri Pahang bangkit membantah tindakan pengacau Pahang ini. Terima Kasih di atas keberanian tuan/puan mengadakan demontrasi membantah tindakan pengacau Felda dan Pahang. Jangan kita mudah tertipu dengan janji manis pengacau ini).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP