Thursday, January 29, 2009

Rumah Terbuka Satu Pembaziran?

Rakyat Malaysia berbilang kaum masih lagi menyambut Perayaan Tahun Baru Cina dengan mengadakan 'Rumah Terbuka'.

Sebagaimana biasa mana-mana perayaan kaum di Malaysia akan diadakan 'Rumah Terbuka' bertujuan mengeratkan hubungan antara kaum.

Namun segelintir blogger yang lebih cenderung mengatakan 'Rumah Terbuka' adalah satu pembaziran.

Apa reaksi anda? Jom Bincang/Sembang/Tukar2 Fikiran di ruangan komen, Sila Beri Komen Anda.

Soalan :

1. Wajarkah Sambutan Rumah Terbuka Tidak Perlu Diadakan langsung?

2. Sambutan Rumah Terbuka Adalah Satu Pembaziran?

3. Sambutan Rumah Terbuka Yang Diadakan Secara Sederhana Juga Dianggap Satu Pembaziran?

Friday, January 23, 2009

Tahun Baru Cina Disabotaj

Selamat meraikan perayaan Tahun Baru Cina pada 26 dan 27 haribulan ini, Waris Pahang ucapkan. Banyak juga Waris pahang terima buah limau yang diberikan oleh rakan-rakan.

Bagi pegangan masyarakat kaum Cina, buah limau yang bewarna oren jingga seperti emas bermaksud 'ONG' atau Tuah.


Manakala Tahun Lembu pula bermaksud rajin bekerja, sekiranya rajin berusaha maka akan mendapat hasil, ujar rakan saya berbangsa Cina.

Kedai-kedai dan pasar raya di sekitar bandar Kuantan meriah dengan perhiasan tanglung. Pasar raya juga penuh sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu kerana banyak jualan murah namun kebanyakannya adalah orang Melayu.

Seperti kelaziman, kerajaan BN akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka untuk sebarang perayaan di setiap negeri. Majlis ini diadakan bertujuan merapatkan hubungan antara kaum, perpaduan dan muhibbah.

Gempar
Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang kecewa kerana kerajaan baru Pakatan Pembangkang di Pulau Pinang telah menolak permohonan mereka untuk mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina.

Alasan yang diberikan, program ini tidak memberi pulangan keuntungan kepada Kerajaan Negeri.

Rakyat Pulau Pinang hairan kerana :

i. Manifesto kerajaan Pakatan Pembangkang ialah Negara Kebajikan tetapi tiada kebajikan diberikan untuk sambutan Tahun Baru Cina.

ii. Kerajaan Negeri lebih memikirkan tentang keuntungan dan seolah-olah menggangap sambutan ini membazirkan wang.

iii. Kerajaan BN lebih memupuk Muhibbah dan perpaduan di antara kaum berbanding Kerajaan Negeri yang menolak untuk menganjurkannya.

DAP Triang, Pahang pula tidak mengeluarkan peruntukan tahun ini bagi sambutan Tahun Baru Cina atas alasan ekonomi meleset.

DAP Triang juga mendakwa bahawa mereka tidak perlu mengeluarkan peruntukan kerana orang ramai telah menyumbangnya.

Namun apa yang dikesalkan, di mana kebajikan yang laungkan dulu semasa Pilihan Raya Umum Ke 12.

Masyarakat tempatan di Triang kecewa kerana sambutan Tahun Baru Cina tahun ini hambar kerana kurang tanglung-tanglung yang digantung berbanding dahulu.

"Selamat Tahun Baru Cina".

Thursday, January 22, 2009

Tipu : Lembu Camry Tender

Khir Toyo dakwa ada bukti terhadap MB S'gor
Jimadie Shah Othman Jan 22, 09 1:00pm
(Sumber : Malaysiakini)

Ketua pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa menerima salinan surat mengenai arahan dari pejabat menteri besar Selangor berhubung pembelian 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak ketika Hari Raya Korban Disember lalu.

"Sebenarnya kita ada bukti dokumen yang menyatakan arahan (telah) dibuat oleh Tan Sri Abdul Khalid,” katanya dalam satu sidang akhbar di Pejabat Umno Selangor di Shah Alam, pagi tadi.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Dr Mohd Khir berkata, surat tersebut menggunakan kepala surat pejabat menteri berhubung pengedaran lembu korban kepada surau, madrasah dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak.

Surat tersebut ditandatangani oleh ketua setiausaha kepada menteri besar dan di alamat kepada pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Surat itu bertarikh 27 November tahun lalu. Catatan bertulis tangan berkenaan arahan supaya bayaran itu dibuat pula bertarikh sehari selepas itu. Catatan itu, juga diakhiri dengan tandatangan di penjuru kanan bawah surat berkenaan.

Dr Mohd Khir berkata, beliau juga mempunyai salinan invois dan resit pembayaran bagi pembelian lembu-lembu korban tersebut. Menurut beliau, resit pembayaran pula bertarikh 16 Disember tahun lalu, katanya,

Sehubungan itu, Dr Mohd Khir menyifatkan kenyataan Abdul Khalid sebagai sebuah "penipuan, pembohongan, dolak-dalik" serta bertentangan dengan janji Pakatan Rakyat bahawa mereka akan memastikan ketelusan dalam kerajaan di bawah pentadbirannya.

"Saya tak nampak ini ketelusan, ini ketipuan (penipuan)," katanya sambil menambah perkara yang sama berlaku berhubung kos pembelian kereta Toyoto Camry oleh kerajaan negeri bulan lalu.

Dr Mohd Khir, bagaimanapun berkata, Umno Selangor tidak perlu lagi tampil membuat laporan kerana laporan yang dibuat telah cukup, setelah Gerak tampil mengemukakan aduan yang sama kepada SPRM semalam.

Dr Mohd Khir berkata, beliau juga difahamkan suruhanjaya tersebut telah menggeledah pejabat menteri besar dan pejabat PKNS dua hari lalu. Sehubungan itu, beliau mendesak Abdul Khalid mengosongkan kerusi menteri besar sehingga selesai siasatan.

Bercakap lanjut mengenai ketelusan dalam pentadbiran, beliau turut menempelak kerajaan negeri yang didakwanya masih tidak mengamalkan tender terbuka berhubung projek-projek pihak berkuasa tempatan. Sebagai bukti, beliau berkata, tiada iklan dibuat dalam akhbar-akhbar arus perdana berhubung perkara itu.

LEMBU : MB Pembelit Rakyat (PR)

Dana Negeri Tidak Digunakan Beli Lembu Korban
SHAH ALAM, 21 Jan (Bernama) --

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini menafikan dakwaan kononnya beliau menggunakan dana kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban baru-baru ini.

Beliau berkata sebaliknya, pemberian lembu-lembu korban itu yang bernilai lebih RM110,000, adalah sumbangan daripada enam anak syarikat dan syarikat bersekutu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), yang ingin mengagihkan lembu berkenaan di surau-surau di kawasan parlimennya, Bandar Tun Razak, pada Hari Raya Aidiladha, Dis lepas.

"Saya ingin menjelaskan di sini bahawa dana kerajaan negeri memang tidak digunakan bagi membiayai pembelian lembu-lembu korban berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco Negeri di pejabatnya di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini.

"Sebaliknya, derma ini (lembu-lembu korban) diagihkan kepada golongan yang betul-betul memerlukannya dan tidak timbullah unsur penyalahgunaan dana dalam kes ini disebabkan orang umumlah yang menerima keuntungan daripada sumbangan berkenaan," kata Khalid
mengulas dakwaan tersebut.

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) hari ini membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor dan meminta badan itu menyiasat kemungkinan wujud unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam urusan pembelian lembu korban itu.Pengerusinya, Mohd Nazree Mohd Yunus, antara lain mendakwa pembelian lembu-lembu korban yang diagihkan di Bandar Tun Razak menyebabkan aliran dana kerajaan Selangor keluar dari sempadan negeri tanpa mengikuti prosedur urusan kewangan yang betul.-- BERNAMA

(Kata Waris Pahang:

- Siapa tidak kenal MB Selangor yang pernah kontroversi kerana mempertahankan projek ternakan babi 100 ekar di Selangor.

- Kita semua hairan, kes babi dulu pun belum selesai kini timbul pula kes lembu. Mungkin sempena tahun lembu agaknya.

- Alkisahnya binatang yang bernama lembu dari Selangor telah diagihkan ke Parlimennya di luar sempadan. Khalid ini sudah ‘mamai’ ke?

- Itulah jangan tamak sangat sehingga memegang dua jawatan iaitu Parlimen Bandar Tun Razak (Wilayah Persekutuan) dan DUN Ijok (Selangor).

- Ramai yang terkejut kerana Kerajaan Pakatan Pembangkang yang mewar-warkan sebagai kerajaan BERSIH tetapi telah di siasat oleh suruhanjaya pencegahan rasuah malaysia (SPRM).

- Khalid memang Pembelit Rakyat (PR) sebab ketika menjawab soalan wartawan mengenai dakwaan yang dikemukakan Gerakan Anti Korupsi (GERAK) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Khalid cakap berpusing-pusing mengenai perkara tersebut. Antaranya :

i. Beliau mengakui ada penghantaran lembu korban ke parlimen Bandar Tun Razak menganggap isu itu kecil.

ii. Tidak tahu siapa yang membuat pembayaran.

iii. Tidak tahu wujudnya Selangor Industrial Corporation Sdn Bhd (SIC) yang membayar RM110,400 harga haiwan tersebut.SIC adalah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang di pengerusikan sendiri oleh Khalid.

(Pasti sesuatu yang mustahil sebagai pengerusi, beliau tidak mengetahui kewujudan SIC yang sudah membuat pembayaran sebanyak itu kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor
(PKPS) yang membekalkan lembu-lembu korban pada Aidil Adha lalu).

- Bagaimana pula dengan sesiapa yang sudah makan daging korban tu?. Eloklah pergi jumpa Khalid dan pulangkan semula).

Empangan Chereh Penebat Banjir Untuk Kuantan

Oleh Mohd Shukri IshakKUANTAN, 21 Jan (Bernama) --

Ramai yang menyatakan kewujudan Empangan Chereh di Sungai Lembing berjaya mengurangkan kesan banjir di daerah Kuantan pada musim tengkujuh yang baru lepas.

Berbanding kejadian banjir musim hujan sebelum ini, jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat-pusat pemindahan turut berkurangan.

Menurut kenyataan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang, jumlah mangsa banjir yang berpindah musim tengkujuh lepas (hujung tahun 2007 dan awal tahun 2008) ialah lebih 4,000 orang tetapi pada musim tengkujuh kali ini (hujung tahun 2008 dan awal tahun 2009), kurang daripada 2,000 orang.

Sedangkan mengikut laporan Jabatan Meteorologi, taburan hujan adalah sama antara kedua-dua musim tengkujuh iaitu 950 mm selama 40 hari antara 1 Dis 2007 dan 9 Jan 2008 dengan 949.4 mm selama tempoh yang sama antara 1 Dis 2008 dan 9 Jan lepas.

Malah, tidak seperti musim tengkujuh lepas, musim kali ini mencatatkan taburan hujan yang tinggi bagi tempoh tiga hari berturut-turut dengan bacaan 456 mm iaitu 117.4 mm pada Khamis (1 Jan 2009), 136.6 mm (2 Jan) dan 202mm (3 Jan).

Taburan 202 mm dan 136.6 mm ini, yang tertinggi dan kedua tertinggi pada musim tengkujuh kali ini mengatasi taburan tertinggi dan kedua tertinggi bagi musim tengkujuh lepas yang tercatat pada 125 mm pada 11 Dis 2007 dan 111.2 mm sehari sebelumnya (10 Dis 2007).

FUNGSI EMPANGAN CHEREH

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob menutup (plug-in) secara rasmi pintu air Empangan Chereh, di dalam kawasan tadahan air hutan rizab Chereh Sungai Lembing, pada 29 Julai lepas.

Menurut Pengarah Jabatan Bekalan Air Pahang Datuk Ismail Mat Noor, Empangan Chereh itu sendiri yang menakung air menyebabkan jumlah air yang melalui Sungai Chereh hingga bercantum dengan Sungai Kuantan tidak jauh dari Kampung Jarau, Sungai Lembing menerima jumlah air yang tidak banyak.

Ini menghindarkan daerah Kuantan daripada menerima limpahan air yang boleh menyebabkan berlakunya banjir."Inilah sebenarnya antara fungsi utama Empangan Chereh bernilai RM76 juta ini. Selain sebagai empangan untuk menakung air bagi maksud minuman dan kegunaan harian, fungsi yang tidak kurang pentingnya ialah sebagai penebat banjir," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata sejak "plug-in" pada 29 Julai lepas dilakukan, jumlah air di empangan seluas 1,620 hektar (atau sepertiga keluasan Wilayah Persekutuan Putrajaya) itu telah pun mencecah 50 peratus atau 130 juta meter padu.

"Bayangkanlah jika jumlah air sebanyak itu dibiar mengalir kerana tiada empangan, sudah tentu ia boleh menyumbang kepada keadaan yang buruk kepada bencana banjir di Kuantan" katanya.

Menurutnya, empangan itu sekadar menakung air dan tiada proses rawatan dilakukan di empangan.

Ismail berkata air dari empangan Sungai Chereh ini disalurkan ke Sungai Kuantan, memasuki beberapa loji di tebingnya seperti Loji Air Pasir Kemudi, Loji Air Sungai Lembing, Loji Air Bukit Sagu, Loji Air Panching, Loji Air Kampung Padang, Rumah Pam Kampung Kobat sebelum disalur ke Loji Semambu dan Loji Air Buki Ubi untuk pembekalan ke rumah-rumah di daerah Kuantan.

MUSIM AKAN DATANG

Menurut perancangan, empangan ini akan mencapai kapasiti 260 juta meter padu air tertakung bagi tempoh dua atau tiga musim tengkujuh daripada tarikh ia ditutup (plug-in).

"Musim tengkujuh baru-baru ini ialah yang pertama (plug-in) dan itupun sudah mencapai tahap 50 peratus. Maka perancangan bermula pada bulan Jun ini iaitu musim panas dan kemarau; air dalam empangan akan dilepaskan supaya air itu kekal pada paras 50 peratus," katanya.

Beliau berkata tindakan itu supaya apabila musim tengkujuh tiba, empangan itu akan terus mempunyai cukup ruang untuk menerima taburan air hujan yang berlebihan dan mengelak kejadian banjir buruk di daerah Kuantan.

Bagaimanapun tidak dapat dinafikan bahawa Sungai Kuantan menerima airnya bukan sahaja dari Sungai Chereh tetapi juga Sungai Kenau.

"Inilah yang menyebabkan Pekan Sungai Lembing pada musim tengkujuh kali ini, masih mengalami banjir yang melibatkan beberapa kampung sekitarnya. Namun tahapnya tidaklah kritikal seperti mana tahun-tahun sebelum ini apabila air naik sehingga menghampiri paras bumbung rumah," katanya.-- BERNAMA

Wednesday, January 21, 2009

Siapa Hina Serban?

SEORANG pelajar sekolah pondok, Ahmad Nasir Darus, 28 (kiri), melaungkan takbir pada 100 pelajar pondok yang hadir perbicaraannya setelah pihak majistret menolak penangguhan perlaksanaan hukuman terhadapnya yang disaman menunggang motorsikal tanpa memakai topi keledar kerana berserban di Mahkamah Majistret Kota Bharu. Beliau memilih hukuman dipenjarakan 2 hari atas alasan mengikut sunnah.

– Sumber : Berita Harian

(Kata Waris Pahang :

1. Baru-baru ini kerajaan telah melancarkan kempen penggunaan topi keledar. Bagi mengelak kemalangan yang membahayakan pengguna motosikal, mereka dinasihatkan agar tidak menggunakan topi keledar yang melebihi lima tahun tempoh pemakaiannya kerana kualitinya yang semakin merosot.

2. Persoalannya, adakah serban sama kualiti keselamatannya dengan topi keledar. Sudah tentu ianya tidak selamat dipakai semasa menunggang motosikal.


3. Kita kena prihatin tentang pemakaian topi keledar demi keselamatan kita kerana ianya mampu mengurangkan kecederaan semasa berlaku kemalangan jika ianya dipakai dengan betul.


4. Penunggang motosikal boleh memakai kembali serban setelah menunggang motosikal kerana tiada siapa yang menghalangnya.

5. Namun isu ini telah dipolitikan kononnya kerajaan menghina sunnah nabi, menghina serban dan anti orang yang pakai serban.

6. Isu ini sengaja dicipta supaya rakyat tidak puas hati dan membenci kerajaan. Sungguh dahsyat tindakan anak didik pemimpin pakatan pembangkang.

7. Malahan kerajaan juga turut dianggap memperlekehkan golongan yang memakai serban seperti tokoh agama dan pahlawan seperti Nik Aziz, Tok Gajah, Tok Bahaman, Tok Kenali, Tok Haji Fhadil Bentan dan datuk Pak Lah.

8. Mereka juga beranggapan orang-orang yang dilabelkan sebagai memfitnah sunnah ini "tunggulah masanya bila Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak akan mengaku kamu semua umatnya di akhirat nanti".

9. Menjaga nyawa itu wajib manakala memakai serban itu sunnah. Selamatkan nyawa dengan memakai topi keledar, selepas menunggang bolehlah memakai semula serban. “Sayangilah diri anda kerana keluarga anda sedang menanti kepulangan anda”.

10. Janganlah kita terlalu taasub sehingga dalam tandas pun kita memakai kopiah, songkok dan serban).

Tuesday, January 20, 2009

Majlis MB/KM : Sekata Tidak Senada?

Pakatan Rakyat Tubuh Majlis MB/KM Dan Exco

ALOR SETAR, 18 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) hari ini menubuhkan Majlis Menteri Besar/Ketua Menteri (MB/KM) dan Majlis Exco untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama sesama mereka.Mesyuarat Majlis MB/KM akan diadakan dua kali setahun manakala Majlis Exco tiga atau empat kali setahun.

"Pengistiharan Seri Mentaloon" itu dicapai dalam mesyuarat yang dihadiri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Mesyuarat berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar Kedah "Seri Mentaloon" dan dipengerusikan oleh Abdul Khalid.

Azizan kemudianya memberitahu pemberita, kedua-dua majlis berkenaan adalah berupa wadah untuk PR menyelesaikan sebarang isu yang mempunyai kepentingan bersama.

Lim berkata majlis tersebut akan mengurangkan semangat kenegerian antara negeri yang dikuasai PR selain menjadi landasan untuk berkongsi pengetahuan, maklumat dan pengalaman.

Abdul Khalid pula berkata penubuhan kedua-dua majlis akan menjadi nilai tambah untuk memantapkan pengurusan negeri dan merapatkan jurang pendapat dan sekaligus mengurangkan salah faham dalam PR.-- BERNAMA

(Kata Waris Pahang :

1. Setelah lebih 6 bulan memerintah, Pakatan Pembangkang baru menubuhkan Majlis MB/KM. Maka mereka sebelum ini membohongi rakyat kononya Pakatan Pembangkang bersatu hati dalam segala tindakan. Rupa-rupanya tiada penyelarasan di peringkat Kerajaan Pakatan Pembangkang.

2. Idea penubuhan ini katanya lahir daripada PAS untuk menunjukan PAS lah 'tuan' dalam kerajaan Pakatan Rakyat kerana berjaya menguasai 3 daripada 5 negeri, iaitu Kelantan, Kedah dan Perak. Manakala dua negeri lagi dikuasai oleh PKR bagi Selangor dan DAP bagi Pulau Pinang.

3. Mampukah PAS berjaya mencucuk hidung PKR dan DAP kerana PAS paling banyak kerusi dalam Majlis MB/KM.

4. Secara logiknya segala keputusan yang diundi sudah tentu PAS yang menang kerana PAS lebih ramai dalam majlis ini. Pergerakan licik PAS ini mungkin belum dapat dihidu oleh PKR dan DAP.

5. Penubuhan majlis ini baru menyedarkan PKR dan DAP bahawa PAS lah yang paling kuat dan berpengaruh dalam Pakatan Pembangkang.

6. Anwar pula akan tersisih daripada Majlis MB/KM ini kerana beliau bukan dari kalangan MB/KM. Anwar hanya tunggangan mereka sahaja untuk mencapai cita-cita politik.

7. Penubuhan majlis ini dilihat tindakan terdesak di atas tindak tanduk pemimpin Pakatan Pembangkang yang membuat keputusan melampau sehingga tidak menghirau bantahan rakyat.

8. Mampukah majlis ini mengubat kekecewan Raja-Raja Melayu dan orang Melayu yang terluka dengan tindakan Pakatan Pembangkang yang menghakis sedikit demi sedikit keistimewaan orang Melayu?.
9. Manifesto mereka mahu tubuh Negara Kebajikan tetapi bila dapat memerintah rakyat saban hari menuntut janji kebajikan. Di manakah kebajikannya. Majlis ini dilihat menyelaraskan lagi untuk membohongi rakyat.
10. Rakyat Pahang pula perlu sedar bahawa telah banyak pembohongan yang mereka lakukan. Mana kebajikan yang diberikan oleh YB ADUN/Parlimen Pembangkang kepada rakyat Pahang.

Monday, January 19, 2009

DAP Tamak, Ustaz Dijala

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham berkata, dalam ucapan dasarnya pada Konvensyen DAP Perak tahun lepas, parti itu bersetuju untuk menubuhkan cawangan DAP di seluruh negeri termasuk di kawasan yang DAP tidak bertanding.

“Kita berharap ahli DAP di kawasan berkenaan akan dapat membantu dan menyumbang kepada calon PAS atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bertanding. DAP juga berhasrat meletakkan calon dalam kalangan ustaz serta peguam,” Katanya-Bernama

Sumber : Sinar Harian –Ahad 18 January 2009

(Kata Waris Pahang :

1. Tindakan DAP untuk meletakkan golongan berpendidikan agama Islam sebagai calon DAP merupakan tindakan yang sungguh biadap.

2. DAP nampaknya semakin ghairah untuk membonekakan orang Melayu pula untuk mencapai cita-cita, hasrat dan kepentingan diri setelah berjaya membonekakan MB Perak.

3. Tindakan DAP ini dianggap sebagai “Strategi Mesra Pelanggan”, seperti dalam perniagaan. Contohnya peniaga Cina menggunakan Orang Melayu sebagai pekerjanya untuk menarik pelanggan. Maka dalam politik, DAP mahu gunakan orang Melayu untuk mendapat ahli baru.

4. DAP sebenarnya tamak kerana mahu kaut sokongan dari kaum Melayu pula. Ini bermakna DAP mahu menyaingi PKR yang membuka keahlian kepada semua kaum.

5. PAS pula telah terdesak dengan perkembangan ini sehingga sanggup membuka keahlian untuk orang bukan Islam.

6. Bagi pemerhati politik tanahair mereka lihat adanya perlumbaan untuk merebut ahli daripada pelbagai kaum.


7. Bagi orang Melayu yang 'gila kuasa' mereka akan menyahut cadangan DAP untuk membuka lebih banyak cawangan hanya bertujuan mahu menjadi Ketua Cawangan sahaja.

8. Tidak mustahil satu hari nanti, apa-apa cadangan dan projek yang mahu dilaksanakan oleh DAP akan mendapat tentangan daripada Orang Melayu.

9. Dalam masa yang sama tindakan DAP ini mendapat sokongan pula orang Melayu (DAP) yang bodoh ini.

10. Lihatlah apa yang berlaku sekarang, apabila orang Melayu Perak bangkit menetang tindakan Nizar memberi hak milik tanah secara kekal 999 tahun kepada penduduk kampung baru. Maka ada Orang Melayu dari Pakatan Pembangkang (PAS, PKR dan DAP) yang menyokongnya.

11. Mereka ini langsung tiada semangat patriotisme dan cintakan tanah Melayu. Pendirian PAS dan PKR dalam isu ini tidak boleh dipakai kerana ianya sebenarnya adalah pendirian DAP

12. Percayalah inilah penjajahan bentuk baru tetapi sungguh malang ramai orang Melayu yang masih terlena dan tidak kurang juga yang tidak dapat berbuat apa-apa).

Saturday, January 17, 2009

Nizar Wajar Letak Jawatan

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin perlu meletak jawatan kerana tindakannya memberi hak milik tanah kepada penduduk kampung baru.

Beliau didesak oleh bangsa Melayunya sendiri supaya meletak jawatan kerana :
1. Beliau tidak menghormati dan membelakangkan teguran raja-raja Melayu.

2. Beliau sepatutnya menjadi 'dahan' kekuatan orang Melayu seperti yang diharapkan, bukannya 'menggadaikan' maruah yang ada demi kepentingan politik semata-mata.

3. Beliau dilihat tidak langsung berusaha untuk melindungi hak-hak orang Melayu.

4. Beliau perlu ingat siapa yang melantik beliau menjadi Menteri Besar.

5. Beliau telah mengguris hati dan perasaan raja-raja Melayu.

6. Beliau mencuri hak tanah kepunyaan Melayu dan diserahkan kepada bangsa lain. Tanah hak Melayu itu perlu dipulangkan secara terhormat bagi menghormati hak kaum Melayu yang telah dirampas.

7. Beliau seorang pemimpin yang buta sejarah. Beliau sepatutnya mengkaji dulu sejarah bagaimana asal usul kampung baru, bukan tergesa-gesa membuat perubahan yang akhirnya menguris perasaan orang Melayu sendiri.

8. Beliau tidak sedar bahawa pemberian tanah itu tidak nampak sangat kesannya tetapi 10 atau 20 tahun lagi, bila sedar, semuanya sudah terlambat.

9. Beliau sepatutnya memberikan hak milik tanah tersebut kepada para pejuang kemerdekaan dan anggota keselamatan yang telah mempertaruhkan nyawa mempertahankan negara daripada ancaman komunis. Jika anggota keselamatan terbabit telah meninggal dunia, keluarga mereka perlu diberi pengiktirafan melalui pemberian tanah itu.

10. Beliau tidak bijak berpolitik dan tindakannya merugikan bangsa Melayu sekiranya hak golongan bumiputera terus dipinggirkan.

Friday, January 16, 2009

Nizar : Pelengkap Rancangan Briggs

‘Kampung baru dianggap curi hak tanah Melayu’

KUALA LUMPUR 15 Jan. – Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah bertitah, raja-raja Melayu telah menzahirkan teguran terhadap rancangan penempatan semula kampung baru pada tahun 1950 yang dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu.

Baginda yang dalam keadaan sebak semasa menyentuh perkara itu ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) di sini hari ini bertitah, teguran tersebut dizahirkan dalam Mesyuarat Raja-Raja Melayu pada 24 Mei 1950.

Titah baginda, penempatan semula melalui Rancangan Briggs yang dilancarkan oleh Sir Henry Gurney itu telah menimbulkan rasa kurang senang raja-raja Melayu.

Raja Nazrin bertitah, Rancangan Briggs memberi nikmat kepada 400,000 penduduk setinggan Cina di pinggir hutan berpindah ke kampung baru yang dilengkapkan dengan jalan, bekalan elektrik, air paip, kemudahan sekolah dan kesihatan serta turut dibantu mendapat pelbagai peluang pekerjaan dan kemudahan perniagaan.

Sumber : Utusan Malaysia (16 Jan 2009)

(Kata Waris Pahang :

1. Jika dulu penempatan semula Kampung Baru pada tahun 1950 dianggap mencuri hak tanah kepunyaan Melayu. Maka pemberian tanah secara kekal pada ketika ini dianggap apa?.

2. Si pemberi tanah secara kekal pula dianggap apa?

3. Tindakan seorang remaja membakar bendera Malaysia ketika Tragedi Batu Buruk dianggap tindakan yang melampau. Namun tindakan Nizar ini lebih melampau, kejam dan zalim dari si pembakar bendera kerana menyerahkan tanah kepada bangsa lain.

4. Rancangan Nizar ini lebih jahat daripada Rancangan Briggs kerana Briggs sekadar membuka penempatan untuk 400,000 penduduk setinggan Cina. Manakala Nizar memberi tanah secara kekal selama 999 tahun, “mati hidup semula” pun belum tentu dapat semula tanah itu.

5. Kerajaan tidak dapat mengambil semula tanah tersebut untuk tujuan pembangunan kerana tanah tersebut adalah hak milik secara kekal. Maka tanah milik orang Melayu di kampung akan menjadi mangsanya kerana tanah mereka berstatus sementara.

6. Apakah Nizar telah diugut oleh DAP Perak sehingga menjadi MB Boneka dengan menuruti sahaja kehendak mereka?. Beliau bukan tidak tahu, masih ramai orang Melayu yang tidak mempunyai tanah dan merempat di tanah setinggan.

7. Apakah Nizar mahu tarik balik kelulusan tanah kepada penduduk Kampung Baru setelah Karpal tidak mahu menyokong HUDUD. Perkara yang menghairankan, DAP konsisten menolak HUDUD tetapi PKR dan PAS tidak konsisten menolak DAP kerana masih mahu menjalin bibit kepentingan politik.

8. Jika dulu Raja-Raja Melayu tidak senang dan sedih dengan Rancangan Briggs. Pada hari ini sudah tentulah mereka lebih sedih kerana orang Melayu sendiri yang menggadaikan tanah tersebut. Benarlah kata pepatah “Menang Sorak Kampung Tergadai”.

9. PAS dilihat bertuankan DAP, sepatutnya cadangan pemberian tanah secara kekal dirujuk dulu kepada Sultan Perak. Jelas sekali PAS membelakangkan Sultan Perak.

10. Nizar tidak belajar daripada sejarah. Titah Tuanku ketika menutup Kongres Ekonomi Islam Ketiga (KEI-3) mengajak kita menjadikan sejarah sebagai panduan, pedoman dan pengajaran.

Ezam Dedah Siapa Anwar

Ezam akhirnya muncul dengan surat yang cuba dikirimkan oleh Anwar kepada Mahathir pada 8 September 1998. Kemunculan Ezam dengan surat ini telah menyelamatkan maruah dan kredibilitinya kerana sebelum ini beliau beria-ia mahu mendedahkannya menyebabkan orang ramai tertunggu-tunggu.



Jika sekali baca kita rasa tidak ada apa-apa yang menarik dan pelik pun, ianya sekadar Anwar meminta Tun supaya tidak terus mengaibkan dirinya dan Anwar juga berterima kasih di atas segala jasa yang telah diberikan oleh Tun selama ni.

Namun disebaliknya, Ezam mengatakan “ Pada hari sebelumnya, Anwar telah caci maki Mahathir, mengajak rakyat yang menyokongnya untuk menentang Mahathir, tetapi dalam senyap, dibelakang penyokong-penyokongnya, terutamanya parti PAS, Anwar telah menulis surat merayu kepada Mahathir, mahu berdamai…”

(Kata Waris Pahang :

- Itulah mesej yang mahu disampaikan Ezam. Anwar bermuka-muka, di depan penyokongnya Anwar mencaci dan menghina Tun Mahathir serta mengajak rakyat melawan Tun kerana zalim sewaktu pemecatannya.

- Di belakang pula membina jambatan hubungan dengan Tun Mahathir dengan merayu dan mahu berdamai.


- Persoalan sekarang adakah PAS masih mahu mengangkat Anwar sebagai pemimpin nombor satu mereka dan bersekongkol dengan pemimpin yang suka membohongi rakyat.

- Jika PAS mendakwa sebagai Parti Islam mahu terus bekerjasama dengan Anwar maka PAS adalah parti 2x5 sahaja.


TEKS PENUH SURAT ANWAR IBRAHIM KEPADA MAHATHIR

Surat Anwar bertulis tangan kepada Dr Mahathir.YAB Dato Seri Dr Mahathir.Assalamualikum Warahmatullah.

Perkembangan beberapa hari ini kebelakangan ini sungguh merimaskan. Berita-berita yang mengaibkan peribadi saya secara berterusan oleh media tempatan nampaknya tidak berkesudahan.

Saya dan Azizah harus tabah. Anak-anak saya mulanya agak sugul dan gundah. Hati mereka luka dan pelajaran mungkin terjejas. Alhamdulillah, mereka kian teguh berkat sokongan keluarga besar kami, rakan-rakan rapat-khususnya Azizah yang sentiasa disamping mereka.

Saya masih kebingungan, bertanyakan punca konspirasi untuk mengaib dan menjatuhkan saya. Harapan saya, ialah agar keadaan sedikit reda bagi membolehkan saya membela diri dan mengembalikan kepercayaan rakyat.

Seperkara lainnya, ialah perihal keselamatan keluarga saya. Ibu bapa saya mengulangi pertimbangan Dato Seri agar anak angkat mereka tidak harus ditahan. Memadailah, penderaan yang kami alami sebagai keluarga dengan menghadapi tuduhan yang amat berat.

Betapa getir dan cemas kedudukan kami, saya dan Azizah tidak pernah melupakan curahan kasih sayang, bimbingan dan peluang yang Dato Seri berikan.

Meskipun perhubungan diantara kita agak renggang, saya tidak mungkin melupakan jasa baik Datuk Seri.

Semoga Allah S.W.T memberikan taufik dan hidayah, memelihara kesejateraan kita bersama.

Salam saya dan Azizah kepada Dato Seri dan kak Hasmah.Anwar Ibrahim.
8 September 1998
* anak angkat dalam surat ini merujuk kepada Sukma Darmawan Samitaat Madja

Tuesday, January 13, 2009

MB Perak malu-malu guna Camry

IPOH 12 Jan. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini dibidas kerana dilihat malu-malu untuk menggunakan Toyota Camry 2.4 yang baru dibeli menggantikan Proton Perdana V6 Executive.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Ramly Zahary berkata, tindak-tanduk beliau itu seolah-olah cuba untuk menyelamatkan diri atau mengambil tindakan berkecuali dalam isu pembelian kereta mewah tersebut.

''Dalam pada kebanyakan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri menerima Toyota Camry, Mohammad Nizar pula belum terima lagi kereta itu atas alasan kereta sedia ada masih boleh digunakan.

''Kenapa? Malukah hendak pakai kereta baru? Mungkin beliau tahu rakyat tidak suka kerajaan negeri beli Toyota Camry maka beliau sanggup jadi orang terakhir terima kereta itu," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penerimaan sembilan daripada 16 buah kereta Toyota Camry 2.4 sebagai kereta rasmi kerajaan negeri bagi menggantikan kereta Proton Perdana V6 Executive.

Mengulas lanjut, Ramly yang juga bekas Exco kerajaan negeri berkata, Proton Perdana V6 Executive adalah sebuah kereta yang baik jika diselenggara dengan betul.

Jelas beliau, kos penyenggaraan yang agak tinggi memang tidak boleh dielakkan kerana kereta nasional itu digunakan secara maksimum.

''Jika kos penyenggaraan tinggi sekalipun ia berbaloi kerana kita dapat berkhidmat kepada rakyat dan wang yang kita belanja itu tidak mengalir keluar.

''Kalau kita sudah guna kereta luar maka wang yang dibelanjakan itu juga akan mengalir keluar. Maka ini akan merugikan negara, Proton serta usahawan bumiputera yang telah dilantik sebagai vendor alat ganti," katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri kerana akhirnya berjaya juga membeli kereta baru yang lebih mahal harganya.

Jelas beliau, apa yang jelas kerajaan negeri sekarang sudah membazirkan wang rakyat kira-kira RM2.5 juta hanya semata-mata mahu mendapatkan kereta baru demi kepentingan mereka.
''Saya harap rakyat dapat menilai sama ada tindakan kerajaan negeri itu wajar atau tidak. Dulu janji untuk tidak mahu melakukan pembaziran tetapi sekarang apa yang berlaku adalah sebaliknya.

''Pada masa sama, kita juga mahu Proton anggap apa yang berlaku ini sebagai satu cabaran dan buktikan kepada kerajaan negeri bahawa produk Proton adalah lebih baik,'' katanya.
Sumber : Utusan Malaysia
(Kata Waris Pahang :
1. Hanya orang yang muka tidak malu sahaja naik kereta itu.
2. Kalau malu sangat, pakailah kereta seperti gambar di atas untuk masuk ke kampung. Almaklumlah Pakatan Pembangkang ini pandai bermuka-muka.
3. Dulu tidak sabar sangat nak pakai kereta Toyota Camry 2.4, bila sampai tidak mahu pakai pula.
4. Barangkali mahu tengok orang lain dulu pakai sebagai bahan ekperimen atau mereka ada rupa tak macam "kera mendapat bunga".
5. Rakyat nak tengok apa 'kebajikan' yang kerajaan mahu beri, bukan nak tengok Camry.
6. Kini rakyat paling nak tengok, YB mana yang naik kereta. Mereka yang naik kereta itu adalah orang yang angkuh dan tidak mendengar suara rakyat.
7. Rakyat mahu tahu juga, apa barang yang dibawa dalam kereta itu apabila menemui rakyat. Almaklumlah kereta besar, banyak barang yang boleh disumbat dan dibawa dengan kereta itu.
8. Rakyat juga mahu tahu, YB mana yang masih patriotik dengan menggunakan kereta buatan tempatan.
9. YB pula mahu tengok, berapa ramai rakyat yang mampu pakai kereta seperti mereka. Almaklumlah mereka menjadi contoh dan ikutan masyarakat.
10. Barangkali YB mahu pakai Camry bila melawat Kampung Baru kerana beliau memberi pemilikan tetap tanah kepada penduduk Kampung Baru).

Ezam : Tegak Keadilan Dianggap Merapu

Ezam suatu ketika dulu org no 1 Anwar kini beliau merupakan musuh no 1 Anwar.

Pemerhati politik melihat dalam siri ceramah beliau banyak mendedahkan keburukkan dan pembohongan Anwar. Namun tidak semua yang didedahkan.

Terbaru Ezam yang juga bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendedahkan dua perkara iaitu pertama, bekas Timbalan Perdana Menteri itu pernah memintanya supaya menguruskan langkah berdamai dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sampai seminggu selepas dipecat.

Kedua, Ezam mendedahkan tarikh tepat beliau melihat kandungan enam kotak rahsia yang dikaitkan dengan kononnya bukti gejala rasuah pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) semasa berada dalam kerajaan.

Kedua-dua isu ini mewarnai pilihan raya kecil P.036 Kuala Terengganu. Biar apa pun orang kata kepadanya namun isu yang dibawa kesannya tetap ada.

Ezam sekarang dimusuhi oleh rakan-rakan karib lama beliau yang masih taasub dengan Anwar, Pakatan Rakyat dan PKR.

Siapa sangka beliau berani dan lantang bersuara melawan bekas bosnya. Umum mengetahui, Anwar kini paling takut kepada Saiful, Ezam dan Datuk Nalla.

Pemerhati politik juga melihat bekas orang di keliling Anwar dulu ini lebih bergerak secara bersendirian memerangi Anwar, mereka tidak bergerak sebagai satu pasukan.

Anwar juga dilihat tidak menyentuh sangat tentang tiga nama tersebut dalam siri ceramahnya kerana bimbang terjolok sarang tebuan.

Kata Anwar ""Saya tidak pernah respons kepada Ezam, sejak bila saya respons kepada dia? "Di Permatang Pauh mereka gunakan dia, setiap pilihan raya kecil dia akan digunakan," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Berkemungkinan ada 'rundingan belakang', namun ianya adalah suatu yang mustahil akan berlaku kerana sikap Anwar yang ego untuk 'lawan tetap lawan'.

Apa yang pasti rahsia Anwar ada dalam poket mereka. Dan mereka juga berkata 'lawan tetap lawan'.

Sikap Anwar yang menggangap Ezam sebagai merapu dan membawa isu yang telah lama, 11 tahun berlaku akhirnya nanti akan memakan diri Anwar.

Rakyat terus mahu tahu apakah yang sebenarnya berlaku. Jika Anwar mengambil sikap terus berdiam maka jelaslah apa yang disebut oleh Ezam adalah benar dan tiada yang tidak benar melainkan benar belaka.

Monday, January 12, 2009

Terengganu Menuju Putrajaya?

Slogan "Trengganu Menuju Putrajaya" tidak berapa praktikal jika pihak Pakatan Pembangkang mahu melaung-laungkannya seperti di Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh.

Orang Terengganu akan melihat betapa lemahnya slogan ini kerana Orang Pantai Timur seperti Terengganu, Kelantan dan Pahang lebih 'advance' dari Pakatan Pembangkang. Mereka akan tertawa jika Pakatan Pembangkang menggunakan slogan ini.

Menurut sumber yang dipercayai Pakatan Pembangkang tidak berminat menggunakan slogan "Terengganu Menuju Putrajaya" kerana :

1. Orang Terengganu kata mereka lebih yakin "Dari Terengganu Ke Jeddah" kerana jemaah haji dari negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu dan Pahang kini tidak lagi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tetapi sebaliknya menggunakan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu, Terengganu.
2. Jemaah haji pantai timur mendapat keistimewaan ini sekaligus dapat mengelakkan jemaah haji, terutamanya golongan berusia untuk pergi dari negeri masing-masing ke Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor, sebagai pusat transit, sebelum dihantar ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untukberlepas ke Mekah dan Madinah.

3. Rakyat Terengganu bangga kerana pesawat Boieng 747 akhirnya berjaya mendarat dan membawa jemaah haji dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), Kuala Terengganu ke Jeddah.
4. Rakyat Terengganu bangga kerana pesawat Boeing 747 yang pertama mendarat di Kuala Terengganu dipandu oleh anak tempatan kelahiran Terengganu.

5. Rakyat Terengganu bangga kerana sebanyak 20 pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) telah digunakan pada musim haji pada kali ini bagi keperluan menghantar pergi dan pulang hampir 8,000 jemaah haji dari pantai timur.

6. Rakyat Terengganu berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa.

7. Rakyat Terengganu bangga kerana Lapangan Terbang Sultan Mahmud suatu hari nanti akan dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa ke Singapura, Kunming, Hong Kong dan lain-lain.

(Kata Waris Pahang :

- Kita rakyat pantai timur bangga kerana pada Oktober 11 2008, tercipta satu sejarah iaitu sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia berjaya mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud pada jam 1456 dari Kuala Lumpur.

- Pesawat ini juga adalah Boeing 747 yang pertama mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud Terengganu.

- Jemaah haji pantai timur telah berjaya pergi dan pulang menunaikan haji dengan menaiki pesawat dari Terengganu menuju ke Jeddah dan Medina pada Musim Haji ini)

Anwar Pelawa Ludah

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sanggup diludah sekiranya Pakatan Pembangkang tidak mampu membuat perubahan seandainya diberi mandat memerintah negara.

"Saya tidak berani bersumpah atau berjanji tapi saya berikrar akan membela nasib rakyat. Sekiranya saya tidak berbuat demikian, tuan-tuan boleh jumpa saya dan ludah pada saya," katanya dalam ceramah di kawasan rumah pangsa Jalan Bukit Kecil yang dihadiri seramai 100 orang bagi menyokong calon Pas, Mohd. Abdul Wahid Endut.

(Kata Waris Pahang :

1. Beranikah Anwar mencabar orang ramai supaya meludahnya kerana gagal membentuk kerajaan baru dan menjadi Perdana Menteri pada 16 September?.

2. Apakah Anwar fobia dengan kalimah 'sumpah' sehingga sanggup orang meludahnya daripada bersumpah?.

3. Adakah Anwar takut orang membaling kasut saiz 10 kepadanya sebagaimana yang berlaku kepada Presiden Bush, sebab itu beliau lebih sanggup di ludah.

4. Adakah Anwar telah tahu bahawa beliau sampai bila-bila pun tidak akan dapat menerajui negara untuk membuat perubahan sebab itu beliau berani mencabar orang ramai meludahnya.

5. Adakah Anwar berani mencabar pengundi Permatang Pauh meludahnya sekiranya dia tidak mampu membuat perubahan dan membawa kemajuan di Permatang Pauh).

Sunday, January 11, 2009

CAMRY : SABOTAJ DAN AZAM BOHONG

Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang Selangor dan Perak telah mensabotaj PAS yang kini bertungkus lumus berjuang bagi memastikan kemenangan PAS dalam Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu.

Kedua-dua Kerajaan Negeri ini boleh menangguhkan pembelian dan penerimaan Toyota Camry 2.4, namun sikap tidak hormat kepada parti dan keangguhan yang menebal dalam diri menyebabkan mereka tidak menghiraukan parti yang sedang ‘genting’ berjuang di medan pilihan raya kecil.

Tindakan kedua-dua Kerajaan Negeri ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada PAS dan mensabotaj parti. Barangkali inilah azam bohong tahun baru 2009 Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Pembelian ini juga telah menimbulkan isu lain yang berkaitan sehingga rakyat menganggap kedua-dua Kerajaan Negeri ini membohongi rakyat, membazirkan wang dan mengabaikan kebajikan rakyat. Di antara persoalan atau perkara yang menyebabkan rakyat tidak puashati :

1. Mesyuarat Exco Selangor membuat keputusan meluluskan pembelian kenderaan itu bagi menggantikan Proton Perdana pada hari Rabu sedangkan kereta baru itu diterima sebanyak 10 buah pada hari Jumaat iaitu dua hari selepas kelulusan.

2. Apakah pembelian Toyota Camry itu tidak mematuhi peraturan perolehan menerusi tender atau sebut harga mahupun rundingan terus?

3. MB Selangor sebelum ini berkata, kerajaan akan melakukan pembelian kereta itu menerusi tender malah projek-projek lain juga akan dibuat demikian untuk membuktikan kerajaan pakatan PKR, DAP dan PAS di Selangor telus. Namun semalam menafikannya di TV3 dengan mengatakan pembeian tersebut melalui sebut harga.

4. Kerajaan Negeri Selangor menyembunyikan hasrat membeli Toyota Camry daripada pengetahuan rakyat Selangor. Urusan membelian Toyota Camry yang beharga sekitar RM 1.3 juta itu kemungkinan sudah dibuat lebih awal.

5. MB Selangor dakwa harga 10 buah Toyota Camry 2.4 ialah RM 1.3 juta. Ini bermakna harga sebuah kereta itu RM 130,000. Mana ada sebuah Toyota Camry harganya RM 130,000 sepatutnya harga keseluruhan RM 2.5 juta.

6. MB Selangor sebelum ini berkata masih belum pasti sama ada mahu menukar kereta rasmi anggota Exco daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry, tetapi dalam diam-diam kerajaan negeri sudah membeli 14 tersebut.

7. Pada Julai lalu MB Selangor berkata, Selangor akan menggunakan kenderaan lama walaupun anggota Exco, Ronnie Liu mencadangkan penggunaan Toyota Camry.

8. Kenderaan Proton Perdana Excecutif yang digunakan Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri yang ada sekarang berusia sekitar tiga tahun dan kebiasaannya kerajaan menggunakan kenderaan rasmi sehingga lima tahun sebelum menggantikannya. Pembelian Toyota Camry menggantikan Proton Perdana adalah satu pembaziran.

9. Kerajaan Negeri Perak lebih berani dengan menjadi sasaran hentaman apabila berhasrat membeli Toyota Camry 2.4 berbanding dengan Negeri Selangor yang takut dikecam oleh rakyat.
10. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, pembelian sejumlah 16 kenderaan berkenaan bernilai kira-kira RM2.56juta dibuat secara tender terbuka oleh jabatan tender kerajaan negeri. Bila tender terbuka ini dibuat, rakyat tidak tahu pun.

Camry : Umpama "Kera Mendapat Bunga"

Selangor dan Perak sudah mula menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 untuk kegunaan rasmi anggota Exco dan pegawai kerajaan negeri.

Perak menerima sembilan daripada 16 yang ditempah manakala Selangor pula menerima 10 daripada 14 buah.

Kita semua rakyat Malaysia amnya dan rakyat Negeri Pakatan Pembangkang khususnya seharusnya memprotes penggunaan oleh Kerajaan Pakatan Pembangkang ini kerana :

1. Memperlekeh kereta buatan tempatan.

2. Pakatan pembangkang tidak mempunyai semangat untuk menyokong industri barangan buatan tempatan.

3. Pakatan Pembangkang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat dalam menggunakan barangan buatan tempatan tetapi keadaan sebaliknya berlaku di kedua-dua negeri ini.

4. Pakatan Pembangkang sepatutnya menyemaikan semangat cintakan barangan buatan Malaysia.

5. Kerajaan negeri Perak dan Selangor telah membelanjakan berjuta-juta ringgit ketika negara menghadapi kemelesetan ekonomi. Mereka sanggup mengalirkan beberapa juta ringgit ke negara luar dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini.

6. Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang seharusnya berjimat dan mengekalkan kestabilan ekonomi di saat negara berhadapan cabaran kegawatan ekonomi dunia.

7. Kerajaan Pakatan Pembangkang sepatutnya lebih fokus mencari jalan bagaimana untuk merealisasikan janji manifesto yang dibuat kepada rakyat sebelum pilihan raya umum ke 12.

8. Kerajaan Pakatan Pembangkang dilihat liat melunaskan janji manifesto.

9. Kerajaan Pakatan Pembangkang tidak mengutamakan keperluan rakyat dalam memberi khidmat terbaik.

10. Tindakan Pakatan Pembangkang ini seperti 'kera mendapat bunga', mengutamakan kepentingan diri dan keselesaan parti.

Saturday, January 10, 2009

1000 Umat Islam Solat Hajat

Kuantan - Seramai seribu umat Islam telah menunaikan solat hajat keamanan dan kesejahteraan rakyat palestin selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Kuantan semalam. Solat hajat ini juga turut diadakan di seluruh masjid di negeri Pahang.

Keganasan Israel terhadap penduduk Gaza di Palestin kini telah mengorbankan lebih 700 penduduk Palestin. Kanak-kanak, kaum wanita, warga tua dan orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman Israel sejak serangan 27 Disember lalu.

Solat hajat ini juga diadakan untuk menghindarkan negeri dan rakyat Negeri Pahang daripada ditimpa bala bencana.

Solat hajat yang diadakan semalam dalam suasana hujan renyai-renyai dan sayu amat menginsafkan ahli jemaah terhadap nasib umat Islam di Palestin dan seluruh dunia.

(Kata Waris Pahang :
- Hari semalam seluruh dunia menyaksikan keangkuhan Amerika Syarikat yang berkecuali atau tidak bersetuju gencatan senjata diadakan antara Israel dan Palestin sedangkan semua negara menyokong gencatan senjata diadakan.

- Amerika Syarikat telah boikot keputusan bersama Keselamatan PBB. Maka sudah tiba masanya kita memboikot produk keluaran Amerika dan Israel bermula dari sekarang!).

Friday, January 9, 2009

Beri Kebajikan : Aku Atau Mu?

Laungan manis "Negara Kebajikan" sudah semakin kurang kedengaran. Rakyat yang mengundi Pakatan Pembangkang semasa PRU 12 yang lalu kesal dan kecewa dengan Pakatan Pembangkang.

Rakyat telah mual dengan slogan ini dan mereka menganggap ianya satu pembohongan dan janji palsu pilihan raya.

Apa tidaknya, lain yang mereka laungkan semasa pilihanraya dulu tetapi kini lain pula yang mereka buat. Bak kata orang "Cakap Tak Serupa Bikin"..
Rakyat sehingga kini masih mempertikaikan slogan "Negara Kebajikan" dan mempertikaikan di mana "kebajikannya".

Rakyat kini sudah sedar bahawa Pakatan Pembangkang tidak mampu memberi kebajikan kepada rakyat malah mereka pula yang sentiasa menuntut kebajikan daripada rakyat melalui ceramah-ceramah mereka.

Karung plastik kutipan derma akan dibawa oleh kuli Pakatan Pembangkang berlegar-legar di tengah-tengah orang ramai untuk menagih wang sebaik sahaja di arahkan oleh pengerusi ceramah. Namun begitu ada juga orang ramai yang tidak mudah memberi derma sebagai tanda protes.

(Kata Waris Pahang :

- Mereka yang tidak menderma itu kerana tidak puas hati dengan tindak tanduk Pakatan Pembangkang kerana :

1. Ceramah yang disampaikan oleh penceramah tidak memberi harapan yang dapat menyelesaikan masalah kerana mereka hanya "menaburkan air liur" di pentas ceramah sahaja tanpa ada tindakan selepas itu.

2. Tiada rancangan pembangunan yang meyakinkan dikemukakan oleh Pakatan Pembangkang untuk kebaikan rakyat. Kebanyakannya isi kandungan ceramah dipenuhi dengan caci maki.

3. Kerajaan Pakatan Pembangkang juga dilihat tidak mempunyai kemampuan dan pengalaman mentadbir sehingga menimbulkan pertelagahan antara pemimpin Pakatan Pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS.

4. Pembangkang hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur. Mereka kemudian akan berceramah lagi dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya.

5. Rakyat mahukan kebajikan dari Pakatan Pembangkang sebagaimana yang dijanjikan, bukan rakyat yang kena keluar kebajikan untuk mereka).

Wednesday, January 7, 2009

PAS : Kejam! Kejam! Kejam!

Baru-baru ini Waris Pahang mengemas almari, maka terjumpalah sebuah buku yang menceritakan tentang kezaliman PAS. Maka timbul persoalan, mengapa Allah mentakdirkan saya menjumpai buku ini ketika musim Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu.

Berkemungkinan Allah mahu saya memberitahu rakyat Malaysia tentang kezaliman yang dilakukan oleh PAS yang mendakwa sebagai parti Islam.
Isu yang dipaparkan dalam buku tersebut adalah seperti berikut :

Tajuk : Surau Jadi Tempat Ternak Ayam

Paling zalim, dalam banyak banyak kezaliman PAS, ternak ayam dalam surau paling zalim. Ini berlaku di kampung Tok Por, Sungai Ikan. Pas minta derma, kemudian membeli tanah untuk bina surau dan bangunan sekolah agama. kononnya mahu mendidik agama kepada rakyat.

Malangnya setelah hampir siap, bangunan itu tidak digunakan lagi. Kitab suci Al Quran bersepah di merata tempat. Surau dijadikan tempat menternak 4,000 ekor ayam. Kitab agama bertaburan di sana sini. Peralatan belajar seperti meja, kerusi dan almari dibuang begitu saja.

Beginilah jadinya bila PAS diberi kuasa di Terengganu. Mereka bukan menjadikan agama sebagai landasan untuk memerintah Terengganu. tapi menjadikan alquran dan al hadis sebagai kuda tunggangannya. Kalau PAS benar benar ingin memakmurkan islam, bagaimana kejadian seburuk ini boleh berlaku? Salah seorang EXCO Kerajaan PAS boleh menjawab persoalan ini.
(Sila klik pada gambar untuk melihat paparan yang lebih jelas).

Tabika Kemas : Kezaliman PAS Di Terengganu

Kezaliman yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang (PAS) ketika memerintah Terengganu selepas PRU 10 suatu ketika dulu.



Tuesday, January 6, 2009

Tabika Kemas Ditutup Bukti Kezaliman

Kerajaan Negeri Perak menggemparkan negara sekali lagi namun bukan isu mahu memberikan geran tanah kepada orang Melayu sebagaimana kelulusan geran tanah kepada penduduk Kampung Baru, tetapi mahu menutup 700 Tabika Kemas yang bakal menjejaskan pembelajaran prasekolah kira-kira 11,000 kanak-kanak.

Tindakan zalim ini samalah dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan pembangkang (PAS) ketika memerintah Terengganu suatu ketika dulu. Adalah tidak mustahil tindakan yang sama akan diambil oleh kerajaan di bawah Pakatan Pembangkang seperti Selangor dan Kedah.

Apa yang menyedihkan, kejadian ini berlaku ketika umat Islam hanya mampu meratapi keganasan yang dilakukan oleh Israel terhadap Palestin. Di bumi Malaysia pula kerajaan Negeri Perak yang diketuai pemimpin Melayu telah memberi kelulusan geran tanah kepada penduduk kampung Baru. Manakala murid-murid yang majoritinya Melayu dihalang untuk bersekolah di Tadika Kemas. Sudah pasti ibubapa dan anak-anak di Perak akan meratapi tindakan biadap yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Persoalan yang timbul kini, siapa yang arahkan JKKK mengunci dan mengarahkan semua dewan yang dijadikan tabika Kemas di Negeri Perak dikosongkan. Sudah tentulah ada pihak atasan yang memberikan arahan tersebut.

JKKK dan pegawai daerah mendakwa mendapat arahan daripada kerajaan negeri tetapi Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menafikannya.

Siapakah makhluk yang zalim disebalik isu ini?. Menteri Besar Perak kata ini bukan arahan saya tetapi arahan daripada pegawai daerah. Persoalannya lagi, kenapa pegawai daerah kata lain, JKKK cakap lain dan Menteri Besar pun kata lain. (Dipetik dari Utusan Malaysia)

Kerajaan negeri sepatutnya mengenepikan perbezaan fahaman politik demi kepentingan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak.

(Kata Waris Pahang :

- Apakah dosa anak-anak sehingga diperlakukan begitu. Apakah salah mereka sehingga disuruh keluar dari sekolah tersebut.

- Anak-anak yang tidak berdosa ini adalah mangsa politik parti pembangkang yang bencikan Barisan Nasional. Sedangkan mereka belum faham erti politik.

- Tadika Kemas semenjak dahulu lagi banyak berjasa kepada masyarakat terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah dan mempunyai anak yang ramai bersekolah. Yuran yang dikenakan tidak semahal mana jika dibandingkan dengan tadika swasta.

- Inilah kebajikan yang Kerajaan Barisan Nasional berikan kepada rakyat. Sungguh malang bagi rakyat yang menyokong Pakatan Pembangkang kerana mereka gagal memberikan kebajikan kepada rakyat sebagaimana yang mereka laungkan "Negara Kebajikan".

- Tadika Kemas tidak seharusnya ditutup kerana ianya tadika untuk semua anak-anak tanpa mengira kaum dan latar belakang politik ibubapa.

- Pepatah Melayu "Menang Sorak Kampung Tergadai", jelas sekali semenjak pakatan pembangkang memerintah negeri mereka merampas apa sahaja yang mereka mahu rampas seperti bangunan Kemas, kawasan balak, tanah milik Melayu dan lain-lain. Sekiranya mereka memerintah negara, kita tidak pasti apa yang tinggal.

- Rakyat Terengganu telah menolak kerajaan zalim PAS semasa memerintah Terengganu selepas PRU 10 kerana anak-anak dihalau dari Tadika Kemas. Maka pengundi-pengundi P.036 Kuala Terengganu jangan mengundi pembangkang sebagai tanda protes kepada kerajaan Pakatan Pembangkang.

- Terima Kasih rakyat Negeri Perak kerana bertekad tidak akan memberi kemenangan kepada pakatan pembangkang dalam PRU 13 nanti.

Anwar sokong Bush sokong Israel

Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dalam ucapannya merestui serangan Israel ke atas Palestin dan tidak mengambil kira protes dunia terhadap kezaliman Israel di Gaza.

Semua pihak di dunia menekan Israel supaya menghentikan serangan ke atas Gaza namun rejim Zionis ini semakin ghairah melancarkan bedilan rambang.

Walaupun dunia mengutuk Israel di atas serangan yang tidak berperikemanusiaan ini namun mereka berani melancarkan serangan kerana AS berada di belakang Israel.

Dunia Arab yang berada di sekeliling negara Israel seolah-olah panik dan tidak tahu hendak melakukan apa sedangkan kes penyembelihan ini sudah berlaku berabad lamanya.

Presiden Bush secara terang-terangan menyokong Israel dan pesawat pejuang serta bom yang digunakan adalah buatan Amerika. Selagi Amerika menyokong Israel kita akan lihat kebiadaban Israel membelakangkan kutukan dunia dan mereka akan terus membunuh orang Arab Palestin dan menghancurkan penempatan dan bandar mereka.

Kenderaan Bergambar Bush Semasa PRK Permatang Pauh

Orang Malaysia yang menyokong Presiden Bush ialah Anwar Ibrahim. Sebuah kenderaan yang digunakan semasa pilihan raya kecil Permatang Pauh terpampang gambar Presiden Bush pada kenderaan tersebut. Ianya menggambarkan seolah-olah Bush memberi sponsor kepada Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi Permatang Pauh.

Kenderaan seperti ini akan dilempar kasut dan selipar jika melalui kawasan bandar dan perkampungan orang Arab. Namun senario di Malaysia berlainan pula kerana ia bagaikan fonemena biasa sahaja.

(Kata Waris Pahang :

- Jika kita kaitkan dengan Malaysia maka kita dapati budaya angkuh turut diamalkan oleh pemimpin Pakatan Pembangkang. Mereka tidak mahu mendengar suara rakyat sedangkan rakyat yang memilih mereka.

-Mereka menggunakan 'Pakatan Rakyat' bertujuan untuk mengaburi mata rakyat, sebenarnya 'Pakatan Pembangkang'.

-Lihatlah apa yang telah berlaku di Selangor, Perak, Pulau Pinang iaitu satu persatu hak dan keistimewaan Melayu dan Islam dicabut secara terancang oleh Pakatan Pembangkang. Adakah ini tidak zalim?.

-PAS pula menjadi 'pak angguk' dengan menyokong dan mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh DAP dan PKR.

-Adakah kita hanya mampu mengeluh sahaja!. Gunakanlah 'kuasa rakyat' iaitu menolak Pakatan Pembangkang dalam setiap Pilihan Raya Kecil dan Pilihan Raya Umum. Selamat mengundi.

Monday, January 5, 2009

Strategi Terancang Selamatkan Palestin

Kita rakyat Malaysia sebulat suara mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman tentera Israel ke atas umat Islam di bumi Palestin.

Namun setiap kali Israel menyerang Palestin, kita hanya mampu bertempik di negara sendiri. Apa yang kita perhatikan semenjak dulu lagi bahawa segala kutukan, demonstrasi, bantahan dan boikot yang kita buat tidak memberi apa-apa kesan kepada Israel. Mereka tahu, tidak akan ada sesiapa yang berani bertindak terhadap mereka.

Oleh yang demikian marilah kita berusaha mengatur strategi untuk melemahkan Israel dan AS seperti berikut :

1. Pengguna Islam digesa "Boikot Barangan Yahudi/ AS" . Marilah kita bersama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan sewajarnya.

2. Menggesa kerajaan memboikot produk AS dan Israel dengan cara tidak mengimport produk-produk mereka.

3. Menggesa PBB lebih bertegas dalam menagani isu pencerobohan ini dan mendesak pihak AS agar berhenti dari terus menyokong tindakan dan polisi ketenteraan zionis tersebut.

4. Menggesa kerajaan menghantar memorandum bantahan kepada Negara Israel dan AS terhadap pencerobohan ini.

5. Menggesa pertubuhan OIC memainkan peranan mereka dengan lebih berkesan lagi serta bersatu dalam menangani situasi yang melibatkan negara Islam serantau. Semua negara OIC diminta untuk mendesak PBB agar bertegas dalam isu Palestin.

6. Menggesa Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Liga Arab menubuhkan satu pakatan ketenteraan menyerupai Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara (NATO).

7. Menggesa negara Islam yang mempunyai senjata yang paling mahal dan kebal yang Allah kurniakan iaitu minyak untuk memerangi semua musuh Islam di dunia ini.

8. Menggesa rakyat Malaysia tidak menggunakan mata wang dolar AS.

9. Menggesa semua Umat Islam bersatu tanpa mengira idelogi agar bersama-sama mengutuk perbuatan yang tidak berperi kemanusiaan ini.

10. Mengumpul dana untuk membantu Negara Palestin dan umat Islam Palestin.

Namun apa yang kita kesalkan kata-kata PDO ketika mengulas tentang demo bantah kekejaman Israel terhadap Umat Islam Palestin di Masjid Abu Bakar Temerloh.

"Terkadang kita naik hairan dengan pihak berkuasa terutamanya pasukan polis di Malaysia negara Islam Hadhari ini. Biarpun demonstrasi yang diadakan bukan bertujuan politik tetapi untuk memberi sokongan kepada umat Islam di Palestin. Namun, mereka masih mahu menghalang rakyat untuk menyatakan bantahan atas kekejaman yang dilakukan oleh Zionis itu. Sungguh malang bagi umat Islam di Malaysia, jika perkara seperti ini pun dianggap sebagai perhimpunan haram. Walhal ia bertujuan untuk menyatakan perasaan kecewa atas segala kezaliman yang berlaku itu".

(Kata Waris Pahang : Negara kita ada undang-undang jadi ikutlah undang-undang. Mana-mana perhimpunan yang mahu diadakan mestilah mendapatkan keizinan pihak berkuasa terlebih dahulu supaya mereka dapat mengawal keadaan dan mampu mengelak kejadian yang tidak diingini berlaku.

Memang telah menjadi kebiasaan pakatan rakyat mengadakan perhimpunan selepas itu menyalahkan pihak berkuasa. Ini semua bertujuan mahu mendapat simpati rakyat. Ini adalah taktik lama yang ketinggalan zaman dan tidak sesuai diamalkan lagi).

Dulu Anwar tempelak PAS, Kini Anwar tempelak diri sendiri

Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim pernah berkata dalam satu majlis ceramah Umno di Terengganu dalam tahun 1986 bahawa :Pemimpin-pemimpin PAS jangan lagi bermimpi pada siang hari untuk memerintah negara ini jika mereka tidak mempunyai kemampuan.

Kalau anda tidak mempunyai rancangan untuk pembangunan rakyat, tiada mempunyai kemampuan, pengalaman dan tiada ketokohan, usahlah berangan-angan kosong.

Apakah rancangan pembangunan yang pernah dikemukakan oleh PAS untuk kebaikan rakyat ketika parti itu menjadi anggota komponen Barisan Nasional dulu?

Sejak dulu hingga sekarang, PAS hanya mampu membuat janji untuk menegakkan itu dan ini dalam ceramahnya, tetapi apabila habis ceramah mereka akan balik tidur dan kemudian berceramah dan membuat janji lagi pada malam-malam berikutnya. Itu saja.

Kata kita : Jelas ucapan ini menunjukkan bahawa Anwar Ibrahim seorang yang berdolak-dalik dan tiada pendirian. Masa itu dia kutuk PAS habis-habisan.

Sekarang ini, melalui Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin sendiri oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail, beliau memuji muja PAS tiada tolok bandingnya.

Lebih dari itu, bersekongkol pula dengan parti ekstremis Cina, DAP. Dulu kutuk PAS sebagai parti yang hanya tahu buat ceramah, tabur janji dan tidur. Sekarang apa dah jadi. Parti perjuangannya pula ikut jejak langkah PAS.

Begitulah halnya orang yang asyik bermain dengan lumpur, akhirnya tempelak ke muka sendiri. Soalnya apakah orang macam ini yang hendak dimertabatkan sebagai pemimpin. Mulut manis lidah berkait. Jawapnya tidak sekali-kali.

Di pihak PAS pula, menjadi tandatanya apakah parti itu yang mengaku "Islamic" sanggup bersekongkol dengan orang yang bukan sahaja cakapnya serampang dua mata tetapi juga orang yang telah melemparkan lumpur ke mukanya bertalu-talu.

Apakah parti ini benar-benar berdiri atas prinsip perjuangan yang suci seperti yang dilaung-laungkan atau hanya berpijak di atas fahaman politik yang sempit dan berubah-ubah sehingga sanggup "bersubahat" dengan parti-parti oprtunis di dalam apa yang dipanggil sebagai Pakatan Rakyat.

Jika demikianlah halnya, maka ia juga termasuk ke dalam golongan itu.Sanggupkah Pas bekerjasama dengan PKR untuk menubuhkan Negara Islam bilamana Penasihat PKR, Anwar Ibrahim secara terang-terang menolak penubuhan sebuah Negara Islam di Malaysia.

Begitu juga dengan DAP sejak penubuhannya lagi telah menolak Negara Islam. Apa gunanya Pas bekerjasama dengan Pakatan Rakyat kalau semata-mata untuk mendapatkan kuasa. Dimana letaknya darjat Islam itu sendiri apabila untuk mendapatkan kuasa adalah lebih penting dari mempertahankan penubuhan Negara Islam Pas. Mengadaikan prinsip untuk berkuasa. Anda fikir dan renunglah sedalam-dalamnya.

(Sumber : Taminsari, Sumber gambar : Pewaris Melayu ; Sila sebarkan artikel dan gambar ini dalam blog tuan/puan)

Sunday, January 4, 2009

Lim 'warning' Anwar ?

Kita tidak hairan kalau Lim Guan Eng memperbudakkan Anwar. Namun bagi seorang Melayu yang sensitif kita amat terkejut dengan peristiwa ini.

Apa boleh buat, itulah ketuanan rakyat yang Anwar mahukan.

Lim Guan Eng minta Anwar tolong tengok-tengokkan penyokong PKR yang memberontak tidak puas hati dengan PAS. Kalau mereka berterusan bergaduh maka tiada can lah nak tawan Malaysia. Malahan tiada can nak jadi PM atau TPM atau Menteri Kabinet.

Lim kata DAP akan bagi sokongan kat PAS dalam PRK Kuala Terengganu nanti, itupun selepas Husam Musa 'corner' impian Nik Aziz nak laksana Hudud. Bang Nuar takkan bersuara pasal sokong Hudud. Kalau dia berani bersuara dan cakap setuju, maka talak tiga lah dengan DAP.



Aku pun pening dengan tiga parti ini, kadang-kadang PAS ajar DAP, PAS ajar PKR, PKR ajar PAS, PKR ajar DAP, DAP ajar PAS dan DAP ajar PKR. Yang pasti mereka akan berlumba-lumba mengibarkan bendera mereka di Terengganu.

Saturday, January 3, 2009

BN Cerah PAS Resah

Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil P.036 Kuala Terengganu telah diketahui, iaitu Haji Abdul Wahid bin Endut. Beliau adalah ADUN Wakaf Mempelam dan memegang jawatan dalam parti sebagai Bendahari PAS Terengganu.

Kelemahan Ketara PAS :

1. Faktor calon : pemilihan calon PAS telah mengecewakan banyak pihak samada Mat Sabu dan penyokongnya, Dr Syed Azman dan penyokongnya dan juga Cikgu Pa dengan penyokongnya.

2. Haji Abdul Wahid Endut adalah pilihan peribadi DS Haji Hadi, bukan pilihan rakyat Kuala Terengganu.

3. Dr. Syed Azman sebenarnya lebih layak kerana calon BN adalah orang muda. Golongan muda sudah pasti akan memihak kepada BN, Tahniah!.

4. Kumpulan Dr. Syed Azman sudah pasti akan menyokong BN kerana beranggapan beliau menjadi korban konspirasi dalaman PAS. Apakah terdapat pihak yang hendak mencantas Dr Azman untuk menjadi pemimpin PAS Kuala Terengganu atau pusat pada masa akan datang?

5. Calon PAS telah 5 penggal menjadi ADUN, kebiasaannya rakyat telah jemu dan menyampah kalau seseorang memegang terlalu lama jawatan. Apatah lagi prestasi beliau dilihat semakin menurun.

6. Adun Wakaf Mempelam yang juga calon PAS didapati gagal menjaga kawasannya, persoalannya bagaimana beliau mahu menjaga keseluruhan Parlimen Kuala Terengganu satu masa nanti.

7. Untuk rekod, dalam satu sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu, Wahid Endut sendiri mengaku bahawa sepanjang 1999-2004, tiada pembangunan yang dibawa oleh PAS ke dalam negeri Terengganu.
(Klik di sini)
8. Abdul Wahid juga dikatakan suka tidur dalam Dewan Undangan Negeri.

9. PAS menyebarkan merata-rata gambar Wan Farid sedang berkaraoke namun temberang PAS pecah, gambar tersebut sebenarnya adalah aktiviti keluarga.
Yang Temberang


Yang Betul, Aktiviti Keluarga.

10. Rakan Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP akan membantu seperti melepaskan batuk ditangga sahaja atau tidak ikhlas kerana bimbang PAS akan lebih menonjol daripada parti mereka satu hari nanti. Apatah lagi perselisihan tentang perlaksanaan HUDUD masih belum reda.

Friday, January 2, 2009

Blog Hina Nabi : Cabar Kesabaran Kita

Salam buat semua pembaca blog sekalian. Alhamdulillah, laman blog Adibah Ahmad yang menghina Nabi Muhammad S.A.W telah dikeluarkan. Namun kini muncul pula laman blog Adibah Ahmed.

Blog beralamat "adibahahmed.blogspot.com" ini diwujudkan pada 27 Disember 2008. Blog ini dilihat sengaja diwujudkan untuk mencabar kesabaran umat Islam? Jangan sesekali mencabar orang Islam!!!!!!!!!!!!!!!!!!.

(Kata Waris Pahang : Kita sebagai orang Islam mestilah sama-sama kerja bersepadu untuk mengutuk keras tindakan penulis blog yang sangat tidak bertanggungjawab dan amat kurang ajar. Sama-sama lah kita menentang perbuatan dan anasir jahat yang cuba menghina Islam, menghina Nabi dan menjahanamkan agama Islam.

Moga usaha ini dirahmati Allah SWT. Insya-Allah agama Islam akan kekal hingga ke akhir zaman... ).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP