Thursday, January 29, 2009

Rumah Terbuka Satu Pembaziran?

Rakyat Malaysia berbilang kaum masih lagi menyambut Perayaan Tahun Baru Cina dengan mengadakan 'Rumah Terbuka'.

Sebagaimana biasa mana-mana perayaan kaum di Malaysia akan diadakan 'Rumah Terbuka' bertujuan mengeratkan hubungan antara kaum.

Namun segelintir blogger yang lebih cenderung mengatakan 'Rumah Terbuka' adalah satu pembaziran.

Apa reaksi anda? Jom Bincang/Sembang/Tukar2 Fikiran di ruangan komen, Sila Beri Komen Anda.

Soalan :

1. Wajarkah Sambutan Rumah Terbuka Tidak Perlu Diadakan langsung?

2. Sambutan Rumah Terbuka Adalah Satu Pembaziran?

3. Sambutan Rumah Terbuka Yang Diadakan Secara Sederhana Juga Dianggap Satu Pembaziran?

9 comments:

Tai said...

Kalau dah tak suka tu, toksahlah kata membazir. Ingat, hang tak suka, tak bererti orang lain kena ikut hang tak suka.

Rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum. Orang yang kata membazir tu sebab dia tak pernah bergaul dengan masyarakat.

QasehNuryz said...

Salam,
pd sy.tak membazir.Ini salah satu usaha mngeratkan perpaduan kaum.
x salah berbelanja sikit utk makan² utk sesuatu perayaan.
Rakyat pun dpt mkn freeee.kenyang perut suke hati:p

kingpahat said...

Boleh buat tapi biarlah berpada dgn hasil dia.

Sharifah said...
This comment has been removed by the author.
Syed @ Don said...

Bukan isu suka atau benci. Bukan isu erat atau tak erat. Saya merasakan jamuan begini adalah pembaziran kerana pada zaman kemelesetan ekonomi sebegini adalah tidak sesuai sejumlah wang digunakan utk bergembira.

Contoh : Memang selesa menaiki kereta dibanding dengan menaiki bas tetapi dalam keadaan berhadapan risiko dibuang kerja pada bila2 masa, adalah bijak utk menyimpan sebanyak mana wang yg mampu utk menhadapi hari muka.

Jika ekonomi telah kembali pulih dan wang yg disimpan ini masih tidak digunakan, maka pada masa itu, jamuan boleh dibuat kerana keadaan mengizinkan.

Sebagaimana saranan Pak Lah sebelum ini, tukarlah gaya hidup utk menghadapi keadaan ekonomi global yg merudum.

keretalembu said...

Setuju dgn Syed@Don. Bukan tak boleh buat, tapi tgk keadaan le. Kalau ekonomi gawat, tak yah la buat. Sedekah je peruntukan tu untuk org2 yg kena tempias gawat ni. Biar dia mula hidup baru. Bercakap bab perpaduan ni, dah baertahun buat rumah terbuka ni, perpaduan tak erat juga. Itu cuma alasan je. byk lg cara lain untuk perpaduan ni. Bukan tak setuju, tapi alasan perpaduan ni remeh sgt.

Nasionalis said...

Sudah dikemaskini dan senaraikan dalam aggregat saya. Mohon pautan reciprocal. Terimakasih.

Jeepers Creepers said...

saya sokong adakan rumah terbuka. dan saya juga sokong pendapat saudara sedingin salju. Orang yang kata membazir tu sebab dia tak pernah bergaul dengan masyarakat.

jlvk said...

Buat "poorman's open house" sentiasa. Biar miskin kebendaan dan kaya budi.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP