Friday, February 12, 2010

'Mengkafir' UMNO Cara Baru?


(Kata Waris Pahang :
-Mengapa Nik Aziz tidak komen tentang gambar ilustrasi ciptaan blogger Pakatan ini. Mungkin kerana politik maka seorang bergelar Tok Guru tidak perlu memberi nasihat dan tarbiah agama di atas perbuatan ini.
- Adakah gambar ini direka letak kerana mahu menggambarkan UMNO bekerjasama dengan parti-parti bukan Islam seperti MCA dan MIC?. Dulu PAS tuduh UMNO bekerjasama dengan orang kafir maka boleh jatuh kafir, kini buat gambar pula. Barangkali ini cara 'mengkafir' bentuk baru?.
-Baru-baru ini seorang penceramah PAS berkata dalam satu ceramahnya di Pahang, "sampaikan maklumat kepada isteri kerana ada sebahagian peluk/cium isteri yang pengikut UMNO/BN ........... eiiii! geli geleman aku nak peluk UMNO!.
-Adakah PAS masih mengkafirkan UMNO sebagaimana dulu sehingga tidak boleh sembahyang di belakang Imam dari Parti UMNO dan haram makan daging yang disembelih oleh orang UMNO?.
- Pemimpin PAS memeluk Lim Kit Siang yang bukan beragama Islam tidak apa pula. Adakah PAS sekarang sedang perhebatkan seruan agar perkahwinan orang PAS dengan orang UMNO diputuskan kerana politik?.
-Kita mesti menentang perjuangan songsang pakatan rakyat yang keterlaluan yang menyebar fitnah dan meruntuhkan perpaduan ummah serta melakukan apa sahaja asalkan matlamat tercapai (matlamat menghalalkan cara).
-Tindakan blogger menyerah diri kerana dikatakan menghina Mursyidul Am wajar dicontohi oleh blogger Pakatan Pembangkang. Sehingga kini blogger Pakatan Pembangkang belum menyerah diri setelah Saiful membuat laporan polis dan menyaman RM 2 juta terhadap blogger yang memfitnahnya).

Blogger Menyerah Tidak Mengalah!

Apa Yang Dilakukan Jeffry Adalah Kecil
Jika Nak Dibandingkan Dengan
Mempermainkan Dan Menghina Allah
Blogger hina MB Kelantan serah diri

JOHOR BAHRU 9 Feb. - Seorang lelaki yang dikatakan menghina Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman blognya, hari ini menyerah diri kepada pihak polis.

Blogger berusia 44 tahun itu menyerah diri di Balai Polis Permas Jaya di sini selepas dia dikatakan membuat suntingan grafik yang menghina Mursyidul Am Pas itu. (Sumber : Utusan Malaysia)
(Kata Waris Pahang :
ALLAH dipermainkan oleh PAS

Nik Aziz sanggup menghina Allah dengan mengatakan bahawa Tuhan juga mencarut, semata-mata kerana hendak membela seorang ahli seumur hidup PAS yang menulis buku berjudul ‘shit’.

“Ajaran Islam tidak melarang umatnya mencarut asalkan kena pada masa dan tempat. Novel Shit, karya Shahnon Ahmad yang menggunakan perkataan mencarut dan lucah itu tidak bercanggah dengan Islam”. Kata Nik Aziz di Kota Baharu, Kelantan.

Dia juga sanggup menghukum boleh berkawan dengan syaitan, sedangkan syaitan adalah seteru Allah dan seteru orang yang beriman.

Dia juga yang telah menyokong doa butakan mata rakyat yang hendak mengundi BN dan memohon malapetaka ke atas ahli-ahli UMNO.

Pada 27 Mei 1999, Nik Aziz meminta ahli-ahli PAS mengamalkan satu doa bagi “membutakan mata” pengundi-pengundi hantu dalam pilihan raya nanti.
Doa itu berbunyi “ Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS". Doa tersebut dibaca sambil diikuti oleh kira-kira 3,000 penyokongnya pada satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.
Syurga, Neraka dijadikan taruhan PAS bagi menguatkan kepercayaan orang ramai terhadap PAS, mengundi PAS masuk syurga dan mengundi UMNO masuk neraka. Seolah-olah Nik Aziz yang menentukan hal masuk syurga dan neraka.
Apa yang dilakukan blogger Jeffry dianggap “ menghina “ Nik Aziz dan repot polis dibuat terhadapnya. Tetapi Nik Aziz mempermainkan ALLAH, kenapa Ahli PAS tidak mengambil tindakan yang sama terhadap Nik Aziz?.
Keberanian dan semangat Blogger Jeffry wajar dicontohi, namun kadang-kadang jika terlalu semangat kita tersasul dari batas-batas peradaban. Harapan Waris Pahang, jangan kita patah semangat dan teruskan perjuangan di Medan Cyber, jika bukan kita siapa lagi yang mahu diharapkan. Menyerah diri tidak beerti menyerah kalah. Selamatkan agama, bangsa dan negara dari kerakusan Pakatan Rakyat untuk berkuasa).

Thursday, February 11, 2010

Idea Hadi : Dulu Dicaci Kini Dicari


Petikan ucapan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan dipetik dari Sinar Harian 09.02.2010.

1. “Saya amat risau dengan fitnah yang mungkin dimasukkan oleh individu tertentu, saya amat berharap ia sebagai satu wadah untuk Pas berdakwah kepada UMNO".

2. “Ia lebih kepada perbincangan berbentuk wacana dan bukannya Pas-UMNO mahu bergabung, ianya perbincangan bersama untuk menyelesaikan masalah negara,”.

3.“Perbincangan ini sememangnya menjadi dasar perjuangan Pas selama ini, prinsip utama Pas adalah dakwah, jadi tidak salah jika semua parti lain sertainya,”.

Jumaat lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan hasrat duduk semeja dengan UMNO bagi membincangkan isu berkaitan agama Islam. Kelmarin, cadangan Nik Aziz itu disambut baik Abdul Hadi yang berkata, bahawa parti itu bersedia untuk berbincang dengan UMNO dalam perkara yang parti pembangkang tersebut dapat bekerjasama, termasuk isu yang berkaitan dengan keselamatan negara, ekonomi, agama dan politik.

(Kata Waris Pahang :

- Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya terbuka juga hati pimpinan PAS mahu duduk semeja dengan UMNO. Semoga Umno dan PAS dapat bermuafakat demi kepentingan masa depan bangsa Melayu di negara ini. Muafakat itu membawa berkat.

-Biarlah apa yang PAS mahu perkatakan seperti sekadar mahu berdakwah kepada UMNO sahaja, bagi kita mahu duduk semeja sudah menunjukkan tanda positif untuk bersama-sama mendepani cabaran.

-Pasti ramai yang terkilan terhadap kenyataan PAS yang tidak berhasrat bergabung dengan UMNO sedangkan itulah yang diharapkan oleh umat Melayu Islam di negara ini. Buangkanlah sikap keegoaan dan jangan pula esok dilabelkan sebagai 'bodoh sombong' kerana menolak perpaduan yang digalakkan oleh Islam.

- Semoga bangsa Melayu Islam kembali bersatu dan menegakkan kekuatan di negara ini agar kedaulatan bangsa dan agama Islam tetap teguh dan tidak dipandang rendah oleh mana-mana pihak.

-Walaubagaimana pun khabarnya 'Gelombang PAS' kembali berkocak akibat cadangan dari pucuk pimpinan PAS ini. Yang hairannya, kenapa tiada suara yang menggesa Nik Aziz letak jawatan kerana mahu berbincang dengan UMNO?.
-Adakah masih perlu EGM untuk menyingkirkan golongan yang pro kerajaan perpaduan?. Barangkali mereka yang terselamat daripada penyingkiran ialah Ketua Pemuda PAS kerana menyokong kedua-dua sekali iaitu Nik Aziz dan Haji Hadi?.
-Idea untuk parti lain turut serta dalam perbincangan tersebut adalah tidak bijak kerana PAS selama ini lembik lutut bila berhadapan dengan DAP).

Wednesday, February 10, 2010

ZAMBRY HOREI NIZAR HARU


Zambry kekal Menteri Besar Perak

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi. Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

Mahkamah Persekutuan antara lain menyatakan proses undi tidak percaya tidak semestinya dilakukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dan Zambry sudah mendapat kepercayaan 31 daripada 59 Adun seperti yang dinyatakan kepada Sultan Perak dalam satu pertemuan. (Sumber : Berita Harian Online)

(Kata Waris Pahang :

"Mungkin kita sudah terlupa kronologi kemelut politik di Perak, semoga kronologi di bawah ini dapat mengingatkan kita dan menambahkan sokongan kita kepada kepimpinan Dr. Zambry untuk membela rakyat Negeri Perak".

Pada 25 Januari 2009 - ADUN Bota, Dato’ Nasaruddin Hashim keluar UMNO dan menyertai PKR.

Pada 1 Februari 2009 - Dua orang ADUN PKR iaitu ADUN Behrang Jamaludin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering Mohd Osman Jailu mengumumkan keluar PKR dan kekal sebagai ADUN Bebas kawasan masing-masing;

Pada 2 Februari 2009 - Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar menyerahkan surat mengenai kekosongan kerusi bagi kedua DUN tersebut kepada Pejabat Pilihanraya Negeri Perak.

Pada 3 Februari 2009 - SPR membuat keputusan menolak surat perletakan jawatan tersebut atas alasan meragui kesahihan surat perletakan jawatan tersebut.

Pada 3 Februari 2009 ADUN - Jelapang Hee Yit Foong merangkap Timbalan Speaker keluar dari parti DAP dan menjadi ADUN Bebas sambil memberi sokongan kepada BN untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Pada 5 Februari 2009 - Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin selaku MB Kerajaan Pakatan Rakyat merayu kepada Sultan Azlan Shah supaya memberi perkenan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri supaya Pilihanraya Negeri diadakan bagi membentuk kerajaan baru;

Pada 5 Februari 2009 - YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengadap Sultan Azlan Shah dan memaklumkan bahawa BN mempunyai sokongan majoriti ADUN untuk membentuk Kerajaan Perak.

Pada hari yang sama juga, Sultan Azlan Shah memanggil 28 ADUN BN dan 3 ADUN BEBAS untuk mempastikan sokongan mereka terhadap BN dalam membentuk Kerajaan Negeri;

Sultan Azlan Shah berpuas hati bahawa semua 31 ADUN memberi sokongan kepada BN. Ini bermakna BN mempunyai suara majoriti di DUN Perak.

Dengan itu, Sultan Azlan Shah tidak bersetuju untuk membubarkan DUN sebaliknya menitah YAB Dato’ Seri Nizar Jamaludin meletakkan jawatan sebagai MB;

Pada 6 Februari 2009 - Dato’ Dr. Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai MB Perak di Istana Iskandariah, Perak. Dalam masa yang sama, YAB Dato’ Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan barisan Exconya enggan meletakkan jawatan seperti yang dititahkan Sultan Perak;

Seterusnya Speaker DUN Perak V.Sivakumar memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh supaya mahkamah mengisytiharkan surat perletakan jawatan 3 ADUN tersebut sebagai sah dan kerusi DUN tersebut kosong menyebabkan Pakatan Rakyat masih menganggap kerajaan mereka masih sah sehingga keputusan mahkamah dibuat dan menganggap Kerajaan BN yang baru ditubuhkan tidak sah di sisi undang-undang

Pada Mei 2009 - Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.

Pada 5 November 2009 - Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Rayuan itu dibuat Mohammad Nizar dalam cubaan terakhirnya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 4 Februari 2009 menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu melepaskan jawatan selepas mendapati beliau tidak memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Pada 9 Febuari 2010 - Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Putrajaya memutuskan bahawa Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

(Inilah akibatnya kalau 'derhaka kepada raja' dan 'ego tidak bertempat' kerana tidak dapat terima kenyataan bahawa Dr. Zambry sudah mendapat kepercayaan 31 daripada 59 Adun ( seperti yang dinyatakan kepada Sultan Perak dalam satu pertemuan).

Nizar sebenarnya memang 'degil' kerana beliau mengetahui bahawa beliau hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) semasa menghadap Sultan Perak.

Bukan itu sahaja Nizar banyak menghabiskan masa penyokongnya yang terlalu taasub, eloklah kita lupakan sahaja Nizar yang menjadi boneka DAP).

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP