Friday, February 24, 2012

Penduduk Kuantan Alu-Alukan Kedatangan Hasan Ali Malam Ini


Marilah kita beramai-ramai memenuhi Padang Perkampungan Sungai Isap Kuantan malam ini (24 Febuari 2012) jam 9.00 malam menyaksikan ceramah 'Bicara Ummah' yang disampaikan oleh Datuk Dr.Hasan Ali.

Sebelum ini Dr. Hasan Ali telah menggegarkan Temerloh dan Jengka dan kini peluang orang Kuantan pula menyaksikan ceramah beliau. Tidak kiralah apa pegangan parti politik kita, apa yang penting kita mendengar sendiri penjelasan dari Dr. Hasan Ali berkenaan perjuangan beliau memperjuangkan IMR (Islam, Melayu dan Raja-Raja.

Ramai sedia maklum, ada pihak yang tidak senang dengan road show Dr. Hasan Ali kerana mereka gusar sekiranya terbongkar rahsia-rahsia pakatan jahat mereka mahu menawan Putrajaya. Dalam ceramah yang diadakan sebelum ini Dr. Hasan Ali telah mendedahkan yang tersurat dan yang tersirat. Semoga ceramah beliau pada malam ini dapat merungkaikan apa yang terselit.

Diharapkan penyokong PAS, UMNO, PKR dan penduduk di sekitar kawasan Parlimen Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota dapat meluangkan masa ke Program 'Bicara Ummah' yang diadakan pada malam ini.Jangan lupa ajak bersama kaum keluarga dan sahabat handai serta jiran-jiran ke program BICARA UMMAH ini.

Tuesday, February 21, 2012

Anwar Tak Mahu Saman Wall Street Journal


Apa maknanya jika Anwar tidak mahu saman Akhbar Wall Street Journal?. Ini membuktikan Anwar memang sah mengiktiraf negara Israel dan mahukan keselamatan negara itu terjaga.

Malaysia tidak pernah mengiktiraf Negara Israel. Sila lihat pasport anda, termaktub dalam pasport : "Pasport ini sah digunakan untuk semua negara kecuali ISRAEL". Tiba-tiba Anwar menyokong pula Israel.

Menyokong negara Israel beerti menyokong kezaliman yang dilakukan oleh puak Yahudi itu terhadap umat Islam Palestin. Ini beerti menyokong Anwar samalah menyokong Israel.

Janganlah terpedaya dengan mainan Israel. Janganlah menyokong mereka yang menyokong Israel kerana mereka adalah musuh Islam dan mahu merosakkan umat Islam di Malaysia.

BR1M Bukan Rasuah


Kerajaan memberi pelbagai bantuan bagi memastikan rakyat tidak dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi. Kita bertuah kerana kerajaan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa prihatin dengan bebanan ditanggung oleh rakyat ketika ini.

Kerajaan tidak membuat pinjaman dengan bank dunia sebagaimana yang dikatakan oleh sesetengah pihak untuk memberi bantuan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebaliknya kerajaan menggunakan simpanan sendiri.

Ada sesetengah pihak pula dikelirukan kononnya bantuan BR1M adalah rasuah. Mereka menabur dakyah-dakyah kononnya bantuan BR1M adalah untuk memancing undi.Jika mereka menganggap BR1M adalah rasuah maka adalah tidak wajar mereka menerimanya.

Bantuan BR1M sebenarnya bukan rasuah, sebaliknya ia adalah wang rakyat yang diberikan semula kepada mereka yang memerlukan.Bantuan itu diberikan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira latar belakang kaum dan ideologi politik.

NELAYAN PAHANG BENCI FUZIAH SALEH?


Pada 21 Januari 2012(sabtu) iaitu sebulan yang lalu telah berlangsungnya Program Ihsan Samudera di Kampung Tanjung Lumpur Kuantan. Program Ihsan Samudera dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak. Program ini bertujuan membantu rakyat terutama golongan nelayan. Seramai 20,000 orang membanjiri Program Ihsan Samudera ini.

Program ini juga memberi peluang kepada golongan nelayan berjumpa sendiri dengan kepimpinan negara terutamanya Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak. Antara harapan Perdana Menteri ialah mahu anak-anak nelayan mencapai perubahan yang besar dengan pemikiran baru supaya mereka tidak merendah diri walaupun bergelar anak nelayan. Contoh yang dapat dilihat adalah YAB Menteri Besar Perak adalah merupakan anak nelayan dan ia merupakan bukti melalui usaha yang gigih anak nelayan boleh berjaya dalam kehidupan.

Merujuk kepada petikan kata-kata Menteri Pertanian dan Asas Tani, kerajaan telah memperuntukkan RM1.5 billion kepada golongan nelayan.Antara insentif atau bantuan yang diterima oleh golongan nelayan ini ialah Subsidi diesel sebanyak RM1.25 seliter (berbanding biasa RM1.80), RM200 kepada nelayan yang tidak turun ke laut, Skim Bantuan Perumahan (Bajet 2012) sebahagian daripada RM300 juta kita akan guna untuk menambah baik rumah-rumah nelayan di seluruh Negara dan borang telah disalurkan melalui Persatuan Nelayan tempatan. Sebanyak RM5000-RM10,000 diperuntukkan untuk penambahbaikan sesebuah rumah, Perdana Menteri merujuk kepada Tabung Khas Perumahan Nelayan bernilai RM300 juta yang diumumkan beliau ketika membentangkan Belanjawan 2012 di Dewan Rakyat, Oktober lepas.

Melalui usaha Yayasan 1MDB melalui Kementerian Kewangan dan Yayasan FELDA bertujuan untuk menokok tambah dalam bentuk sumber kewangan, keseluruhan sumbangan adalah berjumlah RM1.5 juta. Melalui program ini membuktikan kerajaan mendahulukan rakyat dan merealisasikan Prinsip Keadilan Sosial.

Kerajaan benar-benar menjiwai nasib golongan nelayan dan sanggup memperjuangkan nasib mereka supaya mendapat masa depan yang lebih baik.Perubahan ketara yang dapat di lihat selepas program ini ialah sudah ramai golongan nelayan yang sedar siapa sebenarnya yang mampu membantu mereka. Pembangkang hanya pandai menabur janji sahaja.

Monday, February 20, 2012

Gelombang Biru melanda Indera Mahkota


Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia yang diadakan di Pusat Rekreasi Pantai Balok telah berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang menggalakkan, seramai 20,000 orang telah hadir ke jamuan tersebut. Sesungguhnya “Gelombang Biru” sedang melanda Indera Mahkota.

Indera Mahkota dijangka akan jatuh semula ke tangan Barisan Nasional kerana penduduk DUN Beserah dan DUN Semambu dalam Parlimen Indera Mahkota rasa tertipu dan dikhianati apabila wakil rakyat PKR, Azan Ismail yang memenangi kerusi Parimen Indera Mahkota tidak berkhidmat dengan baik malah terlalu sukar untuk ditemui.

Masalah dalaman poltik yang dihadapi oleh Azan Ismail tidak sepatutnya menjadi penghalang bagi beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat. Kini segalanya sudah terlewat, rakyat sudah tanam dalam fikiran mereka bahawa Pakatan Rakyat tidak boleh diharap. Sebelum pilihan raya pembangkang berjanji macam-macam tetapi selepas menang pilihan raya, batang hidung pun susah nak nampak.

Namun rakyat akan memaafkan Azan Ismail sekiranya beliau keluar daripada PKR dan mendedahkan penyelewengan dan kebiadaban kepimpinan PKR. Apatah lagi kesangsian rakyat adalah terlalu tinggi terhadap masalah moral Anwar. Tindakan keluar dari PKR adalah tindakan bermaruah berbanding menjadi pemimpin melukut di tepi gantang. Sampai bila Azan Ismail mahu dipermainkan, dicemuh dan dihina oleh kepimpinan PKR.

Thursday, February 16, 2012

TPM Bersama Rakyat Di Majlis Jamuan Rakyat


Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadiri Majlis Jamuan Rakyat pada hari ini 16 Febuari 2012 (Khamis).

Majlis tersebut akan bermula jam 11.00 pagi dan diadakan di Pusat Rekreasi Air Balok. Ini merupakan jadual lawatan kerja pertama YAB Timbalan Perdana Menteri ke Negeri Pahang bagi tahun ini.

Semua rakyat yang berada di sekitar kawasan Kuantan dan seluruh Negeri Pahang dijemput hadir beramai - ramai ke majlis ini.

Tuesday, February 7, 2012

Hasan Ali Belasah Pembangkang Di Temerloh


PAS bukan lagi parti Islam sebab menukarkan dasar perjuangannya dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan kata DR. Hassan Ali semasa menyampaikan ceramah di Program Bicara Ummah di Dewan Tun Razak Temerloh. Program ini diadakan atas jemputan warga Temerloh.

Program yang diadakan semalam mendapat sambutan menggalakkan dari warga Temerloh dan dianggarkan seramai 1,200 orang membanjiri Dewan Tun Razak Temerloh. Dr. Hassan Ali pada mula ceramahnya membicarakan tentang perihal ummah pada masa kini dan pengalaman hidupnya serta kisah keluarganya.

Tidak ketinggalan Dr. Hassan Ali membicarakan tentang isu pemecatan beliau dari PAS. Dr. Hassan Ali menganggap PAS sudah tersasar jauh dari perjuangan asalnya. Malahan bukan itu sahaja PAS mengikut telunjuk DAP dan PKR. Dr. Hassan Ali berkata, dia dipecat kerana mahu menegakkan Islam seperti mana yang menjadi dasar perjuangan PAS tetapi kenapa PAS sendiri menjadi penghalangnya.

Ini membuktikan bahawa PAS mengikut telunjuk PKR dan DAP demi mencapai kepentingan Politik mereka untuk menapak di Putrajaya. PAS juga mengikut telunjuk Anwar yang mahu menjadi Perdana Menteri. Tuan Ibrahim pun sudah pandai tumpang sekaki menyakitkan hati Dr. Hassan Ali.

Kita doakan semoga Allah memberi kekuatan kepada Dr. Hassan Ali meneruskan perjuangan mempertahankan Akidah, Syariah dan Akhlak. Semoga perjuangan beliau demi memartabatkan IMR (Islam, Melayu dan Raja-Raja) mendapat sokongan dari seluruh rakyat Malaysia tidak kira dari parti politik mana samada UMNO, PAS dan PKR.

Friday, February 3, 2012

Hadi Bakal Hai Hai Bye Bye....



Desas desus Haji Hadi tidak mahu bertanding menggemparkan negara terutama kepada pengalisis politik di kedai-kedai kopi. Ada yang kata elok sangat beliau berhenti kerana beri peluang kepada muka baru. Ada yang kata beliau mahu berhenti kerana selama ini beliau hanya jadi boneka PAS sahaja tetapi yang lebih berkuasa adalah Nik Ajis. Ada yang kata itu semua adalah sandiwara Haji Hadi yang mahu test power atau menguji pasaran dan mahu melihat respon pemimpin dan pengikutnya sahaja.

Sebelum ini ada yang melambung-lambung Haji Hadi terlalu tinggi dan menganggap beliau yang layak menjadi Perdana Menteri berbanding dengan DSAI yang dicop rakyat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai masalah moral. Barang kali lambungan terlalu tinggi menyebabkan Haji Hadi gayat dan tidak mahu rakyat dan pengikutnya menaruh harapan yang terlalu tinggi.

Dalam satu keadaan ada yang minta Haji Hadi jangan berhenti kononnya beliau adalah aset PAS tapi dalam masa yang sama berkata jika mahu berhenti, ada ramai lagi calon yang layak menggantikan Haji Hadi.

Apa-apa pun keputusan Haji Hadi, beliau tetap akan dicop sebagai insan yang merosakkan PAS kerana menukar perjuangan Negara Islam kepada Negara Kebajikan. Inilah akibatnya kalau menjadi parti yang mengikut telunjuk parti lain. Usia pun sudah meningkat, eloklah Haji Hadi berehat dan bertaubat.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP