Friday, October 18, 2013

Hukum Menggunakan Kalimah Allah Oleh Orang Bukan Islam

Oleh : Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Kali ke-2/2008, pada 11 - 12 Jun 2008 Keputusan : Hukum menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam adalah seperti berikut : Penggunaan, pernyataan, penyebaran, percakapan, apa-apa bentuk penerbitan samada media elektronik atau media cetak menggunakan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang boleh mengeliru atatu memesongkan akidah kepada umat Islam sebagaimana termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1985 dan lain-lain istilah agama Islam yang dipakai oleh orang Islam untuk kegunaan agama Islam adalah tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam. Kesalahan menggunakan kalimah Allah dan istilah agama Islam telah termaktub dalam Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam No.5 tahun 1989. Keterangan/Hujah : 1. Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang kristian adalah merujuk kepada 'Tuhan Bapa' iaitu salah satu oknum daripada akidah trinity. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverand Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah SAW. Selain daripada itu, lafaz Allah juga, tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal usul penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah 'Theos' bukannya Allah. 2. Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El. Eloh, Elohim dan juga Yhwh. 3.Kaliamh Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian. 4.Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kaliamah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini. 5.Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun pengunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid. 6.Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. 7.Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalauterbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama. 8.Kalimah Allah sebenarnya tidak ada dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah. 9.Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar'iyyah dn Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam. 10.Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam. 11. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.

Wednesday, October 2, 2013

TERBONGKAR: DOKUMEN MENGENAI CHIN PENG DIDEDAHKAN


Mendiang Chin Peng mempunyai cengkaman kuat ke atas Parti Komunis Malaya (PKM), sejak mula ia ditubuhkan pada 20 April 1930 sehinggalah kematiannya pada 16 September 2013.
Baca lebih lanjut dokumen tersebut di mana telah merungkai bagaimana kekuasaan Chin Peng ke atas PKM yang telah bertindak kejam ke atas pejuang-pejuang negara dan penduduk Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo.
Pun begitu masih ada juga rakyat Malaysia yang ‘menyanginya’ biarpun kekejaman melampau yang telah dilakukannya sepanjang hayatnya masih hidup.
(Sumber: http://halilintar56.blogspot.com/2013/10/terbongkar-dokumen-mengenai-chin-peng.html)

Tuesday, October 1, 2013

PROJEK TIPU GUNA NAMA 1MALAYSIA


KUANTAN – Lebih 10 penduduk di sekitar Kuantan membuat laporan polis apabila menyedari pelaburan mereka menerusi sebuah projek mega  menggunakan nama “1 Malaysia Spiritual Tourism” yang diperkenalkan oleh sebuah syarikat sebenarnya tidak wujud.
Rata-rata mereka membuat tempahan dan pelaburan untuk ruang tempat menyimpan abu mayat yang kononnya bakal dibina di dalam sebuah piramid 30 tingkat yang juga antara salah satu agenda utama projek mega di Gambang itu.
Seorang mangsa, Chen Siew Tee, 64 berkata, dia membuat pembayaran sebanyak RM 16,500 untuk menempah 10 unit ruang tempat menyimpan abu mayat.
Menurutnya, dia mula mengesyaki telah ditipu apabila maklum balas kerajaan negeri mengesahkan tiada sebarang projek menggunakan nama “1 Malaysia Spiritual Tourism” dijalankan di Gambang.
“Saya membuat pembayaran pada 28 Ogos 2013 yang lalu dan wang yang dibayar bukan sahaja dijanjikan 10 unit tempat penyimpanan tersebut tetapi sebagai pelaburan.
“Apabila membuat bayaran, kami turut dijanjikan pelaburan yang bakal membawa keuntungan berganda.
“Suami saya was-was dengan projek berkenaan dan menemui pengarah syarikat tetapi dia hanya memberikan sehelai resit serta sijil pengesahan pembayaran.
“Apa yang pelik pembayaran bukan dibuat ke atas akuan syarikat tetapi menerusi nama pengarah syarikat itu sendiri.
“Apabila diselidik, kementerian pelancongan ada mengeluarkan kenyataan di media mengatakan projek berkenaan tidak pernah wujud,” katanya kepada media, di sini, semalam.
Sementara itu, Adun Teruntum, Sim Chon Siang berkata, setelah diselidik projek berkenaan tidak pernah wujud, malah nama syarikat lain turut disalah guna untuk memancing pembeli.
“Kita tidak menuduh tetapi mengesyaki penduduk ditipu kerana difahamkan kononnya projek ini bernilai berbilion-bilion dan bakal menjadi produk antarabangsa tetapi pihak berkaitan langsung tidak mengetahuinya.
“Saya telah menghubungi kerajaan negeri dan telah disahkan projek berkenaan tidak pernah wujud.
“Pihak tidak bertanggungjawab ini turut menggunakan nama sebuah syarikat tempatan untuk menarik pembeli dan saya telah menghubungi pengarah syarikat itu serta dimaklumkan syarikatnya tidak terlibat.
“Pengarah syarikat itu telah membuat laporan polis dan lebih menguatkan dakwaan ini apabila sebuah akhbar menyiarkan kenyataan Menteri Pelancongan, Datuk seri Mohamed Nazri Aziz mengatakan tidak mengetahui tentang projek itu.
“Saya nasihatkan mangsa yang lain segera membuat laporan polis supaya siasatan lanjut dapat diambil,” katanya.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP