Wednesday, June 30, 2010

Parti 3 A Tendang Khalid?.

PKR S'gor dirombak, Azmin ganti Khalid

Naib Presiden PKR Azmin Ali dilantik sebagai pengerusi majlis pimpinan negeri Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkuatkuasa serta merta. Perkara itu diumumkan oleh Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas mempengerusikan mesyuarat pimpinan pusat parti itu di Shah Alam hari ini.

Menurut Wan Azizah, rombakan itu dibuat bagi membolehkan Khalid menumpukan tugaskan kepada usaha pentadbiran kerajaan negeri."Ini dimohon oleh Tan Sri Khalid sendiri bagi menumpukan tenaganya untuk disalurkan dalam pentadbiran Selangor," katanya.

Azmin sebelum ini mengetuai PKR Wilayah Persekutuan.Kekosongan yang ditinggalkannya Azmin di negeri itu akan diambil alih oleh penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim, umum Wan Azizah lagi.Rombakan itu dilihat mengejutkan apabila sejak semalam ramai pemimpin kanan parti itu terus menafikan terdapat desakan supaya Khalid berundur dalam pemukiman PKR.(Sumber : Malaysiakini)

(Kata Waris Pahang :

1.Barangkali anda masih terkejut kerana parti 3 A (Anwar, Azizah dan Azmin) tendang Khalid dalam terang. Inilah isyarat untuk menyingkir khalid yang memegang tahta dan kuasa MB Selangor. Adakah Khalid masih belum sedar lagi?.
2.Selepas pengumuman itu baru-baru ini, kelibat mata Azmin asyik menjeling Khalid, alangkah gembiranya Azmin kerana khalid si boneka turut ketawa berdekah-dekah. Hairan bin ajaib orang nak bersihkan jawatan yang dipegangnya tapi dia gembira?. Barangkali khalid masih syok dengan bayang-bayang sendiri. Renung-renunglah kerusi MB tu dan enjut-enjut atas kerusi empuk tu puas-puas nanti bakal diambil orang.
3.Wahai Khalid apalah ertinya menjadi MB tapi tidak memegang kerusi perhubungan negeri, maknanya khalid hilang kuasa politik dan lemahlah kuasa seorang MB. Dalam erti kata lain esok-esok you boleh go lah!.
4. Sebelum ini pembersihan dilakukan di Pahang, Zakaria Hamid ditendang digantikan dengan Dato' Fauzi, maka berlakulah pergolakan dalaman dalam parti PKR Pahang. Bunga perpecahan belum berakhir apabila Azan Ismail Ahli Parlimen Indera Mahkota pula meletak jawatan.
5. Khalid sedikit beruntung daripada Zakaria Hamid kerana Kahlid disingkirkan secara halus manakala Zakaria Hamid disingkir secara terang-terangan. PAS pula bina platform untuk mereka yang kecewa dengan mencipta PAS For All mirip PKR, maknanya mereka yang kecewa akan diterima oleh PAS sebagai ahlinya. Nampaknya PAS pun seperti ada agenda tersembunyi untuk lemahkan PKR dan menguatkan PAS.

Sunday, June 27, 2010

JOM Heboh : Meriahkan Bandar Kuantan Pahang



















(Kata Waris Pahang :
1. Waris Pahang perturunkan gambar Jom Heboh ini supaya mereka yang dekat dapat hadir bersama keluarga berjalan-jalan di hujung minggu.
2. Bagi yang tinggal berjauhan pula yang tidak dapat hadir, bolehlah melihat gambar Jom Heboh di Kuantan bagi melepas rindu.
3. Semua gambar di atas diambil pada pukul 9.00 pagi tadi. Selamat Berhujung Minggu).

Saturday, June 26, 2010

Mesti Baca: Ezam Bongkar Rahsia Anwar

Baru-baru ini Waris Pahang berkesempatan menghadiri Ceramah sulung Ezam di Pahang selepas dilantik sebagai Senator. Ceramah tersebut di adakan di Balok Kuantan yang juga pernah menjadi medan berceramah beliau menyerang BN suatu ketika dulu. Kini beliau ‘membayar hutang’ kepada masyarakat balok dengan berceramah membela BN dan kerajaan yang ada kini.

Ezam kini ‘diserang lumat’ oleh pembangkang, bukan lagi seperti 'menjolok sarang terbuan malah tebuannya dibakar hidup-hidup'. Semalam 24 Jun Pahangdaily Online melabelkan Ezam sebagai ‘raja Sesumpah’, ‘Petualang Rakyat’ ‘Senator Cap Ayam’, ‘Badut Sarkas’ dan ‘Seekor Sesumpah Laknat’. Namun mereka tidak sedikit pun mendedahkan apa yang dibongkar oleh Ezam.

Ezam dalam ceramahnya pada 16 Jun 2010 yang lalu, menceritakan tentang perangai Anwar yang sedaya upaya menutup kelemahan dan kes liwat dengan pegawai khasnya, Saiful. Anwar terdesak mahu menutup kesnya sehingga Najib dan Rosmah dipersalahkan kononnya apa yang berlaku kini adalah satu konspirasi politik, Peguam Negara pula dilabelkan sebagai manusia paling jahat dalam dunia, Ketua Polis dilabelkan paling korup dan Hakim dikatakannya bahalol. Macam-macam cara dan strategi yang dilakukan Anwar untuk mengalih perhatian orang terhadap kes liwatnya.

Pada asas persoalannya, samada Anwar buat (meliwat) atau tidak, itu sahaja. Itu yang Anwar kena jawab kerana rata-rata rakyat Malaysia ingin mengetahuinya. Jika tidak mahu bersumpah berilah jawapan. Anwar sengaja korner sana-sani bagi mengelak memberi jawapan, katanya laporan Pusrawi kata ‘tak masuk’ dan laporan HKL kata tak koyak.

Ezam pernah cabar Wan Azizah bersumpah bahawa Wan Azizah pernah beritahu Ezam yang Anwar memang seorang peliwat tetapi Wan Azizah tidak bersumpah malah menjawab pun tidak. Sebaliknya Wan Azizah minta anaknya yang jawab sedangkan anaknya tidak tahu apa-apa. Ezam meninggalkan Anwar selepas Anwar keluar penjara selepas tahu yang Anwar adalah seorang peliwat.

Pada 28 Mei 2008, Ezam masuk UMNO. Sebulan lepas itu 28 Jun 2008, Saiful membuat laporan Polis kerana diliwat Anwar. Memang benar kata orang ‘Doa Orang Yang Dizalimi Akan Dimakbulkan Allah’. Malam sebelum Saiful membuat laporan Polis Ezam dimaklumkan bahawa ada seorang budak mahu berjumpa dengannya tetapi beliau ada program ceramah di Perak. Saiful bertegas mahu jumpa pada malam itu juga. Ezam bimbang juga kalau-kalau ini adalah rancangan Anwar untuk menjeratnya.

Maka Ezam bertemu dengan Saiful yang diberi kekuatan oleh Allah di Tol Rawang, lokasi ini dipilih kerana berhampiran dengan rumah pak cik Saiful. Maka saiful pun memperkenalkan dirinya yang telah diliwat Anwar. Saiful bertanya, ‘Ezam masuk UMNO kerana politik atau liwat’. Ezam jawab kerana kes liwat. Saiful kata ‘saya mahu kuatkan hati saya’.

Saiful yang dalam keadaan tertekan meluahkan perasaan kecewanya kerana Najib (memegang jawatan TPM pada masa itu) enggan membantunya sebaliknya suruh Saiful buat laporan Polis. Begitu juga dengan seorang Polis yang ditemuinya, tidak mahu masuk campur dan minta saiful buat laporan Polis. Jadi Saiful merasakan Ezam sahaja seorang yang berani lawan Anwar dan tempat dia mencurahkan perasaannya.

Najib tidak mahu masuk campur bukan tidak mahu membantu tetapi tidak mahu dikaitkan dengan isu ini kerana isu ini adalah isu peribadi antara Saiful dan Anwar walaupun Anwar adalah musuh politik Najib. Menurut Ezam, apa yang menjadi persoalan sekarang bagaimana pembangkang boleh katakan ini semua adalah satu konspirasi politik kerana pertemuan Ezam dan Saiful pada malam itu hanya seketika, jika ianya konspirasi politik maka memerlukan masa berbulan-bulan untuk merancang dan mengatur strategi.

Wednesday, June 23, 2010

Takut Menamakan Kucing Najib

BAGAN DATOH, 20 Jun – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mahu seluruh jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) bangkit menyerang balas pembohongan pembangkang.
Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya untuk menyerang balas kerana seperti permainan bola sepak Piala Dunia, UMNO dan BN tidak boleh bertahan semata-mata, akhirnya benteng pertahanan ‘bocor’ juga.
Beliau menegaskan, pakatan pembangkang memang pandai berbohong dan putar alam bagi mempengaruhi rakyat supaya memandang buruk kepada UMNO dan BN.
“Pihak satu lagi (pembangkang) memang pakar pusing cerita, hanya 10% ceritanya betul, malah kadang kala 2% saja ceritanya, tetapi dihebahkan seolah-olah cerita itu besar.
“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.
“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini. (Sumber: Umno Online)

(Kata Waris Pahang :
1. Kita memang sedia maklum, pembangkang di Pahang tidak sekuat mana pun dan mereka menang dulu pun atas sebab orang UMNO/BN bertelagah sesama sendiri. Sehingga ada YB pembangkang 'terkejut beruk' bagaimana dia boleh menang.
2. Kata seorang YB pembangkang yang menang PRU 12 "Aku sekarang YB ke?'". Kepala hotak dia, kalau dah menang jadi wakil rakyat ler. Kini barulah dia tahu langit tinggi rendah bila dah jadi YB, nak tunjuk muka kat rakyat pun takut bimbang ada yang minta duit dan peruntukan.
3. Waris Pahang nampak kita BN banyak bertahan saje dari menyerang, kalau main bola sepak maka jenuh (teruk) kita kerana asyik tahan serangan orang sahaja. Pembangkang juga yang untung bagaikan menang percuma akibat kita menyumbat gol sendiri.
4. Najib dah bunyikan semboyan suruh serang pembangkang, kalau nak kira orang UMNO/BN sedar atau tidak jawapannya dah memang sedar, jadi tunggu apa lagi, jangan-jangan Najib juga yang teruk ke hulu-hilir menjawab tohmahan pembangkang.
5. Pembangkang bukanlah bagus sangat sebab suruh bagi nama kucing Najib pun takut, ada yang namakan kucing Najib meowtuya al-mongoli, altantujib dan rosmatuya. Sedangkan Najib dan Rosmah tiada kaitan langsung dengan Altantuya. Mereka takut beri nama kucing Najib sebab aura serang yang ada pada tuannya atau kucing Najib ini berupa Singa agaknya).

Tuesday, June 22, 2010

PRK Batu : Pembangkang Gagal Singkir Tian Chua?.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Ghazali Cha memutuskan tidak perlu disemak semula penghakimannya yang mengurangkan hukuman ke atas ahli parlimen Batu, Tian Chua kepada denda RM2,000.

Bagaimanapun, menurut peguam Tian, hakim turut menegaskan sekali lagi bahawa niat beliau adalah jelas dan beliau tidak mahu pilihan raya kecil diadakan bagi kawasan parlimen berkenaan.

Peguam Ranjit Singh berkata, beliau menyedari mengenai keputusan Mahkamah Agung PP lwn Leong Ying Ming (1993) berhubung definasi 'tidak kurang daripada RM2,000'Hakim Mahkamah Agung ketika itu memutuskan bahawa frasa 'tidak kurang daripada lima tahun' bermakna lima tahun satu hari.

Peguam dan pendakwaraya menemui Hakim Ghazali pagi ini berhubung denda yang dikenakan ke atas ahli parlimen Batu itu selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis.
Tian didapati bersalah menggigit tangan seorang anggota polis ketika ditangkap dalam satu protes tiga tahun lalu berhampiran bangunan Parlimen.Beliau yang menang pilihan raya umum 2008, didakwa mengikut Sekseyen 32 Kanun Keseksaan, dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap anggota polis yang sedang bertugas.
Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian.Selepas mengemukakan rayuan, Mahkamah Tinggi mengenalkan sabit kesalahannya tetapi mengurangkan hukumannya kepada denda RM2,000 atau dua bulan penjara.Tian memberitahu pemberita pagi ini bahawa beliau masih lagi ahli parlimen Batu.
Hakim Ghazali telah mengurangkan hukuman Mahkamah Majistret sebelum ini ke atas Tian Chua - iaitu enam bulan penjara dan denda RM3,000 - kepada denda RM2,000. Katanya, niatnya mengurangkan hukuman tersebut adalah untuk mengelak pilihan raya kecil diadakan. (Sumber : Malaysiakini).
(Kata Waris Pahang :
1. Karpal Singh sudah tunjuk belang, barangkali DAP sudah tidak sehaluan lagi dengan PKR dalam kes ini?. Kata Pahangdaily "Karpal wajar bertindak adil dengan merujuk kepada kepimpinan tertinggi parti sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan".
2. Nampaknya Karpal sudah langgar siapa sahaja, berkemungkinan Karpal anggap dialah Ketua Pembangkang yang baru dan paling layak sekali menggantikan Anwar. Ini membuktikan PKR kini sebuah parti yang lemah sehingga urusan PKR pun seperti orang lain boleh masuk campur.

3.Kita memang hairan kenapa Karpal Singh seolah-olah beriya sangat mahu Tian Chua ditendang keluar atau dilucutkan jawatan sebagai Ahli Parlimen. Beliau sepatutnya mempertahankan mana-mana Ahli Parlimen Pembangkang. Mungkin Karpal ada sebab tertentu untuk control parti-parti politik lain.....
4. Karpal juga sepatutnya menunggu dulu penjelasan dari Hakim samaada hukuman yang dijatuhkan itu bermakna satu pilihan raya kecil akan diadakan atau sebaliknya.
5. Nampaknya Zaid Ibrahim kena lupakan hajat mahu jadi Ahli parlimen untuk menggantikan tempat Anwar kerana tiada PRK Batu diadakan dalam masa yang terdekat ini. Yang paling aku hairan, dulu Pak Lah sudah bagi Zaid Ibrahim jawatan yang tinggi tetapi kini terhegeh-hegeh dan meroyan mahu jadi Ahli parlimen).

PRK Batu : Zaid Tunggangan Baru DAP?.

1. Ramai orang hairan kenapa Tian Chua tidak akan merayu jika Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan di buat Mahkamah sebelum ini yang menjatuhkan hukuman denda RM2,000.

2. Ini bermakna, beliau sendiri sanggup melepaskan kerusi BATU dan mahu pilihanraya kecil diadakan. Inilah yang dikatakan pepatah Melayu "Dengar Guruh Di Langit Air Tempayan Dicurahkan". Maksudnya "akibat terlalu yakin Anwar akan jadi PM suatu hari nanti maka Tian Chua akan dapat jawatan yang lebih besar lagi".
3. Tian Chua sanggup jadi bahan korbanan Anwar semata-mata kerana terlalu taasub dengan Anwar sedangkan Tian Chua bakal merana kerana hilang jawatan yang cukup penting dalam hidup perjuangan politiknya.

4. Inilah yang dikatakan percaturan politik yang dimainkan oleh PKR dan DAP. Pilihanraya kecil BATU akan dijadikan batu loncatan untuk menutup seketika perhatian rakyat terhadap perbicaraan kes dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan. Bukan itu sahaja Anwar juga sedang berdepan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung isu Apco Worldwide yang mungkin menyebabkan beliau dikenakan hukuman gantung menghadiri sidang Dewan jika didapati bersalah. PRK Batu akan dijadikan 'mahkamah rakyat' untuk Anwar/Pembangkang menagih simpati.

5. Khabarnya Datuk Zaid Ibrahim akan dicalonkan menggantikan 'si penggigit telinga', Tian Chua. DAP berkemungkinan akan menyokong jika Zaid Ibrahim diletakkan sebagai calon kerana beliau selari dengan ideologi parti DAP. Mungkin Karpal sedang bersiap sedia menyediakan Zaid Ibrahim bagi menggantikan Anwar jika sebarang kemungkinan berlaku atau Anwar didapati bersalah dalam kes liwatnya.

Monday, June 21, 2010

Blog Anwar : Dedah Artikel Bela Yahudi


Ramai rakan-rakan blogger anti Anwar hari ini menulis mengenai kenapa Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau semalam iaitu 16 Jun 2010. Artikel itu secara terang-terangan menulis pendapat Yuval Diskin yang menyatakan kepada media antarabangsa membatal sekatan dan kepungan kepada Gaza akan menyebabkan bahaya dan keadaan tidak selamat kepada Israel. Hal ini disebabkan Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas akan mudah mendapat bekalan senjata dan menyerang mereka.
Apa yang dapat dilihat adalah di artikel itu tiada ulasan disertakan oleh Anwar dan menimbulkan tanda tanya adakah Anwar Ibrahim menyiarkannya kerana bersependapat dengan Yuval Diskin, Ketua Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau nama hebrewnya the Shin Bet?
Yalah, jika benar beliau tidak bersependapat dengan ketua agensi Israel itu, pasti ada ulasan yang disertakan beliau. Tetapi artikel itu dibiarkan kosong tanpa ulasan seumpama artikel itu sendiri adalah pendirian Anwar.
Bagi Daniel ini semua tidak pelik dan Daniel sendiri telah menulis minggu lalu yang sebenarnya ICG (International Crisis Group) tidak langsung mengkritik Israel terhadap serangan mereka ke atas kapal bantuan Gaza tempohari tetapi hanya menegur Israel yang serangan itu hanya membuatkan masyarakat dunia mengasihani Hamas yang mereka anggap sebagai pengganas. Ini bermakna ICG menyokong dan mengiktiraf Israel sebagai negara yang sah.
ICG juga sering mengeluarkan laporan berkenaan Yuval Diskin ini dan rata-ratanya di dalam setiap laporan itu mereka bersetuju pendapat ketua agensi Israel itu yang menggelarkan Hamas sebagai pengganas.ICG juga terkenal rapat dengan Agensi Keselamatan Dalam Negeri Israel atau the Shin Bet ini apabila dokumen perjanjian gencatan senjata Israel dan Hamas yang dibuat oleh agensi itu pada 19 Jun 2008 hanya tercatat di dalam laporan ICG sahaja pada ketika itu dan tidak pada laporan media lain. Klik sini.
Hal rapatnya ICG dan agensi Israel ini yang menyebabkan tidak menghairankan Anwar Ibrahim menyiarkan artikel berkenaan agensi Israel itu di blog beliau, kerana jelas sebagai ahli dan penderma organisasi berkenaan , beliau turut seia dan sekata dengan apa yang diperjuangkan organisasi itu iaitu mengiktiraf dan menyokong Israel sebagai negara yang sah serta sesiapa yang menentang negara itu akan mereka anggap pengganas.
Perkara ini jelas membuktikan Anwar Ibrahim sebagai pejuang zionis di negara ini. Buktinya,lihatlah sendiri Anwar Ibrahim menyiarkan artikel pro Israel di blog beliau.Kerana satu laporan sahaja mengaitkan beliau dengan gerakan anti yahudi, Anwar Ibrahim kini mula membodek yahudi dan zionis kembali. Betapa terang lagi bersuluh, Anwar tak boleh hidup tanpa yahudi. (Sumber : Blog danielarif)

Anwar : Bapa Pembohong Berkali-kali Gagal

Sehingga kini terlalu banyak soalan yang Anwar tidak boleh jawab dan cuba pusing putar alam mengalih kepada tajuk lain pula. Sampai bila agaknya perkara ini akan berakhir, mungkin sehingga Anwar masuk Tanjung Rambutan agaknya.
(Kata Waris Pahang :
1.Baru-baru ini Anwar gemparkan negara kononnya lima Ahli Parlimen PKR yang keluar parti menerima habuan RM2 juta, Anwar dicabar dedahkan bukti tersebut tetapi sehingga kini masih gagal umpama penjaga gol yang gagal selamatkan bola.
2.Dulu Anwar cuba gemparkan negara mengenai Pelan 16 September kononnya 30 ahli parlimen BN sudah setuju lompat parti sertai pembangkang untuk tawan Putrajaya. Namun sehingga kini habuk pun tarak. Bila diasak soalan isu 16 September, Anwar tidak dapat jawab maka macamlah penjaga gol yang tertonggeng-tonggeng cuba selamat bola yang sudah masuk dalam gol.

3.Dulu Anwar dicabar bersumpah dalam isu liwat Saiful. Bukanlah susah sangat bersumpah, Anwar sanggup ke Parlimen berjam-jam untuk bersumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan round satu Malaysia menafikan dia meliwat kononnya ianya adalah satu konspirasi politik. Takkanlah bersumpah 10 minit pun tidak boleh. Anwar umpama gagal selamatkan gawang gol dari ditembusi bola yang ditendang kencang oleh Saiful.
4. Tindakan kelima-lima ahli parlimen Bebas keluar PKR adalah disebabkan krisis dalaman parti itu sendiri, dan bukan didalangi Umno atau BN. Nampaknya Anwar memang penjaga gol yang tidak cemerlang kerana gagal selamatkan gawang gol kalau ditendang dari mana sudut sekalipun.
5. Anwar umpama penjaga gol yang nampak sahaja gagah dan berpakaian canggih dan kemas tetapi HAMPAS, mungkin Lim Kit Siang pula elok jadi pengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Mungkin Lim Kit Siang tidak mahu sebab dia mahu perkudakan Anwar).

Sunday, June 20, 2010

PRK Batu : Hadiah Anugerah Pelakon Terbaik?

Fakta 1 : PERKARA 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.

Fakta 2 : Pada tahun 1975, Ahli Parlimen DAP, Fan Yew Teng terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen Menglembu selepas dia dihukum penjara enam bulan dan didenda RM 2,000 selepas disabitkan kesalahan mengikut Akta Hasutan.

(Kata Waris Pahang :

1. Waris Pahang nak tergelak apabila Tian Chua kata dia masih Ahli Parlimen Batu yang sah sedangkan SPR pula kata sedang meneliti keputusan mahkamah termasuklah kemungkinan perlu diistiharkan wujudnya kekosongan kerusi sekali gus mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut.

2. Dalam pada itu, Fuziah Ahli Parlimen Kuantan telah menghina keputusan mahkamah dengan mempertikai keputusan mahkamah yang menjatuhkan hukuman terhadap Tian Chua. Katanya, “jika benar hakim mahkamah mahu menjaga kepentingan rakyat dengan mengelakkan pilihan raya kecil, maka beliau harus meneliti semula penghakimannya mengenakan denda RM2,000”.
3. Sekiranya berlaku PRK Batu, memang elok sangat pembangkang meletakkan calon yang sesuai dan berkredibiliti tinggi daripada Tian Chua, Elizabeth Wong dan Anwar yang rendah moralnya.

4. Pembangkang juga perlu meletakkan calon yang betul-betul bertanggungjawab untuk berbakti dan berkhidmat kepada rakyat bukan seperti Fuziah Ahli Parlimen Kuantan dan Azan Ahli Parlimen Indera Mahkota yang sukar dijejaki selepas menang pilihan raya. Kata orang "kalau mahu cari mereka, jangan cari di Kuantan atau Indera Mahkota tetapi carilah di kawasan pilihan raya kecil berlangsung".

5. Bagi BN buatlah persiapan awal, walaupun Batu adalah kubu kuat pembangkang tetapi tidak mustahil BN boleh menang. Pada pilihan raya 8 Mac lalu, Tian Chua memenangi kerusi Parlimen Batu dengan majoriti 9,445 undi.

Saturday, June 19, 2010

Eli Wong : YB Kangkang, Seks, Aiskrim


"Pak Cik Ais Krim Tungguuuuuuuuuu!!!!!!!!!" (Agaknya)

Ahli Parlimen Bebas kawasan Bayan Baru,Datuk Seri Zahrain Hashim yang juga bekas sahabat baik Anwar membuat pendedahan tentang video seks Elizabeth semasa membahaskan Rancangan Malaysia ke 10 di Dewan Rakyat Selasa.

“Semasa skandal seks itu memuncak beliau memanggil kami dan memberi taklimat kononnya YB Elizabeth Wong mesti berhenti dan meletak jawatan Exco (Selangor) dan ADUN, kerana katanya bukan sahaja gambar yang tersebar,beliau pernah melihat video YB Elizabeth dengan perlakuan seks kononnya,termasuk acara makan ‘ ais krim” katanya.

“Kami semua terkedu dengan kenyataan beliau itu.Malahan beliau nyatakan akan menunjukkan video itu kepada kami. “Tapi hingga hari ini habuk pun tarak.YB Elizabeth Wong masih kekal dijawatannya.Sebaliknya YB Kulim Bandar Bharu (Zulkifli Nordin) yang mengkritik Menteri Besar Selangor ( Tan Sri Khalid Ibrahim) kerana mengekalkan YB Elizabeth Wong yang akhirnya dipecat daripada parti apabila cuba mempertahankan Islam.”
Sehari sebelum itu,Isnin Zahrain yang ditemui Agendadaily di lobi Parlimen mendakwa waktu itu Anwar mahu beberapa pemimpin PKR terus memainkan isu berkenaan bagi memastikan Elizabeth melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat.

“Sampai sekarang Elizabeth masih kekal. Mana dia video itu? Bagi saya Anwar sengaja buat cerita semata-mata nak minta kami sokongnya (singkir Elizabeth),” ujar Zahrain. Soalnya sekarang bagaimana agaknya Elizabeth nak mengadap bosnya setelah mendengar apa yang didakwa oleh Zahrain itu ?. Juga apakah Anwar nak menafikan dakwaan terbaru yang Ahli Parlimen Bayan Baru itu bagi contoh untuk gelarnya sebagai ‘ Ketua Pembohong” ?. (Sumber : Agendadaily)

(Kata Waris Pahang :

1. Kita dikejutkan lagi dengan kisah YB Elizabeth Wong yang kontroveri dan menambahkan saham pembangkang jatuh merudum kerana Anwar mendakwa pernah tonton video seks dan acara makan ais krim yang melibatkan Elizabeth Wong.
2.Barangkali YB Wlizabeth Wong akan pergi lagi berjumpa dengan Nik Aziz untuk mensucikan namanya, barangkali juga Elizabeth bukan datang dengan berbaju kurung sebaliknya berjubah dan berniqab (tutup hidung) kerana cerita seks dan 'ais krim' sangat bikin panas.
3.Waris Pahang harap video aksi seks melibatkan Elizabeth Wong ini tidak tersebar meluas di alam maya kerana amat memalukan kita. Dan yang paling memalukan, kita mempunyai wakil rakyat seperti ini.
4.Persoalannya sekarang kenapa Anwar tidak memecat Elizabeth setelah beliau beria-ia mahu menyingkirkannya dan mempunyai bukti kukuh tentang keruntuhan moral tersebut. Mungkin dia takut Elizabeth pula akan memecahkan rahsia Anwar.
5. Waris Pahang rasa Elizabeth akan minta letak jawatan dalam masa terdekat kemudian khalid gagap tidak akan membenarkannya kemudian Elizabeth akan bercuti lagi dan apabila pulang ke malaysia akan membawa imej baru. Walaupun Elizabeth cuba bawa imej baru tetapi tidak dapat lagi memulih imej pembangkang yang telah buruk).

Friday, June 18, 2010

Politik Bola Janji Sengsara

Seorang wartawan masuk ke padang bolasepak selepas perlawanan bolasepak antara BN dan Pakatan Pembangkang. Perlawanan tersebut berkesudahan BN menang 3-0.

Wartawan tersebut hairan kenapa lelaki pertama (PAS) tersenyum walaupun kalah?. Jurulatih tersebut jawab walaupun kalah tetapi Nik Aziz sudah janji syurga.

Wartawan cuba ambil gambar pemain kedua (PKR) tetapi senyum juga, jurulatih cakap walaupun kalah tetapi Anwar janji akan pindah ke Putrajaya.

Wartawan bertambah hairan kerana pemain ketiga (DAP) tidak tersenyum tetapi ketawa tergelak-gelak walaupun kalah. Jurulatih cakap dia ketawa sebab berjaya menipu pemain pertama (PAS), kedua (PKR) kerana Anwar berjanji akan bagi jawatan TPM II jika berjaya kalahkan BN. Bila sudah dapat kuasa PM (PKR) dan TPM I (PAS) akan diperkudakan dan dibonekakan sehingga terpaksa mengikut cakap aku (DAP).

Wartawan tadi bagitahu kepada semua pemain dan jurulatih : lebih baik aku tangkap gambar sendiri daripada melayan orang separuh gila macam kamu ini.
Pemain pertama (PAS) kata ambillah gambar aku kerana aku bangga dengan bulan tapi wartawan tu tak mahu sebab macam janji kosong. Pemain kedua (PKR) pula kata ambillah gambar aku sebab aku ada mata satu. Lagilah wartawan tak mahu sebab macam mata lanun aje.

Pemain ketiga (DAP) pula berkata "tak payah ambil gambar aku". Apsal pulak kata wartawan itu?. Kata DAP sebab aku sudah lama tipu olang, itu roket DAP mana boleh bawa olang naik ke bulan tidak macam kerajaan BN yang sudah mampu bawa orang naik ke angkasa.

Habis itu apa yang awak mahu, tanya wartawan itu?. Jawap DAP, aku mahu tipu PAS dan PKR yang bodoh itu sahaja, tolong mereka dapatkan kuasa lepas itu nanti akulah sebenarnya yang berkuasa seperti Selangor dan Perak (dulu). Kah! Kah! Kah! ketawa sakan DAP!.

Thursday, June 17, 2010

Liwat : Ezam Dedah Jadi Spy

Petang tadi Waris Pahang berkesempatan menghadiri Ceramah Ezam di Kuantan. Ceramah yang sangat menarik dan perlu diketahui oleh rakyat Malaysia yang cintakan agama, bangsa dan negara.
Anwar sedaya upaya menutup kesnya dengan mengatakan kes liwatnya adalah satu konspirasi politik, maka Anwar pun mengadakan ceramah ke serata negara mengatakan beliau dianiaya. Sedangkan kes Anwar tiada kaitan dengan Najib, ianya adalah isu peribadi antara Anwar dan Saiful.
Cerita Ezam lagi, satu ketika Anwar pulang ke Malaysia dan keluarganya berada di Washington. Azizah yang berada di Washington gelisah kerana bimbangkan Anwar akan bermalam dengan seseorang (lelaki) di rumah. Ezam hairan kalau tidur lelaki dengan lelaki dalam satu rumah apa salahnya tetapi Azizah beria-ia minta Ezam menjadi Spy untuk mengintip suaminya. Apa makna semuanya ini?.
Azizah pernah berkata kepada Ezam bahawa Anwar seorang yang jenis seperti itu dan Ezam minta Azizah bersumpah bahawa Azizah pernah memberitahu kepada Ezam perihal suaminya.
Ezam akhirnya hilang kepercayaan kepada Anwar dan meninggalkan Anwar selepas beliau keluar dari penjara.
Persoalan sekarang, bagaimana Azizah sanggup pertahankan suaminya?. Dan sanggup pula pertahan fitnah kononya kes liwat melibatkan Anwar adalah satu konspirasi. Kenapa Anwar sanggup fitnah najib dan rosmah?. Anwar memang seorang pengkhianat.

Palestine : Sedarkan Kita Tentang Kuasa




Gambar Perarakan Motor Sokong Perjuangan Palestin
Ya Allah, sebagaimana engkau pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah musyrikin, maka kami memohon kepada mu ya Allah, turunkanlah bantuanmu kali ini kepada orang-orang islam di palestin, hancurkanlah rejim zionis yahudi sedahsyat-dahsyatnya". Bantu lah mereka dgn doa ini.
Semoga anak cucu cicit kita masa akan datang tidak menjadi seperti rakyat palestin yang hilang tanahair dan menjadi pelarian ke negara asing kerana kekejaman zionis.
Pastikan kita tidak silap langkah menyokong DAP laknatullah dan PAS/PKR yang tertutup hatinya kerana termakan dengan ayat-ayat manis DAP dan impian mahu ke Putrajaya yang belum tentu nyata sebaliknya bakal membawa derita.

Wednesday, June 16, 2010

Poster Dijahanam Takutkan Ezam?

Sekeping poster telah Waris Pahang temui di tempat jalan kaki di Bandar Kuantan. Waris Pahang percaya ianya dicabut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebelum ini Lokman Adam pernah hadir ke Pahang dan didapati banner program tersebut telah dirosakkan atau digunting sehingga menutup tulisan pada banner tersebut.
Persoalan sekarang siapa punya angkara? Adakah pembangkang yang melakukannya?. Mengapa mereka takut sangat dengan Senator Ezam?.
Ezam dijangka akan menyampaikan ceramah umum bertajuk "Membongkar Rahsia" pada 16 Jun 2010 di Dewan Serbaguna Balok Kuantan dan orang ramai di jemput hadir.
Rugi rasanya tidak hadir kerana mungkin banyak kupasan isu yang tidak kita tahu akan dibangkitkan oleh beliau. Mungkin itu yang pembangkang takutkan, mungkin terangkat-rangkat kopiah lebai PAS apabila mendengarnya. Apa yang penting biarlah kita insaf dan ambil iktibar selepas mendengar ceramah beliau terutama ahli PKR yang masih setia dengan Anwar Ibrahim.
Ezam masuk UMNO bukan kerana nak cari makan. Beliau ikhlas menegakkan kebenaran dan menafikan kebathilan yang dibawa oleh Pembangkang. Mungkin banyak isu yang beliau akan sentuh pada malam esok. Moh kita pakat hadir.

Tuesday, June 15, 2010

FELDA : FITNAH TERBARU BUAT NAJIB

Waris Pahang hari ini mengesan satu blog daripada ahli PAS yang memfitnah dahsyat Perdana Menteri kononnya telah memufliskan Felda sejak 5 tahun mengambil alih Felda. Pendedahan fitnah terbaru ini amat mengejutkan kita dan dijangka akan didendangkan oleh PAS dan PKR dalam ceramah-ceramah mereka.

Blogger-blogger anak Felda mesti memandang berat isu ini dan minta semua anak Felda jangan mudah terpedaya dengan fitnah ini.

Kita tahu PAS dan PKR memang perangainya macam itu, mudah percaya apa yang dikata tanpa usul periksa. Takkan lah semudah itu Najib mahu menjahanamkan Felda dan nasib anak Felda.

Barangkali orang yang menyebarkan fitnah ini kecewa kerana tidak dilantik lagi memegang jawatan tersebut atau ada agenda tersirat di bumi Felda?.

Sila rujuk laman tersebut : N9 TAHAN.

Saturday, June 12, 2010

MUKTAMAR : LACURKAN PAS DEMI DAP?

KOTA BHARU 11 Jun – Sah, bukan Islam akan dibenarkan bertanding atas tiket Pas menggunakan logo parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas kemungkinan akan mengenakan syarat dengan bakal-bakal wakil rakyat itu sebagaimana ‘bai’ah’ agar tidak berlaku gejala melompat parti.

Katanya, kebenaran calon bukan Islam daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) bertanding itu diberikan oleh Majlis Syura Ulama Pas sebuah badan tertinggi dalam parti.(Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

1. Barangkali PAS telah nyanyuk kerana lupa dengan apa yang pernah diperkatakannnya:

i. Ogos 1963“Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram." - Dewan Ulama PAS

ii. Haji Hadi pernah menyebut di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981. Waktu itu UMNO dituduh kafir kerana kerjasama dengan MIC, MCA dan Gerakan, hari ini orang yang menuduh itu menghalalkan perkara yang pernah diharamkannya.

2. Barangkali calon PAS bukan Islam yang dikatakan bermoral tinggi ialah :
i. Mereka yang ada tokoh mempermainkan ayat-ayat suci Al Quran semasa kempen politik.
ii. Melabelkan diri mereka seperti khalifah sebagaimana Lim Guan Eng.
iii.Mempersendakan 'kalimah Allah' semasa ceramah politik.
iv.Memberi ucapan mesra"Assalamualaikum" semasa ceramah politik bermula.
v. Tiada cita-cita mahu bersunat.

3. Lebai-lebai PAS lepas ini yang ada cita-cita menjadi YB boleh lupakan sahaja hasrat tersebut kerana sumbangan anda bagaikan tidak dihargai lagi.
4. Barangkali hasrat Haji Hadi ini mulia meletakkan calon PAS dari kalangan calon bukan Melayu untuk mengimbangi pengaruh DAP dan PKR. Walaupun Haji Hadi menafikannya tetapi cakap orang politik kadang-kadang tak boleh pakai.
Haji Hadi berkata: “Tidak timbul isu itu (membayangi). Pakatan pembangkang sudah ada persefahaman, kita akan cuba sedaya upaya untuk hanya memastikan pertandingan dua penjuru sahaja.
5.Nampaknya jarum DAP barangkali sudah dapat tembusi PAS. Lim Kit Siang berjaya menidurkan Nik Aziz dan membiarkan dibuai dengan mimpi-mimpi indah. Inilah yang dikatakan jahil politik kerana sanggup mengurangkan suara Melayu Islam).

Thursday, June 10, 2010

Lesen Judi : Bikin Haru Campur Malu

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin sepatutnya antara orang yang pasti cemas jika ia betul. Manakan tidak apabila pembangkang sudah bising mendakwa kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Isnin, bahawa kerajaan belum luluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sport bercanggah dengan notis laporan oleh Berjaya Corporation Bhd, kepada Bursa Malaysia.

Pagi Selasa, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Tony Pua telah mengedarkan di Parlimen salinan notis berkenaan bertarikh 12 Mei lalu, di mana Berjaya memaklumkan: 'Kementerian Kewangan telah meluluskan pengeluaran semula lesen kepada Ascot untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan mengikut syarat yang ditetapkan.' Beliau mempersoalkan bagaimana satu kata belum lulus dan satu lagi kata sudah lulus. Sepintas lalu bunyinya macam betul bagai didakwa.

Namun Dr Awang nampak relaks sahaja ketika ditemui Agendadaily di lobi Parlimen untuk bertanya apa cerita sebenar hal ini. Katanya, kerajaan memang belum meluluskan lesen judi sukan kepada Ascot Sport seperti dinyatakan Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya kepada soalan daripada Ahli Parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua. “Belum muktamad lagi. Macam Perdana Menteri kata semalam...belum muktamad,” katanya.

Katanya, Kementerian Kewangan memang setuju untuk memberi lesen tetapi ia PERSETUJUAN BERSYARAT. “ Mereka (syarikat Ascot) tak setuju beberapa syarat yang ditetapkan dan masih merayu. Sebab itu belum muktamad. Maka sehingga sekarang lesen untuk membolehkan mereka memulakan operasi belum dikeluarkan lagi,” ujarnya.

Dr. Awang Adek bagaimanapun enggan menghuraikan syarat-syarat yang syarikat itu tidak bersetuju. Beliau mengesahkan lesen tersebut pernah dikeluarkan sejak 1980-an tetapi tidak diaktifkan. Mengenai notis Berjaya kepada Bursa Malaysia, Dr Awang Adek berkata beliau perlu periksa dahulu untuk mengetahui kedudukan sebenar hal berkenaan.

Beliau menegaskan apa keadaan sekalipun hakikatnya syarikat berkenaan tidak boleh mulakan operasi judi pertaruhan kerana lesen kebenaran operasi belum diluluskan. Menurutnya ia adalah dua perkara yang berbeza.

Katanya, adalah tidak betul mana-mana pihak menuduh Najib menipu dalam jawapan bertulisnya kepada soalan Tian Chua di Parlimen semalam. Tony Pua berkata jika benar Perdana Menteri menipu Dewan Rakyat maka beliau perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Katanya, jika Berjaya beri maklumat salah kepada Bursa Malaysia maka ia harus berdepan dengan hukuman.

Dr Awang Adek berkata ,“macam mana nak kata Perdana Menteri menipu, sebab lesen memang belum lulus.” Baginya pembangkang akan meneruskan lakonannya macam semua orang tidak tahu judi pertaruhan haram melibatkan wang berjuta wujud selama ini dan sebaliknya akan berusaha cari peluang untuk menghentam kerajaan.

Beliau turut mengulangi kenyataan Najib dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa kerajaan sedang menerima dan mendengar pandangan semua pihak berhubung kelulusan lesen tersebut.

Sementara itu, satu sumber memberitahu Agendadaily, antara syarat ditetapkan kerajaan bagi meluluskan lesen judi sukan itu adalah tidak membenarkan orang Islam mengambil bahagian dan bekerja di premis ia beroperasi.

Syarat lain mestilah beroperasi di premis sedia ada selain bilangan terhad dan syarikat itu diwajibkan membayar sejumlah cukai yang tinggi kepada kerajaan. (Sumber : Agendadaily)

(Kata Waris Pahang :

1.Alamak betapa kantoinya pembangkang apabila lesen judi bola sebenarnya belum diluluskan lagi. Bagai nak rak pembangkang protes dan buat demontrasi rupa-rupanya mereka silap menyuluh, disangkanya ayam hutan tetapi babi hutan yang muncul, kah kah kah kah!.

2.Barangkali terduduk Pembangkang agaknya kerana sudah habis wang ringgit untuk belanja makan, minyak dan masa untuk hadir ke demontrasi membantah pemberian lesen judi.

3. Patutlah PAS dan PKR mudah termakan cakap DAP sebab mereka tidak siasat habis-habis apa yang diperkatakan. Lain kali siasatlah dulu samaada memang benar kerajaan telah beri lesen judi bola atau tidak. Kalau sudah jadi macam ni, siapa juga yang malu.

4.Budak DAP Tony Pua ni pulak nak hadapkan PM ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Maka budak PAS dan PKR pun sokong dan mereka pula yang pukul canangnya.

5. Nak hadap PM ke Jawatankuasa tu, hadapkanlah. Memang sah PM akan menang dan beliau tidak menipu. Hanya yang Waris Pahang kesian pembangkang tergaru-garu).

Bersatu : Hikmah Disebalik Menentang Israel

Inilah Barisan Perjuangan Baru
Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa supaya terus menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin di Gaza tanpa menghirau dan gentar terhadap ancaman rejim Israel. Sama-samalah mengutuk dan bersatu padu menentang kekejaman Israel.
Israel memang "samseng dunia", dia boleh buat apa sahaja kerana ada kuasa besar dunia yang melindunginya iaitu Amerika. Rejim Israel mesti membebaskan bumi Palestin yang dirampas secara haram.
Kita menyokong penuh komitmen Malaysia terhadap perjuangan membebaskan bangsa Palestin dari belenggu Israel.
(Kata Waris Pahang :
1. Sejuk hati kita bila melihat gambar ini, ianya menggambarkan semangat persaudaraan Islam yang murni jika direalisasikan. Alangkah gagahnya Melayu Islam jika sebilangan pemimpin PAS bekerjasama dengan UMNO. Mana-mana pemimpin PAS tegar dan jumud persaudaraan seagama biarkanlah mereka, jika sudah memang tidak boleh diubah nak buat macamana.
2. Waris Pahang cadangkan Hj Hadi dan Nasha keluar dari PAS kerana parti itu pun seperti mahu menendang mereka keluar dari parti tersebut. Suatu ketika dulu Nasha pernah diumpamakan seperti 'sampah' dan Hj Hadi pula 'dipanggil untuk memberi penjelasan Kerajaan Perpaduan' bersama pemimpin Pakatan Pembangkang.
3. Waris Pahang tidak pasti apakah nasib Hj Hadi dan Nasha nanti pada MUKTAMAR PAS KALI KE-56 dan Muktamar Dewan Dewan pada 9,10,11,12 dan 13 Jun 2010 bertempat di Kelantan Trade Centre (KTC), Markaz dewan Ulama (MADU), Perdana Resort dan PUTIK, Pengkalan Chepa.
4.Jika suasana menekan atau ada agenda mahu menyingkirkan anda berdua, maka eloklah anda berundur diri sahaja dari PAS dan sertai UMNO. Tidak salahkan menyertai UMNO jika niat kita mahu berdakwah. PAS sekarang lagi dahsyat sanggup bekerjasama dengan DAP yang menolak Hudud dan Negara Islam.
5. Jauh di lubuk hati Waris Pahang yang sayangkan perpaduan Islam. Sebenarnya Hj Hadi dan Nasha adalah orang yang mempunyai ketokohan yang tinggi dan terbuka berbanding dengan pemimpin PAS yang TOTOK. BN wajar pertimbangkan jawatan menteri kepada Hj Hadi dan Nasha jika mereka menyertai UMNO, Nak tunggu Pakatan Pembangkang memerintah, belum tentu lagi).

Wednesday, June 9, 2010

Judi Bola : Pembangkang Gusar Belum Muktamad

Belum muktamad

KUALA LUMPUR 7 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan belum lagi mengeluarkan atau memberi lesen kepada syarikat Ascot Sports Sdn. Bhd. (Ascot Sports) untuk menjalankan operasi pertaruhan sukan.

Menurut Perdana Menteri, kerajaan juga belum memuktamadkan perbincangan mengenai syarat dan terma pelesenan dengan syarikat terbabit bagi menjalankan operasi pertaruhan di negara ini.

“Kerajaan masih mendapatkan maklum balas dan pandangan pelbagai pihak terhadap cadangan pelesenan pertaruhan di Malaysia dengan hasrat untuk mengurang dan seterusnya menghapuskan perjudian tanpa lesen di negara ini,” katanya. (Sumber : Utusan Malaysia)

(Kata Waris Pahang :

1. Pembangkang pakat gila sakan bila dapat 'bola tanggung' yang mengatakan Kerajaan BN akan meluluskan judi bola sempena Piala Dunia Bola Sepak.

2.Hari ini mereka menuduh Kerajaan UMNO BN dan Vincent Tan mengatur strategi lain untuk menafikan pemberian lesen judi tersebut. (Cakap tu bior betul-betul pembangkang, nanti saman di Vincent Tan jutaan ringgit baru terkangkang).

3. Sepatutnya pembangkang gembira kerana lesen judi yang dikatakan itu belum diberi kelulusan kepada syarikat Ascot Sport Sdn Bhd itu. Tapi yang hairannya seolah-olah pembangkang marah pula lesen judi tidak diluluskan lagi dan menganggap ianya mengelirukan rakyat.

4. Mungkin pembangkang buta politik atau pentadbiran kerana selama ini mana-mana cadangan kerajaan yang mahu dilaksanakan akan mendapat pandangan daripada rakyat dahulu. Maka tindakan Kementerian Kewangan menegaskan bahawa kerajaan belum mengeluarkan lesen pertaruhan sukan tersebut kerana ingin mendapatkan maklum balas daripada orang ramai adalah satu keputusan yang bijak.

5. Inilah yang dikatakan pembangkang bangang, dulu dia yang hantar memorandum bantahan tetapi kini macam kecewa pula bila kerajaan BN belum luluskan lesen judi tu. Inilah yang dikatakan apa yang dilakukan pembangkang adalah segalanya kerana kepentingan politik. Tidak payah lah bersusah payah pula nak lagakan VT dan Kerajaan selepas kenyataan judi bola belum muktamad).

Tuesday, June 8, 2010

Setem Puja Tok Garu?.

PAS Pahang mengeluarkan setem kenang-kenangan yang bergambarkan Tok Garu Nik Aziz dan Haji Hadi bertujuan mengumpul dana parti PAS Pahang. Ianya akan dilancarkan oleh Nik Aziz di Muktamar di Kota Baharu pada 9 Jun ini.
(Kata Waris Pahang :
- Macam-macam cara PAS mengumpul dana untuk menguatkan partinya, mereka memang kreatif dalam mengumpul dana dan kreatif juga menipu rakyat.
-Pernah tak anda terfikir, ke mana wang derma yang anda berikan akan digunakan oleh PAS. Persoalannya setem ini laku ataupun tidak?).

Alahai YB Menyesal Mengundi

Ini kisah di ceritakan oleh rakan Waris Pahang. Katanya baru-baru ini dia hadir ke satu majlis kahwin. Tiba-tiba dia nampak kelibat seseorang, dalam hati dia "baru nampak YB ini"(YB yang dimaksudkan ialah YB ADUN Beserah) .

Rakan WP adalah seorang PAS yang duduk bersebelahan berkata "ini YB DUN Beserah ke". Kata dalam hati rakan Waris Pahang "macam mana lah engko boleh beri undi kepada orang yang engko tak kenal".


Inilah susahnya kalau mahu jadi YB tetapi lepas dapat jadi YB, pengundi sendiri pun tak kenal YB.

Thursday, June 3, 2010

Kekejaman Israel DAP Dimaafkan?.

1. Sungguh biadap dan kurang ajar DAP Penang dan Israel. Sungguh malang bagi anak Melayu Penang kerana tidak dapat pembelaan dari pemimpin Melayu pembangkang di pulau mutiara tersebut. Di manakah Pendekar Do Re Me dari PKR dan PAS yang kononnya perjuangkan Islam dan hak asasi manusia.

2. Kezaliman yang dilakukan Israel boleh dianggap sama kerana tindakan DAP Penang telah membunuh hati rakyat Penang yang masih menagih janji-janji manis PR di bumi Penang. Barangkali DAP Penang takut dengan perkataan Do Re Me kerana filem P.Ramlee banyak memberi motivasi kepada orang Melayu supaya berintegriti, berdaya maju saing dan penuh dengan nasihat untuk memelihara masa depan anak cucu cicit mereka.

3.Pembangkang seperti PAS dan PKR tidak boleh diharap kerana mereka menjulang bontot DAP. Kita hairan kenapa PAS dan PKR tidak buat demontrasi di depan pejabat Lim Guan Eng bagi membantah tindakan 'membabi buta' tersebut. Barangkali Lim Guan Eng terlalu mulia bagi mereka, almaklumlah umpama 'Khalifah Umar Bin Abdul Aziz' lah katakan.

4. Orang Penang masih tak sedar lagi ke dengan permainan DAP ini?. Barangkali DAP tak gentar kerana ada orang di belakang mereka yang MEMOLLOW iaitu PAS dan PKR. Samalah macam Israel yang tak takut dengan kuasa dan suara dunia kerana ada Amerika di belakang mereka.

5. Semoga Allah memberi perlindungan kepada pasukan bantuan ke Gaza yang dizalimi Israel dan keluarga kedai Do Re Me yang dizalimi DAP Penang. PAS dan PKR jangan nampak memperjuangkan nasib umat Islam di luar negara sahaja, yang di dalam negara kenapa tidak dibela, mungkin demontrasi PR hanya untuk tujuan kepentingan politik semata-mata. Blogger pembangkang yang tidak minat mengulas isu perobohan kedai Do Re Me umpama merelakan, menyokong dan memaafkan tindakan tersebut.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP