Tuesday, March 13, 2012

Lynas: Selangor Sepatutnya Sudah Jadi Chernobyl Sekarang Kalau Teori Fuziah Diguna Pakai


ISU pokok yang menjadi punca bantahan Pakatan Rakyat dalam isu Lynas Corporation ini ialah kesan radiasi dan radioaktif yang kononnya dihasil dan dibebaskan oleh kilang tersebut ke persekitaran setempat. Walaupun telah berbuih dibuktikan bahawa Lynas hanyalah sebuah kilang biasa, bukan kilang nuklear tapi pembohongan itu tetap dimain-mainkan berulang kali sehingga ada juga segelintir rakyat yang termakan dengan hasutan tidak berasas itu.

Kalau pun benar Lynas menghasilkan sisa radioaktif yang setaraf dengan sisa nuklear yang biasa dihasilkan loji-loji penjanaan kuasa Nuklear di dunia, kerajaan Malaysia pimpinan BN sebenarnya telah mempunyai deretan rekod yang panjang dalam menguruskan soal sisa nuklear ini.

Kewujudan reaktor nuklear milik Nuklear Malaysia di Bangi sejak tahun 70-an adalah bukti kepada kejayaan kerajaan BN ini. Setakat ini tidak ada seorang kakitangan atau penduduk setempat yang terjejas dengan kesan sampingan yang disebabkan oleh radiasi nuklear seperti yang menjadi tajuk bantahan Pakatan Rakyat terhadap kerajaan dalam isu Lynas.

JIka Pakatan Rakyat benar-benar prihatin dengan masalah kesihatan dan pencemaran ekosistem penduduk setempat, mereka seharusnya telah mengambil tindakan menutup loji Nuklear di Bangi itu sebelum menjuarai isu Lynas di Pahang. Barulah boleh dikatakan mereka ikhlas dalam menjuarai isu ini demi alam sekitar bukan faktor ekonomi.

Tapi mereka tidak melakukannya kerana mereka tahu loji tersebut tidak membahayakan sesiapa sejak mula dibina hingga sekarang.

Fuziah Salleh sebagai ahli Parlimen Kuantan dari PKR juga seharusnya menujukan salakannya terhadap Lynas ini kepada kerajaan Selangor terlebih dahulu, itupun jika benar-benar dia seorang yang ada intergriti dan tidak membantah isu Lynas ini semata-mata kerana kepentingan politik Pakatan Rakyat semata-mata.



Selain loji Nuklear di Bangi, sebuah kilang magnet nadir bumi, Shin Etsu Sdn Bhd juga di Selangor turut terlibat dalam soal pemprosesan bahan dari nadir bumi untuk produk keluarannya sejak 90-an lagi. Kenapa kerajaan Selangor sekarang dan Fuziah sendiri tidak membantah kewujudun kilang tersebut? Adakah kerana ia akan menjejaskan ekonomi Selangor dan pendapatan rakyat Selangor yang akhirnya akan membawa kepada tumbangnya Pakatan Rakyat di Selangor?

Soal ia didirikan oleh atau pada zaman kerajaan Barisan Nasional, itu bukan isu utama. Soal alam sekitar ini (jika benar mengancam masyarakat setempat) bukan ditentukan oleh pihak mana yang membina. Yang penting kalau kerajaan semasa berpendirian produk nadir bumi ini adalah produk radioaktif dan beradiasi, maka mereka harus mengambil keputusan menutupnya.

Apatah lagi yang jelas hasil radioaktif Nuklear di Bangi itu.

Fakta yang penulis dedahkan di atas membuktikan bahawa bantahan Pakatan Rakyat ke atas pembinaan kilang Lynas ini bukan atas sebab alasan kesihatan atau alam sekitar. Sebaliknya ia berkenaan dengan ekonomi negara asal kaum yang paling kuat menentang projek pembinaan Lynas ini. Penulis tidak mahu menyatakan disini kaum yang mana satu tapi jenguk-jenguklah sekitar Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung pada hujung Februari yang lepas, kaum mana yang paling ramai menyertainya ?

Penulis: Beruang Biru

Blog Seratah Dedah Pembohongan Badrul Amin Dan Malaysiakini


USTAZ BADRUL AMIN BERBOHONG/ MALAYSIA KINI

Dalam kes khalwat Ustaz Badrul Amin di Hotel di Balok pada hujung bulan Februari baru-baru ini, Ustaz Badrul Amin mengaitkan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang dalam kesnya, kononnya Tengku Mahkota menghantar pegawainya berjumpa dengan Ustaz Badrul Amin.

CERITA SEBENARNYA.
Mengikut Sumber Yang dipercayai.

Tengku Mahkota Pahang adalah Yang DiPertua Majlis Agama Islam Pahang, adalah menjadi tanggungjawab Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang untuk mengetahui apa yang berlaku sebenarnya,

Apabila keluar berita ada pemimpin PKR di tangkap khalwat, Tengku Mahkota nak tahu siapa yang kena tangkap, sebab di Pahang hanya 3 orang sahaja Dato Fauzi, YB Azan dan YB Fuziah.

Pegawai berkenaan menghubungi Dato Fauzi, bertanya siapa yang kena tangkap, dan Dato Fauzi memberitahu pegawai berkenaan Ustaz Badrul Amin Dari Sabah, itu saja.

PERISTIWA KEDUA.
Kebetulan Pegawai berkenaan bertemu dengan Dato Fauzi,dan memperlawa beliau minum di sebuah restoran, pegawai berkenaan setuju dan minum bersama Dato Fauzi, dalam masa yang sama Dato Fauzi menghubungi Ustaz Badrul Amin, dan Ustaz Badrul Amin datang minum sama, itu saja,

PEMBOHONGAN USTAZ BADRUL AMIN.
Selepas itu dalam ceramahnya Ustaz Badrul Amin menyatakan Tengku Mahkota Pahang menghantar pegawainya bertemu dengan Ustaz Badrul Amin untuk nak menyelesaikan masalahnya, dan tuduhan pun mulalah manyatakan itu semua perangkap UMNO.

Pegawai berkenaan cuba menghubungi Dato Fauzi, tetapi gagal, Dato Fauzi melarikan diri untuk bertemu dengan pegawai berkenaan, kerana dia tau dia( Dato Fauzi Pembohong) mereka cerita, Dato Fauzi pun macam Bos dia juga Anwar suka putar belit cerita, Ibu borek anak rintik, kebanyakannya pemimpin Pembangkang terutama PKR memang pembelit cerita, sebab itu agenda Yahudi.

MALAYSIAKINI TURUT BERBOHONG.
Sepatutnya Malaysiakini membuat kajian sama ada berita ini betul atau tidak, sebab ia mengkaitkan Tengku Mahkota Pahang, Malaysiakini terus menyiarkan berita tersebut berhari-hari, sedangkan berita iti tidak betul.

Fahamlah kita selama ini rupanya Malaysiakini menyiarkan berita palsu kepada masyarakat, dan masyarakat dapat berita yang tak betul selama ini, tapi itu dah kerja pembangkang memang menyiarkan berita palsu kapada masyarakat, kerana itu adalah SALAH SATU DARI SEPULUH AGENDA PROTOKOL YAHUDI supaya rakyat membenci PEMIMPIN NEGARA.

Para pembaca sekelian ingatlah jangan terus percaya kepada berita yang dibawa oleh tali barut Yahudi, kerana mereka akan menghancurkan keyakinan rakyat kepada kerajaan, supaya mudah bagi mereka menguasai negara ini, sebagaimana dia lakukan terhadap Negara-Negara Islam Yang lain yang sedang dalam pergolakan.

ADAKAH KITA MAHU SEPERTI MEREKA YANG DALAM KEHANCURAN, KITA SUDAH HIDUP DALAM KEAMANAN DAN KESEJAHTERAAN, MERASAI NIKMAT YANG ALLAH BERIKAN KEPADA NEGARA KITA.
FIKIR-FIKIRKANLAH.

(Sumber : Blog Seratah)

Monday, March 12, 2012

Beza Jasa Shahrizat Dengan Jasa Fuziah Saleh


Keputusan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil melepaskan jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu dicontohi pemimpin pembangkang yang terpalit dengan dakwaan skandal, rasuah dan seks.

Bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, keputusan yang dibuat oleh Shahrizat amat disanjung tinggi.

"Inilah pemimpin cakap serupa bikin, siasatan berkaitan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp) masih lagi dijalankan, namun sanggup melepaskan jawatan.

"Tidak seperti pemimpin pembangkang yang mengutuk secara habis-habisan, apabila kena batang hidung sendiri dan berdiam diri serta menghalalkan apa yang dilakukan," katanya.

Sementara itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Muhammad Zahid Md. Arip berkata, langkah Shahrizat lebih bermaruah dan berani daripada pemimpin pembangkang yang tidak malu untuk terus memegang jawatan meski pun berdepan dengan pelbagai kesalahan.

......

* Pengunduran Shahrizat adalah bermaruah jika mahu dibandingkan dengan pemimpin pembangkang yang masih memegang jawatan walaupun terbabit dengan salah laku seperti skandal, seks dan rasuah.

Jasa Shahrizat terlalu banyak kepada negara malah banyak pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan semasa memegang jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Jika mahu dibandingkan jasa Shahrizat dengan Fuziah Saleh maka teramatlah jauhnya kerana Shahrizat sentiasa menjaga kebajikan rakyat. Fuziah Saleh ibarat 'kera baru mendapat bunga', akibat terlalu sayang bunga dan bimbang kehilangannya maka Fuziah Saleh mempolitikkan isu Lynas untuk menawan hati pengundi.

Penduduk Kuantan sudah serik mendapat YB parlimen seperti Fuziah Saleh dan beliau akan kecundang dalam PRU 13. Insyaallah Fuziah Saleh akan kalah teruk dalam PRU 13.

Sunday, March 11, 2012

Isu Lynas : Akhbar Cina Bermain Api?



YAB Menteri Besar Pahang menafikan dakwaan sebuah akhbar berbahasa cina bahawa beliau mencadangkan sisa Lynas dibuang ke Sungai Lembing.

YAB Menteri Besar Pahang menjelaskan bukan beliau yang berkata begitu tetapi orang lain (Ketua Pengarah AELB - Dato Raja Abd Aziz Raja Adnan).

Laporan yang dibuat oleh akhbar berbahasa cina itu adalah tidak benar dan wartawan berkenaan sewajarnya membuat permohonan maaf secara terbuka bagi menjernihkan suasana.

Sekiranya wartawan terbabit enggan memohon maaf, kita mencadangkan agar YAB Menteri Besar Pahang menyaman wartawan dan akhbar tersebut.

Kita tidak pasti apa niat wartawan tersebut mengeluarkan kenyataan yang tidak benar. Rakyat Pahang sangat kesal dengan sikap para wartawan yang tidak beretika itu.

Isu Lynas : Cukup-cukuplah bertolak ansur


SEWAJARNYA arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar fasiliti pelupusan tetap bagi sisa-sisa projek pemprosesan logam tanah jarang Lynas dibina jauh dari penempatan penduduk, ialah keputusan bersifat kompromi yang terakhir daripada kerajaan.

Selepas ini, kerajaan harus bertegas dan memastikan pemaju projek ini, Lynas Malaysia Sdn. Bhd., benar-benar memperoleh Lesen Operasi Sementara (TOL) setelah memenuhi segala syarat yang Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) tetapkan.

Dengan TOL ini, bolehlah ia mengangkut logam tanah jarang (yang dikatakan sebagai bahan mentah masa depan) berkenaan dari Pelabuhan Freemantle di Perth ke kilangnya di kawasan perindustrian Gebeng menerusi Pelabuhan Kuantan, memulakan operasi seterusnya membuktikan dalam tempoh dua (2) tahun tempoh TOL ini, betapa projek ini sememangnya selamat.

Tidak dapat dinafikan, dalam usaha mendapatkan TOL ini sahaja pun, terlalu banyak kerenah ditimbulkan oleh puak-puak penentang yang 'minoriti lantang', disokong pula oleh puak-puak berkepentingan politik dari parti-parti pembangkang.

Penentangan itu sengaja dibuat, di sebalik badan antarabangsa yang berwibawa seperti Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) yang memeriksa dan membuat penilaian ke atas projek ini Jun lepas dan membuat keputusan tentang selamatnya projek ini.

Dan pakar-pakar logam tanah jarang dan radiasi dari China sendiri telah dibawa masuk dan menjelaskan dalam beberapa siri public engagement dengan orang ramai, khususnya masyarakat Cina di Kuantan mengenai kepentingan projek itu.

Dalam kalangan anggota parti pembangkang pula, Ahli Parlimen Pas kawasan Hulu Langat, Dr. Che Rosli Che Mat yang juga pakar nuklear telah membuat pengakuan positif mengenai projek ini; namun, puak-puak penentang tetap dengan kedegilan mereka.

Dalam proses ini, kenyataan-kenyataan kasar dan berbaur fitnah dikeluarkan secara sewenang-wenangnya.

Misalnya, Pengerusi Himpunan Hijau 2.0, Wong Tack pada persidangan media bagi mengajak pemimpin dan orang ramai menyertai perhimpunan itu di Kuantan pada 26 Februari lepas, telah memberi kata-dua (dalam Bahasa Inggeris);

"… dengan memilih untuk berdiam tidak dapat diterima, tidak bertanggungjawab dan patut dikutuk. Oleh itu, mereka patut menjalankan tanggungjawab moral (dengan hadir ke acara Himpunan Hijau tersebut)".

Bahawa cuma 3,000 orang sahaja yang hadir di sebalik kehadiran 'bintang' mereka, Ketua Umum, Parti Keadlian Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, bolehlah kita simpulkan betapa mereka ini sahajalah yang wajar dipuji manakala yang tidak hadir, harus dikecam!

Bahawa fitnah juga ditaburkan bukanlah sesuatu yang baharu. Inilah juga yang telah disebut pada persidangan media yang sama berikutan keputusan AELB untuk memberikan TOL kepada Lynas Malaysia Sdn Bhd:

"… dalam kes ini, adalah jelas, ada orang di atas sana telah di'kow-tim' agar lesen sementara dikeluarkan. Ini tidak boleh diterima," yang fahaman biasa kita bermaksud betapa ada pihak yang telah disogok dalam pemberian TOL ini.

Ugutan pula memang menjadi mainan mereka. Misalnya, sebaik-baik Perdana Menteri juga yang sebut betapa projek ini adalah scientifically safe, Wong jugalah yang mengeluarkan kenyataan membantah lalu mencadangkan penganjuran serentak gabungan Himpunan Hijau dan Bersih 3.0 pula;

"Kami telah terima tindak balas pertama daripada Perdana Menteri kita. Kami rasa teruja, tetapi malangnya jawapan tersebut bukanlah apa yang kami harapkan.

"Kami sedar dan percaya sepenuhnya bahawa, untuk kita mendapat alam sekitar yang bersih, kita memerlukan kerajaan yang bersih," katanya yang bermaksud lebih kurang keperluan rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu yang bersih.

Di sebalik kedegilan ini serta tindakan-tindakan lanjutan yang puak-puak penentang ini ambil, kerajaan pula dilihat bersikap apologetic seterusnya terlalu accomodative hingga seolah-olah memberi muka sangat kepada mereka.

Dalam hal ini, penulis memuji sikap dan cara Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang tetap tegas dan konsisten dalam menangani isu ini, sungguhpun beberapa kenyataannya yang seharusnya dibaca sebagai reverse psychology, dipersendakan oleh puak-puak penentang mahupun puak-puak yang yang apologetic berkenaan.

Sikap tegas inilah yang harus dipelajari dan diteladani oleh semua pihak. Jika kita terus dengan sikap apologetic dan accomodative, adalah dibimbangi bahawa mereka yang majoriti yang sudah pun faham mengenai selamatnya projek ini, akan kembali was-was.

Maka jadilah nanti, 'yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran' dan ini tentunya tidak memberi apa-apa faedah kepada kerajaan. Sumber : Utusan Malaysia

Seksualiti Merdeka Sudah Berjaya?


ALAF ini Malaysia dikejutkan dengan gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang lantang menuntut pengiktirafan atas nama hak asasi selepas mendapat inspirasi daripada pemimpin tertentu.

Malah tanpa segan silu, gerakan ini yang disokong pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu, cuba menganjurkan Seksualiti Merdeka dan kini menuntut hak tersebut di mahkamah.

Melihat kebangkitan LGBT bukan sahaja mengancam asas kekeluargaan malah mengundang kemurkaan Allah, wartawan Mingguan Malaysia, MOHD. ASRON MUSTAPHA dan NIZAM YATIM menemubual Kaunselor Berdaftar, HUSHIM SALLEH, dari firma Hushim Motivational & Counselling Consultancy (HMCC) yang telah mengendali lebih 1, 000 golongan songsang.

Menurut HUSHIM, kerajaan perlu menangani isu LGBT dengan cepat dan tegas kerana penyakit sosial tersebut telah merebak menjadi barah dalam masyarakat memandangkan pengamalnya terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli politik.
..............

* Apa sudah jadi, kini wujud gerakan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang menggerunkan dan menuntut kehendak nafsu mereka atas nama hak asasi manusia.

Adakah kita mahu berdiam diri sahaja terhadap pemimpin tertentu yang menghalalkannya. Sungguh malang lagi gerakan ini disokong oleh pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang keahliannya rata-rata orang Melayu.

Adalah menjadi tanggungjawab kita menghalang Gerakan "Seksualiti Merdeka" dan jangan sesekali memberi muka dan mengangkat mereka sebagai pemimpin kita.

SBPA : Pembangkang Muka Tak Malu


Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, cubaan pembangkang untuk meraih kepentingan politik atas keprihatinan kerajaan merupakan hipokrit terbesar kerana sebelum ini mereka juga yang mahu mengurangkan lebih 700,000kakitangan awam.

"Sekarang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juak-juak parasitnya melalak konon mereka hero memperjuangkan hak kakitangan awam tapi tengok bagaimana layanan mereka terhadap golongan tersebut di Selangor terutama dalam isu pemberian bonus?

"Hanya kakitangan syarikat milik kerajaan (GLC) Selangor sahaja diberi bonus, kakitangan awam negeri itu langsung tidak dipedulikan. Tetapi sekarang pembangkang mahu bercakap soal menjaga kebajikan penjawat awam," katanya dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

>>>>>>>>>>>>

* Sungguh memalukan dan menjijikan apabila pembangkang mendakwa penyelarasan gaji kakitangan awam yang diumumkan Najib adalah hasil perjuangan mereka.

Sedangkan ianya adalah perjuangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS)setelah merasakan ketidakadilan dalam cara skim itu digubal.

Walau apa pun yang berlaku kita perlu tabik hormat kepada Perdana Menteri yang mengambil langkah berani membuat pembatalan SBPA.

Saturday, March 10, 2012

Pas Hina Penerima BR1M?


Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan BR1M adalah halal kerana ianya adalah duit rakyat. Tindakan Pas mengatakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 oleh kerajaan Pusat adalah haram merupakan satu dakwaan jahat.

Timbalan Perdana Menteri juga mendedahkan tentang kelibat orang pembangkang yang ghairah mengambil bantuan BR1M sedangkan parti mereka menggambarkan wang tersebut haram. Inilah yang dikatakan cakap tak serupa bikin.

Timbalan Perdana Menteri berkata "Duit RM500 ini adalah duit kerajaan. Duit kerajaan sebenarnya adalah duit rakyat yang diuruskan oleh kerajaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memutuskan duit ini untuk rakyat. Duit rakyat diberi kepada rakyat, jadi hukumnya halal lah".

.....

* Jika BR1M itu haram? Senang saja, tidak payahlah ambil. Jangan gatal-gatal tangan nak ambil pulak. Sebab pemimpin pujaan korang bagi fatwa BR1M itu haram.

Jika pemimpin PAS hina kamu kerana ambil BR1M, maka eloklah fikir-fikirkan samada mahu terus bersama PAS atau sebaliknya. Pemimpin PAS korang kebanyakannya sudah hidup senang lenang. Mereka ini hanya pandai berjanji sahaja dalam siri ceramah-ceramah mereka.

Takkanlah korang nak jadi lurus bendul takut nak ambil BR1M. Sudah dijelaskan bahawa duit BR1M dari duit rakyat. Kami rakyat Malaysia tak kata BR1M haram dan tahniah kepada mereka yang telah mendapat BR1M.

Rafizi Kantoi Fitnah PM


Pejabat Perdana Menteri menuntut Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memohon maaf atas tuduhan liarnya berhubung pembiayaan majlis pertunangan anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dibuat menggunakan wang kerajaan.

Setiausaha Akhbar Perdana Menteri, Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam kenyataannya petang ini menafikan tuduhan tersebut sekeras-kerasnya.

Menurut beliau, tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi itu adalah satu fitnah yang jelas bertujuan untuk menjejaskan imej Perdana Menteri.

“Pengarah strategik PKR Rafizi Ramli perlu memohon maaf atas dakwaan beliau, yang mana ia adalah palsu, fitnah dan memburuk-burukkan reputasi Perdana Menteri.

“Majlis pertunangan tersebut TIDAK langsung menggunakan dana awam, ia dibayar sendiri oleh Perdana Menteri dan keluarganya,” kata beliau.

Rafizi hari ini membuat dakwaan melalui media berhubung majlis pertunangan itu kononnya menelan kos berjumlah RM409,767 dan bil majlis tersebut dialamatkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Anak perempuan Perdana Menteri, Noryana Najwa Najib bertunang dengan pemuda warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev di dalam satu majlis yang berlangsung di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana pada 17 Jun tahun lalu. – Mynewshub.my

* Orang macam ini elok disaman sahaja sebagai satu pengajaran supaya jangan suka bermain fitnah. Populariti Najib semakin naik sebab itu mereka fitnah Najib.

Peneroka Pahang Sememangnya Bodoh?


Peneroka tidak patut biar diri diperalat pembangkang

KUALA KRAU 9 Mac - Gabungan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan/Kampung (JKKR/JKKK) Wilayah Jengka membidas segelintir peneroka yang sanggup diperalatkan pembangkang sehingga tergamak menentang pengurusan Felda.

Timbalan Pengerusinya, Sulaiman Bakar berkata, perkara terbaru yang dimanipulasi pembangkang ialah berkenaan arahan pengurusan supaya peneroka menyerahkan salinan beberapa dokumen termasuk kad pengenalan, hak milik tanah dan buku akaun.

Katanya, hasutan pembangkang itu telah mendorong lapan peneroka Jengka membuat laporan polis di Temerloh meminta pihak berkuasa menyiasat motif arahan pengurusan Felda supaya peneroka menyerahkan salinan dokumen penting itu.

"Sedangkan majoriti peneroka di Jengka menyokong usaha Felda itu bagi mewujudkan pangkalan data dan penyediaan sistem fail peribadi peneroka terkini selari dengan sistem komputer berintegrasi (SKB).

.......

* Barulah kita tahu rupa-rupanya dokumen-dokumen yang diperlukan bertujuan nak wujudkan pangkalan data melalui komputer sahaja. Tetapi mereka duk pusing cerita macam-macam. Ada ke patut mereka kata perkara ini ada sabit dengan isu penyenaraian di Bursa Malaysia.Lain kali kalau tak tahu, tanyalah dulu.

Kenapa mereka takut sangat peneroka dapat durian runtuh? Alangkah baiknya kalau peneroka dapat durian runtuh. Kenapalah ada yang bengong sangat sokong orang yang menentang penyenaraian di Bursa Saham?.

Semoga peneroka dapat juga durian runtuh suatu masa nanti...Hidup Peneroka!

Friday, March 9, 2012

Bongkar Lagi Di Temerloh Malam Ini...



Ceramah Bongkar Perdana di Temerloh malam ini. Semua dijemput hadir ke CERAMAH BONGKAR PERDANA pada 9hb Mac 2012 (Jumaat), jam 9.00 malam di TAMAN SERI SEMANTAN, TEMERLOH (kawasan jalan bersebelahan Petronas Simpang Songsang).

Aturcara : 2.30 petang ~ Semakan Daftar Pemilih, 3.30 petang ~ Pertandingan Mewarna Keluarga ~ Kuiz Kenegaraan dan Pameran Patriotik,8.45 malam ~ Tayangan Video & Cabutan Bertuah ~ CERAMAH BONGKAR PERDANA

Wednesday, March 7, 2012

Isu Lynas : Apa lagi yang Fuziah Saleh mahu?


Lynas setuju hantar sisa kilang ke luar negara - Mustapa

KUANTAN 6 Mac — Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat sini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.

"Walaupun kerajaan berpuashati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyedia kemudahan pelupusan tetap (PDF), jauh dari penempatan awam.

"Sekiranya syarikat gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap tersebut, residue yang dihasilkan akan dibawa keluar dari Malaysia,” katanya ketika membaca kenyataan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Lynas akan memindahkan sisa buangan ke kawasan yang jauh dari penempatan penduduk.—Sumber Utusan Malaysia

....................................
Pembohongan Fuziah Saleh

Bila sebut nama Fuziah Saleh maka secara automatik teringat Lynas, bila teringat Fuziah Saleh maka teringat pembohongan besar dia terhadap Lynas. Satu Malaysia tahu kenyataan Fuziah Saleh yang mengatakan Kilang Lynas kononnya kilang Nuklear.

Takkan lah kerajaan mahu membunuh penduduk Kuantan yang juga pengundinya. Kalau pengundi mati siapa yang mahu beri undi kepada BN. Bodoh betul Fuziah Saleh ni.

Di Bandar Kuantan juga terletaknya Istana, kediaman Menteri Besar, perumahan, kawasan perkampungan dan Pejabat Kerajaan, takkan lah kerajaan mahu hancurkan semua bangunan dan kawasan tersebut.

Apalah yang Fuziah Saleh tahu pasal Nuklear dan Radioaktif. Fuziah Saleh bukan pakar Nuklear tetapi tidak mahu dengar cakap pakar.Fuziah Saleh ini kelulusan apa. Fuziah Saleh faham tak istilah-istilah sains?.

Jangan anggap orang Kuantan Pahang bodoh...tengoklah pilihan raya nanti...rakyat akan balas pembohongan dia dengan tidak memberi undi kepada Fuziah Saleh...

Sunday, March 4, 2012

Video : Bantah Seks Bebas

Ulang Siar Video : Lynas Selamat, Penduduk Disajikan Maklumat Palsu


Menegakkan kebenaran di sebalik fitnah dan pembohongan.

Itu yang dicari sampai ke lubang cacing wartawan Karam Singh Walia berhubung perancangan cukup rapi ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh memutarbelitkan fakta mengenai kilang kimia Lynas di Gebeng, Kuantan.

Segala-galanya terbongkar melalui pendedahan 2 saintis nuklear negara yang juga orang kuat PAS.

Ikuti laporan ini.

Inilah respon yang diidamkan ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bermain dengan emosi penduduk Kuantan berhubung pembinaan kilang kimia Lynas.

Mungkin itu budaya dan strategi politik yang disemai parti terbabit demi meraih sokongan penduduk setempat.

Lebih-lebih lagi apabila fakta dan maklumat sah diputarbelitkan Fuziah untuk menakutkan warga Kuantan atas faktor kejahilan mereka memahami isu sinaran radiasi yang sebenarnya adalah jenis semulajadi dan langsung tidak merbahaya.

Atas kesedaran itu, 2 santis nuklear dan salah seorangnya yang juga ahli Parlimen PAS Hulu Langat, tampil ke TV3 untuk menceritakan hal sebenar.

Profesor Dr. Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Pada saya adanya risiko bukan alasan untuk mengharamkan sesuatu perkara. Risiko mesti berpadanan dengan manfaat. Ini persoalan seterusnya. Jadi risiko yang ada pada aras yg terlibat dengan dos sinaran pada aktiviti seperti Lynas, terlalu rendah atas apapun untuk mengharamkannya.

Yang tidak masuk akal, kilang kimia Lynas dituduh Fuziah loji nuklear.

Sama seperti loji nuklear di Fukushima, Jepun yang dilanda kebocoran radiasi akibat tsunami awal Mac lalu.

Dr Che Rosli Che Mat, Saintis Nuklear/Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Selangor: "Mereka menakutkan orang ramai mengatakan bahawa Lynas ni loji nuklear sedangkan dia hanya memproses bahan tabii iaitu nadir bumi daripada Mount Weld yang lebih rendah daripada kalau kita main lombong bijih, lebih rendah dari segi radiasinya."

Bukan setakat itu, pakar antarabangsa serta agensi kerajaan yang memantau serta mengawal pembinaan serta operasi kilang Lynas dikecam Fuziah sebagai tidak mempunyai kredibiliti.

Dr Che Rosli Che Mat: "Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin."

"Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah."

Tambah beliau, penduduk Kuantan tidak perlu takut dengan kewujudan kilang kimia Lynas.

"Jadi benda-benda macam tu tuduhan yang tidak saintifik, tidak akademik langsung. Tuduhan-tuduhan yang macam tu lah, maknanya pada masyarakat, pada rakyat tidak perlu takut. Mereka boleh sendiri nanti melihat sendiri masuk ke Lynas melihat apa saja, apa yg dibina, apakah masa depannya, apakah kemudahan-kemudahan yang ada untuk menjaga keselamatan pekerja dan juga orang awam."

Prof Dr Ahmad Termizi Ramli, Pakar Keselamatan Radiologi & Kesihatan: "Isu ini tiada kaitan dengan bahaya sinaran. Aras bahaya sinarannya terlalu rendah setara dengan alam sekitar, setara dengan yang sediada di alam sekitar. Kalau mematuhi peraturan-peraturan yang sediada di negara ini pun. Yang juga memenuhi standard piawaian antarabangsa."

Ditanya jika tidak bahaya, mengapa penduduk ditipu dan disajikan maklumat palsu.

"Isu ni isu yg dimanipulasikan untuk kepentingan tertentu. Jadi dalam banyak keadaan data-data yang dikemukan tu tak dapat dipertahankan sebenarnya secara saintifik. Jadi cuma dispinkan. Digembar-gemburkan. Data-data yang pada saya kadang-kadang palsu dan tidak ada kena mengena."

Beliau turut melahirkan rasa kesalnya jika kerajaan menunduk kepada desakan pihak tertentu untuk menghentikan operasi kilang kimia Lynas.

"Jadi saya rasa sedihlah kalau kita, negara ini membuat sesuatu keputusan yang sangat besar, genting kepada kepentingan negara berdasarkan kepada emosi, berdasarkan kepada propaganda dan tidak berdasarkan kepada ilmu, berdasarkan kepada kepakaran yang sediada dalam negara ini sebenarnya."

Dr. Che Rosli turut mengakui kepada saya kilang kimia Lynas adalah selamat.

"Setelah saya melihat dari segi infrastrukturnya, dari segi bahan yg dibawa, saya sendiri pantau, monitor, Lynas selamat. Dengan kaedah-kaedah yang akan digunakan dan dengan bantuan daripada agensi nuklear kita akan pantau, AELB akan pantau dan sebagainya dan juga environment."

Prof. Ahmad Termizi pula menyangkal pembohongan Fuziah bahawa kilang Lynas terbabit tidak dapat beroperasi di Australia kerana tidak dilesenkan kerajaan negara itu.

"Lynas juga dapat lesen untuk melakukan proses ini di Australia tapi kos tinggi. Jadi pertimbangan di sini ialah kos ekonomik, pertimbangan keberkesanan kos, cost effectiveness. Jadi mereka memilih di Malaysia kerana Malaysia mempunyai infrastruktur yang baik dan kos pengeluaran per unit yang boleh bersaing di pasaran dunia. Jadi kita dipilih dalam konteks itu. Pada pandangan saya, satu peluang win-win situation. Sama-sama untung."

Pendek kata kedua-dua pakar sains nuklear ini bersetuju kilang kimia Lynas adalah selamat untuk beroperasi, selain bakal membawa pertumbuhan sektor ekonomi di Pahang ibarat daripada segenggam jadi segantang.

Karam Singh Walia, TV3.

Saturday, March 3, 2012

Bio-ICT Pahang : Jangan Bodoh Seperti Pembangkang


Majlis Perasmian Karnival Bio-ICT Pahang 2012 telah disempurnakan oleh YAB Dato' Sri Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang pada 02 Mac 2012 (Jumaat)di Hotel Zenith Kuantan.
Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob dalam ucapannya dihadapan 1,000 peserta, beliau menggesa semua pihak menerokai bidang ICT jika tidak kita akan ketinggalan dan negara tidak maju.

Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Najib Tun Razak melaksanakan pendekatan Tranformasi dalam pelbagai bidang maka seharusnya rakyat melakukan Tranformasi Diri jika ingin maju. Tranformasi bermaksud Hijrah dan Hijrah itu bermaksud berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.

Dalam konteks yang lain, Hijrah beerti keluar dari kegelapan kepada keadaan yang lebih baik. Melaksanakan kerja yang cekap dan bijaksana. Maka dalam dunia Bio-ICT kita perlu pantas menguasainya bagi menjana ekonomi. Produk handphone contohnya, bertukar dengan pantas dan ada sahaja jenis baru dikeluarkan sehingga satu syarikat yang terkemuka di dunia dalam pengeluaran handphone telah ketinggalan kerana gagal melakukan perubahan baru.

Syukur Alhamdulillah, perkembangan Bio-ICT Negeri Pahang berjalan dengan baik. Namun masih ada lagi rakyat Negeri Pahang yang berfikiran kolot dan tidak terbuka kerana termakan dan terpedaya dengan pembangkang. Apabila pembangkang bantah Lynas mereka turut sokong sedangkan pembangkang sendiri tidak memahami apa itu radiasi. "Pembangkang Bodoh Bantah Lynas".

Friday, March 2, 2012

Karnival Bio ICT Pahang 2012


Hari ini akan berlangsung Karnival Bio-ICT Pahang 2012 di East Coast Mall, Kuantan, Pahang. Karnival ini bermula 2-4 Mac 2012 (Jumaat-Ahad) jam 10.00 pagi-10.00 malam.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan menanti anda antaranya:

1) 94 Booth PC Fair, pameran biotek dan ICT
2) Perjumpaan artis dengan peminat,
3) Raja Lawak,
4) Chit-chat Saladin,
5) Chit-chat berkenaan Fotografik oleh Kukubesi,
6) Cabutan bertuah
7) Laptop percuma, broadband dan gadjet ICT PERCUMA
8) Tiket melancong ke 7 Wonders Of The World,
9) Astro TVIQ
10) Pertandingan Fotografi
11) Pertandingan Kuiz
12) Seminar Jalur Lebar, ICT & Bioteknologi secara PERCUMA (Zenith)

Majlis Perasmian Karnival Bio ICT Pahang 2012 akan disempurnakan oleh YAB Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang pada hari ini 2 Mac 2012 (Jumaat)di Dewan Organza The Zenith Hotel Kuantan jam 2.45 petang.

Marilah kita beramai-ramai hadir memeriahkan Karnival Bio ICT ini dan sudah tentu banyak ilmu dan manfaat yang kita akan perolehi. Moh Lah Weh!.

Thursday, March 1, 2012

Fairus Nak 'BONGKAR' Di Kuantan


DR. MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDDIN, Mantan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang akan menyampaikan ceramah "BONGKAR" di Padang Awam, Taman Seri Mahkota JAya, Batu 11, Jalan Gambang Kuantan pada 2 Mac 2012 jam 8.45 malam.

DR. MOHAMAD FAIRUS KHAIRUDDIN dijangka akan membongkarkan isu-isu yang berkaitan dengan Anwar, Lim Guan Eng dan perjuangan PKR dan PAS yang tunduk dengan DAP dan lain-lain lagi.

Marilah kita beramai-ramai hadir ke Ceramah 'Bongkar'tersebut. Jangan lupa bawa saudara mara, jiran tetangga dan rakan-rakan ke program ceramah tersebut.

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP