Thursday, April 30, 2009

Penanti : PAS Jadi Kuli PKR

Tidak sampai 24 jam selepas Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan calonnya Mansor Othman, Pemuda PAS Pulau Pinang dilihat memberi kata dua - mahu meletakkan calon mereka pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini.

PAS dikatakan menganggap kerusi tersebut sebagai kubu kuat parti itu walaupun pada pilihan raya umum lalu ia ditandingi oleh wakil PKR.

Difahamkan PAS Permatang Pauh mengambil langkah mahu 'memulau' pilihan raya kecil Penanti ekoran rasa tidak puas hati PKR bertanding.

Ketua Pemuda PAS, Mohd. Hafiz Mohd Nordin berkata, satu perbincangan dengan presiden parti berhubung hal itu akan diadakan dalam tempoh terdekat ini.

"Ini adalah permintaan akar umbi yang mahukan PAS mengambil balik kawasan itu, Pemuda sendiri telah mempunyai calon yang sesuai," kata beliau dipetik Bernama.

Semalam, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, telah dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Penanti bulan depan.

(Kata Waris Pahang :

-Apa guna sebuah parti jika tidak mendengar suara akar umbi.

- Mereka mahukan calon PAS diletakan di Penanti kerana itu adalah kubu kuat mereka. Lebih ramai ahli PAS di Penanti dan lebih banyak markas PAS daripada PKR.
-Apatah lagi calon PKR, Dr Mansor telah tiga kali tewas dalam pilihanraya iaitu pada tahun 1999 kawasan Parlimen Balik Pulau,2004 kerusi Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dan 2008 kerusi Dewan Undangan Negeri Pulau Betong.

-Timbalan Pengerusi Pengerusi PKR Pulau Pinang ini akan mengantikan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin yang ‘ kena main’ oleh orang dalam PKR sendiri hingga terpaksa letak jawatan.

- Tetapi Lim Guan Eng kata belum tentu calon PKR yang menang di Penanti akan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

-Nampaknya Lim pula mahu mainkan Anwar yang sebelum ini beliau dipermainkan oleh Anwar.

-Sebelum ini berlaku salah faham antara Lim Guan Eng dan Anwar berikutan kegagalan beliau memaklumkan kepada Lim mengenai peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti.

- PAS wajar boikot PKR di DUN Penanti sebagai pengajaran kepada PKR kerana sebelum ini orang PAS yang lebih banyak buat kerja seperti menggantung bendera dan berkempen sedangkan ahli PKR duduk relax sahaja dan mengarah itu dan ini.

-Kali ini kita lihat bagaimana PKR buat kerja seorang diri tanpa bantuan PAS, setuju tak? Setujuuuuuuuuuuuu!!!!!!!!!!!!.

-Rupa-rupanya PAS ini hanyalah kuli PKR!).

Al Fatihah

Puan Sri Laila Taib meninggal dunia

KUCHING: Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meninggal dunia pada jam 3.45 petang ini. Allahyarham yang berusia 68 tahun meninggal dunia di kediaman mereka, Demak Jaya di sini. Pegawai akhbar kepada Ketua Menteri, Amin Sahmat mengesahkannya. - Bernama

(Kata Waris Pahang :
Salam takziah kepada Ybhg Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarga.

Semasa hayat alyarhamah terlalu banyak amal kebajikan yang dilakukan dan memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan Islam. Ianya wajar dicontohi.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin.Al-Fatihah...).

Wednesday, April 29, 2009

Bapuk Nuar Gian Diurut


Berjuta Rakyat Thailand Tengok Anwar Ibrahim Diurut 'Live' Dalam TV

Ramai yang tidak tahu, sewaktu kempen pilihanraya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau baru-baru ini, Anwar sempat 'cilok' ke Bangkok untuk menjadi tetamu rancangan televisyen di Channel 9 negara itu.

Tapi yang penulis tak tahan tu, dalam program bual bicara dengan Channel 9 itu, Anwar siap menerima pelawaan host program tersebut untuk diurut oleh seorang jejaka. Oh tidak!!!!

Memang Anwar tidak berbogel, tetapi mengizinkan dirinya divideokan dalam keadaan baring sambil tersenyum kerana 'syok' diurut memang ternyata memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.
Apatah aksi tersebut boleh disaksikan berjuta rakyat negara Gajah Putih berkenaan!
Lebih memalukan, Anwar siap boleh tersengih-sengih depan kamera sambil memuji-muji jejaka si tukang urut tersebut kerana berjaya melakukan 'tugasnya' dengan begitu cemerlang, pergh!!!!

Dek kerana terlalu seronok diurut, Anwar terlupa yang dia sebenarnya telah 'mengotori' dirinya yang selama ini dianggap pemimpin Islam, pemimpin reformasi dan pemimpin masa depan rakyat Malaysia.

Ternyata banyak bermain sandiwara mengenai tingkah lakunya sebagai pemimpin.
Banyak topeng yang dipakainya hingga setengah orang menjadi keliru dan tidak tahu apakah dia seorang pejuang nombor wahid ataupun seorang homoseks yang menggerunkan rakyat.

Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamads telah menyatakan alasan pemecatannya namun Anwar tetap berdegil dan menganggap dirinya bersih lagi bersih, putih lagi putih dari sabun Fab.

Dia mengatakan itu semua fitnah, suatu konspirasi yang didalanginya Mahathir kerana Mahathir takut kepadanya. Kononnya dia kini sudah menjadi duri dalam daging kepada Mahathir dan kroni-kroni Mahathir.

Kita faham mengapa Anwar berhempas-pulas menafikan dia seorang homoseks.
Dia berhak untuk menafikannya kerana sekiranya benar dia akan tersisih dari arus sejarah dan akan diketepikan oleh orang Melayu dan Islam sebagai pemimpin mereka.

Dia tahu sejarah kehancuran kaum Lut dalam al-Quran. Dia juga sedar bahawa orang Melayu tidak akan menerimanya lagi sebagai pemimpin mereka. Malaysia bukan Amerika Syarikat.
Melayu bukan masyarakat Barat yang menghalalkan homoseksualiti.

Dia juga mempunyai enam orang anak dan seorang isteri yang akan menanggung segala kesengsaraan batin sekiranya dia benar-benar seorang homoseksual.
Di manakah dia akan meletakkan mukanya kalau anak-anaknya mengetahui segala rahsia hubungan sejenis itu?

Isterinya yang setia 1000% juga akan menghadapi tekanan jiwa yang parah kalau suami yang tercinta rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan berbagai-bagai lelaki seola-olah dia sebagai isteri dan wanita tidak lagi menimbulkan keghairahan yang melemaskan.

Penulis percaya tak lama lagi akan tersebarlah rakaman video ini, namun seperti biasa, Anwar yang cukup hebat dalam bab 'menepis dan menangkis' akan menggunakan segala kudrat dan keupayaannya untuk mengjustifikasi adegan urut tersebut.

Tak mengapalah, dia mungkin SELAMA ini boleh menipu rakyat tetapi percayalah rakyat tidak akan SELAMANYA ditipu oleh manusia bernama Anwar Ibrahim ini.

Penulis berharap sangat janganlah Anwar menjadi Perdana Menteri kita suatu hari nanti.
Takut tak pasal-pasal industri rumah urut akan terhalal dengan sendirinya di bumi bertuah ini, takutnyeeeeeeee - Oleh SULAIMAN AKHLAKEN

Monday, April 27, 2009

Perbezaan 1Malaysia dan Malaysian Malaysia (Bahagian 2)

Protes Orang Melayu Terhadap Malayan Union

6. 1Malaysia : Diperjuangkan oleh rakyat Malaysia berbilang kaum

Malaysian Malaysia : Diperjuangkan oleh bukan Melayu

7. 1Malaysia : Kesinambungan semenjak zaman pentadbiran Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Al Haj hingga Perdana Menteri ke lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Malaysian Malaysia : Kesinambungan Malayan Union yang diperjuangkan oleh British.
Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 telah menyaksikan idea-idea utama Malayan Union itu dihidupkan semula dalam bentuk baru dan jenama baru.

8. 1Malaysia : Semua kaum ada hak yang sama tapi ada hak istimewa bangsa Melayu dan bumiputera dan menjamin hak kaum lain.
Malaysian Malaysia : Semua kaum ada hak yang sama tapi tiada hak istimewa bangsa Melayu dan bumiputera

9. 1Malaysia : Matlamat : Bukan membangkitkan soal kesamarataan dan mengetepikan kepentingan Melayu dan bumiputera. Merangkumi elemen yang jelas bagi pembinaan negara dengan berpaksikan kepada perpaduan dan integrasi; kepentingan rakyat dan kecemerlangan bagi melonjakkan kemajuan negara

Malaysian Malaysia : Matlamat : Mahu menghapus kontrak sosial dan ketuanan Melayu.
Menolak ketidakadilan sosial : mengkelaskan masyarakat kepada bumiputera, bukan bumiputera dan imegren.
Menolak ketidakadilan budaya : Kebudayaan bumiputera (termasuk bahasa Melayu dan agama Islam) sebagai kebudayaan kebangsaan.

Menolak ketidakadilan ekonomi :Kerajaan menyediakan peruntukan untuk membantu bumiputera

10. 1Malaysia : Seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira parti politik, berbilang kaum dan warna kulit berjuang di bawah satu slogan “Satu Malaysia”.

Malaysian Malaysia : Pakatan Rakyat mempunyai slogan berbeza, DAP : Malaysian Malaysia, PKR : Satu Negara Satu Bangsa dan PAS : PAS untuk semua.

Perbezaan 1Malaysia dan Malaysian Malaysia (Bahagian 1)

Anti Malayan Union 28.12.1946

1. 1Malaysia :Dipelopori oleh Datuk Seri Najib Tun Razak

Malaysian Malaysia : Dipelopori oleh Lee Kuan Yew

2. 1Malaysia : Melalui Idea Perdana Menteri ke 6

Malaysian Malaysia : Melalui People’s Action Party (PAP) diteruskan oleh DAP

3. 1 Malaysia : Diperjuangkan sejak April 2009.

Malaysian Malaysia : Diperjuangkan sejak tahun 1960-an.

4. 1Malaysia beerti : Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan kita
mengambil tindakan berdasarkan kepada kehendak semua kumpulan etnik dalam negara
kita.

Malaysian Malaysia : Beerti : Memperjuangkan keadilan dan kesamaan hak bagi rakyat
dengan matlamat menghapuskan pemerintahan beraja, kedudukan agama Islam dan hak-
hak istimewa orang Melayu termasuk semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

5. 1Malaysia : Slogan Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan; Pencapaian Diutamakan.

Malaysian Malaysia : Slogan : Malaysia untuk orang Malaysia

Saturday, April 25, 2009

Status Agama Anak : Blog Hina Mufti,Raja

Isa: Dulu kata haram, kini dah halal ke?

Sama juga dengan isu, keputusan kabinet yang mengatakan anak ikut agama asal ibu bapa, Aku bukan setakat kecewa dengan keputusan itu, kemarahan dalam hati aku begitu meluap-meluap.

Sampai aku nak menulis pun rasa terganggu. Aku bimbang apa yang aku tulis nanti akan mengikut nafsu.

Sampai satu takat hati aku mula berkata pergi mampus dengan tok-tok mufti, ulama-ulama boleh pergi menyorok dalam semak, Raja dan Sultan sebagai pelindung Islam sudah boleh dibuang ke longkang, yang mengaku sebagai pejuang Islam telurnya sudah boleh buang.

(Sumber: Jiwa Merdeka)

Isa: Kedudukkan para Mufti dan Alim Ulama yang makan gaji dengan Kera...jaan ni boleh dibakul sampahkan, sebabnya diorang ni ilmu ugama saja tinggi, untuk bersuara dalam memartabatkan dan perjuangkan Islam mereka semua bacul dan dayus.

Sayangkan pangkat dan takut dapur tak berasap, tidak seperti pejuang agama zaman dahulu, yang sanggup tinggalkan kemewahan dan menggadaikan nyawa demi agama.

(Sumber : http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/)
________________________________________

Jawapan

Hukum syarak penentu status agama anak

KUALA LUMPUR 24 April - Penentuan status agama anak apabila ibu atau bapanya memeluk agama Islam perlu dilihat daripada aspek syarak dan perundangan.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (gambar) berkata, Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama seseorang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.

''Berdasarkan pada peruntukan ini, persetujuan salah satu pihak sahaja adalah memadai dalam penentuan agama seorang kanak-kanak.

''Ini kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) adalah 'parent or guardian' bukannya 'parents or guardian' yang mana ia bermaksud ibu atau bapa atau penjaga,'' katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tambah Wan Mohamad, dalam Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 Akta 505 memperuntukkan bahawa seseorang kanak-kanak yang belum mencapai umur 18 tahun boleh memeluk Islam jika ibu atau bapa mengizinkannya.

''Mengikut hukum syarak pula mereka yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam kerana jika orang yang menjaga itu bukan Islam, dikhuatiri akan memberi fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya.

''Hak seorang mualaf di sisi undang-undang juga perlu dipertahankan. Kita tidak sewajarnya menganggap seseorang yang memeluk Islam itu bertujuan melarikan diri daripada tanggungjawab,'' katanya.

(Sumber : Utusan Malaysia)

Jom Heboh : Heboh Di Kata

'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti
Oleh Johari Jaafar


Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert �Sure Heboh�(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. - mns_

Sumber : Detikdaily.

Tak kan dato mufti negeri Perak tak boleh nak larang program macam ni diadakan dalam negeri perak... sekurang-kurangnya buat kenyataan akhbar tidak bersetuju dengan program nyanyian artis - artis wanita dalam atucara jom heboh.tidur ka lagi dato'?

kenapa tegas dalam bab nizar! yang ni tengok saja ke? ada mata tapi buta..ada hati tapi gelap... ni la masalah apabila di tabur dengan duit!

(sumber dan gambar dari KerabuBersuara)

___________________________________________

Jawapan

Harussani memberitahu, banyak pihak meminta kerajaan negeri membantah penganjuran program Jom Heboh di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut mulai esok.
Bagaimanapun, katanya, program berkenaan dibuat oleh TLDM dan tidak melalui kerajaan negeri.'Saya tidak bersetuju dengan sebarang program berbentuk hiburan yang melalaikan,'' katanya.

Pada 2004, Majlis Mufti-Mufti Malaysia memutuskan bahawa konsert Jom Heboh adalah haram kerana ia melalaikan dan menggalakkan maksiat di kalangan anak muda.

Sumber : Utusan Malaysia

Friday, April 24, 2009

DUN Penanti Tidak Wajar Dikosongkan


KENYATAAN MEDIA

YB MOHAMMAD FAIRUS KHAIRUDDIN

24 APRIL 2009


Saya dengan penuh tawaduk merakamkan kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Allah SWT dengan segala Keagungan dan KebesaranNya yang telah menganugerahkan keadilan dan pembelaan terhadap kebenaran saya.

Pengumuman SPRM yang telah membebaskan saya dari segala tuduhan itu adalah suatu manifestasi kebenaran saya yang telah selama ini saya pertahankan. Ternyata usaha keji pihak-pihak tertentu yang telah menabur fitnah hingga menyebabkan luka terhadap saya, keluarga dan Parti Keadilan Rakyat tidak diizinkan Allah untuk menyanggah kebenaran saya. Syukur, Alhamdulillah. Saya juga telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu, ahli-ahli politik serta media-media tertentu yang telah mengaibkan serta menabur fitnah terhadap saya. Saya dengan ini mengulangi ketegasan saya untuk meletakkan jawatan selaku ADUN N12 Penanti serta menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Parti Keadilan Rakyat di bawah teraju Ketua Umumnya; Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Justeru, anugerah Allah SWT yang tidak ternilai ini yang telah memberikan kejayaan kepada saya dalam membela kebenaran saya telah memberi kekuatan baru kepada diri saya sendiri, keluarga dan seluruh pencinta kebenaran dan keadilan. Sesungguhnya bernarlah firman Allah SWT di dalam Al Quran yang mafhumnya berbunyi “…Dan apabila datangnya al Haq(Kebenaran) itu, maka kebathilan pasti akan musnah.”

Salam Perjuangan.

Yang Benar,

MOHAMMAD FAIRUS BIN KHAIRUDDIN.
NO K/P: 760702-07-5413

(Kata Waris Pahang :

-Pilihanraya Kecil bagi kerusi DUN Penanti tidak perlu diadakan kerana alasan meletak jawatan yang diberikan oleh YB. Fairus tidak kukuh. Alasan beliau ialah mahu melanjutkan pelajaran.

-Mana-mana wakil rakyat sebenarnya tidak dihalang melanjutkan pelajaran. Malahan tiada larangan atau sekatan setakat ini untuk menghalang seseorang ADUN untuk bergiat dalam perniagaan.

- Terdapat juga wakil rakyat yang dilihat bebas menjalankan tugas mereka sebagai peguam walaupun tugas hakiki mereka ialah wakil rakyat.

- Oleh yang demikian, kalau mahu menyambung pelajaran, amat digalakan dan tiada halangan serta wajar mengekalkan tugas sebagai wakil rakyat.

- Apatah lagi YB. Fairus kini telah bersih dan tidak terlibat dengan kes salahlaku rasuah.

- Fail siasatan kes YB. Fairus telah ditutup oleh SPRM kerana tiada fakta dan bukti yang sahih untuk mendakwa beliau.

- Tuduhan yang dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Bahagian kepala Batas terhadap beliau adalah tidak benar.

-Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memutuskan keterangan yang diperolehnya tidak mempunyai asas untuk mendakwa YB.Fairus.

- Pandangan umum masyarakat mengatakan, apakah perlu beliau mengosongkan kerusi DUN yang dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu.

- Jika beliau berhasrat meletak jawatan bermakna beliau mengingkari amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh pengundi di DUN Penanti.

- Kita harap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menerima perletakan jawatan YB.Fairus yang secara jelas meletak jawatan sesuka hati tanpa alasan yang kukuh.

- Perletakan jawatan ini akan merugikan rakyat dan negara kerana banyak wang akan dileburkan untuk mengadakan pilihan raya kecil.

-Peruntukan besar untuk mengadakan pilihan raya kecil lebih elok digunakan untuk membantu rakyat yang hidup dalam kemiskinan.

-Apatah lagi negara kita sedang mengalami kegawatan ekonomi dan kedapatan ramai pula yang dibuang kerja.

- YB. Fairus sewajarnya menarik balik keputusanya mahu meletak jawatan dan meneruskan tugasnya sebagai ADUN Penanti.

-Sekiranya YB. Fairus bertegas mahu meletak jawatan juga maka Barisan Nasional diharap tidak meletakan calonnya kerana matlamat pembangkang hanya mahu memastikan partinya sentiasa mendapat perhatian).

Artikel Fitnah PDO Terhadap Saiful Bukhari

Saiful Bukhari saman penulis blog RM2 juta

SHAH ALAM 23 April - Bekas pembantu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd. Saiful Bukhari Azlan hari ini memfailkan saman malu di Mahkamah Tinggi di sini bagi menuntut ganti rugi RM2 juta berhubung enam artikel yang ditulis dan disiarkan melalui laman blog, pahangdaily.blogspot.com yang didakwa memfitnah dirinya. - Utusan Malaysia.

Artikel-artikel fitnah Pahang Daily Online terhadap Saiful Bukhari dari September 2008 hingga kini. (Sila tekan untuk baca artikel tersebut).









(Kata Waris Pahang :

- Semoga ianya menjadi pengajaran, jangan kita sewenang-wenangnya menabur fitnah).

Thursday, April 23, 2009

Saiful Bukhari Saman PDO RM 2 Juta

Petikan daripada blog : Saiful Bukhari
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Writ saman yang saya failkan pada hari ini adalah susulan laporan polis saya tempoh hari berkenaan dengan lebih kurang 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat telah ditulis dan disiarkan oleh www.pahangdaily.blogspot.com dan yang seumpamanya dari September 2008 hingga ke hari ini.

Artikel-artikel tersebut telah menuduh bahawa saya kini sedang terlantar akibat sakit tenat, kemaluan bernanah dan termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badan untuk membuang air besar.

Tuduhan-tuduhan ini dilemparkan kononnya akibat daripada sumpah laknat yang telah saya lafazkan.Namun, disebalik kemunculan saya di balai polis Damansara tempoh hari yang dengan jelas membuktikan dakwaan mereka itu tidak berasas, satu laporan polis pula dibuat oleh mereka kononnya untuk mereka mempertahankan dakwaan dan fitnah jahat tersebut.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai lagi tuduhan-tuduhan dilemparkan yang ternyata tidak berasas.Memandangkan sikap angkuh dan keterlaluan mereka ini, maka saya dan seluruh keluarga merasakan adalah wajar bagi kami untuk mengambil tindakan undang-undang pada hari ini.

Pembohongan besar yang disiarkan oleh Pahangdaily.blogspot.com seperti :“Difahamkan “Anu”nya kini telah semakin bernanah dan beliau sukar untuk membuang air kecil. Tambah parah lagi beliau juga kini termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badannya untuk membolehkan beliau membuang air besar dan sebagainya.”

Ini adalah satu contoh pembohongan besar dan fitnah jahat yang tidak benar samasekali. Saya tidak pernah sakit sebagaimana yang didakwa oleh mereka. Tahap kesihatan saya adalah ditahap yang terbaik.

Nama penulis yang menulis artikel-artikel tersebut juga tidak pernah didedahkan. Inilah yang dikatakan ''baling batu, sembunyi tangan''. Kononnya berani kerana benar, tetapi apabila disuruh tampil, tiada seorangpun yang mahu mengaku bertanggungjawab menulis dakwaan-dakwaan tersebut.

Walaubagaimanapun, kami mempunyai bukti yang kukuh bagi mengaitkan individu terbabit.Saya doakan agar penulis ini kembali ke jalan yang benar serta diberi taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!

SAIFUL BUKHARI
_____________________________________________

Petikan daripada blog : Pahangdaily Online

SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau.

Kami difahamkan writ saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi.

Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?.
Ini kerana blog Pahang Daily Online bukanlah beroperasi secara sah dan didaftarkan dengan mana-mana pertubuhan di negara ini. Blog ini adalah bersifat bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak.

(Kata Waris Pahang :

- Tidak sangka juga Pahang Daily Online boleh terkejut apabila disaman RM 2 juta. Kami sebenarnya sangat terkejut di atas fitnah yang dilemparkan terhadap Saiful Bukhari.

- Sebelum ini sudah ada beberapa pihak yang mahu menyaman Pahang Daily Online tetapi akhirnya senyap begitu sahaja.

-Pahang Daily Online sepatutnya dari dahulu lagi disaman kerana pembohonganya.

-Waris Pahang kadang-kadang kecewa kerana Pahangdaily Online masih 'menganjing' walaupun mahu disaman.

-Memang benar kata Saiful Bukhari bahawa Pahang Daily Online bersifat "lempar batu sembunyi tangan".

-Takkan lah blog Pahang Daily Online dikendalikan oleh 'hantu'. Pihak berkuasa wajar melakukan siasatan daripada mana sumber artikel fitnah ini dikeluarkan dan krew Pahang Daily Online terlibat sama mendedahkan fitnah tersebut kepada umum.

-Jangan sangka Pahang Daily Online boleh bebas menulis apa sahaja, negara kita ini ada undang-undang.

-Inilah akibatnya kalau Pahang Daily Online terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.

-Bagi Saiful Bukhari, teruskan perjuangan. Kamu insan yang bermaruah bukan insan yang hina dan mudah diperlekehkan. Kami tetap bersama mu).

PROTON REXONA?

Waris Pahang keras perut ketawa membaca kandungan blog cindaiteja. Apa tidaknya pada malam sabtu lalu ada ceramah Anwar Ibrahim di Beserah, maka ADUN PAS kawasan Beserah bercakap dengan penuh semangat dan berapi-rapi.

Katanya semalam kita lihat satu lagi kereta keluaran Proton iaitu "REXONA"!. Kah! kah! kah!, hadirin yang ada disitu tersipu-sipu ketawa dan kedapatan juga yang mengatakan YB ni tidak ikut perkembangan langsung.

Amat memalukan orang Pahang. Rexona tu nama ubat ketiaklah YB. Allah!, itu pun tidak tahu. Bak kata orang, itulah akibatnya kalau asyik baca harakah sahaja daripada Utusan Malaysia.
Anak saya yang sekolah tadika pun tahu nama kereta baru keluaran proton. Cuma bapaknya hanya mampu berangan mahu pakai EXORA (nasib baik tidak silap tulis REXONA).

PAS SAMBUT, SAYANG DAN SOKONG NAJIB

Nazri Musa '52' (kanan) Bendahari PAS Kampung Tanah Putih,Pekan,Pahang bersama ahli Pas kampung tersebut membetulkan poster ucapan tahniah buat Perdana Menteri yang dihasilkan oleh Pas kawasan Tanah Putih bersempena dengan kepulangan Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri di Pekan,Pahang.

(Kata Waris Pahang :

- Tindakan PAS Kawasan Tanah Putih ini membuktikan mereka bukan daripada ahli PAS yang taasub sehingga membenci secara membuta tuli.

-Mereka bersifat dan berfikiran terbuka kerana meraikan Perdana Menteri baru kita.

- Janganlah kita mudah terpengaruh dengan kalangan pembangkang yang jumud dan menolak kepimpinan Najib.

-Sokongan dan perpaduan pemangkin kepada kemajuan negara. Tahniah Dato' Seri Najib).

Wednesday, April 22, 2009

Dua Ketua Menteri Di Pulau Pinang?

Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng belum meletakkan pengganti kepada Fairuz yang telah meletakkan jawatannya.

Rakyat di luar sana menanti-nanti siapa bakal mengisi kerusi KM 1.

Soalnya kenapa begitu lama sekali kerajaan negeri mahu menentukan calonnya. Kenapa Lim tidak mengunakan kuasa sendiri menentukan siapa penganti Fairuz.

Dulu DAP Penang kata Koh Tsu Koon, Gerakan mendengar dan mengikut telunjuk UMNO Pulau Pinang.

Kini kena batang hidung sendiri, DAP di remote control kan oleh Anwar. Soalnya kenapa perlu tunggu ANWAR. Adakah Anwar Ketua Menteri Pulau Pinang?

Sebelum ini berlaku salah faham antara Lim Guan Eng dan Anwar berikutan kegagalan beliau memaklumkan kepada Lim mengenai peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri I, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti.

Secara peribadi Lim Guan Eng menyatakan perasaan kurang gembira kerana Anwar tidak memaklumkan kepadanya mengenai peletakan jawatan Mohammad Fairus.

Fairus telah meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I berkuatkuasa 8 April lalu, kemudiannya melepaskan jawatannya sebagai ADUN Penanti pada 16 April.

(Kata Waris Pahang :

- Lim Guan Eng PENANTI yang pening dengan mainan Anwar. "Lu Caya La Lagi").

Gempar Sidang DUN Melaka

Melaka sebuah negeri yang kecil tetapi isunya kini terhangat di pasaran. Dulu rakyat nya yang berbilang kaum hidup dalam keadaan harmoni dan saling hormat menghormati.

Namun politik mengubah segalanya. DAP Melaka sudah berani naik tocang kerana mereka diajar oleh PKR dan PAS supaya tidak menghormati orang Melayu dan biadap dalam berbicara.

Wakil rakyat DAP dilihat membawa isu-isu provokasi dan perkauman semata-mata mahu menimbulkan ketegangan dan rasa tidak puas hati wakil rakyat BN.

Wakil DAP menuduh wakil rakyat MCA membodek UMNO. Apa lagi timbul lah ketegangan di dalam dewan. Wakil rakyat DAP ini bodoh sungguh kerana mereka sepatutnya menggunakan suara untuk membela nasib rakyat.

Bukan itu sahaja mereka cuba provok kepada Speaker Dewan Undangan Negeri untuk membuat satu usul tergempar. Setelah diarahkan oleh Speaker untuk duduk, Y.B Goh Leong San (Adun Kesidang) tetap berkeras dan menghina dewan.

Lantaran itu Speaker Dewan Undangan Negeri mengarahkan Ketua Pembangkang keluar Dewan.

Jarang sekali kita dengar wakil rakyat dalam Sidang Dewan Undangan Negeri dihalau keluar dewan.
Ingatlah saranan Perdana Menteri, Satu Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Eli Mak We Baru Nik Aziz?.

ADUN kontroversi telah keluar dari gua pertapaanya, agaknya lah!. Setelah dua bulan makan gaji buta dan buat tahi mata maka beliau keluar dengan imej rambut baru dan fesyen pakaian kemas terkunci.

Eli meletup umpama artis sensasi. Bila buat salah menyorok muka selepas itu keluar di kalayak ramai seperti tiada apa-apa yang berlaku sebelum ini.

Terbaru Eli membuat kunjungan hormat ke atas Mursyidul Am PAS, Nik Aziz (sengaja tidak isi Tuan Guru kerana beliau tidak layak). Elizabeth kelihatan bersama seorang teman dan seorang pengawal peribadi telah membuat kunjungan tersebut.

Pertemuan selama 40 minit itu juga merupakan pertemuan empat mata antara beliau dan Nik Aziz. Macam pertemuan jejak kasih jer, bahaya tu.

Eli mengucapkan terima kasih kerana Nik Aziz depend beliau. Eli barangkali tidak sangka seorang yang bergelar ulama PAS sanggup depend beliau walaupun beliau tidak bermoral.

Kini Eli sudah pandai berbaju kurung dan menemui Nik Aziz maka terkunci rapat lah mulut pemimpin dan penyokong Pas.

Namun gossip pula melanda "Eli mak we baru Nik Aziz"?.

Elizabeth pernah jadi 'tunang' Tian Chua - Lokman Adam

Elizabeth pernah jadi 'tunang' Tian Chua - Lokman Nor Adam

Oleh Adnil Mohd Bukit Gantang -- Bekas Setiausaha Pemuda dan Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lokman Noor Adam mendakwa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga kini tidak mahu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong melepaskan jawatan disebabkan peranan penting Elizabeth kepada parti itu.

Lokman yang kini Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia seterusnya mendedahkan pada tahun 2003, Anwar telah menghantar pimpinan kanan PKR ke Washington DC untuk mendapatkan dana daripada George Soros bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-11 ketika itu.

Menurutnya, pertemuan itu telah diatur Tian Chua dan pimpinan PKR yang menghadap George Soros ketika itu ialah Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Azmin Ali dan Khalid Jaafar.

"Bagaimanapun Tian Chua tidak ada pada pertemuan itu sebaliknya beliau menghantar Elizabeth Wong untuk menguruskan pertemuan berkenaan. "Pertemuan mereka terbongkar apabila berlaku pertengkaran di antara Azmin Ali dan Elizabeth setelah Azmin tidak membenarkan Elizabeth memasuki perbincangan tersebut kerana khuatir ada pihak luar yang mengetahui tindakan mereka menagih dana dari Soros", katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika berceramah ‘Kenapa Harus Tolak Pas’ di sini, Isnin malam. Kata beliau lagi, perkara tersebut dimaklumkan oleh Ezam semasa mesyuarat 'inner circle' mereka.

Tegas beliau hakikat berkenaan jelas membuktikan “double standard” Anwar dalam berdepan dengan krisis dalaman parti tersebut. "Saya katakan begitu kerana apabila bekas ADUN Bukit Selambau terlibat dengan masalah moral (perempuan simpanan) beliau segera desak agar ADUN tersebut meletakkan jawatan.

"Namun bila berdepan dengan kes Elly, Anwar mempertahankan Elizabeth habis-habisan sungguhpun ADUN berkenaan didakwa menghadapi masalah ketagihan rokok, arak dan yang terkini masalah gambar bogel serta hubungan dengan pemuda Islam (Helmi)", katanya.

Lokman seterusnya menambah Anwar masih tidak mahu Elizabeth meletakkan jawatan kerana Elizabeth adalah ‘jambatan’ kepada dana yang diberikan kepada PKR dari pihak asing yang mahu mengkucar-kacirkan negara.

Pada 1997, George Soros dilabel sebagai penyangak mata wang yang menyebabkan ekonomi negara merundum dan ekonomi Asia juga turut tergugat.

sumber - jomlayan.com

Tuesday, April 21, 2009

Hadi : Diminta Pergi Secara Jelas


Isyarat Nik Aziz : Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam kenyataannya sebelum ini berkata, beliau menyerahkan kepada ahli untuk menentukan pemimpin yang akan dipilih dalam muktamar agung itu.

PAS Kawasan Wliayah Persekutuan buktikan :
-Kawasan Titiwangsa mencalonkan Haji Hadi.
-Tujuh lagi kawasan tidak mencalonkan sebarang nama untuk jawatan Presiden PAS
-Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sebagai pengganti Hadi.
-Kesemuanya terdapat 12 PAS kawasan di Wilayah Persekutuan.
(Kata Waris Pahang :
- Sudah terang lagi disuluh, begitulah nasib kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sudah tidak disenangi oleh kalangan tertentu dalam PAS.
- Ianya berpunca daripada cadangan Hadi untuk membentuk "Kerajaan Campuran". Mungkin khasaf Hadi lebih tajam dari Nik Aziz.
- Persahabatan PAS dengan PKR sebenarnya mempercepatkan PAS dihancurkan. Ramai ahli PAS lari kepada PKR.
- Malahan Anwar Ibrahim bukan orang yang boleh dipercayai. Auta Anwar diterima pakai oleh Nik Aziz semata-mata kerana mahukan kuasa.
- Eloklah rasanya Haji Hadi masuk UMNO dan tegakan syiar Islam. Lihatlah Haji Nakhaei Ahmad macam-macam yang dilakukan untuk membangunkan Islam. Kerajaan BN membuka luas pintu kepada sesiapa sahaja untuk mengembangkan Islam).

Monday, April 20, 2009

Lihat Dan Beri Komen


(Kata Waris Pahang :
- Anda mahu komen apa, silalah komen)

Penanti : Rebut Jawatan Kosong

(Kata Waris Pahang :

-Bagi Penanti Jawatan PKR bolehlah rebut jawatan sebagai ADUN tetapi mesti memenuhi syarat dalam skop bidang dan kelayakan).

Anwar Punca Perpecahan PAS

Tiada lagi k'jaan campuran PAS-BN

PAS mengambil keputusan tidak akan meneruskan perbincangan berhubung cadangan kontroversi presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menubuhkan kerajaan campuran dengan BN.

"Perkara itu (kerajaan perpaduan) dibentang, dibincang dan diputuskan sebulat suara (supaya) tidak akan bincang selepas ini.

"Isu itu (kini) sudah tinggal dalam lipatan sejarah," kata ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Dzulkifli Ahmad kepada Malaysiakini hari ini.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu, Ahad lepas, yang turut dihadiri Abdul Hadi, dua naib presidennya Datuk Husam Musa dan Ahmad Awang dan lebih 10 ahli jawatankuasa.Dzulkifli, juga ahli parlimen Kuala Selangor, berkata keputusan itu dibuat selepas Datuk Seri Mohd Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri keenam.

Sumber : Malaysiakini

(Kata Waris Pahang :

- Susah mahu cakap dengan orang PAS yang bergelar Tok Guru, Imam, Lebai dan sebagainya yang kononya memperjuangkan Islam namun dalam masa yang sama menggalakan perpecahan umat Islam.

-Mereka sungguh zalim dan angkuh kerana enggan membincangkan lagi tentang perpaduan umat Islam.

- Umum mengetahui perpecahan umat Islam di Malaysia adalah kerana politik. Mereka yang mengamalkan politik sempit sanggup tidak mengaku bahawa sipolan bin sipolan adalah saudara seagama.

-Malahan bukan itu sahaja mereka sanggup mengatakan usaha murni Haji Hadi ke arah "Kerajaan Perpaduan" wajar dalam lipatan sejarah sahaja".

- Bagi rakyat di luar lingkungan PAS merasakan Nik Aziz beranggapan Haji Hadi seorang yang 'bahaya' yang wajar dinyahkan dari memegang jawatan Presiden PAS.
- Ramai yang mengatakan perpecahan dalam PAS kerana Anwar. Dulu tiada perpecahan besar yang berlaku.
- Anwar telah berjaya membonekakan Nik Aziz yang seterusnya membonekakan Haji Hadi. Semoga anda semua buka mata dan terangkan hati untuk kebaikan umat Melayu Islam di Malaysia.

Hadi : Mangsa 2 Nakhoda Atau Dibonekakan

Hadi sedia ditentang jawatan Presiden

KOTA BAHARU 18 April – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia menghadapi cabaran bagi pertandingan merebut jawatan nombor satu parti pada Muktamar Pas Jun ini berikutan desas-desus berlakunya pergolakan kuasa sehingga wujud dua pasukan di dalam parti itu.

Malahan beliau menyerahkan kepada ahli parti untuk memilih sama ada dirinya atau pemimpin yang lain sebagai presiden kelak.

“(Bagi) saya biasa saja, melihat sejauh mana kepercayaan ahli kepada saya.
Saya tak akan buang pakaian (jawatan) kerana ia adalah amanah yang diberikan pengikut kepada saya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah maghrib perdana di Masjid Kota, di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya sama ada bersedia menghadapi pertandingan jika dicabar dalam pemilihan parti pada Muktamar Pas yang dijangka diadakan di Shah Alam, Selangor Jun ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dalam kenyataannya sebelum ini berkata, beliau menyerahkan kepada ahli untuk menentukan pemimpin yang akan dipilih dalam muktamar agung itu.

Nik Abdul Aziz juga menolak dakwaan wujud pergolakan kuasa peringkat kepimpinan sehingga terdapat dua pasukan dalam Pas iaitu Pasukan Tok Guru dan Pasukan Presiden.

Beliau berkata, dakwaan yang mengatakan terdapat pasukan Tok Guru atau pasukan Presiden dalam Pas adalah tidak benar dan apa yang penting ialah mengukuhkan parti bagi menghadapi pemilihan Jun nanti dan mencari pemimpin yang benar-benar layak menerajui parti itu.
Abdul Hadi berkata, beliau tetap bersama Pas sama ada dipilih atau tidak untuk menerajui kepimpinan parti. – BERNAMA
(Kata Waris Pahang :
- Ramai orang meramalkan Haji Hadi akan menang tanpa bertanding jawatan Presiden PAS pada Jun ini kerana ahli PAS 'segan' bertanding jawatan nombor 1 PAS itu.
- Nik Aziz pula seolah-olah memberi isyarat kepada ahli PAS supaya 'jangan segan' untuk merebut jawatan nombor 1 PAS itu.
- Haji Hadi seperti tertekan dengan situasi ini sehingga kenyataanya dikeluarkan oleh Mingguan Malaysia semalam yang bertajuk "Hadi sedia ditentang jawatan Presiden".
- Nik Aziz pernah menafikan PAS mempunyai '2 nakhoda, Mursyidul Am PAS dan Presiden PAS'. Namun apa yang nyata Presiden PAS seperti 'boneka' yang hanya mampu mengikut telunjuk Mursyidul Am PAS.
- Berbeza dengan UMNO, kuasa mutlak dalam parti UMNO terletak di bawah Presiden UMNO.
- Semoga Haji Hadi menang pada bulan Jun ini dan tuntutan umat Islam supaya kita bersatu padu akhirnya berjaya juga.
- Adakah kita sanggup melanggar perintah Allah yang menyeru kita bersatu padu?. Jawapanya tidak, oleh yang demikian marilah kita "buang yang keruh ambil yang jernih").

Thursday, April 16, 2009

Kes Eli : YB Zulkifli Enggan Sekongkol

TV3 16 April 2009 sebentar tadi melaporkan tentang kenyataan media oleh YB Zulkifli Nordin, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru.

Beliau mengambil pendirian tidak bersetuju dengan keputusan YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri Selangor dan mengambil keputusan bermufaraqah (tidak bersekongkol) dan memisahkan diri beliau daripada keputusan tersebut.

Beliau bertindak demikian kerana menghormati keputusan YB Eli yang telah pun membuat keputusan meletakkan jawatan sebagai Ahli Exco dan ADUN Bukit Lanjan. Surat perletakkan kedua-dua jawatan tersebut telahpun beliau kemukakan.

Persoalanya kenapa YAB Menteri Besar Selangor beria-ia sangat mahu mengekalkan YB Elizabeth Wong sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan ADUN Bukit Lanjan.Sedangkan itu hak peribadi beliau YB Eli untuk meletak jawatan.

YB Zulkifli Nordin percaya YB Eli telah menimbang sedalam-dalamnya berdasarkan keadaan sekeliling dan factor lain sebelum membuat keputusan tersebut.

Tindakan YB Eli yang telah memilih untuk meletakkan kedua-kedua jawatan beliau sebagai Exco & ADUN Bukit Lanjan adalah tepat dan perlu dihormati.

YAB Menteri Besar & Kerajaan Negeri Selangor perlu mengkaji semula keputusan tersebut.

Bukti YB ADUN Penanti Letak Jawatan


(Kata Waris Pahang :
- Nampaknya cerita kemenangan BN di Batang Ai, PAS di Bukit Gantang dan PKR di Bukit Selambau akan ditutup atau ditangguhkan sementara kerana orang akan bincangkan pilihan raya kecil akan datang, itulah realitinya).

2 Bukit 1 Batang ada Penanti

Fairus letak jawatan ADUN Penanti

Bekas timbalan ketua menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan keputusannya meletak jawatan ADUN Penanti, berkuatkuasa hari ini.

Katanya, keputusan itu dibuat untuk membolehkan beliau memberi tumpuan penuh terhadap usaha bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat siswazah lanjutan.

Ia juga, katanya, untuk memberi masa kepadanya untuk bersama-sama dengan keluarga "yang selama ini terpaksa berkorban dalam memenuhi tugasan saya".

Kenyataan Fairus itu dikeluarkan oleh Biro Penerangan PKR."Ruang ini juga akan saya manfaatkan untuk menumpukan usaha bagi membersihkan nama baik saya dari segala tohmahan yang dilemparkan terhadap saya selama ini," tambahnya.

Sumber : Malaysiakini

(Kata Waris Pahang :

- Rakyat sekarang sudah bosan dengan suasana sekarang kerana kerap kali berlaku pilihan raya kecil barangkali inilah bala dan ujian daripada yang maha esa kerana umat Islam berpecah belah.

- Sungguh malang kerana ulama PAS tiada roh perpaduan, mereka suka orang Islam bercakaran sesama sendiri. Kata-kata fitnah, kesat, keji, carut dihalalkan kerana politik. Sifat mahmudah dihumban ke gaung kerana menuruti hawa nafsu.

- Rakyat juga sudah bosan kerana banyak duit akan dileburkan semata-mata kerana berebut sebuah kerusi sedangkan masih ramai rakyat hidup dalam kemiskinan yang memerlukan kewangan untuk meneruskan kehidupan.

-Apatah lagi negara kita sedang mengalami kegawatan ekonomi dan ramai pula yang dibuang kerja.

- Walau macamana sekalipun kita mesti selamatkan Malaysia daripada di perintah oleh Pakatan Pembangkang yang sanggup menggadaikan negara dan maruah bangsa semata-mata menuruti kehendak DAP.

-Semoga lebih ramai yang akan keluar dari Pakatan Pembangkang. Janganlah kita menjadi hamba dan boneka kepada DAP.

-Selamat menjalankan tanggungjawab untuk memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Penanti. "Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan").

Eli Mengelikan Orang Nakal

Kerajaan Negeri Selangor menawarkan kepada Elizabeth Wong untuk menyambung semula tugasnya selaku Ahli Dewan Undang Negeri Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri berkuat kuasa esok.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Exco kerajaan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong menerima tawaran kerajaan negeri untuk menyambung semula tugas kedua-dua jawatan tersebut bermula esok.

(Kata Waris Pahang :

- Hai macamana mereka boleh terima Eli, keputusan yang diambil ini bercanggah dengan prinsip dan pendirian mereka sendiri yang mahukan sebuah kerajaan yang bersih daripada skandal, rasuah dan sebagainya.

-Walau bagaimanapun rindu orang ramai terhadap eli terubat juga setelah sekian lama menghilang.

- Rakyat yang simpati atau tidak sudah pasti mahu menatap wajah YB yang didapati bogel tu sebagaimana yang dilaporkan oleh media massa.

-Namun nasihat Waris Pahang kalau pergi melawat kawasan tu janganlah lama-lama sangat bimbang bertemu dengan orang yang nakal lalu mengejek dan tenung lama-lama (xray lah tu). he he he.

- Kita mahu panggil apa dengan exco ini, 'Exco Bogel' apa-apa je lah. Apa-apa pun selamat berkhidmat semula).

Barisan Kabinet Malaysia 2009

Rakyat Perlu Kikis Mentaliti Etnik


Kenyataan Perdana Menteri ketika berucap di majlis perasmian Proton Exora malam tadi

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Rakyat Malaysia perlu mengikis sikap memandang sesuatu perkara melalui lensa mentaliti etnik atau "ethnic silos" masing-masing, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata rakyat Malaysia perlu bersama-sama berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia di bawah konsep "1Malaysia".

"Marilah kita keluar daripada beroperasi dalam prisma etnik seperti yang pernah kita lakukan selama ini. Itu juga maksud konsep "1Malaysia".

"Kita mesti menghormati satu sama lain, melepasi batas toleransi dan memupuk kepercayaan satu sama lain selain menyemai sikap saling percaya dalam kalangan kumpulan etnik," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata parti komponen Barisan Nasional (BN) misalnya tidak semestinya melakukan perkhidmatan di lokasi berdasarkan etnik kaum masing-masing.

Najib berkata sebagai contoh, apabila beliau mengumumkan pembebasan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) berkuatkuasa serta-merta pada 3 April selepas beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri yang baru, MIC sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana membebaskan kesemua 13 tahanan ISA itu dan bukan hanya menyentuh mengenai dua anggota Hindraf yang dibebaskan.

"Kalaulah kita bebaskan dua anggota Hindraf, jangan lupa ada 11 lagi. Jangan hanya memikirkan Hindraf saja," katanya.

Perdana Menteri berkata beliau telah menjelaskan konsep "1Malaysia" pada mesyuarat pertama jemaah menteri pada pagi ini di Putrajaya, dan mengingatkan kalangan menteri supaya tidak hanya memberi perhatian kepada komuniti mereka sendiri sahaja di samping meminta mereka supaya memenuhi harapan rakyat yang begitu tinggi.

"Saya menggariskan empat perkara iaitu integriti, kebolehan, kesetiaan dan kesungguhan. Kabinet perlu merupakan sebuah Kabinet yang berteraskan Kabinet Rakyat atau yang dekat di hati rakyat, mesra rakyat, sanggup turun padang menyingsing lengan dan melakukan perkara yang boleh mengukuhkan lagi kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap kerajaan," katanya.

Beliau berkata di samping itu, jemaah menteri perlu melakukan perubahan dan pembaharuan serta memenuhi kehendak semua lapisan etnik menerusi dialog yang berterusan.

"Kita tak boleh anggap kerajaan mengetahui segala-galanya. Kita perlu buka pintu kepada dialog dengan pelbagai kumpulan supaya keputusan yang dibuat kerajaan nanti yang merupakan benar-benar bersandarkan kehendak rakyat," katanya.

Najib juga mengingatkan anggota jemaah menteri supaya tidak dianggap sebagai kerajaan yang memihak kepada kumpulan tertentu atau mana-mana badan korporat, walaupun amat penting untuk melaksanakan dasar yang mesra kepada sektor swasta.

"Tetapi pokok pangkalnya mesti ambil apa-apa keputusan bersandarkan kepentingan rakyat keseluruhannya," kata Perdana Menteri.

Beliau berkata di bawah konsep "1Malaysia", perjuangan membasmi kemiskinan perlu dilihat merangkumi kemiskinan yang merentasi semua kaum sama ada di bandar, luar bandar, estet, kampung baru dan orang Asli.

"(1Malaysia) bukan bermakna mengenepikan dasar untuk menolong bumiputera, malah dasar perlu dilaksanakan dengan cara adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan," katanya.

Selain itu, beliau juga berkata konsep "1Malaysia" tidak boleh disalahertikan oleh pihak tertentu, umpamanya pembangkang yang mengatakan konsep itu sama dengan "Malaysian Malaysia".-- BERNAMA - Pautan asal di sini.

(Kata Waris Pahang :

- Hubungan Waris Pahang dengan bukan Melayu memang erat malahan berbual, berbincang dan bermesra dengan mereka setiap hari.

-Keluarga Waris Pahang juga menyewakan kedai kepada bukan Melayu walaupun disekelilingnya adalah penduduk orang Melayu.

-Amalan mesra dengan kaum bukan Melayu memang terjalin sejak dahulu lagi. Datuk Waris Pahang pernah memberi perlindungan kepada kaum Cina setelah mereka meminta pertolongan.

- Namun hubungan mesra antara kaum sangat erat pada masa dulu jika dibandingkan pada masa ini. Kenapa seperti ada pemisah atau penghalang hubungan antara kita.

-Semoga 'Satu Malaysia' dapat merapatkan kembali hubungan antara kaum ini).

Wednesday, April 15, 2009

Moh Sambut PM Weh!

A - Moh weh orang Pahang kita sambut PM pada 18hb April 2009 ini.

B - Kat mana gamoknya?

A - Kat Padang MPK 1 Kuantan, depannye Masjid Negeri tu.

B - Jam berape agoknye?.

A - Jam 9.00 pagi sudoh kene ade dah weh!, Nye lambat nanti tok dan pulok.

B - Betul kate auk tu, kalau kite hadir beerti kite sebahagian dari sejarah lah yer.

A- Inilah masenye nok tengok dari dekat kepulangan Perdana Menteri Malaysia ke 6 ke Pahang.
B - Kalau kawe tok dapat ke Kuantan gone?.

A - Auk boleh pergi Pekan sebab majlis sambutan akan diadakan di Kuantan bagi peringkat negeri manakala di Pekan pula untuk Parlimen Pekan.

B - Walau macamanapun koi mesti pergi salah satu tempat tu.

A - Sebut Najib ingat Tun Razak begitulah sebaliknya. Rugi bebenolah kalu tidok pegi yer. Kalu ada pahlawan pahang yang masih hidup tentu dia akan pergi ke padang MPK 1.

B - Auk jangan ngarut, orang dah mati mana boleh pergi. Rakyat Pahang yang masih bernyawa ni tidak kira bangsa, warna kulit, lapisan usia, agama dan fahaman politik moh lah kite hadir ke majlis sambutan itu.

Kejayaan Dakwah Atau Ada Agenda Sebaliknya?







Astaghfirullaaaaaah…. Apa nak jadi nie..????Ya Allah.., kat masjid mana nie..??Macam mana boleh jadi macam nie..??
Nampaknya JAKIM dan Menteri di Hal Ehwal Agama Islam yang baru kita, Mejar Jeneral [B] Senator Datuk Jamil Khir Baharom mesti ambil tahu perkara perkara sebegini.
Tapi kalau tanya kat Tok Guru Nik Ajis, agak agak apa kata dia….?I know what will be his answer selepas Sahibul Samahah Al Fadzil Ustaz Nga Kor Ming baca ayat suci Al Qur’an dan Nik Ajis kata ok tak salah…..
Tanya pada all those wakil rakyat PAS seperti Dr Dzul and Khalid Samad pun kita dah boleh tahu what will be their answers, betul tak?

Sumber/Gambar : lydiausm
(Kata Waris Pahang :
- Mohon ada pihak perjelaskan cerita disebalik gambar tersebut.
- Semua pihak harus bersabar dan jangan mengambil sebarang tindakan secara bersendirian.
- Jakim mesti menyiasat perkara ini samada ianya kejayaan dakwah atau ada agenda disebaliknya.
-Waris Pahang kecewa kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang bukan beragama Islam mempersendakan Islam malahan umat Islamnya pula tidak rasa sensitif serta menyokongnya).

Kalimah Allah : PAS Sudah Lama Sokong?


Gambar Bendera PAS Dengan Kalimah Allah Dalam Gereja di Shah Alam.
Gambar ini didapati dari forum mykmu. Sila klik untuk imej besar.
(Kata Waris Pahang : Adakah ini bermaksud dakwah PAS berjaya?)

Siapa menang : Nasharudin (Sekular), Husam (Erdogan) atau Azizan (Ulama)

Nasharudin, Husam dan Azizan dicalonkan untuk timbalan Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 14 April: Sehingga kini, tiga pemimpin kanan PAS telah dicalonkan untuk menjadi timbalan Presiden PAS iaitu Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Datuk Seri Azizan Razak.Husam dicalonkan oleh PAS kawasan Kelana Jaya, Selangor dalam mesyuarat agung mereka Ahad lepas.

Azizan dicalonkan oleh PAS kawasan Temerloh, Pahang manakala Nasharudin dicalonkan oleh PAS kawasan Batu, Wilayah Persekutuan (Batu mencalonkan Nasharudin bukan Mohamad Sabu sebagaimana berita awal).

Pencalonan mereka dibuat melalui mesyuarat Jawatankuasa kawasan setelah mendapat mandat dari mesyuarat agung.Sehingga kini, hanya nama Datuk Seri Abdul Hadi Awang dicalonkan untuk jawatan Presiden PAS.

Sementara itu, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin menjadi muka baru yang popular sehingga kini untuk dipilih sebagai naib Presiden PAS.Beliau dicalonkan oleh PAS kawasan Kelana Jaya dan juga Temerloh.

Kelana Jaya mencalonkan Mohamad Sabu, Nizar dan Taib Azamudin untuk naib presiden manakala Temerloh mencalonkan Mohamad Sabu, Husam dan Nizar untuk jawatan itu.

Siasah difahamkan, beberapa kawasan PAS telah mengadakan mesyuarat agung mereka hujung minggu lalu tetapi menyerahkan pencalonan mereka kepada Jawatankuasa yang baru dipilih untuk membuat pencalonan.

Muktamar PAS akan diadakan awal Jun depan dan Selangor telah dipilih untuk menjadi tuan rumah kali ini.

(Sumber : Siasahdaily)

Jangan putar belit kenyataan saya: Muhyiddin

PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta media tidak memutarbelitkan kenyataannya mengenai kemerosotan sokongan masyarakat Cina kepada Barisan Nasional (BN)dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak baru-baru ini.

"Janganlah sengaja nak membangkitkan isu untuk orang marah saya, (kononnya) sebagai TPM, (saya) tidak menghargai sumbangan masyarakat Cina. Pernah ke kita kata begitu?" katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat daripada pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menerima nota serah tugas sebagai Menteri Pelajaran daripada Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri.

MCA dan Gerakan dilaporkan melahirkan rasa tidak senang dengan kenyataan beliau bahawa kemerosotan sokongan masyarakat Cina seolah-olah menunjukkan bahawa masyarakat Cina tidak menghargai apa yang BN telah lakukan untuk mereka.

Muhyiddin berkata, beliau telah bercakap dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, yang menyatakan bahawa tidak ada apa-apa yang salah dengan kenyataannya itu."Saya rasa akhbar bahasa Cina tersalah lapor, sehingga saya dipandang serong oleh masyarakat Cina. Itu adalah sesuatu yang serius," katanya.


Muhyiddin berkata, beliau menganalisis kedudukan di Bukit Gantang selepas turun berkempen serta membantu dan menjelaskan banyak perkara tetapi apabila dilihat kepada keputusannya, sokongan kaum Cina kepada BN di situ merosot dari tahun 2008.

"Bagi saya itu adalah serius walaupun kita cuba menyelesaikan masalah (kaum Cina) dan sebagainya, seolah-olah apa yang kita cuba selesaikan tidak dihargai...dalam konteks itu," katanya.

Muhyiddin berkata, bedah siasat bagi setiap pilihan raya kecil yang diadakan perlu dibuat dan dianalisis dengan berterus-terang."Kita tidak mahu sembunyikan apa-apa. Jika kaum Cina nampaknya tidak menyokong, tentulah ada sebabnya," katanya. - Bernama

Kenyataan Muhyiddin diputar belitkan

'Cina, India bukan peminta sedekah'

1. Pengundi bukan Melayu "tidak mahu dilayan seumpama pengemis" - apabila menjelang pilihanraya, mereka ditaburkan pelbagai projek pembangunan dengan harapan mereka memilih calon BN, kata jurucakap rasmi MCA.

"Bukan Melayu tidak suka dilayan seperti peminta sedekah, hanya ketika pilihanraya kecil, lebih banyak penaikan taraf jalan dilakukan, peruntukan kepada sekolah, NGO dan badan amal meningkat," kata ahli jawatankuasa pusat parti itu Lee Wei Kiat.
"Walaupun bantuan dalam apa jua bentuk kepada sesuatu masyarakat sentiasa dialu-alukan, pengundi ingin melihat ketekalan dalam peruntukan dan pengagihan kerajaan dan bukannya memuncak sewaktu pilihanraya kecil."

2. Selain MCA, Gerakan dan DAP juga membidas analisis Muhyiddin itu yang mendakwa pengundi Cina dan India kini menganggap diri mereka "kuasa penentu" kekuasaan selepas lima negeri, termasuk Kelantan, jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.
"Persoalannya apakah mereka melihat dalam konteks senario politik baru ini, selepas kerajaan BN tumbang di lima buah negeri, mereka sudah menjadi kuasa penentu? Orang Cina rasa sekarang, walaupun mereka kumpulan minoriti, merekalah menentukan kerana kelompok masyarakat Melayu sudah berpecah tiga kumpulan.
"Masyarakat Cina tidak berpecah, mereka bersatu, setidak-tidaknya dari segi semangat apabila bersama-sama membuat sesuatu keputusan. "Dalam keadaan ini, mereka boleh menentukan keputusan sesuatu pilihanraya dan apabila kesan itu dapat dilihat dalam pilihanraya umum lalu dan beberapa pilihanraya kecil, mereka fikir sekarang mereka lebih ada kuasa penentu, bukan sahaja Cina, malah masyarakat India pun begitu, apatah lagi apabila mendapat kedudukan dalam kerajaan yang ditubuhkan pakatan pembangkang dengan menjadi timbalan ketua menteri, speaker dan exco kerajaan negeri, jadi ini bagi mereka seolah-olah tawaran yang diberikan oleh pihak sana lebih baik daripada kita pernah tawarkan dalam konteks BN, jadi ini kita harus teliti.

3. Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Yuan berkata pengundi Cina di dua kawasan tersebut sukar mengaitkan diri mereka dengan BN kerana ia tidak lagi menegakkan yang terbaik di Malaysia.""Amalan biasa (BN) menaburkan peruntukan tidak lagi membawa kesan kerana ramai yang melihatnya sebagai cubaan tidak bijak untuk meraih undi. Masalah mereka mesti ditangani berterusan dan menyalurkan peruntukan sewaktu pilihanraya kecil, tidak lagi berkesan dan meyakinkan," katanya.

4. "Isu-isu yang lebih pokok seperti rasuah, penyalahguanaan kuasa dan kesaksamaan dalam kepemimpinan nasional dan sistem penyampaian kerajaan harus ditangani dahulu, barulah pengundi yang lari daripada BN pada 3 Mac 2008 akan bersedia kembali (bersama BN)."

5. Ramai pengundi kini terpengaruh dengan slogan keadilan dan kesaksamaan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat5. Tokoh DAP Lim Kit Siang menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu sebagai "pengesahan" bahawa BN mengaku bersalah mengamalkan politik wang ketika pilihanraya, menggunakan dana awam khususnya dalam bentuk projek pembangunan sebagai umpan untuk meraih sokongan pengundi.

6. Pengundi Cina dan India ingin menjadi "kuasa penentu" politik dengan menyisihkan Melayu dalam lanskap baru politik.

7. Beliau menyifatkan kenyataan Muhyiddin itu "jelas sekali tidak sesuai, paling mengejutkan dan menyinggung perasaan" sebagai timbalan perdana menteri yang baru dan bertanya "apakah ini yang dimaksudkan oleh 'Satu Malaysia' Najib?""Tugas pertama jemaah menteri Najib pada mesyuarat pertama Rabu ini ialah menakrifkan maksud slogan 'Satu Malaysia' bagi memastikan ia menjadi motto perpaduan dan bukan perpecahan," kata Lim.

8. Lee menambah pengundi Bukit Gantang menolak BN berdasarkan beberapa faktor, termasuk isu tanah milik sementara (TOL) dan rungutan nelayan di Kuala Sepetang yang belum berjaya diselesaikan.

9. Isu-isu nasional yang dipertikaikan pengundi bukan Melayu termasuklah pengagihan tidak sama rata biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), diskriminasi untuk masuk ke pusat pengajian tinggi, kegagalan pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan hak kebebasan berpolitik yang terhad.

10. Lee turut mengungkit sumbangan kaum Cina sejak sebelum 1957, menghantar perwakilan negara untuk berunding kemerdekaan di London sehinggalah menentang Indonesia pada era Konfrontasi 1960-an. "Oleh itu, untuk memenangi semula hati masyarakat Cina, BN mesti melakukan lebih daripada sekadar menyumbang RM1 juta pada pilihanraya kecil," katanya.

Sumber : Malaysiakini

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP