Thursday, April 23, 2009

Saiful Bukhari Saman PDO RM 2 Juta

Petikan daripada blog : Saiful Bukhari
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Writ saman yang saya failkan pada hari ini adalah susulan laporan polis saya tempoh hari berkenaan dengan lebih kurang 6 artikel berunsur fitnah dan berniat jahat telah ditulis dan disiarkan oleh www.pahangdaily.blogspot.com dan yang seumpamanya dari September 2008 hingga ke hari ini.

Artikel-artikel tersebut telah menuduh bahawa saya kini sedang terlantar akibat sakit tenat, kemaluan bernanah dan termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badan untuk membuang air besar.

Tuduhan-tuduhan ini dilemparkan kononnya akibat daripada sumpah laknat yang telah saya lafazkan.Namun, disebalik kemunculan saya di balai polis Damansara tempoh hari yang dengan jelas membuktikan dakwaan mereka itu tidak berasas, satu laporan polis pula dibuat oleh mereka kononnya untuk mereka mempertahankan dakwaan dan fitnah jahat tersebut.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai lagi tuduhan-tuduhan dilemparkan yang ternyata tidak berasas.Memandangkan sikap angkuh dan keterlaluan mereka ini, maka saya dan seluruh keluarga merasakan adalah wajar bagi kami untuk mengambil tindakan undang-undang pada hari ini.

Pembohongan besar yang disiarkan oleh Pahangdaily.blogspot.com seperti :“Difahamkan “Anu”nya kini telah semakin bernanah dan beliau sukar untuk membuang air kecil. Tambah parah lagi beliau juga kini termaksa menggunakan “tiub” yang dipasang pada badannya untuk membolehkan beliau membuang air besar dan sebagainya.”

Ini adalah satu contoh pembohongan besar dan fitnah jahat yang tidak benar samasekali. Saya tidak pernah sakit sebagaimana yang didakwa oleh mereka. Tahap kesihatan saya adalah ditahap yang terbaik.

Nama penulis yang menulis artikel-artikel tersebut juga tidak pernah didedahkan. Inilah yang dikatakan ''baling batu, sembunyi tangan''. Kononnya berani kerana benar, tetapi apabila disuruh tampil, tiada seorangpun yang mahu mengaku bertanggungjawab menulis dakwaan-dakwaan tersebut.

Walaubagaimanapun, kami mempunyai bukti yang kukuh bagi mengaitkan individu terbabit.Saya doakan agar penulis ini kembali ke jalan yang benar serta diberi taufiq dan hidayah dari Allah s.w.t. Amin.

Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!!

SAIFUL BUKHARI
_____________________________________________

Petikan daripada blog : Pahangdaily Online

SHAH ALAM [4.35 pm] - Pihak kami amat terkejut dengan berita terbaru yang diterima oleh krew kami sebentar tadi, berhubung dengan "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan menfailkan saman fitnah dan menuntut gantirugi sebanyak RM2 juta berhubung dengan enam artikel yang disiarkan di blog ini yang kononnya menfitnah beliau.

Kami difahamkan writ saman telah difailkan oleh peguamnya iaitu Zamri Idrus di Mahkamah Tinggi Shah Alam petang tadi.

Pihak kami amat terkejut dengan tindakan itu, namun satu persoalan yang timbul ialah Saiful sebenarnya menyaman siapa?.
Ini kerana blog Pahang Daily Online bukanlah beroperasi secara sah dan didaftarkan dengan mana-mana pertubuhan di negara ini. Blog ini adalah bersifat bebas dan berkecuali serta tidak terikat dengan mana-mana pihak.

(Kata Waris Pahang :

- Tidak sangka juga Pahang Daily Online boleh terkejut apabila disaman RM 2 juta. Kami sebenarnya sangat terkejut di atas fitnah yang dilemparkan terhadap Saiful Bukhari.

- Sebelum ini sudah ada beberapa pihak yang mahu menyaman Pahang Daily Online tetapi akhirnya senyap begitu sahaja.

-Pahang Daily Online sepatutnya dari dahulu lagi disaman kerana pembohonganya.

-Waris Pahang kadang-kadang kecewa kerana Pahangdaily Online masih 'menganjing' walaupun mahu disaman.

-Memang benar kata Saiful Bukhari bahawa Pahang Daily Online bersifat "lempar batu sembunyi tangan".

-Takkan lah blog Pahang Daily Online dikendalikan oleh 'hantu'. Pihak berkuasa wajar melakukan siasatan daripada mana sumber artikel fitnah ini dikeluarkan dan krew Pahang Daily Online terlibat sama mendedahkan fitnah tersebut kepada umum.

-Jangan sangka Pahang Daily Online boleh bebas menulis apa sahaja, negara kita ini ada undang-undang.

-Inilah akibatnya kalau Pahang Daily Online terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim.

-Bagi Saiful Bukhari, teruskan perjuangan. Kamu insan yang bermaruah bukan insan yang hina dan mudah diperlekehkan. Kami tetap bersama mu).

No comments:

Anda Juga Meminati

Blog Widget by LinkWithin

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Kuantan - 18 April 2009

Sambutan Sempena Pelantikan PM Di Pekan - 18 April 2009

LAGU WARISAN

Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus ku bawakan
Ke mana harus ku semaikan cinta ini

Betapa di bumi ini ku melangkah
Ke utara, selatan, timur dan barat
Ku jejaki

Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan

KATA HIKMAH


‘‘ANAK bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti Si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung.”

Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MIC TUN V.T SAMBANTHAN PADA 1 JUN 1965 :

''Pada tahun 1955 kita telah memenangi pilihan raya dengan majoriti yang tinggi, selanjutnya mendapat kemerdekaan dalam masa dua tahun kemudian.

Dalam jangka masa itu, kita terpaksa berbincang dan menangani pelbagai perkara termasuk soal kewarganegaraan.

Persoalannya di sini, apakah yang dilakukan oleh orang Melayu memandangkan kita bercakap menyentuh perkauman? Apakah yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Melayu? Mereka mempunyai 88 peratus daripada pengundi menyokong mereka. Apakah yang mereka putuskan mengenai isu kewarganegaraan?

''Jika kita lihat di serata negara Asia dan Asia Timur, kita akan mendapati kaum India tidak akan diterima di Ceylon dan juga tidak diterima di Burma.

Sama halnya dengan kaum Cina, mereka tidak diterima di Thailand, Vietnam, Kemboja dan di negara-negara lain. Apakah bantuan berhubung kewarganegaraan yang mereka peroleh di semua wilayah tersebut?

"Di Burma, seperti yang kita semua sedia maklum, kaum India telah diusir keluar, di Ceylon mereka tidak diberikan taraf warganegara seperti juga di Burma. Saya tahu dan anda juga tahu. Apa yang sedang berlaku diMalaya?

Di sini kita mendapati pemimpin Melayu berkata, ''Kita akan menerima mereka sebagai saudara, kita akan berikan mereka sepenuh peluang untuk meneruskan kehidupan di negara ini, kita akan beri mereka peluang untuk menjadi warganegara''.

Seterusnya pada tahun 1957, dengan tidak mengambil kira kebolehan berbahasa (Melayu) ribuan orang India, Cina dan Ceylon menjadi warganegara.

Seperti yang saya nyatakan, saya amat bernasib baik kerana dilahirkan di negara ini. Di manakah anda boleh berjumpa bangsa yang lebih prihatin, bersopan-santun dan tertib selain daripada bangsa Melayu.

Di manakah anda boleh mendapat layanan politik yang baik untuk kaum pendatang? Di manakah dalam sejarah dunia? Saya bertanya kepada anda. Ini adalah fakta. Siapakah anda untuk menjaga keselamatan kami? Saya adalah kalangan 10 peratus kaum minoriti di sini. Tetapi saya amat gembira di sini.''

PETIKAN KENYATAAN SEORANG PEMIMPIN MCA, TUN TAN SIEW SIN PADA 30 APRIL 1969 :

''Orang Melayu menerusi UMNO bermurah hati melonggarkan syarat-syarat dalam undang-undang negara ini sehinggakan dalam masa 12 bulan selepas kemerdekaan, 90 peratus penduduk bukan Melayu menjadi warganegara. Ini berbeza dengan keadaan sebelum merdeka di mana 90 peratus daripada mereka masih tidak diiktiraf sebagai rakyat Tanah Melayu walaupun hampir 100 tahun hidup di bawah pemerintahan penjajah.

Sebagai membalas kemurahan hati orang Melayu, MCA dan MIC bersetuju meneruskan dasar memelihara dan menghormati kedudukan istimewa orang Melayu dan dalam masa yang sama mempertahankan kepentingan-kepentingan sah kaum lain''.

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Wasiat Raja-Raja Melayu ini disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat-rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu dan adalah berikut:

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera.

Pertama - Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA ).

Kedua - Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYUsehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga - Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hakmilik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat - Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima - Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.

Keenam - Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh - Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.(Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

SUARA ANAK PHG (Klik Sini)

SUARA ANAK (F) PHG (Klik Sini)

AHLI BPN

AHLI BPN
BLOGGERS PEMBELA NEGARA

MOH CIPTA SEJARAH

BLOG PAHANG DIPANTAU WP